Showing posts with label Chong Chieng Jen. Show all posts
Showing posts with label Chong Chieng Jen. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

Chong Pecah Rekod: Digantung Hari Pertama Persidangan DUN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen, yang juga Pengerusi DAP Sarawak memecah rekod apabila beliau menjadi ADUN pertama digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pertama DUN Sarawak bersidang.

Penggantungan beliau daripada menghadiri persidangan DUN selama lapan hari yang baharu bermula semalam berkuat kuasa serta merta.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar membuat keputusan itu selepas Chong enggan menarik balik 'dakwaan rasuah yang sangat serius' rasuah terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Chong sebelum ini telah cuba untuk memfailkan usul terhadap Adenan atas dakwaan kehilangan sejumlah RM25O juta yang merupakan sebahagian daripada jumlah RM905,900,000 diluluskan untuk projek-projek kecil luar bandar pada persidangan DUN tahun lepas.

Terdahulu, Asfia kemudian menasihati Chong supaya menarik balik dakwaannya namun setelah Chong ditolak, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh mengemukakan usul untuk menggantung Chong dan usul ini disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. -UnReportedNews™®

Tuesday, 4 October 2016

Tertekan, Chong Label Bekas Rakan DAP Sabahnya "Katak Mengejar Kekayaan"


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan ADUN Likas Junz Wong (DAP) dan timbalan Pengerusi DAP Sabah Joan Goh Penn Nee meninggalkan DAP untuk menganggotai sebuah parti tempatan baharu sebagai "katak yang mengejar kekayaan".

Chong menganggap, alasan mereka masuk ke parti tersebut untuk memperjuangkan hak rakyat tempatan (Sabah) hanyalah satu alasan namun hakikatnya, mereka sebenarnya mengejarkan kekayaan bekas Naib Presdien Umno Datuk Safie Afdal, yang dikatakan akan menubuh dan menerajui parti baru berkenaan.

Beliau yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, ramai politikus yang telah "kabur" dengan kekayaan Shafie, sehinggakan mereka terlupa akan matlamat asal serta agenda perjuangan mereka.

"Ini menggambarkan karekter katak politik," katanya didalam sebuah kenyataan versi bahasa Cina namun pada kenyataan media bahasa Inggeris tidak pula menyentuh langsung mengenai "katak atau Shafie".

Kelmarin, Wong dan Goh bersama beberapa orang wakil rakyat PKR Sabah mengumumkan keluar dari parti masing-masing untuk menyertai parti yang mereka belum umumkan secara rasmi lagi.

Hakikatnya, Chong sebenarnya gerun akan tsunami DAP Sabah yang kini baru menyedari perjuangan menerusi platform parti pembangkang berasaskan parti-Semenanjung tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat Sabah.

Chong khuatir mungkin fenomena keluar parti seumpama ini (biarpun tidak melibatkan barisan pemimpin DAP Sarawak), berkemungkinan besar sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan kepada penyokong DAP, khususnya dari golongan Bumiputera di Sarawak.

Beliau juga sedar, parti tempatan yang memperjuangkan hak rakyat tempatan kini mendapat sokongan padu dari rakyat sepertimana PBB selama ini, yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

PBB mempunyai opsyen bersuara kepada Kerajaan BN Pusat, tidak seperti DAP Sarawak, yang hanya menjadi Pak Turut mengikut apa saja arahan kepada DAP Pusat.

Inilah yang paling ditakuti oleh Chong dan DAP Sarawak! -UnReportedNews™®

Sunday, 21 February 2016

Chong Chieng Jen Dihentam Pada "Pertemuan Rahsia" Pakatan?

 
Satu pertemuan rahsia di antara PAS, PKR, DAP dan Amanah mengenai perundingan kerusi pada PRN11 Sarawak telah berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
 
Lokasi pertemuan tersebut tidak didedahkan namun difahamkan, agenda utama pertemuan tersebut adalah untuk mendamaikan persengketaan diantara PKR dan DAP Sarawak.
 
Sumber dalaman mendedahkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen teleh "dihentam" dengan teruk oleh pemimpin PKR dan Amanah dalam pertemuan tersebut.
 
 
Chong juga dikatakan didalam keadaan yang terkelu tidak terkata apabila dipersoalkan oleh pemimpin PKR Sarawak dihadapan semua yang hadir pada pertemuan berkenaan.
 
Ianya berpunca dari kedegilan dan kesombongan Chong dan DAP Sarawak terhadap pertindihan dan perebutan kerusi diantara PKR dan DAP.
 
Sumber juga menyatakan, semua yang hadir bersetuju yang Chong lah yang telah "menyerang" Baru Bian/PKR Sarawak menerusi media biarpun Baru Bian memilih untuk tidak memberi sebarang respon ke atas serangan berkenaan.
 
Jelas, kesombongan Chong dan DAP kerana memiliki kerusi pembangkang paling banyak di Sarawak telah membuat mereka berani untuk menindas rakan sepakatan mereka sendiri.
 
Kita tunggu dan lihat sama ada Chong dan DAP Sarawak akan akur dengan keputusan pertemuan rahsia tersebut atau sebaliknya. -UnReportedNews™®

Saturday, 20 February 2016

Niat DAP Sarawak Bergabung Dengan BN, Ibarat Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong

 

KUCHING: Gabungan antara Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bagi membentuk kerajaan perpaduan adalah sesuatu yang mustahil.
 
Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pada dasarnya BN tidak akan menerima DAP menyertai kumpulan itu kerana parti dari Semenanjung Malaysia itu mempunyai objektif serta organisasi berbeza dengan BN.

Menurutnya BN dan DAP mempunyai sejarah dan objektif tersendiri, yang boleh menimbulkan masalah sekiranya kedua-dua parti itu bekerjasama membentuk satu kerajaan.

“DAP berjuang bertahun-tahun, dilihat ‘cauvanis’, parti bersifat perkauman.

“Mungkin berusaha mendekati kaum lain sejak beberapa tahun lalu untuk dilihat parti pelbagai kaum namun hakikatnya ahli parti itu sebahagian besarnya adalah Cina.

“Walaupun tiada yang mustahil dalam politik, namun melihat senario politik sekarang prospek kerajaan gabungan antara BN dan DAP nampak ‘hampir sifar’ dan mustahil,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN Sarawak di peringkat negeri.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, dalam akhbar kebangsaan berbahasa Cina berkata, selagi beliau pengerusi DAP Sarawak, DAP tidak akan menyertai BN.

Bagaimanapun beliau tidak menolak 100 peratus kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan dengan BN, sambil menambah dalam banyak negara, pembangkang bekerjasama dengan parti memerintah di peringkat negeri tetapi bersaing di peringkat persekutuan.

Mengulas kenyataan Chong itu, Karim yang juga ADUN Asajaya berkata: “Setahu saya, Chong bukannya presiden (DAP), saya fikir beliau hanya bermimpi.

“DAP adalah parti Semenanjung Malaysia dan sesiapa sahaja yang berasal dari Sarawak hanya bermimpi untuk dipilih menjadi presiden parti,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN Datuk Dr Stephen Rundi Utom dipetik dalam portal berita menyifatkan kenyataan Chong itu hanya gimik politik.

Rundi berkata sebagai parti komponen BN Sarawak terbesar dan mempunyai objektif yang jauh bertentangan dengan DAP, Chong orang terakhir dipilih PBB untuk bekerjasama.

“Tidak perlu untuk PBB membentuk kerajaan perpaduan dengan DAP bagi merampas kerusi Cina memandangkan sokongan komuniti itu kepada BN kini semakin meningkat berbanding Pilihan Raya Negeri 2011, disebabkan populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,” ujar setiausaha agung PBB itu. -UB
-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 January 2016

PRN11 Sarawak: Chong Terlupa DAP Lagi Rasis


Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang melabelkan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebagai rasis yang memainkan sentimen ‘parti tempatan lawan parti nasional’ bagaikan mengetuk kepalanya sendiri.

Benarkah DAP tidak rasis? Kalau tidak, masakan pembantu khasnya sendiri Abdul Aziz Isa meroyan tidak mahu hanya dijadikan "maskot' setelah kecewa kerana tidak tersenarai didalam Pemilihan Jawatankuasa DAP Sarawak 2015/2018 baru-baru ini.



Jika tidak DAP tidak rasis siapa orang Melayu yang tersenarai dalam senarai terbaru Pimpinan Tertinggi DAP Sarawak ..

Chairman : Chong Chieng Jen 张健仁
Deputy Chairman : Chiew Chin Sing 周政新
Vice Chairman : Leon Jimat Donald 里昂
David Wong Kee Woan 黄培根
Secretary : Alan Ling Sie Kiong 林思健
Vice Secretary : Yap Hoi Liong 叶海量
Treasurer : Wong Ling Biu 黄灵彪
Assistant Treasurer : Christina Chiew Wang See 周宛思
Organising Secretary : Violet Yong Wui Wui 杨薇讳
Publicity Secretary : Wong King Wei 黄庆伟
Political Education
政治教育局 : Oscar Ling Chai Yew 林财耀
Women Affair Secretary : *Irene Mary Chang Oi Ling 郑爱鸰
NCR legal Bureau Chief : Paul Raja
Committee member : Ting Tze Fui, Baru Langub, John Brian, Richard Lias
Chong Siew Chiang, Mordi Bimol
*Irene Mary, women affair sec is the late Wong Ho Leng wife.  

Bahkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pun sejak-dua menjak ini sering mengeluarkan kata-kata perkauman.

"Pilihan raya akan datang satu undi PAS sama dengan satu undi Umno-BN." - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (dipetik dari The Malaysian Insider)

Maksudnya PAS itu Islam/Melayu dan setiap undi diberi kepada PAS samalah dengan memberi kepada UMNO iaitu Islam dan Melayu juga.

Chong sepatutnya berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan yang tampak "bodoh".-UnReportedNews™®

Wednesday, 16 December 2015

Chong Dihalau Dari DUN Sarawak


PETRA JAYA: Ketua Pembangkang Sarawak, Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) mencetuskan kekecohan setelah enggan menarik balik kenyataan mengenai Bajet Negeri 2016 yang mengalami defisit serta menganggapnya sebagai ‘David Copperfield Accounting’.

Berikutan itu usul menggantung Chong daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dibuat oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Seri Wong Soon Koh.

“Saya menggesa Yang Berhormat Chong Chieng Jen (DAP) agar menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan yang juga merupakan Menteri Kewangan.

“Jika beliau gagal menarik kenyataan tersebut, dengan ini akan mengemukakan usul pergantungan dengan segera dan tanpa sebarang syarat (bahas),” kata Wong yang Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada sesi berkenaan telah membuat keputusan Chong digantung setelah 32 daripada wakil rakyat di dewan menyokong usul tersebut sementara 12 daripadanya membantah.

Berikutan itu, Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak diarahkan keluar dari Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sesi undian tersebut tidak menyebelahi beliau untuk kekal di dalam dewan undangan negeri.-Sarawakiana.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 7 October 2015

Pengerusi DAP Sarawak Sememangnya Angkuh

 
Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee menyifatkan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen sebagai seorang individu yang angkuh.
 
Menurutnya, Chong menginginkan lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tanpa memikirkan rakan pembangkang lain.
 
Dipetik dari sebuah akhbar tempatan, Jofri menyatakan PAS sememangnya menjangka keangkuhan Chong selepas memutuskan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) Sarawak yang turut dianggotai PAS dan PKR.
 
“Alasan DAP memutuskan hubungan dengan PAS disebabkan pelaksanaan rang undang-undang berkaitan hukum hudud tidak munasabah kerana ia hanya dilaksanakan di Kelantan dan tiada kaitan dengan Sarawak,” katanya dalam kenyataan media di sini semalam.
 
"Kenyataan Chong bahawa PAS tidak relevan di Sarawak antara kenyataan paling angkuh sejak beliau memegang jawatan pengerusi DAP," katanya lagi.
 
Jofri juga mempersoalkan apakah Chong mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan peribadi beliau dan beliau juga suka memaksa rakan pakatan lain seperti PKR untuk patuh dan tunduk kepada kehendak beliau.
 
“Tindakan DAP di bawah pimpinan Chong menyukarkan untuk pembangkang bersatu dan akan menyukarkan hasrat rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang,” katanya lagi sambil menambah, hudud bukan isu yang perlu dibangkitkan di Sarawak kerana Sarawak belum mampu daripada pelbagai aspek pelaksanaan hudud meskipun di kalangan orang Islam.
 
"Isu hudud hanya propaganda politik murahan Chong yang tidak rasional sebaliknya beliau sebenarnya menginginkan lebih banyak kerusi pada PRN akan datang."
 
Jofri berpendapata sekiranya DAP Sarawak terus mengikut telunjuk kepimpinan Chong kemungkinan DAP Sarawak ketinggalan dan sukar mendapat sokongan rakyat daripada kalangan orang Muslim dan Bumiputera lain.
 
"Keegoan DAP meminta semua pihak lain mengikut kehendak dan telunjuk mereka adalah suatu perkara bertentangan dengan keharmonian rakyat Sarawak," selarnya lagi.
 
Beliau juga bertegas PAS Sarawak masih menjalin hubungan dengan PKR sebagaimana diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat dan mereka mahu bergabung bersama untuk kebaikan rakyat Sarawak. -UnReportedNews™®

Friday, 10 July 2015

Apa Kaitan Chong Dengan 500 Akaun Bank Yang Telah Dibekukan?


Tidak berapa lama dulu, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyatakan sokongan kepada usaha Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem memerangi rasuah dan pembalakan haram namun kini nadanya adalah sebaliknya. 

Malah, dalam satu sidang media baru-baru ini Chong secara sinis mendakwa perang anti-rasuah Adenan Satem kini telah bertukar menjadi "mesin ATM mengumpul cukai pendapatan" bagi kerajaan Najib.

Alasannya adalah, SPRM dan LHDN telah bertindak secara tidak adil membekukan 500 akaun bank milik syarikat dan individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan haram tersebut.

Sebagai seorang peguam, Chong seharusnya tahu akan prosedur-prosedur penyiasatan iaitu apabila membabitkan kesalahan yang membabit rasuah atau pembalakan haram, akaun mereka yang disyaki terlibat sememangnya akan dibekukan bagi membantu siasatan.

Dakwaannya yang tindakan (pebekuan akaun bank) tersebut adalah "rompakan di siang hari secara terang-terangan dan merupakan salah guna kuasa" adalah tidak munasabah sama sekali kerana kerajaan sebenarnya telah berlaku adil.

Kira-kira sebulan yang lepas, beberapa akaun bank yang didakwa milik beberapa orang pemimpin dan menteri muda yang dikatakan terbabit dengan pembalakan haram juga turut dibekukan semasa siasatan dijalankan. semuanya mengikut prosedur penyiasatan yang telah ditetapkan. Apakah ini juga tidak adil?

Chong, yang juga Ahli Parlimen Kuching yang sebenarnya tidak bertidak adil dengan menyindir Adenan sebagai "hanya mahu kelihatan mulia memerangi rasuah dan pembalakan haram" namun sebaliknya ada niat yang lain iaitu menjadi sebahagian daripada "mesin ATM" memerah cukai bagi kerajaan Najib untuk menutup hutang negara.

Cabaran Chong kepada Adenan agar menyatakan pendiriannya sama ada membenarkan SPRM dan LHDN sebagai taktik untuk memaksa perniagaan Sarawak membayar lebih cukai pendapatan dan cukai syarikat daripada yang mereka telah lakukan adalah juga satu provokasi murahan.

Chong mungkin sudah terlupa atau buat-buat lupa yang Adenan juga adalah seorang peguam sepertinya dan sudah tentu Adenan telah mengkaji sedalam-dalamnya mengenai tindakan kedua entiti tersebut (SPRM dan LHDN) tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada.

Maka, persoalannya kini, mengapa Chong begitu beria-ia sangat menyaran agar 500 akaun bank tersebut dihentikan pembekuannya?

Hanya Chong sahaja yang mengetahui jawapannya ... - Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Friday, 8 May 2015

Pemansuhan Tol Lanang Sebenarnya Adalah "Usaha" DAP Sarawak?


KUCHING: Tanpa segan dan silu Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bagaikan mula nak mencuri kredit ke atas usaha-usaha Barisan Nasional (BN) Sarawak yang memberi manfaat kepada rakyat selama ini.

Pengerusi DAP Chong Chieng Jen yang dipetik dalam sebuah akhbar tempatan hari ini berkata, terdapat beberapa perkara yang dicadangkan oleh DAP Sarawak telah dilaksanakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

Apakah cadangan DAP Sarawak yang dimaksudkan oleh Chong yang telah diterima dan dilaksanakan oleh Adenan?

Pemansuhan tol? Penurunan tarif elektrik? Memerangi balak haram? Memerangi rasuah?

Umum tahu, Adenan dan kerajaan BN Sarawak telah mengambil inisiatif bertungkus lumus untuk melaksanakan perkara-perkara yang disebut diatas tanpa sedikit pun "pertolongan" mahupun cadangan  dari DAP Sarawak.

Saranan Chong iaitu, DAP Sarawak akan terus mengemukakan idea dan cadangan baharu yang memberi manfaat kepada rakyat bagaikan "lembu punya susu, sapi dapat nama" yakni hendak mencuri kredit atas usaha BN.

Jadi tidak payahlah Chong dan DAP Sarawak hendak berlagak, kerana merekalah, beberapa dasar dan polisi baharu untuk mengurang beban dan penambah-baikkan kehidupan rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sarawak.

Niat DAP Sarawak ingin mencuri kredit ini sebenarnya telah diketahui oleh Adenan lebih awal dan sebab itulah beliau telah memberi amaran awal mengenai perkara ini. (Baca sepenuhnya

-UnReportedNews™®

Thursday, 30 April 2015

Chong "Diperangkap" Oleh Adenan


Kebijaksanaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dalam berdebat memang tiada tandingannya.

Pada ucapan penggulungannya di hari terakhir Persidangan DUN Sarawak semalam, beliau menggesa Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen agar menjelaskan pendirian DAP Sarawak akan perlaksanaan hudud di Kelantan yang menjuruskan DAP Sarawak menghentikan sama sekali kerjasama dengan PAS Sarawak.

Apabila, Chong menegaskan DAP Sarawak tetap tidak akan menjalinkan hubungan dengan PAS Sarawak, Adenan dengan berseloroh menggesa beliau mengarah ahli-ahli DAP Sarawak tidak akan memberi undi kepada PAS Sarawak pada PRN kelak.

Chong dengan yakin berdiri dan menjawab, "Ya, saya pasti akan mengarah ahli-ahli DAP Sarawak jangan memberi undi kepada PAS Sarawak."

Di saat inilah, Adenan mencelahnya dengan kata-kata, "Kalau begitu, bolehlah PAS Sarawak tidak memberi undi kepada DAP Sarawak juga."

"No..no..(tidak..tidak)," kata Chong sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu duduk diam. - Sarawakiana 

-UnReportedNews™®

Monday, 27 April 2015

Cubaan DAP Sarawak "Terjah" Ketua Menteri Gagal!!!


KUCHING: DAP Sarawak dilihat cuba menjadi 'hero' dengan menyerahkan lebih 19,000 tandatangan penduduk Sibu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem bagi menggesa tol di Jambatan Lanang, Sibu dimansuhkan.

Pengerusinya, Chong Chieng Jien bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP yang mahu menyerahkan tandatangan tersebut namun tidak berjaya.

Difahamkan ADUN DAP berkenaan, tidak dilayan yang cuba 'menerjah' untuk berjumpa Ketua Menteri yang menghadiri majlis penerimaan zakat perniagaan dan penyampaian sumbangan kerajaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Gesaan tersebut dilihat tidak diperlukan kerana Adenan sendiri sebelum ini pernah memaklumkan bahawa rundingan mengenai tol Jambatan Lanang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Sebelum ini, Adenan telah menyatakan akan mengumumkan keputusan kerajaan sama ada menurunkan atau memansuhkan tol Jambatan Lanang sebelum pertengahan tahun ini. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

Thursday, 23 April 2015

Pengerusi DAP Sarawak Dimalukan Speaker DUN


Terkial-kial Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berusaha hendak menjawab soalan-soalan yang "ditembak" oleh Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Asfia Awang Nassar sebelum membuat keputusan mengenepikan usul berkaitan semua ethnik di negeri ini digabungkan dibawah satu bangsa iaitu Dayak semalam.


Chong, yang juga ADUN Kota Sentosa bagaikan tiada jawapan dan terpingga-pingga cuba "mendivertkan" soalan-soalan Asfia namun apa saya yang dijawab beliau disambut oleh gelak ketawa oleh ADUN-ADUN BN pada persidangan DUN Sarawak.


TIGA soalan dari Asfia yang dengan mudahnya dari Asfia ematahkan cubaan Chong untuk membangkitkan usul tersebut di persidangan DUN Sarawak adalah seperti berikut:

1. Tahukah anda perbezaan kaum Penan dan Punan?

2. Ada tak kaum yang anda tidak sebut dalam usul anda?

3. Ada kah anda mempunyai pengakuan bertulis dari kaum-kaum ini untuk membawa usul ini di Persidangan DUN?

Jelas, tindakan Chong membangkitkan perkara ini bersifatkan sebagai "political mileage" bukannya dengan jujur memperjuangan nasib bangsa dayak.

Usul yang cuba dibangkit oleh Chong nyata tidak dibuat dengan kajian yang terperinci dan "cincai" ... macam ini nak memperjuangkan nasib bangsa Dayak? -UnReportedNews™®

*Foto Kredit Azmin Ramlie

Friday, 17 April 2015

DAP Sarawak Cuba Main Isu Kaum


Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen yang mendakwa kaedah pemberian projek Lebuh Raya Pan Borneo hanya menumpukan satu kumpulan kaum sahaja disifatkan sebagai "merbahaya dan bersifat keji". 

Ini dinyatakan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Haji Saidol sambil menambah, kenyataan Chong menyentuh isu yang boleh membangkit sentimen buruksangka dan curiga antara kaum di negeri kita yang berbilang bangsa.

"Chong dengan cuai menuduh bahawa adalah tidak adil untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo hanya dikuasai satu kaum sahaja."

"Apakah dia berani bertaruh bahawa tidak akan ada sebuah syarikat milik Cina akan terlibat dgn Projek tersebut?," persoal Abdullah, yang juga merupakan Ketua Setiausaha Ketua Menteri.

"Apabila Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem memberi bantuan kewangan sebanyak RM3 juta untuk tahun lepas dan RM4 juta untuk tahun ini selain dari bantuan dari Kerajaan Pusat kepad sekolah Cina, tidak ada pun orang politik dari kalangan Bumiputera menjerit mengatakan itu tidak adil."

"Keputusan pilihanraya negeri dan umum yang lepas jelas menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Cina menyokong DAP tetapi kerajaan masih memberi pertimbangan kepada beberapa permintaan mereka malah Ketua Menteri sering menasihati kita supaya berhenti melebel kaum Cina sebagai "Kaum Pendatang"."

Abdullah juga menyifatkan kenyataan keji Chong jelas menunjukkan betapa terdesaknya DAP dalam usaha untuk meraih sokongan dr masyarakat Bumiputera.

"Chong terus menunjukkan sikap hipokriknya dengan membangkit isu seperti definisi Dayak dan pengurusan Baitulmal," katanya sambil menambah, hanya orang yang tidak waras sahaja akan percaya kepada kejujuran dan keiklasan Chong yang cuba menunjukkan bahawa beliau mengambil berat tentang kebajikan kaum Bumiputera. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

Friday, 27 March 2015

DAP Sarawak Keluar Pakatan Rakyat Sarawak


KUCHING : DAP Sarawak hari ini mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini berkuat kuasa serta merta.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana sekutu PR, PAS telah menyeleweng daripada dasar bersama PR dengan mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. Sekutu ketiga dalam PR ialah PKR.

"Sehubungan itu, selagi pelaksanaan hukum hudud menjadi agenda politik dan objektif PAS, DAP Sarawak tidak lagi boleh bekerjasama dengan PAS sebagai sebuah parti politik di Sarawak.

"Oleh itu, dengan PAS kekal sebagai parti komponen PR Sarawak, DAP Sarawak hari ini membuat resolusi dan keputusan yang menyedihkan untuk keluar daripada PR Sarawak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa DAP Sarawak DAP.

Chong, yang juga anggota Parlimen Kuching MP dan anggota Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, berkata resolusi DAP Sarawak merupakan keputusan sebulat suara jawatankuasa DAP negeri dan mengikut struktur parti DAP, DAP Sarawak mempunyai kuasa autonomi untuk membuat keputusan itu.- Awani

-UnReportedNews™®

Monday, 22 December 2014

Jangan Cakap Tak Serupa Bikin Chong, Kemukakan Bukti


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen agar memberikan maklumat terperinci mengenai penyelewengan yang didakwa dalam pemberian projek jalan raya di Kapit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, kami (SPRM)bersedia untuk bersemuka dengan YB Chong pada bila-bila masa berkaitan dengan dakwaan beliau.

Beliau yang berkata demikian dalam satu kenyataan kepada sebuah portal berita semalam menyatakan, malah, pengarah (SPRM) Bahagian Siasatan Datuk Mohd Jamidan Abdullah telah beberapa kali dihubungi Chong Khamis lepas, tetapi tidak berjaya. (Baca sepenuhnya

-UnReportedNews™®

Saturday, 18 October 2014

DAP Sarawak Putuskan Hubungan Dengan PAS, PKR .. Ye Ker?


KUCHING: DAP Sarawak pada Sabtu menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

Friday, 19 September 2014

Laporan Polis Terhadap Chong Hina Negaraku


Syabas kepada Pemuda BN Sarawak kerana mengambil inisiatif membuat laporan polis siang tadi terhadap Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang didakwa telah menghina lagu Kebangsaan.

Laporan polis itu dibuat bersama oleh dua orang Naib Pengerusi Pemuda BN Sarawak Liwan Lagang dan Tan Kai serta beberapa orang pemimpin BN Sarawak yang lain di Balai Polis Gita, Petra Jaya.

Chong, yang juga Ahli Parliemen Kuching dan ADUN Kota Sentosa dikatakan menulis pada statusnya akaun Facebooknya dimana beliau seakan memperlekehkan lagu Negaraku sewaktu lagu tersebut dimainkan sebelum sebuah filem bermula dalam pawagam beberapa hari yang lepas. (Baca selanjutnya)

-UnReportedNews™®

Tuesday, 16 September 2014

PANAS!!! PENGERUSI DAP SARAWAK HINA LAGU NEGARAKU


Apa masalah Ahli Parlimen (DAP) Kuching Chong Chieng Jen tak nak berdiri bila mendengar lagu Negaraku berkumandang sebelum bermulanya filem dalam pawagam.

Takkan pengerusi DAP ni bisul buntut kot? Apa yang pelik sangat bila lagu Negaraku dimainkan di dalam pawagam? Ko tak tau ke bulan September ni kita meraikan Hari Malaysia?

Chong yang tak sedar diri itu dalam status akaun Facebooknya malah menyamakan tindakan memainkan lagu Negaraku dalam pawagam adalah sama seperti era komunis! 

Hoi Apek! Aku rasa yang bersikap macam komunis adalah engkau sendiri kerana tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia.

Kata-kata Chong, "This is absolute disgrace n ridiculous," (Ini adalah memalukan dan melampau!) mencerminkan kecetekan rasa hormatnya kepada lagu kebangsaan Malaysia.

Berikut adalah di antara komen-komen yang menghentam Chong pada statusnya: 



Well said both of you!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 August 2014

AKIBAT DENGKI, DAP SARAWAK CUBA GAGALKAN RUNDINGAN ROYALTI MINYAK & GAS


KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak didakwa cuba mengagalkan rundingan royalti minyak dan gas antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan apabila Pengerusinya, Chong Chieng Jen baru-baru ini berkata ekuiti 10 peratus dalam MLNG 4 ditawarkan Petronas kepada Sarawak bukan satu pencapaian yang membanggakan.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, DAP lebih gemar jika rundingan untuk menambah royalti 20 peratus berbanding lima peratus pada masa sekarang gagal.

“Jelas menerusi kenyataan sedemikian, DAP mahu menjejaskan perbincangan antara kerajaan negeri dan Petronas dan mereka ingin memastikan ia tidak berjaya kerana ia akan membawa manfaat kepada rakyat Sarawak.

“Dan dengan jelas ia akan membawa sokongan yang lebih baik kepada Barisan Nasional dan menghalang (projek) Impian Sarawak mereka,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Pada malam Selasa lepas, Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem  mengumumkan Petronas menawarkan ekuiti 10 peratus dalam MLNG 4 kepada Sarawak.

Susulan itu, Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata orang ramai tidak wajar keliru antara ekuiti dan tuntutan royalti minyak dan gas 20 peratus.

Katanya, tiada kejutan dalam penawaran itu kerana sebelum ini Sarawak ditawarkan saham lima peratus untuk MLNG 1 dan 10 peratus masing-masingnya untuk MLNG 2 dan MLNG 3.

Dewan Undangan Negeri pada Mei lalu meluluskan usul untuk menuntut kenaikan royalti minyak kepada 20 peratus berbanding lima peratus pada masa sekarang.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa Chong menghentikan segala kenyataan negatif mengenai tawaran pegangan 10 peratus kepada Sarawak dalam MLNG 4.

Menteri Muda Perumahan itu menegaskan tindakan tersebut hanya menjejaskan rundingan yang dilakukan antara kerajaan negeri, Petronas dan kerajaan persekutuan.

Jelasnya, tawaran 10 peratus pegangan dalam MLNG 4 yang diumumkan Ketua Menteri baru-baru ini merupakan antara hasil rundingan daripada beberapa rundingan yang masih lagi dijalankan.

“Ia tidak terhenti di situ sahaja, kerajaan negeri akan meneruskan rundingan demi rundingan untuk mendapatkan bayaran royalti minyak dan gas 20 peratus daripada kerajaan pusat,” katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 1 August 2014

PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT ...


Itulah tindakan yang paling bermaruah yang patut PAS lakukan  .. bagai melukut di tepi gantang .. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong .. itu situasi PAS dalam Pakatan Rakyat sekarang .. 

Dah terang-terangan DAP dan PKR tidak menghormati PAS; yang kononnya rakan sekutu mereka dalam  Pakatan Rakyat .. 

Tapi kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat hanya untuk mencukupkan forum kerusi .. tidak selebih itu .. segala cadangan dan pandangan PAS tidak pernah di ambil kira .. 

Sebagai contoh, sokongan PAS pusat terhadap kredibiliti MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim langsung hampeh tidak dipedulikan oleh PKR dan DAP.

Di Sarawak pula, MP Kuching Chong Chieng Jen baru-baru ini telah mengugut pula akan keluar dari Pakatan jika PAS meneruskan rancangannya untuk mengimplementasikan Hukum Hudud di Kelantan .. TO HELL WITH DAP AND PKR!!!

Mengapa PAS harus terus "membabikan diri" dalam Pakatan Rakyat walaupun umum tahu PAS telah di pergampangkan sebagai pengemis hina dalam pakatan tersebut ..

Sesungguhnya, kehadiran PAS dalam Pakatan sebenarnya tidak lagi di alu-alukan oleh DAP dan PKR malah mereka kini bagaikan menghalau PAS keluar dari Pakatan ..

PAS harus keluar dari Pakatan Rakyat, itulah tindakan yang sepatutnya diambil untuk menjaga saki-baki maruah PAS yang masih ada .. KEKEKE!!!

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List