Showing posts with label Ezam Nor. Show all posts
Showing posts with label Ezam Nor. Show all posts

Monday, 3 June 2013

TIGA SEBAB UTAMA MENGAPA PERHIMPUNAN HARAM DIADAKAN

-TUJUAN UTAMA ADALAH UNTUK MENGALIH PANDANGAN ATAU TUMPUAN ORANG RAMAI DARIPADA TIGA PERKARA YANG DITAKUTINYA- KEKEKE!!!-

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.

Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut 'dilenyapkan' daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.

"Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan 'pekung' di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.

"Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.

Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.

"Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.

"Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara," tegasnya.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.

"Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,'' ujarnya.

Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.

Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.

"Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.

"Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan," tegasnya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Saturday, 29 December 2012

SUDAH SURATAN PAS JADI "KULI-KULI SAHAJA"?!

-PAS MEMANG BANGANG, TIADA KEPINTARAN, KULI-KULI SAHAJA, HAMBA ABDI DAP, MEMANG SAH PAS BANGANG, WALAU BERKELAYAKAN, TAK JADI KETUA PR! (chorus) BUKANNYA TIADA NIAT JADI PERDANA MENTERI, DI SABOTAJ PKR BERSAMA DAP, HAJAT TAK KESAMPAIAN MEMANG PAS DITAKDIRKAN JADI BEGITU, BUKANNYA PAS TAK LAYAK TAPI TAKDE TELOQ, NAK BERTEKAK DENGAN DAP, BUKAN JER BERTERUSAN JADI HAMBA ABDI, MARUAH AGAMA TERGADAI!!! (hendaklah menyanyi ikut tune lagu Anak Kampung-Jimmy Palikat)KEKEKE!!!-

PAS sepatutnya menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya sekadar pengikut, kata Senator Mohamad Ezam dalam temubual eksklusif bersama Antarapos.
 
Ezam yang juga bekas Ketua AMK PKR berkata selagi PAS berada dalam PR, DAP tetap menjadi batu penghalang kepada parti itu.
 
"Dalam Pakatan, ketua sepatutnya ialah PAS..Timbalan ketua sepatutnya PAS..tetapi PAS tidak mampu dan tidak akan mampu selagi mereka bersama-sama dengan DAP sebab DAP memang tidak mahu melihat Islam dan Melayu itu dilihat sebagai ketua memimpin..Mereka mahu memadamkan sejarah Melayu dan Islam..
 
"Mereka mahu padamkan kepimpinan yang jelas, yang menjadi tonggak dan kekuatan pada negara ini, pada Islam dan Melayu," katanya.
 
Tambah beliau lagi, selagi PAS terus berada di dalam Pakatan Rakyat, parti Islam tersebut akan hilang kerelevanannya, dan tidak lagi berjuang berlandaskan matlamat asalnya.
 
"Bagi saya DAP ini tak patut ada, patut diharamkan dari awal sebab mereka ni anti tesis, anti kepada penubuhan negara..(mereka tekankan) konsep Malaysian Malaysia, sama rata.
 
"Mana ada sama rata dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam prinsip keadilan dalam Islam pun bukan sama rata..prinsip keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dan itu yang kita letakkan orang Melayu tempatnya di mana, orang bukan Melayu tempatnya di mana," hujahnya.

Sumber: AIDC

-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 May 2012

ANWAR GENTAR DENGAN NAJIB-PART III

-SEBAIK SAJA MENGETAHUI NAJIB RAZAK AKAN BAKAL MENJADI PM MENGGANTIKAN PAK LAH, ANWAR IBRAHIM TERUS BINGKAS MEMBUAT PELBAGAI RANCANGAN UNTUK MENGHALANG NAJIB DARI BERBUAT DEMIKIAN & SALAH SATU DARIPADA RANCANGANNYA TERMASUK CUBAAN ANWAR UNTUK "MENYUSUP" BALIK MASUK KE DALAM PARTI UMNO-

Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan bekas bosnya itu sememangnya menggentari Dato' Seri Najib Tun Razak dari dulu lagi malah Ezam turut mendakwa sebaik sahaja mengetahui Najib bakal mengambil-alih pucuk pimpinan kerajaan, Anwar kelihatan gementar dan serta-merta membuat rancangan untuk menggagalkan Najib dari berbuat demikian.


"Apabila saya mengesyorkan kepada Anwar untuk melawan Najib   secara "head-on" dalam Pilihan Raya Umum (PRU), Anwar seakan-akan tidak begitu yakin untuk mencapai kemenangan melalui PRU," jelas Ezam lagi.


Dia turut mendakwa Anwar malah mengeluarkan kata-kata, "No..no, we cannot..I have worked with Najib before..Najib is a very smart guy..we have to stop him from becoming PM..we cannot allow him (Najib) to become PM..should he becomes PM, we are "finished"." 


("Tak boleh..tak boleh..saya pernah bekerja bersama Najib sebelum ini..Najib itu seorang yang bijak..kita harus menhalangnya dari menjadi PM..kita tidak boleh membiarkannya (Najib) menjadi PM..sekiranya dia menjadi PM, "habislah" kita.")


"Apabila saya bertanya apakah tindakan seterusnya, Anwar mengarah saya untuk menjejaki seorang Kiyai (ulama) di Indonesia..jenuh juga saya mencarinya namun berjaya juga saya menemuinya (Kiyai tersebut) akhirnya dan terus mengatur pertemuannya dengan Anwar. 


Seperti biasa, Anwar dengan mudah mendekati Kiyai tersebut (dengan perwatakan alimnya) dan dalam masa yang begitu singkat perhubungan mereka bagaikan anak dan bapa. Rupa-rupanya Kiyai tersebut yang mengenali Pak Lah (PM) secara peribadi dan Anwar dapat mempengaruhinya untuk bertemu dengan Pak Lah."


"Begitu hebatnya dan liciknya manusia yang bernama Anwar Ibrahim itu yang berkemampuan memanipulasikan seseorang, bukannya orang kebiasaan, malah mereka yang bertaraf ulama pun menurut  segala apa saja perancangannya..sehingga pada satu ketika dia (Anwar) menyatakan kepada saya bahawa Kiyai tersebut telah menasihatinya untuk kembali masuk ke dalam UMNO!!"


"MasyaAllah,  mungkin kerana sifat "egonya", Anwar sampai boleh terlupa bahawa dia sendiri yang telah mengarah saya untuk mencari dan mengaturkan pertemuannya dengan Kiyai tersebut!," tambah Ezam dengan sinis.


"Dipendekkan cerita, kami bertiga kembali ke Malaysia dan sewaktu Kiyai tersebut menemui Pak Lah, saya dan Anwar berada di dalam kenderaan di luar kediaman rasmi PM. Anwar kelihatan gelisah sepanjang waktu kami menanti Kiyai tersebut."


"Sudah masukkah dia (Kiyai) ke dalam? Dah masuk ke dia?," tanya Anwar bertalu-talu kepada saya seolah ingin mengetahui dengan secara terperinci setiap pergerakan Kiyai tersebut.


"Akhirnya, saya sedar rupa-rupanya Kiyai tersebut sebenarnya telah di beri "misi" oleh Anwar Ibrahim untuk memujuk Pak Lah agar menerima Anwar kembali masuk ke dalam UMNO!..kerana ingin menghalang Najib menjadi PM tapi mujurlah Pak Lah tidak termakan tipu-helah rancangan Anwar..kalau tidak, tak tahu lah saya apa bagaimana keadaan kita masa kini."


"Anwar begitu takut dan gentar pada Najib sehinggakan dia sanggup merancang rancangan politik yang begitu kotor dan serendah itu..itulah Anwar Ibrahim yang sebenarnya iaitu seorang individu yang tidak teragak-agak melakukan apa saja demi untuk mencapai cita-citanya."

"Segala tindakannya, termasuk menyokong perhimpunan haram dan apa saja gerakan yang menentang kerajaan menggambarkan peribadi sebenar Anwar Ibrahim iaitu seorang individu yang "merbahaya dan ancaman" kepada negara kita kerana dia tidak akan teragak-agak mengadaikan Malaysia jika perlu, untuk memastikan dia berkuasa.'


"Saya sedar masyarakat di negeri Sarawak ini telah lama mengamalkan toleransi sesama kaum hidup bersama dalam keadaan aman damai  dan ini telah mematangkan lagi saudara-saudari sekalian untuk menolak idealogi dan fahaman bertentangan dengan amalan dan budaya kita yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim dan ini jelas terbukti menerusi keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lepas."


-UnReportedNews™®




PS: Ada lagi... Nantikan Part IV dialog tertutup Ezam yang diadakan di auditorium pusat latihan LHDN di bandaraya Kuching ini pada hari Rabu yang lepas. Ezam tiba di sini untuk beristirehat bersama keluarganya selama empat hari di sini namun kesudiannya secara sepontan untuk melibatkan diri dalam beberapa siri program amatlah di hargai.

MENGAPA EZAM MENINGGALKAN ANWAR & PR?-PART II

-BIARPUN ANWAR SUDAH DIPENJARA ATAS TUDUHAN MELIWAT PEMANDUNYA-AZIZAN, SAYA MENERUSKAN USAHA SAYA MENCARI BUKTI UNTUK MEMBERSIHKAN NAMANYA "ONCE & FOR ALL" HANYA BERDASARKAN PENAFIAN ANWAR YANG BERMATI-MATIAN MENDAKWA IANYA KONSPIRASI KERAJAAN NAMUN SEBALIKNYA, SEDIKIT DEMI SEDIKIT HASIL SIASATAN SAYA NYATA LEBIH BERPIHAK PADA KERAJAAN & MEMANG WUJUD BEBERAPA FAKTA YANG BERASAS YANG LEBIH MENJURUSKAN KEJADIAN LIWAT ITU BENAR-BENAR TERJADI-

Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mengakui dia memerlukan hampir setengah tahun atau enam bulan untuk membuat keputusan nekad meninggalkan Anwar bukan sahaja kerana banyak petunjuk yang di temuinya tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim malah tindakan Anwar sendiri (selepaskan dibebaskan dari penjara) yang seakan-akan enggan membersihkan namanya kerana mengkuatiri kes liwat tersebut mungkin di"buka" semula.

Anwar dibebaskan lebih awal daripada tarikh tamat hukumannya pada bulan September 2004 dengan persetujuan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau bebas secara rasmi selepas dokumen pembebasannya di tandatangani  oleh tiga orang hakim yang menjatuhkan hukumannya beberapa tahu yang lepas. Anwar telah berjanji tidak akan berkecimpung dalam politik dan akan berpindah "keluar" negara iaitu ke New York, USA selama dua tahun.

"Berbalik kepada apa yang telah menyebabkan saya tidak mempercayai Anwar lagi..pada dokumen pembebasan awal Anwar  terdapat satu catatan dimana ketiga-tiga orang hakim berkenaan sebulat suara memang mempercayai ada unsur-unsur "homoseksual" pada kes itu walaupun mereka tidak dapat membuktikannya."

"Pada pandangan saya, walaupun Anwar telahpun dibebaskan namun catatan hakim-hakim tersebut pada dokumen tersebut masih lagi  "mengikat"nya dengan tuduhan liwat dan Anwar, sekiranya dia benar-benar suci dari apa jua segala aktiviti-aktiviti homoseksual, dia tidak seharusnya berkompromi dengan catatan oleh ketiga-tiga hakim berkenaan kerana ianya bagai satu penghinaan kepada Anwar dan seharusnya mendesak catatan itu di padamkan  atau dibuang secara rasmi menerusi prosedur mahkamah."

"Pada mulanya Anwar beria-ia benar seolah dia begitu serius untuk mengambil tindakan tersebut namun ianya bagaikan "hangat-hangat taik ayam" sahaja, kerana Anwar bagaikan lebih menghargai "kebebasannya walaupun  dia di "cop"kan sebagai seorang homoseksual yang tidak dapat di buktikan" seumpama mempunyai pegangan biarlah hidup tanpa  maruah asalkan bebas di luar dari merengkok di penjara."


"Mungkin Anwar dapat hidup begitu tanpa maruah tapi bukan diri saya dan di situlah mula berputik perasaan curiga dan was-was saya..mengapa seseorang yang bermati-matian mendakwa dirinya bukan homoseksual sanggup di kaitkan dengan perkara durjana itu hanya kerana asalkan dia boleh hidup bebas di luar..dimanakah letaknya maruah Anwar Ibrahim?"

'Saya tanya dalam hati saya adakah pemimpin sebegini yang saya akan sokong dan biarkan unuk memimpin saya dan rakyat Malaysia kelak..maruahnya sendiri pun bisa di gadai apatah lagi maruah orang lain..tidak, saya tidak akan membenarkannya."

"Enam bulan berlalu dan saya masih lagi terpinga-terpinga cuba membuat penilaian ke atas perkara tersebut sehinggalah pada suatu ketika sewaktu Datin Azizah berada di luar bandar dan sepertimana  yang saya nyatakan terdahulu, saya telah menjadi begitu rapat dengan keluarga Anwar Ibrahim lagi-lagi sewaktu dia di dalam tahanan namun arahan Datin Azizah begitu aneh dan secara sendirinya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran saya selama hampir enam bulan.

"Datin telah mengarah saya untuk "mengintip" segala "perbuatan" suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantu peribadinya-Saiful Bukhari serta satu perkara yang paling penting sekali iaitu agar memastikan Anwar Ibrahim tidak akan "tidur" dengan Saiful..MasyaAllah!"

"Terus-terang saya nyatakan, saya bertindak meninggalkan Anwar Ibrahim (lebih kurang setahun selepas pembebasannya) tanpa bertemu dengannya kerana saya khuatiri dia mungkin mampu mengubah pendirian saya (ketika itu) dan walaupun dia berkali-kali ingin bertemu saya enggan bertemu dengannya..itu waktu dulu..kalau sekarang, mungkin dia yang pula enggan bertemu dengan saya," kata Ezam sambil ketawa.

"Atas tindakan saya, ramai yang menuduh saya dengan pelbagai tuduhan, baik dari pihak BN ataupun pembangkang namun saya sebenarnya sudah berputus asa untuk berpolitik kerana apa yang selama ini saya perjuangkan, apa yang bela secara berhabis-habisan  tanpa persoalan dan apa yang saya percayai dengan sepenuh hati saya rupa-rupanya "benar segalanya sepertimana yang diperkatakan selama ini."

"Saya kemudiannnya mengajar di universiti di luar negara  untuk beberapa tahun sehinggalah tahun 2008(sebelum pilihanraya umum) apabila Anwar Ibrahim "membayangkan" sekumpulan besar MP BN akan menyertainya." 

"Saya kenal betul dengan taktik Anwar Ibrahim ni maka saya rasa ianya adalah kewajipan saya untuk mendedahkan siapa sebenarnya dirinya," kata Ezam sambil mengakui tiba saja di Malaysia, dia menemui PAS terlebih dahulu (berdasarkan perinsip setiakawannya) dan mendedahkan siapa Anwar sebenarnya namun, ada juga seorang dua hamba PAS ini berkata, "Ya, kami juga ada menerima maklumat yang sama tapi biarlah..kita (PAS) pakai Anwar dulu." "Hampir tersentak saya mendengarnya kata-katanya-"Biar dia pakai (perkudakan) Anwar dulu?" di dalam hati saya, saya berani meneka siapa yang akan  diperkudakan serta siapa yang akan memperkudakan mana-mana pihak."

"Hanya selepas pertemuan dengan PAS yang seakan tidak mahu menerima amaran saya mengenai Anwar Ibrahim  itu  kemudiannya  saya mengambil keputusan untuk menemui Perdana  Menteri Tun  Abdullah Ahmad Badawi menyatakan niat saya ingin membantu BN secara ikhlas pada PRU 2008. Alhamdullillah, PM benarkan saya memberi bantuan dan di sini ingin saya jelaskan di sini, saya tidak tawarkan apa-apa jawatan dalam UMNO pada masa itu lagipun saya sedar ramai lagi ahli UMNO yang lebih lama berjasa dari saya..hanya pada lebihkurang dua tahun yang lepas saya memilih untuk mendaftar sebagai ahli UMNO biasa sehinggalah saya dilantik sebagai senator ."

"Apa yang ingin saya perjelaskan disini adalah individu yang bernama Anwar Ibrahim ini adalah amat "merbahaya & ancaman" dia tidak akan  teragak-agak memporak-perandakan negara ini hanya sekadar untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita mengetahui kepetahannya berucap, kelicikannya menabur janji, memanipulasikan mana-mana isu dan segala sifat-sifatnya yang saya telah cuba gambarkan kepada semua menerusi pengalaman saya sebentar tadi, maka kita harus behati-hati dan berpegang teguh dengan pendirian kita sekiranya berhadapan dengan Anwar Ibrahim dan "kuncu-kuncunya."


-UnReportedNews™®


PS: Ada lagi..Bro Ezam ni kalo dah mule berkece mace esok dah takse tobek lag..Nantikan Part III dialog tertutup Ezam yang diadakan di auditorium pusat latihan LHDN di bandaraya Kuching ini yang di anjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak sebentar tadi. Ezam tiba di sini untuk beristirehat bersama keluarganya selama empat hari di sini namun kesudiannya secara sepontan untuk melibatkan diri dalam beberapa siri program amatlah di hargai.

Tuesday, 29 May 2012

ANWAR-MERBAHAYA & ANCAMAN PADA MALAYSIA? PART I


-IDEALOGI & AMALAN ANWAR MENIMBULKAN ISU-ISU SENSITIF- PERKAUMAN & AGAMA LEBIH MIRIP PADA NIAT HANYA UNTUK MENCETUSKAN  RASA BENCI RAKYAT PADA KERAJAAN YANG SEDIA ADA TANPA MENGAMBILKIRA IMPLIKASI KE ATAS PERPADUAN  & KEHARMONIAN RAKYAT, KESTABILAN POLITIK & KEAMANAN NEGARA  INI..ATAU  INI (HURU-HARA/DARURAT) SENGAJA DIPERCATURANNYA SUPAYA RAKAN-RAKAN "ASINGNYA" ADA ALASAN UNTUK "CAMPURTANGAN"?-


Bekas Setiausaha Sulit kepada Penasihat Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd Nor melabelkan bekas bosnya itu sebagai seorang yang "bahaya dan boleh menjadi ancaman" kepada negara Malaysia.


"Tindakan Anwar yang memberi sokongannya secara terbuka terhadap  Israel tidak lama dahulu juga boleh dikategorikan sebagai suatu "pengkhianatan" kepada semua masyarakat Islam di seluruh dunia seolah-olah mengiktirafkan negara Zionist itu yang terang-terang mencerobohi and merampas Tanah Palestine."


"Anwar Ibrahim adalah seorang yang licik dan bijak memanipulasikan orang dengan seribu alasan serta janji yang semuanya omong kosong belaka agar beliau disokong tanpa berbelah bagi dan sekiranya perancangannya tidak berjaya, beliau masih boleh meyakinkan mereka dengan alasan yang lain untuk terus mempercayainya."


"Anda semua masih ingat pada "Janji 16hb September"? Yang kononnya, majoriti MP BN akan keluar parti dan menyertainya..bukan saja dia mampu menipu rakyat malah dengan PAS dan DAP juga di perbodohkannya dan walaupun dia kantoi melakukan pembohongan terbesar itu namun dia tetap mendapat sokongan mereka."


"Saya begitu yakin yang sokongannya terhadap Israel dulu bukannya  disalah tafsir oleh akhbar antarabangsa itu namun kenyataan tersebut disengajakan untuk menambah keyakinan pihak Israel yang dia (Anwar) berkemampuan menjadi Perdana Menteri Malaysia agar terus mendapat bantuan kewangan dari pihak Zionist berkenaan."



Ezam yang juga merupakan pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewaktu Anwar di penjarakan menyatakan dia tidak hairan dengan "permainan munafik" Anwar yang bertindak sebalik dari apa yang dikatakan kerana itu adalah "Anwar Ibrahim" yang sebenarnya. 


"Sehingga serendah tahap merayu melalui surat (bertarikh 8hb September 1998) kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad enam hari selepas dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri (pada 2hb September 1998) agar memaafkannya dan menerimanya kembali masuk ke dalam UMNO..sedangkan dalam masa (enam hari) tersebut Anwar tidak henti-henti memaki-hamun Tun Mahathir tapi sebaliknya dalam diam-diam cuba merayu Tun..apakah jenis maunsia sehina begini?," persoal Ezam sambil mendakwa  beliau masih menyimpan "surat rayuan" Anwar tersebut.




"Dia adalah seorang yang berkebolehan untuk "menukar" perwatakan serta penampilannya sekelip mata jika perlu..dari seorang politikus, ekonomis, ulama dan apa-apa saja watak yang difikirkannnya boleh mempengaruhi mereka mempercayai apa saja yang diutarakannya."


Anwar adalah seorang "opputunis" mengambil peluang kerana beliau bijak memanipulasikan sesuatu isu atau perkara remeh menjadi alasan rakyat membenci kerajaan sebagai contoh isu HINDRAF, PTPTN, LBGT dan Bersih, tambah Ezam.


"Selagi apa saja isu, biarpun perkara yang remeh pun yang dianggapnya boleh dipergunakannya untuk mencetus amarah rakyat kepada kerajaan akan beliau pergunakan," katanya lagi sambil memberi contoh "isu pelupusan PTPTN" kalau di kaji memang tiada sebarang "political-mileage" kerana hampir 90 peratus peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka dan selebihnya tidak.


"Tapi dek kerana nak meraih sokongan 10 peratus yang tidak membayar balik PTPTN, Anwar sanggup mempergunakan penuntut-penuntut berkenaan untuk niat jahatnya walaupun sekutunya DAP dan PAS bertindak tidak mencampuri perkara itu kerana mereka sedar  ianya adalah tindakan yang kurang bijak."


"Begitu juga dengan Bersih..dari mula lagi sudah ternyata mereka bukannya memperjuangkan pilihanraya yang telus sebagaimana yang mereka nyatakan tetapi tindakan Anwar memperkudakan Ambiga untuk mencetus huru-hara nyata lebih mirip agar keadaan negara ini menjadi huru-hara...mungkin juga dengan adanya situasi sebegini ini boleh dijadikan alasan untuk rakan-rakan "asing" Anwar mencampuri hal-ehwal Malaysia? Tak mustahil kan."


Penuh dengan pembohongan, penipuan dan penafian, begitulah gambaran Ezam sewaktu beliau menjadi pengikut tegar dan juga "orang paling kanan" Anwar Ibrahim dalam lewat 90han sebelum beliau bertindak nekad meninggalkan Anwar.



"Namun seperti yang saya nyatakan, Anwar mampu menyakinkan sesiapa sahaja dengan pembohongannya," tambah Ezam sambil menambah kesetiaannya terhadap Anwar ketika itu tiada berbelah bagi kerana dia mempercayai sepenuhnya perjuangan Anwar untuk  rakyat sehinggakan dia telah dimasukkan kedalam penjara sebanyak dua kali gara-gara membela  bekas bosnya.


Ezam malah menjadi "penjana wang" untuk keluarga Anwar ketika dia (Anwar) menjalani hukuman penjara (Kerana Kes Liwat I) sehinggakan dia terpaksa meminta bantuan daripada beberapa orang Presiden negara-negara jiran di rantau ini.


-UnReportedNews™®







PS: Pembuka-kata Ezam, "Saya ke sini (Sarawak) bukan untuk mengajar tapi sekadar berkongsi pengalaman tambahan pula, rakyat Sarawak nyata memang sudah lama bijak menilai kerajaan yang baik  kerana negeri ini merupakan salah satu benteng kuat BN."


Nantikan Part II dialog tertutup Ezam yang diadakan di auditorium pusat latihan LHDN di bandaraya Kuching ini  sebentar tadi. Ezam tiba di sini untuk beristirehat bersama keluarganya selama empat hari di sini namun kesudiannya secara sepontan untuk melibatkan diri dalam beberapa siri program amatlah di hargai.

Friday, 25 May 2012

PIDATO PERDANA EZAM NOR DI KUCHING SARAWAK


-RAHSIA-RAHSIA ANWAR IBRAHIM AKAN DIBONGKAR OLEH BEKAS SETIAUSAHA POLITIKNYA MOHD EZAM MOHD NOR DI KUCHING, SARAWAK-



Ju datang rami-rami nengar pidato bekas urang kuat "Bang Anu", Ezam Nor di padang main bol Semarak, Kampung Pinang Jawa, Kuching kul 9 malam, 29 Mei tok. Jumpa sia k!


(Jom datang beramai-ramai untuk mendengar pidato bekas orang kuat "Bang Anu", Ezam Nor di padang bolasepak Semarak, Kampung Pinang Jawa, Kuching jam 9 malam, 29hb Mei ni. Jumpa disana ok!)


-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List