Showing posts with label Manifesto BN PRU-13. Show all posts
Showing posts with label Manifesto BN PRU-13. Show all posts

Monday, 8 April 2013

APA LAGI (PENIPUAN) YANG DAPAT DITAWARKAN PR KEPADA RAKYAT?

-ANWAR IBRAHIM & SEMUA PEMIMPIN TERTINGGI PR LAIN PASTI TERLOPONG TERNGANGA BILA MENDENGAR BUTIRAN MANIFESTO BN PRU-13 YANG DIUMUMKAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SEMALAM BUKAN SAJA DISAKSIKAN LEBIH DARI 50,000 ORANG YANG HADIR DI PUTRA STADIUM, BUKIT JALIL MALAH BERJUTA-JUTA RAKYAT DI SELURUH MALAYSIA MENONTON PEMGUMUMAN TERSEBUT YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI SETIAP STESYEN TV UTAMA! KLASS LAH PAK JIB! ADA PERPATAH MENGATAKAN, IMPAK DARI APA SAJA BENTUK PENIPUAN ATAU PEMBOHONGAN AKAN DIRASAI SI PENIPU ATAU PEMBOHONG TERSEBUT, MUNGKIN BUKAN SEKARANG, BESOK MUNGKIN DALAM MASA LIMA TAHUN KOT? (HABIS PENGGAL?) KEKEKE!!!-


Tak dapat aku bayangkan bagaimana sadisnya keadaan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR)nya yang lain yang pastinya kini mula merasa kesal yang terhingga yang mula menular perlahan-lahan meresapi di setiap ruang hati mereka kerana dalam "keghairahan" meraih undi sewaktu berkempen PRU-12 pada tahun 2008 yang lalu, mereka telah terlalu banyak membohongi, menebar janji-janji kosong dan kelentong kepada rakyat.


Sehingga kini, walaupun hampir lima tahun sudah berlalu, segala janji-janji atau dengan lebih tepat lagi-manifesto pilihanraya PR tidak pernah diperkotakan dan bukan saja tiada langsung usaha-usaha PR untuk mengkotakan janji-janji mereka malahan salah seorang dari pemimpin PR (Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim) tanpa segan silu cuba berdalih dengan menegaskan "manifesto pilihanraya bukanlah janji tapi sekadar syor" berikutan dengan tindakan sebilangan besar rakyat Selangor yang sudah muak dan bangkit secara beramai-ramai menuntut segala janji-janji PR kepada mereka pada PRU-12 yang lalu (2008) sehinggakan terdapat juga beberapa kes berkaitan telahpun dibawa ke peringkat muka pengadilan dan tindakan undang-undang.

Pada anggaran aku yang tak seberapa ni, Anwar dan kroni-kroninya sebenarnya dah mula merasa "gelisah dan resah" dek di himpit oleh pembohongan-pembohongan mereka sendiri sejak setahun yang lalu apabila berita-berita berkaitan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula terpampang di muka-muka suratkhabar biarpun ianya hanya berkaitan dengan pengubalan atau tambahan syarat-syarat baru pengundi mahupun perkara yang remeh sekalipun, kepada PR, "SPR" sebenarnya hanya akan mengingatkan mereka yang "tarikh akan berlakunya PRU-13" semakin menghampiri dan semakin keraplah imbasan atau igauan-igauan waah-wajah marah ribuan atau jutaan rakyat telah dikelentongankan oleh PR menhantui mereka.

Tapi apa yang aku begitu pastikan telah terjadi tepat jam 8.30 malam pada 9 malam (6hb April 2013) adalah Anwar Ibrahim yang sudah sekian menanti duduk terpaku di hadapan peti televisyen sejak jam 6 petang tadi terkelu dengan keadaan mulutnya ternganga luas melopong dan seandainya ketika itu beliau sedang menghirup secawan kopi, pasti tersembur keluar minuman tersebut menyimbah Kak Wan atau  "sesiapa saja" disebelahnya sebaik saja dia menatap wajah Najib disaat beliau yang mula menghuraikan dengan secara jelas dan terperinci satu demi persatu butiran pada Manifesto BN PRU-13 menerusi siaran secara langsung tersebut.

Tindakan Najib mengumumkan Manifesto BN PR-13 yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen yang dianggap satu tindakan yang betul-betul berani kerana dalam masa yang begitu  singkat sahaja (selang tiga hari selepas pembubaran Parlimen) beliau pantas "memberitahu" rakyat segala perancangan BN untuk Malaysia seterusnya jika diberi mandat semula menerajui kerajaan setelah PRU-13 nanti dan ianya mungkin memberi kelebihan kepada PR untuk "mencipta" manifesto yang "berapi dan lebih menggiurkan" dari Manifesto BN PRU-13 tapi mungkin Najib telah mengambilkira faktor "pisang takkan berbuah dua kali" iaitu ianya adalah agak mustahil untuk rakyat Malaysia diperbodohan oleh PR dengan "manisfesto yang hanya sekadar syor sahaja" buat kali yang kedua sepertimana yang berlaku dalam PRU-12 (2008) dulu.

Mungkin Najib mahukan rakyat mempunyai "masa yang secukupnya" untuk membuat penilaian sebenar secara logik, rasional dan realiti ke atas sesuatu yang "agak mustahil" (apa jua manifesto cipitaan PR menewaskan Manifesto BN PRU-13) untuk dicapai berdasarkan dengan kemampuan kerajaan yang sedia ada ataupun (Manifesto BN PRU-13) sesuatu yang walauenpun segalanya agak sederhana tapi ianya berpijak di bumi nyata berdasarkan fakta kukuh bertepatan dengan kemampuan kerajaan sebenar tapi satu yang pasti adalah, Manifesto BN PRU-13 bukanlah satu perkakas untuk mendapatkan populariti atau meraih "sokongan sementara" tapi ianya adalah segala perancangan yang akan BN implimentasikan jika mendapat kembali mandat rakyat Malaysia dan berdasarkan "track-record" BN setelah menjadi kerajaan selama ebih dari 50-tahun, setiap janji BN pasti akan ditepati! 

Tindakan Najib mengumumkan Manifesto BN PRU-13 yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen juga dianggap satu tindakan yang bijak kerana secara langsung ianya menunjukkan BN benar-benar ikhlas dan komited dalam soal kepimpinan negara kerana BN telah lama membuat persediaan awal serta kajian terperinci dalam memperlengkapan Manifesto BN PRU-13 dan membentangkannya kepada umum sebaik sahaja pembubaran Parlimen dan menerusi pengumuman secara langsung yang kurang dari dua jam itu juga, Najib, dengan sekali gus telah berjaya memperjelaskan kepada jutaan rakyat di seluruh Malaysia segala yang tersirat dalam Manifesto BN PRU-13 dan apa yang menanti rakyat jika BN menang dalam PRU-13 nanti!

Berbalik kepada Anwar dan kroni-kroninya, mungkin kini mereka betul-betul merasa kesal yang tak sudah dan mengetuk kepala mereka sendiri kerana sikap mereka yang dengan "hentam-kromo" saja menebar janji-janji palsu sewaktu PRU-12 (2008) dulu untuk meraih sokongan rakyat walaupun pada hakikatnya, bukan sahaja PR tiada berkemampuan untuk menunaikan segala janji-janji yang telah mereka beri malah juga, ianya agak tidak mustahil buat PR, terutamana Anwar Ibrahim yang begitu terkenal dengan kelebihannya yang licik menarik hati rakyat dengan mempergunakan apa saja unsur (termasuk berbohong dan menipu) sebenarnya tiada perancangan langsung untuk mengimplimentasikan segala janji-janji tersebut yang hanya dicipta sekadar buat mengumpan mangsa-mangsa mereka saja.

Pastinya kumpulan think-tank Anwar kini sedang memerah kepala hotak mereka sepenuh masa untuk mencetuskan sesuatu "muslihat" yang baru, yang jauh lebih "bombastic" dari Manifesto BN PRU-13 namun jika difikir-fikiran secara logik, PR boleh mengeluarkan manifeto baru yang mengandungi program seakan BR1M tapi dengan nlilai yang jauh tinggi, RM2,000 atau RM3,000 berbanding dengan Program BR1M BN iaitu hanya RM500 namun persoalannya kini, adakah wujudnya golongan rakyat yang "rela" akan ditipu lagi dengan sewenang-wenangnya oleh PR seperti yang terjadi  pada PRU-12 tahun 2008 yang lalu menggunakan taktik yang sama iaitu manifesto yang sememangnya tidak akan dilaksanakan atau ditunaikan.

-UnReportedNews™®

Sunday, 7 April 2013

MANIFESTO BN "MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN" RAKYAT MALAYSIA!

-MANISFESTO BN ADALAH DOKUMEN SERIUS, SEBUAH "AKU JANJI" & IANYA DILANCARKAN SECARA LANGSUNG AGAR SELURUH RAKYAT MALAYSIA DAPAT MELIHAT & MENDENGAR APA YANG TELAH BN JANJIKAN KEPADA MEREKA  & INSYAALLAH, SEMESTINYA SEMUA YANG BN JANJIKAN AKAN DI TEPATI!-


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" yang merupakan satu dokumen serius dan sebuah aku janji untuk rakyat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut Najib yang juga Pengerusi BN, atas sebab itulah maka membuat keputusan melancarkan manifesto tersebut dalam satu majlis besar-besaran dan disiarkan secara langsung melalui televisyen kerana "Aku janji" ini serius jadi kita bentang dan buat secara siaran langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto. 

Ia adalah supaya semua rakyat tahu. Kita sudah sampai di mana gendang perang sudah dipalu," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Janji 1Malaysia dan Pelancaran Manifesto BN, di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini, katanya di hadapan lebih 50,000 orang memenuhi stadium tersebut ketika melancarkan Manifesto BN sempena PRU-13 di malam tadi.

BN hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada PRU13 yang dilancarkan Najib dimana enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk “Menepati Janji Membawa Harapan" itu dan BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.

"Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji dan selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia," menurut manifesto bertemakan “Rakyat Didahulukan" itu," katanya lagi.

"“Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita dan menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya."

Najib menegaskan, parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik dan gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu.

Antara intipati Manifesto BN bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan sebentar tadi:
* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh

Pada mukadimahnya ucapannya sebentar tadi, Najib menegaskan Manifesto BN bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen "aku janji" kepada rakyat.

"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai jadi, saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," katanya yang mendapat sorakan sokongan yang gemuruh dari puluhan ribu hadirin yang memenuhi stadium berkenaan.

Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu dan boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat.

"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru kerana kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya sambil membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah “fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak dan maa itu, kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas.

Menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik, Najib menyatakan perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.

Majlis Pelancaran Manifesto BN PRU-13 tersebut turut dihadiri oleh pemimpin parti komponen termasuk Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) and juga merangkap Pengerusi BN Negeri Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan beberapa pemimpin tertinggi  part-parti komponen BN Sarawak yang lain.

Lebih dari 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN a ianya turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani. 

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List