Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

SIAPA YANG BABI SANGAT NAK ABU BANGKAI CHIN PENG DIBAWA KE MALAYSIA NI?

-PART MANA LAGI KORANG LABU-LABU TAK FAHAM NI? STATUS BAPAK KOMUNIS-CHIN PENG MEMANG JELAS TAK SAMA DENGAN STATUS DR AZAHARI ATAU NOORDIN MOHAMAD TOP YANG SEMEMANGNYA WARGA NEGARA MALAYSIA! TU MASIH TAK PAHAM-FAHAM LAGI KER? KEKEKE!!!-

Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.

Beliau berkata Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.

“Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.

Malah katanya semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya. – Bernama

-UnReportedNews™®

Saturday, 27 July 2013

GABUNGAN MCA, GERAKAN & SUPP AKAN DIREALISASI SEMINGGU-DUA LAGI?

-JIKA DIKAJI SECARA MENDALAM, IANYA AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA SARAWAK! SEANDAINYA IANYA DIREALISASIKAN, IA AKAN MEMECAHKAN KEUNIKAN TRADISI BN SARAWAK SENDIRI YAKNI PARTI KOMPONEN BN SARAWAK PERTAMA YANG "SEMENANJUNG-BASED"!-

Semalam, aku berbual dengan seorang ahli SUPP yang berpengaruh dan topik perbualan kami tertumpu kepada cadangan pengabungan MCA, Gerakan dan SUPP yang sedang hangat diperkatakan.

Bila aku bertanyakan dia apakah beliau secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu atau sebaliknya, dia enggan menjawabnya cuma beliau menyatakan yang dalam seminggu dua kemungkinan ada "berita besar" mengenai perkara ini!

Aku rasa ramai rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan cadangan ini dan secara peribadi, aku rasa tindakan ini adalah hanya untuk "menyelamat" (dengan tiada niat menghina) serpihan-serpihan atau whatever is left dalam MCA, Gerakan dan SUPP saja tanpa mengira implikasi kepada polarisasi politik Sarawak itu sendiri.

Bukannya mendabik dada atau apa, kekuatan BN Sarawak selama ini adalah keunikan keadaan politik negari ini yakni parti-parti komponen BN Sarawak semuannya adalah local-based.

Bukannnya aku ini anti-Semenanjung atau apa tapi aku rasa kepimpinan atau dasar yang dijalankan komponen parti-parti tempatan BN Sarawak inilah yang menjadi tunjang kekuatan sebenar BN Sarawak selama ini!

Jadi, pengabungan ini hanya akan membuka ruang kepada mana-mana parti BN komponen Semenanjung-based akan "menerokai" peluang bertapak disini dan ianya boleh memberi impak yang sebaliknya kepada negeri ini!

Dalam PRU-13 yang lepas, BN Sarawak telah membantu BN pusat dengan menyumbang 25 kerusi. 

PBB (14), PRS (6) dan SPDP (4) memenangi seratus peratus kerusi Parlimen yang mereka pertandingkan dan SUPP hanya satu kerusi (itupun dengan menerusi calon Bumiputera di kawasan Bumiputera) sementara semua enam kerusi lain di kawasan Cina semuanya dibaham DAP.

Berbalik kepada tajuk entri ini, apakah objektif sebenar cadangan gabungan ini?  Adakah gabungan ini akan memberi kebaikan/perubahan secara keseluruhannya kepada BN Sarawak ddan BN Pusat? Apakah ini satu-satunya cara sahaja yang boleh "menyelamat" parti-parti Cina dalam BN?

Jadi, mengapa kita harus mengambil risiko atau membuat eksperimen terhadap sesuatu perkara yang tidak menjamin kebaikan?

Kepada rakan-rakan MCA, Gerakan dan SUPP, pernah tak dengar peribahasa "kerana seekor nyamuk, kelambu di bakar?", sebenarnya bukannya entiti parti itu yang mungkin bermasalah dan harus dimansuhkan sama sekali dan masalahnya (bukan menuduh tapi sekadar pandangan) mungkin ada pada pucuk pimpinan, dasar/polisi ataupun pendekatan yang seharus di tukar.

Tidak dinafikan, rakan-rakan kaum Cina memang bijak berniaga maka falsafah Start Small In The Beginning harus dipraktikkan dalam menangani permasalahan ini tapi bukannya menerusi penggabungan tiga parti. 

-UnReportedNews™®

Thursday, 18 July 2013

MCA JANGAN NAK CARIK PASAL PULAK!

-MACAMANA MELAYU NAK BANTU CINA KALAU CINA SENDIRI YANG TAK NAK BANTU BANGSA MEREKA SENDIRI? JANGAN SALAHKAN MELAYU SEBAGAI PUNCA MCA KALAH TERUK DALAM PRU-13 LALU! YOU TAK PANDAI KIRA-KIRA KAH? KEKEKE-


Aku terus hilang respek kat Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bila membaca dipenghujung kenyataan PRK Kuala Besut yakni (di atas dalam mStar), "Calon MCA yang tewas pada pilihan raya lalu adalah disebabkan kerana tidak mendapat sokongan pengundi Melayu...bukan pengundi Cina." 

Banyak cantik you punya pengiraan, macam maner you kira macam tu Pak Menteri?

Kita ambik satu contoh P122 Seputeh dimana mempunyai 85,976 orang pengundi dengan pecahan kaum; Melayu: 5.62 peratus, Cina 89.69 peratus, India 4.54 peratus dan lain-lain 1.5 peratus.

Dalam PRU13 yang lalu seramai 71,859 orang turun mengundi (83.58  peratus) dengan undi rosak sebanyak 302 undi.

Keputusannya Teresa Kok Suh Sim (DAP/PR) menang dengan dengan majoriti 51,552 undi setelah mendapat 61,500 undi berbanding Nicole Wong Siaw Ting (MCA/BN) yang hanya mendapat 9,948 undi.

Jikapun diberi kebenaran orang Melayu kat kawasan Seputeh mengundi sebanyak TIGA KALI sorang pun MCA tak boleh menang kat di kawasan Parlimen tu.

Hakikatnya memang ada tsunami Cina pada PRU-13 lalu dan sebagai seorang pemimpin kanan yang baik, Tiong Lai seharusnya menerima hakikat ini dan memperbaiki diri dan parti, akui kelemahan sendiri bukannya menyalahkan orang lain sebagai punca kekalahan yang memalukan MCA dalam sejarah politik Malaysia.

Apasal pulak nak salahkan Melayu yang tak sokong MCA, orang Cina sendiri pun tak sokong MCA, jangan nak jadikan Melayu sebagai kambing hitam dan boleh dikatakan hampir semua calon MCA kalah di kawasan Cina!

-UnReportedNews™®

Sunday, 26 May 2013

"GABUNGAN PARTI KOMPONEN BN" MENJADI "1PARTI TUNGGAL BERBILANG KAUM" TIDAK RELEVAN?

-MAAF, AKU BUKAN RASIS CUMA AKU SAYANGKAN BANGSA AKU, AKU ADA RAMAI KAWAN-KAWAN BANGSA LAIN TERUTAMANYA MEREKA YANG BERBANGSA CINA TAPI PERSOALANNYA, JIKA KAUM CINA YANG TELAH DIBERI PELUANG BERDIRI DIATAS PLATFOM SENDIRI (MCA & SUPP) NAMUN GAGAL DITERIMA OLEH KAUM CINA SENDIRI MENGAPA NAK "JEOPERDISE"KAN PARTI-PARTI YANG SUDAH SEKIAN TERBUKTI KUKUH PERPADUANNYA? KEKEKE!!!-

Walaupun ramai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan idea penggabungan semua parti komponen menjadi sebuah parti tunggal berbilang kaum, pada pandangan aku yang tak seberapa ini, ianya tidak begitu relavan buat masa ini.

Konsep BN yang ada kini tidak merugikan pelbagai kaum, terutamannya pelbagai peribumi di Sarawak, jadi apa masalahnya?

Kita akui MCA dan SUPP ternyata gagal dalam PRU-13 untuk menarikkan hati pengundi-pengundi kaum Cina tapi wajarkah kita "memperjudikan" nasib parti-parti komponen yang berpaksikan sesebuah kaum yang selama ini terbukti berjaya demi untuk rakan-rakan kita yang telah terkecundang bekenaan?

Secara ikhlas, aku rasa memadailah kita "membantu" MCA dan SUPP untuk "bangkit semula" tapi janganlah kita cuba membuat sesuatu "eksperimen" ke atas sesuatu yang nyata sudah baik yang keputusannya belum pasti berkesudahan dengan sesuatu yang "lebih baik" tapi berkemungkinan "sesuatu yang lebih buruk"!

Sepatutnya sekarang, orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia lebih bersatupadu, merapatkan barisan mempertahankan hak keistimewaan kita yang termaktub dalam perlembagaan negara dan pastikan melukut-melukut ditepi gantang yang menumpang makan dinegara ini, tidak bisa menggangu-gugatkan perpaduan kita yang sedia ada!

-UnReportedNews™®

Monday, 15 April 2013

PRU-13 TERKINI: EMPAT PRESIDEN PARTI KOMPONEN BN SAH TIDAK AKAN BERTANDING!

-KESEMUA MEREKA MENYATAKAN PENDIRIAN TIDAK AKAN BERTANDING DALAM PRU-13 KERANA INGIN MEMBERI LALUAN KEPADA MUKA BARU! POK NIK, KIT SIANG & MEREKA-MEREKA YANG "SEUSIA-SEBAYA" TAHAP NYANYUK PATUT MENCONTOHI AMALAN MULIA SEBEGINI DARI MERAPU MEROYAN TAK TENTU PASAL! KEKEKE!!!-

Empat presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Chua Soi Lek -MCA
Peter Chin - SUPP
Terkini, Bernama melaporkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum pada Isnin.

Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

M. Kayveas -PPP
Koh Su Kun -Gerakan
Kayveas yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.

DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti. Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. 

PENGUMUMAN SENARAI CALON PRU-13 PARTI KOMPONEN BN MULAI ESOK!

Dalam perkara berkaitan, Pengerusi Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Umno akan mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) esok, sementara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, mulai hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata pengerusi BN negeri-negeri akan menyampaikan surat watikah pencalonan kepada calon-calon BN di negeri masing-masing pada Selasa.

Beliau berkata pemilihan calon telah melalui proses yang panjang, meliputi banyak rundingan dengan parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri, selain mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk melihat perubahan dalam barisan calon BN.

"Senarai calon BN ini merupakan barisan yang pada hemat saya terbaik yang mampu kita sediakan," katanya yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyerahkan surat watikah Pencalonan dan Aku Janji BN kepada presidenparti-parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri di sini hari ini. 

Sementara itu, pengerusi BN negeri-negeri yang ditemui selepas majlis itu enggan mendedahkan apa-apa sebaliknya memaklumkan senarai calon BN untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan pada Selasa di setiap negeri. 

Sebelum itu Najib telah memberi bayangan iaitu 31 peratus calon BN pada PRU-13 adalah mereka yang daripada kumpulan profesional dan ulama.

"BN cuba melakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan dan kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki Diploma ke atas."

"Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, Pegawai Tadbir Diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen dan pengerusi BN negeri di Menara Dato Onn siang tadi.

"Selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi dan bukan semua akan sertai kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.

"Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkan inklusif sebanyak mungkin," katanya.

-UnReportedNews™®

SURAT TAULIAH CALON-CALON BN DALAM PRU-13 SUDAH DISERAH!

-SATU PERTIGA DARIPADA BARISAN CALON-CALON AHLI PARLIMEN BN YANG AKAN BERTANDING ADALAH MUKABARU SEMENTARA HAMPIR SEPARUH DARI CALON-CALON PERINGKAT DUN JUGA AKAN DIBARISI OLEH MUKA-MUKA BARU YANG DIPERCAYAI DAPAT MEMENUHI KEHENDAK & ASPIRASI RAKYAT MASAKINI!-

Najib menyerahkan surat watikah dan aku janji calon BN kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebelum penamaan calon PRU-13.-TheStar
Barisan Nasional (BN) akan menampilkan 33% muka baru di kerusi Parlimen manakala 49% di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik mStar sebagai berkata calon yang tersenarai adalah mereka yang dapat memenuhi akujanji yang terdapat dalam manifesto BN.

"Senarai calon BN ini pada hemat saya adalah barisan terbaik yang mampu kita sediakan untuk memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

"Pemilihan calon kali ini telah melalui proses yang panjang kerana banyak rundingan dengan parti kompenan dan pengerusi BN negeri," katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen BN dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri di Menara Dato Onn di sini pada Isnin.

Beliau berkata mengikut jadual senarai calon parti komponen BN akan diumumkan oleh pimpinan masing-masing pada Isnin atau Selasa.

Sementara itu, menurut Najib, calon Umno akan dirangkum dan diumumkan secara serentak oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.

Mengulas lanjut Najjb yang juga Presiden Umno berkata pemilihan senarai calon kali ini dibuat dengan mengambil kira sentimen dan aspirasi pengundi.

Najib dijangka akan menyerahkan surat tauliah calon parti itu yang mengandungi nama setiap calon bagi 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam PRU-13 kepada pengarah pilihan raya BN negeri pada satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari ini.

Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman calon-calon itu sama ada pada Isnin atau Selasa ini.

Najib menyerahkan surat watikah dan aku janji calon BN PRU-13 kepada Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.-TheStar
Sementara itu, semua mata kini tertumpu kepada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan serentak di 14 negeri pada Selasa di mana perhatian lebih diberikan kepada calon di Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Bagi Selangor dan Kedah yang cuba dirampas kembali BN selepas tewas kepada Pakatan Rakyat pada 2008, senarai itu akan mengenal pasti calon Menteri Besar negeri tersebut sekiranya BN menang.

"Selangor akan menyaksikan perubahan besar. Pada perkiraan terakhir, bilangan calon baru adalah kira-kira 70%. Itu hanya melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Untuk senarai calon kerusi Parlimen di Selangor, perubahan boleh jadi 60% atau lebih besar," kata sumber dalaman parti pada Ahad.

Sumber berkata, jika BN menawan semula Selangor, sudah pasti calon Menteri Besar adalah seseorang yang baru dan tidak dikenali ramai.

Tiga calon pilihan untuk jawatan itu adalah Naib Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Datuk Shamsuddin Rais, Ketua Umno Bahagian Subang Dr Bushro Mat Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal.

Bagi Kedah, sumber BN yakin terhadap prestasi parti itu di negeri tersebut kerana kerajaan PAS yang menerajui negeri itu dilihat dalam keadaan kucar-kacir ekoran masalah dalaman parti.

Sementara itu, tiga calon pilihan bagi jawatan Menteri Besar Kedah adalah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Latt Shariman Abdullah yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah.

"Malah di Kedah, bilangan muka-muka baru adalah kira-kira 50% tetapi kebanyakan mereka akan bertanding di kerusi Parlimen," kata seorang pemimpin BN.

Tidak ketinggalan, Johor turut akan mempunyai Menteri Besar baru tanpa mengira apa jua keputusan pertemuan di antara Datuk Abdul Ghani Othman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walaupun Pakatan Rakyat menyatakan hasrat untuk merampas kubu kuat BN di Johor, BN dijangka akan mempertaruhkan senarai calon hebat untuk kekal berkuasa di negeri itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dikatakan sebagai calon pilihan untuk menggantikan tempat Ghani.

Sumber berkata, kira-kira 300 calon BN pada pilihan raya umum 2008 akan digugurkan kali ini.

Najib yang juga Pengerusi BN akan menyerahkan surat tauliah calon parti itu kepada Pengarah Pilihan Raya BN negeri dalam satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Pengarah setiap negeri kemudiannya akan menyerahkan surat tersebut kepada calon-calon untuk kerusi Parlimen dan DUN di negeri masing-masing.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 29 January 2013

TOKONG PENANG GOYANG MENANTI REBAH?

-LEBIH 5,000 MASYARAKAT CINA PULAU PINANG IKRAR MENYOKONG BN DAN MCA .. MASYARAKAT CINA SENDIRI DAH BENCI DAP! KEKEKE!!!-


Tadi malam (28/01/2013), bermula jam 7 malam telah menyaksikan sejarah paling besar sepanjang pemerintahan Tokong@Joseph Lim Guan Eng !!!

Lebih 5,000 masyarakat kaum Cina bersama MCA hari ini dan nampaknya era Tokong@Joseph Lim Guan Eng akan berkahir menjelang PRU-13.

Malam tadi MCA Negeri Pulau Pinang menganjurkan sebuah makan malam yang dinamakan "MCA Mega Dinner".

Diulangi ye... MCA dan bukan DAP !!!

500 meja yang ada didalam dewan penuh dan masih ada yang berdiri menanti kerusi tambahan dan ada yang menunggu meja.

Makan malam yang dianjurkan MCA itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Cina Han Chiang, Georgetown, Pulau Pinang.

Bayangkan 500 meja penuh beb !!!

Kalau 1 meja 10 orang, korang darab la dengan 500 meja... Bukankah jumlahnya 5,000 orang ?!!

Malah ada yang berdiri dan menunggu meja.

Jelas sekali nampaknya kaum Cina sendiri menolak DAP di Pulau Pinang.

Ye la kan, agama Islam dan Hindu dah pun diganggu-gugat dan diancam, sikit masa lagi agama Buddha pula.

Bukan semua kaum Cina ni beragama Kristian.

Dan bukan semua kaum Cina ni rasis macam Tokong@Joseph Lim Guan Eng dan konco-konconya.

Rata-rata pengundi kaum Cina di Pulau Pinang memilih kesejahteraan ekonomi dan juga kestabilan pendapatan mereka.


Bukan semua kaum Cina ni suka DAP.

Mereka yang tidak sukakan DAP ini adalah kaum Cina yang tahu menghormati masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum.

Mereka ini mahukan keamanan dan kesenangan !!!


Kalau negara huru hara, macam mana kaum Cina ni nak berniaga, rata-rata kaum Cina ni memonopoli ekonomi di Pulau Pinang dan kerana itu mereka menolak DAP yang selalu mencetuskan kekacauan.

Ada antara mereka yang turut meluahkan rasa kesal akibat peralihan kerajaan negeri.

Sememangnya kuasa ekonomi ditangan kaum Cina di Pulau Pinang tu, tetapi kuasa beli ditangan Melayu.


Bila Tokong@Joseph Lim Guan Eng ni cuit isu perkauman, maka hilanglah kuasa beli yang sedia ada.

Hanya kerana politik bangang yang dimainkan DAP telah membuka mata kaum Cina untuk memberikan sokongan kepada BN khususnya MCA.

Bukan semua kaum Cina ni kisah pasal Kristian pun, yang penting bagi kaum Cina adalah periuk nasi dan kekayaan mereka tidak terjejas.

Namun, bukan semua kaum Cina ni kaya raya, ada juga yang sederhana.


Eloklah kalau DAP nak teruskan main isu perkauman dan agama, sekurang-kurangnya boleh membuka mata masyarakat terutama kaum Cina untuk menilai kesenangan yang dikecapi hari ini.

Pasti mereka tidak mahu ekonomi negeri dan negara merudum kerana kesan langsungnya terpalit juga kepada kaum Cina.

Baguslah kerana keyakinan mereka terhadap BN telah kembali !!!

Sumber: Info 4 The Truth

-UnReportedNews™®

Friday, 4 January 2013

MCA IKHLAS LEPASKAN KERUSI TEWAS KEPADA PARTI KOMPONEN BN LAIN

-SIKAP YANG TIDAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, MENYEDARI "KEMAMPUAN" SENDIRI SERTA MENGUTAMAKAN KEPENTINGAN BARISAN NASIONAL YANG DITUNJUKKAN MCA IN WAJAR DI CONTOH OLEH PARTI-PARTI KOMPONEN YANG LAIN KHUSUSNYA DI NEGERI SARAWAK!-
alt
Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong hari ini berkata MCA bersedia untuk melepaskan kerusi tradisi kepada parti kompenan lain jika cara itu dapat menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Namun, keputusan akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan tidak menolak jika kemungkinan berlaku percaturan sama ada pengurangan atau pertambahan kerusi.
 
"Tidak semestinya bertukar dan kemungkinan akan berlaku pertambahan, ini secara logiknya. Saya tidak boleh katakan sekarang. Jika MCA mempunyai peluang, kita ada kekuatan, mengapa tidak.. begitu juga keadaannya dengan parti lain.
 
"Itu terpulang kepada pucuk pimpinan untuk tambah atau tukar dan bergantung kepada keadaan," katanya.
 
Sebelum ini Soi Lek juga menyatakan kesediaan parti itu untuk melepaskan kerusi tradisi yang ditandingi kepada parti komponen dan tidak akan menuntut mana-mana kerusi jika parti itu tidak berpeluang menang.
 
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MCA kini telah 95 peratus bersedia menghadapi PRU yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
 
Katanya, MCA tidak terjerat dengan keyakinan melampau, meskipun optimis BN mampu menawan kembali negeri-negeri yang kalah.
 
Sumber: KL Pos

-UnReportedNews™®

Sunday, 4 November 2012

SURAT RASMI MCA MENGENAI ISU HUDUD

-KUPASAN PADA POSTING RAKAN BLOGGER MIM INI MENUNJUKKAN PAS YANG BERIA-IA SANGAT NAK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD TERSEBUT SENDIRI PUN TIDAK KONSISTEN DENGANNYA DI TAMBAHKAN LAGI DENGAN KENYATAAN CSL/MCA...ISK MALUNYER DAP & PAS..BAGAI KENA BOGEL KAN? KAN? KAN? KEKEKE-
Kenyataan penuh DS Chua Soi Lek di bawah sudah pasti akan mematikan sandiwara 'double standard' dan pembohongan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS untuk menyelamatkan diri sendiri.

Beberapa perkara penting yang dinyatakan di antaranya ialah isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.

Satu lagi perkara yang jelas menunjukkan putar belit Nik Aziz ialah kenyataan di bawah. Jika kita kaji kembali permulaan isu Soi Lek dan MCA yang kononnya menghina Islam, kita akan dapati bahawa kenyataan mereka merujuk kepada kenyataan beremosi Nik Aziz yang berkata 'padanlah dirogol jika tidak tutup aurat'.

Apabila kenyataan itu menjadi panas, Nik Aziz mengeluarkan satu lagi kenyataan untuk tutup cerita ini. Nik Aziz berkata bahawa kenyataan beliau itu merujuk kepada orang Islam sahaja! Macam itu pula!

Apakah Nik Aziz juga bermaksud Hukum Hudud pun akan diasingkan bergantung kepada agama rakyat itu?

Tetapi kenyataan di bawah lain pula! Sila baca :

Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.
Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.


MiM berminat dengan kaedah penulisan di bawah yang banyak membantu jentera media alternatif seperti MiM untuk menguatkan lagi fakta dan hujah untuk berdepan dengan media alternatif pro-pembangkang.

MiM berharap agar lebih banyak lagi kenyataan seperti di bawah daripada kepimpinan UMNO, MCA, MIC dan Barisan Nasional selepas ini.

Jika ada sahaja yang digoreng dan dimainkan oleh pemimpin Pakatan pembangkang, pemimpin-pemimpin BN turut membantu menjawab isu tersebut. Bolehkah?

Sila baca di bawah :

KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS
1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.

4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5. Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.


7. Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan.

8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka.

9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. “Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah Negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali Hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang ( PR 13 ) sepertimana PAS meletak manifesto Hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10. MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This (Protest Sam Bacile)?

11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12. Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13). Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.

DATUK SERI DR CHUA SOI LEK
PRESIDEN MCA


Sumber: MIM
-UnReportedNews™®


 

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List