Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Tuesday, 4 October 2016

Pasukan Tentera Nasional Indonesia Guna Kenderaan Curi Ditahan Di Sarawak


LUBOK ANTU: Polis merampas sebuah kenderaan pacuan-empat-roda yang dipercayai dicuri dan digunakan oleh sepasukan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari Markas Batalion TNI 312 Kala Hitam Indonesia) di Sarawak semalam.

Difahamkan, kenderaan itu sedang digunakan oleh anggota-anggota TNI tersebut yang berkonvoi bersama sepasukan angota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menaiki beberapa buah kenderaan lain dari Kem Penrissen Kuching ke Badau.

Pasukan anggota ATM tersebut telah ditugaskan untuk menemai pasukan TNI hingga ke sempadan Sarawak-Indonesia.

Sumber dalaman mendedahkan, konvoi tersebut kemudiannya berehat di Kem JPG Lubuk Antu namun ditahan oleh sepasukan polis yang membuat operasi berdekatan luar kem berkenaan apabila hendak menyambungkan perjalanan mereka lebih kurang jam 3:15 petang.

Siasatan awal polis mendapati, salah seorang anggota TNI mendakwa mereka telah menyewa kenderaan tersebut dari seorang lelaki di sebuah rumah di Jaoi Babang, Indonesia pada hari Ahad lepas.

Pemeriksaan lanjut polis juga mendapati kenderaan pacuan-empat-roda jenis Toyota Hilux telah menggunakan plat Indonesia KB9826LL (nombor palsu) dan nombor pendaftaran sebenarnya adalah QKW2061 yang telah dilaporkan hilang di Kota Samarahan baru-baru ini.

Kenderaan itu juga telah dipasang dengan peralatan pengesan GPS yang membolehkan pihak polis mengenalpasti lokasinya.

Kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pihak Balai Polis Lubuk Antu untuk siasatan lanjut.-UnReportedNews™®

Monday, 18 November 2013

GAMBAR TERKINI: SUSPEK INDON YANG MEMBUNUH PEGAWAI AMBANK

-HOI MALING! PEROMPAK! PEMBUNUH! KO DATANG SINI HANYA UNTUK MEROMPAK KER? KALO LAH TERTAKDIRNYA ORANG MALAYSIA YANG BERBUAT BEGINI DI INDONESIA, PASTI KINI SUDAH ADA DEMONSTRASI BESAR-BESARAN DI BUAT ATAUPUN PALING TIDAK, RUMAH KEDUTAAN MALAYSIA DI JAKARTA YANG MENJADI SASARAN! KEKEKE!!!-



Inilah wajah terkini suspek utama kes menembak mati Pegawai Operasi AmBank Cawangan Subang Jaya Puan Norazita Abu Talib yang dirakam semalam ketika muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan wajah sugul, kering dan tidak bermaya langsung.

Dia kelihatan memakai baju lokap berwarna jingga di bawa ke Mahkamah Majistret untuk sambungan reman selama 7 hari lagi sehingga 23hb November 2013.

Suspek menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu di tahan di Tanjung Belungkur, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10hb November 2013 yang lalu selepas berjaya menyembunyikan diri selama lebih kurang 19 hari di rumah dan bangunan kosong sekitar Johor.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah pun mengesahkan identiti sebenar suspek sebagai Laode Ardina Laode Rasila berumur 35 tahun berasal dari Sulawesi, Indonesia. -Melanau Blogger 

-UnReportedNews™®

Friday, 27 September 2013

DEMO BANTAH DOKTOR MALAYSIA BERTUGAS DI HOSPITAL JAKARTA, LIMA DOKTOR INDON DIPECAT!

-ITULAH AKIBATNYA DENGKI MENDENGKI SESAMA RAKAN SETUGAS! DOKTOR-DOKTOR KITA KE SANA BERTUGAS NAK MEMBANTU MEREKA, TAPI LAIN HAL PULAK JADINYER! ITU BARU SEGELINTIR DARI WARGA KITA YANG PERGI KE SANA BERBANDING RATUSAN RIBU WARGA INDON YANG DATANG KE SINI MENCARI MAKAN, MALAH RAMAI YANG DATANG SECARA HARAM PULAK TU! PADAN MUKA! KEKEKE!!!-

Lima orang doktor kontrak di Hospital Tangerang Selatan (RSU Tangsel) yang terlibat dalam demontrasi membantah kehadiran dua doktor Malaysia di hospital itu pada Jumaat dan Isnin lepas, telah dipecat oleh Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan.

Sementara itu, 18 doktor penjawat awam di hospital itu pula diberikan surat amaran, akhbar harian Kompas melaporkan pada Rabu.

Dalam demonstrasi oleh sekumpulan doktor dari hospital itu, mereka bukan sahaja membantah kehadiran doktor Malaysia di hospital itu malah turut mendesak pihak berkuasa mengganti pengarah RSU Rangsel yang mereka dakwa tidak berlatarbelakang perubatan.

Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan dilaporkan bertindak memecat lima doktor itu dengan alasan mereka melanggar kontrak apabila meninggalkan tugas semasa berdemonstrasi, namun alasan itu dibantah Ketua Jawatankuasa Perubatan RSU Tangsel, Daniel Richard, yang mendakwa kelima-lima doktor itu menjalankan tugas mereka terlebih dahulu sebelum berdemonstrasi.

Jabatan Kesihatan Tangerang Selatan menyatakan kehadiran dua doktor dari Malaysia itu adalah semata-mata dengan tujuan untuk memindahkan ilmu kepada para doktor di RSU Tangsel.

Ketua Jabatan Kesihatan Tangsel, Dadang Epid menjelaskan lima doktor itu sebenarnya telah ditamatkan kontrak kerana didapati melanggar kontrak kerja yang mereka tandatangani.

“Jumlah doktor yang ditamatkan kontrak ada lima. Jadi, bukan dipecat. Mereka meninggalkan tugas dengan alasan yang tidak munasabah, bukan dengan alasan seperti sakit, misalnya,” katanya. –BERNAMA

-UnReportedNews™®

Saturday, 20 July 2013

SEKUMPULAN 218 BANDUAN MELARIKAN DIRI!

-KEPADA PENDUDUK DI KUCHING, SARAWAK, PERASAN TAK ANDA SEMUA AKAN KEHADIRAN HELIKOPTER POLIS BERLEGAR-LEGAR DI ANGKASA DI PELUSUK BANDARAYA SEMALAM? ITU BERKEMUNGKINAN HANYALAH LANGKAH PENCEGAHAN PIHAK KESELAMATAN NEGARA SEANDAINYA BANDUAN YANG MELARIKAN DIRI PENJARA INDONESIA TERSEBUT BERJAYA MELOLOSKAN DIRINYA KE SINI!-

Risau jugak apabila mendengar helikopter asyik berlegar-legar di udara di kawasan Bandaraya Kuching pada malam semalam tapi rupa-rupanya pihak polis yang mengambil initiatif membuat langkah-langkah pencengahan berkaitan dengan banduan-banduan yang telah lolos dari penjara di Indonesia. 

Sumber memberitahu UnReportedNews™®, walaupun peratusan peluang untuk banduan-banduan tersebut meloloskan diri hingga ke sini amatlah tipis sekali namun pihak berkuasa berkemungkinan tidak mahu mengambil sebarang risiko. Syabas, kepada PDRM dan KDN!
  
Bernama pada Julai 17, melaporkan seminggu selepas 218 banduan melarikan diri dari penjara Tanjung Gusta, Medan, Sumatera Utara, kejadian serupa berlaku pula melibatkan 11 tahanan polis di Penjara Baloi, Kota Batam, Kepulauan Riau awal hari ini (Rabu).

Mereka yang melarikan diri merupakan tahanan kes dadah yang ditempatkan di situ oleh Polis daerah Barelang dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kepulauan Riau.

Mereka mengumpil jeriji tingkap di pejabat ketua penjara itu dengan menggunakan besi katil yang dibawa dari sel mereka dan meloloskan diri semasa petugas penjara sedang melakukan pergantian tugas.

Polis telah melancarkan operasi memburu tahanan itu dan sedang menyiasat motif mereka melarikan diri.

Sementara itu, Polis Indonesia masih memburu lebih 100 banduan Penjara Tanjung Gusta.

Laporan menyebut bahawa setakat ini 102 banduan Penjara Tanjung Gusta itu telah ditangkap semula.

Banduan yang masih bebas itu termasuk empat orang anggota kumpulan pengganas yang terlibat dalam kes rompakan Bank CIMB Niaga di Medan dan serangan ke atas Balai Polis Deli Serdang, Sumatera Utara. 

-UnReportedNews™®

Sunday, 23 June 2013

JEREBU: LAPAN SYARIKAT MALAYSIA DIKENALPASTI MELAKUKAN PEMBAKARAN DI INDONESIA?

-BERITA DARI INDONESIA MELAPORKAN LAPAN SYARIKAT MEMPUNYAI KAITAN DENGAN MALAYSIA SUDAH DIKENALPASTI MELAKUKAN PEMBAKARAN YANG MENYEBABKAN JEREBU SEHINGGAKAN MENJEJASKAN BEBERAPA BUAH NEGARA JIRAN DI RANTAU INI TERMASUK MALAYSIA!-

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.

Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari. 

“Jika terdapat bukti yang cukup, kita akan membawa mereka ke mahkamah. Para penyiasat kami masih berada di tempat kejadian untuk melakukan penyiasatan kanjut,” katanya pada Sabtu.

Lebih banyak syarikat dijangka akan dinamakan di mana Dr Balhasar berkata, 14 syarikat lagi sedang disiasat. – ANN/The Strait Times, June 23, 2013.

KUALA LUMPUR – Sime Darby Plantation hari ini menegaskan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia, dan telah mematuhi sepenuhnya dasar sifar pembakaran dalam operasinya.

“Laporan semasa mengenai titik panas di Riau adalah termasuk dalam kawasan konsesi PT Tunggal Mitra Plantation’s (PT MTP)(anak syarikat PT Minamas Gemilang, satu daripada syarikatnya),” katanya dalam kenyataan tiga perenggan di sini hari ini

Menurutnya keseluruhan kawasan konsesi PT MTP ialah 13,836 hektar, dan jumlah kawasan yang ditanam ialah 10,825 hektar dengan 537 hektar terdiri daripada kawasan tapak semaian dan pembangunan dengan bangunan-bangunan, tapak semaian, jalan raya dan jambatan.

“2,474 hektar dihuni penduduk setempat. PT MTP tidak mampu mengawal aktiviti yang dilakukan di luar kawasan operasinya dan di tempat yang dihuni pihak-pihak lain,” katanya.

Bagaimanapun, PT MTP akan terus memantau keadaan, bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan membantu menerusi pasukan pencegahan kebakarannya bagi memastikan sebarang bencana diurus dengan sewajarnya, katanya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menggesa syarikat milik Malaysia yang beroperasi di Indonesia supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan setempat, dan memastikan mereka tidak menyumbang kepada masalah alam sekitar.-BERNAMA (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 June 2013

PENIPUAN ANWAR TAHAP GABAN!

-ANWAR YANG MEMOHON KEPADA JUSUF KALLA UNTUK MENJADI "ORANG TENGAH" DI ANTARA BELIAU & NAJIB BUKANNYA JUSUF KALLA YANG MENAWARKAN DIRI UNTUK MENJADI ORANG PERANTARAAN DIANTARA MEREKA BERDUA SEPERTIMANA YANG DIDAKWA ANWAR! DASAR PENIPU YANG HENDAK MENUTUP MALU! KEKEKE!!!-

al-azharrisiddiq - Dalam bahagian kedua ini, saya akan menjurus kepada “Surat Perjanjian” oleh Anwar Ibrahim, Jusuf Kalla dan DS Najib Razak. Di luar sana, terlalu banyak rumors yang perlu saya perbetulkan, kerana jika saya tidak perbetulkan, orang-orang UMNO khususnya telah memberi satu persepsi yang silap khususnya kepada DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Jika apa yang saya tulis ini tidak benar, maka Bapak Jusuf Kalla berkata tidak benarlah juga kepada saya. Dalam hal ini, saya amat yakin integriti Bapak Jusuf Kalla.

Oleh kerana saya terlibat dalam pertemuan ini, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi hal ini, dengan harapan pembaca akan berfikir dan bukannya menjatuhkan hukuman.

Siapa buat Surat Perjanjian

Dalam hal ini, saya kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana saya dapati beliau tidak bercakap benar dalam beberapa perkara. Saya membaca satu berita kononnya Anwar mengatakan Bapak Jusuf Kalla yang menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.

Walhal, pada bulan Mac 2013, Anwar Ibrahim sendiri datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla pada malam hari, dengan ada teman saksi iaitu Bapak Fahmi Idris dan Bapak Yusril Ihza Mahendra di ruang tamu tempat yang sama saya duduk bersebelahan Bapak Jusuf Kalla dalam gambar itu.

Ketika itu (Mac, 2013), Anwar dengan yakin menghujahkan kepada Bapak Jusuf Kalla beliau akan menang PRU13. Bukannya Bapak Jusuf Kalla yang memanggil Anwar datang ke Jakarta. 

Kita harus faham, siapa tetamu dan siapa tuan rumah. 

Pada bulan Mac 2013 itu, Apakah Bapak Jusuf Kalla yang berkunjung ke Kuala Lumpur atau Anwar Ibrahim yang mendatangani Jakarta? Anda jawab sendiri!

Selepas Anwar berjaya meyakinkan Bapak Jusuf Kalla dan berjaya memujuk beliau, maka Bapak Jusuf Kalla atas dasar sehabat seemosi (istilah di Indonesia untuk menunjukkan tahap keakraban) telah terbang ke Kuala Lumpur dan bertemu Anwar Ibrahim pada 4/5/2013 iaitu sehari sebelum PRU13. Dan seterusnya Bapak Jusuf Kalla turut bertemu DS Najib pada tengah malamnya.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya, bahawa Anwar Ibrahim membuat Surat Perjanjian di antaranya sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan. Ada beberapa lagi yang saya tidak perlu nyatakan di sini.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu saya bahawa Anwar menandatangani Surat Perjanjian yang dibuatnya itu, dan Bapak Jusuf Kalla turut menurunkan tandatangan. Tetapi tidak oleh DS Najib!

Tuduhan kepada Najib

Terdapat tuduhan di dalam parti UMNO dan juga para wartawan dan bloggers kononnya DS Najib terlibat dalam perjanjian tersebut. Kononnya DS Najib berada bersama-sama Anwar Ibrahim untuk menandatangani “Perjanjian” itu. Walhal sebenarnya Bapak Jusuf Kalla bertemu Anwar dan DS Najib secara berasingan.

Saya berani menyatakan bahawa DS Najib tidak terlibat mula dalam permainan politik Anwar ini, sebaliknya Anwar yang merangka pertemuan dengan Bapak Jusuf Kalla, Anwar yang mencadangkan perjanjian itu, Anwar yang meminta dan memujuk Bapak Jusuf Kalla supaya menjadi orang tengah, Anwar yang memulakannya.

Memang benar Bapak Jusuf Kalla membawa surat perjanjian yang dirangka oleh Anwar Ibrahim itu, tetapi DS Najib tidak menandatanganinya, DS Najib tidak bersetuju.

Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada Anwar, bahawa DS Najib tidak mahu menandatangani perjanjian itu. Pada pengamatan saya, DS Najib menghormati kemunculan Bapak Jusuf Kalla sebagai sahabatnya juga, maka apakah kamu fikir jika tetamu besar seperti bapak Jusuf Kalla bertandang ke rumah DS Najib dan kamu meminta DS Najib menutup pintu? Makanya, DS Najib mesti melayan Bapak Jusuf Kalla dengan seribu kemuliaan sebagai seorang tetamu apatah lagi sahabat lama.

Saya bercakap panjang lebar dengan Bapak Jusuf Kalla dalam hal ini, dan saya berpendapat para ahli UMNO dan bloggers tidak berlaku adil kepada DS Najib dalam hal ini, sebab itu saya terpaksa menulis dengan agak panjang sedikit.

Jika anda bertanya saya, apakah Anwar sedang memerangkap DS Najib, saya tidak boleh menjawabnya kerana ianya niat Anwar. Saya percaya anda boleh memahaminya.

Kenapa saya membela Najib

Saya terpaksa ke depan kerana saya satu-satunya bertemu dengan Bapak Jusuf Kalla, maka saya mesti membetulkan rumors yang salah.

Saya menerima pelbagai sms daripada rakan blogger dan wartawan, antara rumors salah kononnya dalam perjanjian itu DS Najib meminta kepada Anwar Ibrahim sekiranya DS Najib kalah agar dirinya dan keluarganya jangan dipenjara! Ini adalah satu cerita rekaan dan fitnah yang sangat besar kepada DS Najib. Tidak ada tertulis dalam perjanjian akan hal itu, malah tidak disebut pun, hanya selepas sebulan ini barulah cerita rekaan itu muncul dan saya beri jaminan kepada anda cerita itu tidak benar.

Anwar hanya bercakap tentang isu besar dalam PRU13 iaitu jawatan Perdana Menteri yang menjadi idamannya, Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap tentang masa depan Nurul Izzah dan beberapa perkara lain. Mereka bercakap tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penuh, isu dakwat, isu pengundi Bangladesh dan hal-hal lain.

Malangnya, saya bersetuju dengan Bapak Jusuf Kalla bahawa Anwar sendiri yang merangka idea perjanjian itu, Anwar yang datang bertandang ke rumah Bapak Jusuf Kalla bercakap tentang idea perjanjian itu, malangnya sesudah PRU13, Anwar tidak komited kepada apa yang diusahakannya sendiri.

Kekecewaan dan “kemarahan” Bapak Jusuf Kalla ialah tatkala dia sangat komited membantu, Anwar pula tidak komited kepada usaha janjinya sendiri!

Saya fikir cukup setakat ini dulu. Bacalah semula artikel-artikel ini, saya menyembunyikan sesuatu di dalamnya :

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/ds-najib-tun-razak-jusuf-kalla-anwar.html
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/segerakan-rekonsiliasi.html
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/bersama-ketua-dewan-perwakilan-rakyat.html
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/eksklusif-rundingan-anwar-jusuf-kalla.html

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, saya mesti menjaga kerajaan yang dipilih oleh rakyat semasa PRU13 baru-baru ini. Bukan soal two third majoriti atau menang besar dan menang kecil, peraturannya ialah jika kita mahu menghormati hak rakyat, menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan berkerajaan di Malaysia, Anwar seharusnya mengucapkan kepada DS Najib “Selamat Maju Jaya”.

Itulah juga yang diungkapkan oleh Khalifah Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, dalam buku yang ditulis oleh Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi bahawa hormatilah “keputusan demokrasi”. 

Salam hormat dari saya kepada anda pembaca budiman. (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 17 June 2013

FITNAH & PEMBOHONGAN PEMBANGKANG!

-FIKIR SECARA RASIONAL, BAGAIMANA BN BOLEH MEMBAWA 40,000 WARGA BANGLADESH KE MALAYSIA SEBAGAI PENGUNDI DALAM PRU-13 UNTUK "MEMBANTU" BN SEBAGAIMANA YANG TELAH DIDAKWA OLEH PEMBANGKANG! PERSEPSI MELAMPAU SEBEGINI YANG DMAINKAN PEMBANGKANG MEMBUKTIKAN MEREKA KETANDUSAN IDEA & TERDESAK! KEKEKE!!!-

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan pelajar-pelajar pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam. Majlis disertai 80 wakil pelajar Malaysia dari seluruh Indonesia termasuk Kelab UMNO Luar Negara. - BERNAMA
Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menjadikan mereka antikerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fitnah dan pembohongan yang dilempar pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar yang menerima bulat-bulat dakyah tidak berasas itu.

Antara fitnah pembangkang yang tidak masuk akal dan tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini tegas Najib, ialah tuduhan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.

“Ini satu fitnah dan pembohongan. yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir. Rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir.

“Apa masalah golongan ini? Apa sudah jadi dengan tahap kebijaksanaan dan rasional mereka yang tak boleh fikir soal ini," katanya dalam laporan Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri, Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Pada majlis itu, beliau turut meminta pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana BN boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi pada PRU-13.

Ini kerana, kata Najib, sekiranya benar dakwaan itu berlaku, BN memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal.

Kalau bukan dengan pesawat sekalipun, BN tegas Najib, memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi.

Najib berkata, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.

“Saya sebagai Pengerusi BN menafikan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan," katanya.

Menurut Najib lagi, BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU-13.

Bagaimanapun, BN ujar beliau, telah kalah dalam perang persepsi (war of perception) kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana.

Perdana Menteri berkata, walaupun lawatan ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.

“Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi," katanya.

Sempena lawatan itu, Najib turut memenuhi permintaan stesen televisyen MetroTV dan majalah Tempo untuk ditemu bual.

-UnReportedNews™®

PERINGATAN BUAT NAJIB, JANGAN MUDAH TERTIPU DENGAN ANWAR!

-RENUNG-RENUNGLAH .. TINDAKAN DIMANA SEORANG DEMI SEORANG KAWAN KARIB ANWAR SENDIRI TELAH MEMINGGIRI BELIAU MENUNJUKKAN ADA "SESUATU YANG TAK KENA" KEPADANYA, MANUSIA JENIS MACAM NI MEMANG TIDAK BOLEH DIBAWA BERKOMPROMI! KEKEKE!!!-

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menafikan beliau bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta, Indonesis seperti yang digembar-gemburkan portal berita pro-pembangkang-The Malaysian Insider.

Beliau juga pada masa sama tidak ada sebarang perancangan untuk mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Tidak ada... tidak ada... tidak ada perjumpaan (dengan Anwar) dan saya pun tidak tahu siapa yang sebarkan berita itu.


"Memang tidak ada perancangan. Secara kebetulan dia (Anwar) di sini (Jakarta) dan saya juga di sini," kata Mohd Najib kepada wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di dewan serbaguna Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam. 

-UnReportedNews™®

Sunday, 16 June 2013

TAHAP PENIPUAN ANWAR KINI MENCAPAI PERINGKAT "ANTARABANGSA"!

-SYABAS! TAHNIAH BUAT AL-ABU NAWAS AL-ANWAR KERANA PENCAPAIAN TERKININYA IAITU MEMBURUKKAN MALAYSA DI JAKARTA, INDONESIA! KOK MEMANGNYA NIAT ASAL ANWAR "BUTUH" MEMBURUKKAN NEGARA INI SIH! KEKEKE!!!- 

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta pagi ini.

Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.

“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.

“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini.

Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta ‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.

Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdek,a apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.

“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya.

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.

“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” tegasnya.

Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta. (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List