Showing posts with label See Chee How. Show all posts
Showing posts with label See Chee How. Show all posts

Friday, 16 October 2015

Persempadanan: Mahkamah Tolak Permohonan Kebenaran Merayu

 
KUCHING: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam menolak permohonan dikemukakan See Chee How dan Pauls Baya untuk mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini berhubung persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
 
See merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, manakala Pauls pula pengundi dari Ulu Baram.
 
Presiden Mahkamah Persekutuan yang dianggotai tiga ahli panel, Tan Sri Md Raus Sharif menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Notis Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan DUN Sarawak adalah sah dan menolak permohonan rayuan itu atas tiga sebab.
 
Pertama, ujarnya, perkara itu kini bersifat akademik, 15 persoalan undang-undang dikemukakan pemohon tidak memenuhi tahap kepentingan (threshold) dan harapan untuk rayuan berjaya adalah tipis jika mahkamah memberi kebenaran.
 
“Pemohon juga gagal melepasi permulaan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 walaupun mereka membangkitkan isu-isu perlembagaan,” jelasnya.
 
Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan yang turut bersidang semalam ialah Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Hasan Lah.
 
Mahkamah Tinggi Kuching pada 5 Mei 2015 mengisytiharkan notis SPR mengenai cadangan persempadan semula kawasan DUN Sarawak tidak mempunyai butiran lengkap, justeru mengarah suruhanjaya itu menerbitkannya semula.
 
Pada 25 Mei 2015, mahkamah sama membuat perintah tambahan dan mengisytiharkan notis SPR itu ‘batal dan tidak sah’ selepas memutuskan notis tersebut tidak mengikut Jadual Ke-13, Perlembagaan Persekutuan.
 
Mahkamah sama mengarahkan SPR menerbitkan semula notis itu dengan ‘mematuhi sepenuhnya peruntukan-peruntukan terkandung dalam Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan.’
 
Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi Kuching itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Ogos 2015 dengan menyatakan ia mematuhi Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
 
Sementara itu, See yang dihubungi selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan semalam memberitahu beliau kecewa dengan keputusan tersebut.
 
“Adalah keterlaluan untuk mengatakan 15 soalan, 14 mengenai Artikel 114 dan Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, dibangkit buat pertama kali dalam Mahkamah Persekutuan, tidak memenuhi syarat-syarat untuk mengemukakan permohonan rayuan.
 
“Perlu diingatkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan berbeza (sebelum ini),” ujarnya.
 
See menambah, paling signifikan ialah Mahkamah Persekutuan telah mempersia-siakan peluang untuk membincang lebih mendalam isu yang dianggapnya paling penting itu.
 
Menurutnya, isu itu boleh memberi kesan kepada semua pengundi dan usaha persempadanan semula SPR serta sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
 
Beliau turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada peguam-peguam seperti Datuk Dr Cyrus Das dan Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga pemimpin-pemimpin BERSIH, Tindak Malaysia dan semua telah menyumbang kepada kes itu.
 
“Perjuangan menghalang persempadanan semula kawasan DUN Sarawak mungkin sudah berakhir, tetapi usaha mencabar proses sama di Sabah dan Semenanjung Malaysia bakal bermula.
 
“Usaha-usaha untuk meneliti serta mencabar proses itu bertujuan memastikan proses pilihan raya secara berterusan dilakukan dengan lebih baik, adil dan saksama,” tegas See. - UB

-UnReportedNews™®

Thursday, 20 March 2014

#PRKBALINGIAN : TAHU AKAN KALAH, PKR BERTANDING SEKADAR MARUAH

-PKR NI "MENGHABIS BERAS" ORANG BALINGIAN JE .. DAH TAHU NAK KALAH, MASIH NAK TABUR "JANJI-JANJI PALSU" KAT PENDUDUK MUKAH? KEKEKE!!!-

Pemimpin PKR Sarawak yang berkampung di Mukah menyedari hakikat ianya adalah amat mustahil bagi calon PKR memperolehi sokongan pengundi untuk memenangi PRK tersebut.

"Calon PKR berhadapan kesukaran untuk mendapatkan undi dari penduduk N51 Balingian, walaupun setakat 40 peratus, apatah lagi untuk menang" ujar seorang pemimpin masyarakat yang dikenali dengan Michael.

"Bahkan pemimpin PKR YB See Chee How sendiri turut mengakui calon yang diketengahkan PKR amat sukar untuk mencabar calon BN Yussibnosh Balo," katanya lagi sambil menyatakan beliau sempat berbual dengan See Chee How mengenai peluang PKR untuk menang.

"Namun begitu, perjuangan dan maruah parti tetap diteruskan walaupun mereka sedar peluang untuk menang memang tidak ada," tambahnya lagi.

Kalau begitu, kesian betul dengan calon PKR si Jalil dijadikan boneka, di pertayangkan disana dan ke mari seperti barang peragaan walauoun disudut hati pemimpin PKR sendiri tahu Jalil sebenarnya "tak laku" di Mukah!

Tapi kalau difikirkan sekali lagi, buat apa hendak kesihan dengan si Jalil sedangkan dia pun tidak kasihan dengannya sendiri yang bagaikan tidak sedar akan kemampuan sebenarnya dirinya tapi masih sudi dijadikan "keldai" PKR? 

Kalau macam tu, amacam orang Balingian? Kita taruh garam kat "luka" PKR yang bakal di rasai mereka pada PRK Balingian nanti dengan langsung tidak memberi sebarang undi kepada Jalil? Okay? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Saturday, 3 August 2013

PKR SARAWAK TARIK BALIK PETISYEN PRU-13!

-PENGERUSINYA SEE CHEE HOW MEMBERI ALASAN IANYA DILAKUKAN MEMANDANG BAHAWA PETISYEN PRU-13 MEREKA TIDAK KUKUH & MEREKA INGIN MENJIMATKAN KOS! BAGUS TINDAKAN TU SCH! AKURLAH DENGAN KEPUTUSAN BN MENANG DI SARAWAK! KEKEKE!!!-

PKR Sarawak menarik balik petisyen pilihan raya bagi kawasan Baram atas alasan mahu 'menjimatkan kos'.

Ia berikutan jumlah kos yang terpaksa ditanggung Pakatan Rakyat (Rakyat) menelan ratusan ribu ringgit bagi beberapa siri petisyen terhadap kemenangan Barisan Nasional (BN) yang difailkan pada pilihan raya umum Mei lalu.

PKR tewas di Parlimen Baram pada PRU13 lalu dengan undi majoriti sebanyak 194.

Melalui akaun Facebooknya lewat petang semalam, Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How memberitahu: "Maaf, saya bukan saintis (orang yang berduit), petisyen pilihan raya tidak kukuh. Kami terpaksa menarik balik petisyen kerana ingin menjimatkan kos."

See berkata demikian sebagai respon terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Miri yang menyebelahi BN dalam petisyen yang difailkan Roland terhadap Parlimen Baram.

Di dalam petisyen berkenaan, mahkamah mengesahkan calon BN, Anyi Ngau dipilih sebagai Ahli Parlimen Baram dan mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM15,000 kepada Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau selaku responden pertama dan RM10,000 kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Joseph Belayong Punan selaku responden kedua.

Kos yang dibayar kepada kedua-dua responden bukan merupakan hukuman yang dikenakan ke atas pempetisyen tetapi setelah mengambil kira faktor banyak masa dan kerja yang telah dilakukan pihak responden untuk mencabar petisyen tersebut.

Engan memfailkan petisyen berkenaan pada 12 Jun lepas untuk mengisytiharkan pembatalan kemenangan pihak lawan.

Kerusi Parlimen P.220 Baram pada PRU-13 lalu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Anyi Ngau, Patrick Sibat (Bebas) dan Roland dari PKR.

Roland tewas kepada Anyi Ngau yang juga merupakan bekas Pegawai Daerah Limbang serta bapa saudaranya dengan memperolehi undi sebanyak 8,988 berbanding Anyi, 9,182 undi.

Patrick pula mendapat 363 undi dan hilang wang deposit.

Pada prosiding yang berlangsung semalam, Henry Ling Kuong Meng selaku peguam bela Anyi manakala Roland diwakili peguam belanya Baru Bian dan See Chee How.

Responden kedua, Joseph Belayong Punan pula diwakili Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Mahiran Mohd Isa dan Asha Hoe. (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 4 July 2013

PENULIS SARAWAK REPORT DIUSIR KELUAR!

-KEDATANGAN BROWN YANG "DISAMBUT" OLEH PEMIMPIN PKR SARAWAK DI LTAK SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBONGKARKAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR SARAWAK SELAMA INI YANG BERSELINDUNG DISEBALIK PROPAGANDA SARAWAK REPORT! KANTOI! BROWN KEMUDIANNYA DIUSIR PULANG MENGGUNAKAN PENERBANGAN KE SINGAPURA! PADAN MUKA ENGKO! SEDAP TAK "MAKAN ANGIN" KAT SINI? KEKEKE!!!-


Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak.

Menurut laporan mStar Brown, yang datang dari Britain, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Singapura pada pukul 1.15 petang Rabu dan dikeluarkan notis penolakan masuk oleh jabatan imigresen.

Beliau diusir pulang menggunakan penerbangan ke Singapura yang berikutnya pada pukul 3.40 petang.

Brown berkata, beliau mahu memasuki negeri itu untuk berjumpa dengan peguamnya berhubung tindakan saman yang difailkan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Mei.

What's the "rush" Brown? Kekeke!!!
“Saya datang dalam usaha untuk melindungi diri saya dalam kes ini. Tetapi saya diberitahu bahawa saya telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak,” katanya dalam satu video temu ramah yang dirakamkan oleh Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How yang menemuinya di lapangan terbang.

Beliau menambah, ia merupakan salah guna kuasa dan proses mahkamah kerana menyekat kemasukannya ke negeri itu.

PS: Boleh tahan YB SCH mengambil video, nak tukar profession ker? Congratulation for listed in the world record by making "the shortest trip ever in Sarawak after travelling for thousand of kilometres"! How the weather down there dear? By the way Brown, your presence here in Sarawak is unwanted so stay away and keep away, understand? Like I always said, "Muka ko diat!" Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Wednesday, 23 May 2012

JANGAN TIMBUL ISU MEMPERGUNAKAN KAUM PENAN

-WALAUPUN SIA MEMBACA SEKEPING KERTAS KETIKA MEMBENTANG ISU-ISU KAUM PENAN, BELIAU SERING MENOLEH KE ARAH ADUN BUKIT ASSEK WONG HO LENG BAGAIKAN MENANTI ARAHAN ATAU PANDUAN...TERLALU NYATA PERBUATANNYA BUKAN DILAKUKAN SECARA SUKA RELA-


Ternyata pihak pembangkang Negeri Sarawak begitu tertekan seumpama ketandusan modal mencari isu apabila mereka bagaikan mengheret sekumpulan masyarakat Penan dari Baram, Miri ke DUN bagaikan jadi bahan "jajaan" mereka pagi semalam.


Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usang Dennis Ngau ketika di temubual UnReportedNews™®  secara eksklusif telah menyuarakan  kekeciwaannya terhadap pembangkang nyata bermain "kotor" dengan melibatkan bangsa Penan demi untuk menimbulkan isu yang berbaur kebencian pada kerajaan.


"Saya ingin mengingati serta menasihati rakan-rakan masyarakat Penan supaya tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang penuh pembohongan sehingga sanggup dipergunakan atau dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk kepentingan mereka perbatuan politik atau populariti mereka."


"Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, sila gunakan saluran yang betul iaitu menerusi Barisan Nasional (BN)-kerajaan yang memerintah dan usah mengadu kepada pembangkang kerana mereka tidak ikhlas membantu anda sebaliknya akan memanipulasikan masalah anda menjadi isu untuk mereka jaja."


"Walaupun pada hakikatnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka sebaliknya mungkin menjanjikan mereka bisa membantu anda  namun mereka hanya ingin mempergunakan anda selama yang boleh demi kepentingan politik mereka. "


"Sila ikut sahaja program pembangunan yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan, khususnya masyarakat Penan di Baram", tambah Dennis pada waktu rehat tengahari pada hari ketujuh Mesyuarat  Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-17 di lobi DUN semalam.


"Masyarakat Penan sebagai juga mempunyai hak untuk menikmati pembangunan dan kemudahan asas seperti rakyat Malaysia yang lain, mengapa terdapat sesetengah pihak bagaikan menghalang hak mereka ini seolah berniat mahu kaum Penan dibiarkan dan diasingkan?"


"Apakah tujuan mereka ini? Adakah hanya untuk "mencipta" alasan untuk di bangkit kepada kerajaan? Namun tindakan mereka nyata menunjukkan mereka yang sebenarnya "menindas" kaum Penan."


Beliau berkata demikian untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diluahkan kumpulan Penan tersebut yang begitu ketara telah "dilatihkan" untuk menyuarakan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sama sekali.


"Saya tahu masyarakat Penan dengan baik kerana saya membesar dan pergi ke sekolah dengan mereka dan saya percaya tindakan hari ini di DUN bukanlah disebabkan keinginan mereka sendiri tetapi kemungkinan besar telah dihasut dan "di set-up" serta dirancang oleh pembangkang."


Mengenai dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kumpulan Penan bahawa keperluan atau isu yang mereka tidak dilayan oleh wakil Undangan Negeri atau mana-mana pihak BN, Dennis berkata bahawa dia tidak pernah didatangi oleh mana-mana kumpulan mengenai hal ini.


"Saya amat terganggu dengan taktik pembangkang menggunakan kaum Penan untuk menimbulkan isu dan saya merasa yakin bahawa mereka (pembangkang) sebenarnya mempunyai niat atau tujuan lain  untuk membuat propaganda agar rakyat benci terhadap kerajaan."


"Saya sentiasa terbuka untuk mendengar segala masaalah bukan sahaja Penan tetapi kaum-kaum lain juga, terutamanya mereka yang  di kawasan saya," katanya dan menggesa masyarakat Penan untuk mendekati beliau sekiranya mereka sebarang masalah atau isu dari memilih untuk pergi kepada pembangkang yang hanya akan mengambil kesempatan mempolitikkan perkara untuk kelebihan mereka mengutuk kerajaan.

SIA
Kumpulan masyarakat Penan tersebut seolah-olah telah dirancang tiba di DUN sewaktu rehat makan tengahari oleh pembangkang dan membuat sidang akkbar mengenai beberapa tuntutan mereka yang telah mendakwa  kononnya telah diabaikan oleh Dennis dan Kerajaan BN.


Riak wajah jurucakap bagi kumpulan Penan yang mengenal diri Sia Andum bagaikan tidak dapat menahan perasaan gusar dan gementar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena bagaikan dia berbuat demikian dalam keadaan dipaksa. 


Walaupun beliau membaca sekeping kertas ketika membentangkan isu-isu kaum Penan di Baram dengan menggunakan projektor yang di pancarkan ke didinding bilik media beliau sering menoleh ke arah  ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng (DAP) lebih-lebih lagi setiap kali sebelum menjawab pertanyaan pihak wartawan.


Sia  bagaikan meminta bantuan dari Ho Leng untuk menjawab sehinggakan Ho Leng yang mungkin menyedari "eye-contact" mereka disedari oleh beberapa orang wartawan berdekatan, mengeluarkan kata-kata, "Tanya dengan dia (Sia), biar dia jawab dengan sendiri."


Sia juga kelihatan kurang senang apabila saya menghampirinya dan meminta no talipon bimbitnya kepada saya dengan alasan dia tiada nombor walaupun di tangan kanannya memegang satu talipon bimbit dan dia sebelum itu kelihatan memberi nombor taliponnya kepada salah seorang pembangkang.


Bukan memandang rendah kepada kaum Penan namun timbul tanda tanya dikalangan para wartawan bagaimana mereka dapat sampai ke DUN di Kuching dari tempat mereka yang mengambil masa selama hari untuk sampai di Bandaraya ini sekiranya tidak ada sedikit-sebanyak "pertolongan" dari orang lain.


ADUN Batu Lintang See Chee Hua (PKR) menegaskan segala kos-kos  perjalanan, penginapan dan pakaian-pakaian (hampir keseluruhan anggota kumpulan itu memakai pakaian, serta kasut yang serba baru) di biayai sepenuhnya oleh kumpulan itu sendiri. 


Kecurigaan kami terjawab apabila See dengan "gentlemannya" kemudiannya mengakui "presentation" slide show itu telah disediakan oleh pihak pembangkang.


Sia juga enggan memberitahu alamat hotel mereka menginap apabila ditanya dan ini menambahkan lagi kecurigaan akan kumpulan ini bagaikan di"latih" oleh seseorang agar tidak memberi sebarang maklumat kepada sesiapa pun. 


Beberapa orang rakan saya juga bersependapat dan percaya tindakan beberapa wakil pembangkang yang menghantar kumpulan masyarakat Penan tersebut hingga ke pintu kenderaan mereka adalah untuk mengelakkan mereka ditemuranah sesiapa..hmmmm apa yang nak mereka rahsiakan dan takutkan ye? 

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List