Akhirnya kerajaan Malaysia mengambil keputusan menyekat laman sesawang Sarawak Report yang didakwa telah menyebar fitnah dan berita palsu berkaitan dengan kerajaan dan pemimpin negara ini.
Difahamkan, laman sesawang yang dikendali oleh Clare Rewcastle Brown yang berpusat di London, England tersebut tidak dapat di akses sejak enam jam yang lepas (10 malam semalam).
Pada skrin sekatan laman sesawang tersebut tertera, "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara."
Sejak beberapa tahun yang lalu, Sarawak Report dilihat telah banyak "menyerang" mantan Ketua Menteri Sarawak iaitu (Tun) Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang kini telah dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak namun "serangan" tidak mampu memgugat kepimpinan beliau.
Hanyasejak beberapa bulan yang lepas, serangan Sarawak Report bertumpu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB.
Syabas kepada SKKM kerana mengambil tindakan ini. - Sarawakiana
-UnReportedNews™®
Pasal apa hanya sekadar sekat laman web Sarawak Report itu? Mengapakah tidak diambil tindakan saman oleh Najib dan kerajaan Malaysia kononnya memfitnah Najib dan kerajaan Malaysia oleh Sarawak Report itu?
ReplyDeleteSebenarnya Najib mempergunakan SKMM untuk menutup segala pembohongan dan salah laku, serta penyelewengan Najib dan kuncu-kuncunya di dalam 1MDB selama ini.
Hingga kini Najib tak jawab apakah dia pernah ada akaun di Ambank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, malahan wang RM 2.63 bilion di masukkann ke dalam akaun itu, hingga kini Najib tak berani menjawabnya.
Inilah sebabnya Najib kena 'bercuti' dahulu dan biarkan Timbalannya memangku jawatan Perdana Menteri supaya Najib tak boleh kacau sebab bila dia 'bercuti', Najib tak boleh masuk campur urusan kerajaan selama tempoh dia 'bercuti' itu.
Sekarang Najib tak mau 'bercuti' dari jawatannya hingga siasatan selesai kerana dia nak gunakan segala apa yang ada untuk memanipulasi kes penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, rompakan yang dibuat oleh Najib itu supaya Najib boleh arahkan jabatan, menteri, serta agensi kerajaan itu dan ini membuat mengikut arahan Najib jika mereka mahu kedudukan mereka selamat.
Macam Khalid Abu Bakar, dia jawatan IGP kontrak saja, kalau tak ikut arahan Najib maka kontrak tak disambung, kerana kontrak jawatan, amanah jawatan pun sanggup dilempar ke lubang jamban. Macam Pandikar Amin Speaker Parlimen jugalah, kerana diberikan habuan jamban baharu di pejabatnya oleh Najib, maka Pandikar Amin hanya membiarkan sahaja Najib tanpa sebarang tindakan sedangkan Najib membohong di parlimen sebelum ini mengenai isu USD 1.103 bilion yang mana dalam bulan Mac 2015 Najib kata itu wang tunai yang disimpan di BSI Singapore Limited, walaupun ramai pihak kata bukan wang tunai,tapi paper asset, Najib tak buat pembetulan pun, hinggalah lebih sebulan isu itu, maka Najib buat 'pembetulan' kononnya bukan tunai, tapi 'aset', lepas tu kementerian kewangan buat pembetulan lagi, bukan aset, tapi 'unit' pula.
Lihatlah, Najib menipu dalam parlimen, tetapi Speaker Parlimen ni maruahnya hanya sebuah jamban di pejabatnya, maka dia tak ambil tindakan terhadap penipuan oleh Najib itu, kerana Najib dah beri 'habuan' jamban baharu di pejabatnya, maka rianglah Speaker Parlimen menjadi barua Najib membiarkan Najib berbuat sesuka hatinya selama ini.