Sebuah laman Facebook, El Haraki membuat satu pendedahan yang mengejutkan hari ini mengenai cara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan reaksi kepada kes liwat membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam statusnya hari ini, laman itu mengatakan ada kemungkinan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sudah mula muak dengan permainan politik yang cuba ditunjukkan Anwar.
Dakwa status tersebut, satu rombongan yang hadir ke pejabat Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK di Shah Alam merah muka dan menanggung malu apabila Azmin tidak memberi respon positif kepada kempen membebaskan Anwar dari hukuman penjara sebaliknya diberikan ‘tazkirah’ pula.
“Rombongan kecil tersebut terpaksa menerima syarahan Azmin tentang keperluan manusia insaf dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi,” katanya.
Laman itu turut memaparkan beberapa intipati tazkirah Azmin kepada rombongan itu:
- Bezakan kesilapan sendiri, dengan kesilapan parti
- Allah tidak jadikan taubat Nasuha sebagai perkara main-main
- Tak ada pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan
- Berapa banyak peluang yang perlu diberi
- PKR sudah perlu berubah, tidak ‘person-centric’ tetapi ‘perjuangan-centric’. (Baca sepenuhnya)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®