Saturday 21 December 2013

KENDERAAN MENTERI MUDA SARAWAK YANG DIROMPAK DITEMUI KEMBALI, DUA SASPEK DIBERKAS

-SYABAS PDRM DAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DI ATAS PERKEMBANGAN INI! HASRAT DUA PENCURI KENDERAAN MENIKMATI HASIL JUALAN BARANG YANG DIROMPAK MEREKA YANG DIANGGAR JUTAAN RUPIAH TIDAK KESAMPAIAN APABILA KANTOI DI SEKATAN JALANRAYA! KEKEKE!!!-


Polis telah menemui semula kenderaan curi milik seorang Menteri Muda Sarawak serta menahan dua suspek di sempadan Sarawak- Kalimantan Barat siang tadi.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dua suspek lelaki tempatan tersebut telah ditahan di sebuah sekatan jalan raya oleh Tentera Tentera Malaysia berhampiran dengan sempadan pos Serikin.

"Suspek yang berumur 29 dan berusia 47 tahun dari Kampung Suba, Bau dan Kampung Semariang Batu, Petra Jaya telah diberkas sewaktu menaiki kenderaan Toyota Fortuner yang dipercayai milik Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang pada hari Isnin lepas."

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong telah dihubungi oleh UnReportedNews™® untuk diminta mengulas mengenai perkara ini.

"Suspek yang dipercayai dalam perjalanan ke sebelah Indonesia telah ditahan pada kira-kira jam 6 pagi selepas menunjukkan dokumen kenderaan dan cukai jalan yang meragukan," katanya sambil menambah bahawa pemeriksaan awal kereta mendapati bahawa nombor casis siri adalah kenderaan yang telah dilaporkan dicuri.

"Siasatan polis awal percaya bahawa suspek telah merancang untuk menjual kenderaan tersebut di negara jiran," katanya sambil menambah bahawa polis masih lagi membruru suspek-suspek yang lain berkaitan dengan kes ini.

Dalam kejadian rompakan berprofil tinggi ini, menteri muda berkenaan dirompak oleh dua pencuri yang tidak dikenali bersenjatakan pisau ketika beliau keluar dari kenderaannya untuk membeli surattkhabar di Kota Sentosa.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List