Monday 16 April 2012

JANGAN MENDAHULUI KETUA MENTERI & PERDANA MENTERI

-SENARAI CALON PBB BAGI PRU KE 13 BELUM LAGI DI SIAPKAN MAKA JANGAN MUDAH MENDENGAR KHABAR ANGIN ATAU SPEKULASI-


Jangan mendahului Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perkara yang berkaitan dengan penamaan calon-calon khususnya mereka dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.


Naib Presiden PBB Datuk Haji Daud Abdul Rahman yang memberi peringatan ini sambil menambah bahawa sesetengah pihak tertentu seolah-olah mempunyai motif itu menyebarkan khabar angin ini terdapat beberapa ahli Parlimen akan tidak di senaraikan malah akan di ganti dengan orang lain.

Daud, yang juga Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) di Pejabat Ketua Menteri menjelaskan bahawa mereka yang menyebar khabar angin ini sebenarnya mempunyai agenda serta motif  mereka yang tersendiri iaitu ingin "mengambil-alih" kerusi Parlimen itu untuk mereka sendiri.

"Mereka yang memulakan spekulasi mengenai senarai ahli Parlimen PBB yang kononnya akan bakal digugurkan sebenarnya berniat untuk melobi diri atau kroni-kroni mereka menggantikan Ahli Parlimen yang dikatakan akan digugurkan."

Dakwaan mengenai terdapatnya satu senarai nama ahli Parlimen PBB yang akan digugurkan adalah tidak munasabah sama sekali serta tidak masuk akal kerana PBB belum pun lagi membuat keputusan muktamad berkaitan dengan calon-calon PRU ke 13, kata Daud kepada pemberita selepas merasmikan program di Komplex Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) di Jalan Sultan Tengah di sini pagi semalam.

Daud menjelaskan bahawa PM Najib sudah menyatakan bahawa faktor utama untuk menjadi calon adalah seseorang itu mestilah "winnable" atau mampu menang dan walaupun penyandang jawatan yang telah berkhidmat beberapa penggal tapi masih mampu untuk menang maka mereka juga masih mempunyai peluang yang akan dicalon semula.

"Semua ahli Parlimen PBB telah dijemput menghadiri satu mesyuarat mengenai jentera-jentera pilihan raya pada dua minggu lepas kerana kita masih menganggap mereka sebagai wakil kami, jadi saya menasihatkan semua ahli Parlimen PBB kini mesti terus bekerja seperti biasa."

Menjawab kepada soalan sama ada mana-mana Ahli Parlimen PBB telah menyatakan hasrat mereka supaya tidak dicalon semula lagi, Daud dinyatakan bahawa setakat ini hanya sesorang alhi Parlimen iaitu dari Samarahan YB Dato' Seri Sulaiman Taib yang telah berbuat demikian.

Mengingatkan akar umbi PBB supaya tidak mudah mendengar khabar angin kerana ia boleh mengganggu perpaduan mereka, Daud menggesakan agar mereka terus memberi tumpuan kepada menyatukan PBB serta menyediakan diri mereka untuk menghadapi pilihan raya Umum yang akan datang.





-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List