Wednesday, 26 March 2014

#PRKBALINGIAN : KEMPEN TERPOYO PKR

-AKIBAT TERDESAK & KURANG SOKONGAN PENDUDUK, PKR NAK BERCERAMAH SETIAP MALAM. CERAMAHLAH SETIAP MALAM LABU, ASALKAN ADA PERMIT! AMK PKR JUGA CABAR BN BERDEBAT TENTANG VISI, VISI APA? VISI MENCARI JAM OMEGA? KEKEKE!!!-

Kalau dalam bab jual-jual ubat ni, PKR kira dah tahap pro sebab ada saja idea diaorang mencari isu nak membakar kemarahan dan kebencian orangramai terhadap kerajaan.

Malangnya taktik kotor mereka kali ini tidak menjadi di kempen Prk Balingian dan lebih malang lagi, penduduk setempat menyuarakan isihati mereka secara fiskal menolak parti yang diketuai oleh seorang peliwat.

Anwar kali ini dimalukan dengan keaiban yang teramat sangat di Balingian. Tidak cukup dengan kain renteng penduduk menolak PKR dipimpin oleh peliwat, layanan dan respon terhadap ceramah Anwar begitu hampeh sekali!

Semalam Anwar hanya mampu berucap selama 15 minit sebelum tergesa-gesa menghentikan ceramahnya dan terpancar kehampaannya dengan jumlah kehadiran penduduk setempat yang kurang memberangsangkan.

Mungkin untuk menjaga hati Anwar, PKR Sarawak berikrar untuk mengadakan ceramah pada setiap malam di sepanjang tempoh kempen Prk Balingian.

Punyalah dungu PKR Sarawak, memanglah korang patut berceramah pada setiap hari di sepanjang tempoh berkempen tu sebab itulah ianya dinamakan tempoh berkempen, asalkan mendapat permit polislah! 

Masalah utama PKR kini adalah untuk mendapatkan para hadirin yang seakan sudah muak mendengar cemuhan-cemuhan mereka terhadap kerajaan.

Untuk menarik perhatian orangramai, pentas AMK Sarawak dijadual akan diadakan dalam masa terdekat dimana mereka akan mencabar pemuda BN untuk berdebat.

Fuh, memang dah desperado tahap ultraman diaorang ni kan? Bab bercakap mengenai visi ni PKR memang nombor satu, lihat saja "visi-visi" manifesto PR negeri Selangor dalam PRU tahun 2008 dahulu yang "sudah terlaksana", banyaklah korang punya visi. 

Baik korang balik Kajang tolong Kak Jijah cari jam Omega Nuar Brahim yang konon-kononya tersalah letak, ade gak faedah.

Sebenarnya tiada apa yang dapat Nuar Brahim dan PKR persembahkan kepada penduduk Balingian selain dari kata-kata dan janji manis sepertimana dikawasan-kawasan yang lain sebelum ini, namun untuk mengkotakan janji itu, jauh sekali.

Sesungguhnya, kali ini secara total, Nuar Brahim dan PKR pasti akan merasa penangan orang Mukah yang sentiasa akan menyokong BN untuk kesinambungan pembangunan di kawasan tersebut.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List