Saturday 23 February 2013

NAJIB & BN SANGGUP "BEKIKIS BULU KAKI" UNTUK RAKYAT!

-JELAS TERBAYANG KEIKHLASAN PM NAJIB TUN RAZAK KEPADA RAKYAT SARAWAK KERANA DIA SANGGUP "BEKIKIS BULU BETIS" (BERHABIS-HABISAN) MEMBANTU RAKYAT NEGERI INI & MALAYSIA, SECARA AMNYA SEUMPAMA LAGU IBAN "BEKIKIS BULU KAKI" YANG POPULAR DINEGERI BUMI KENYALANG INI!-

BUKIT SEMATAN PULAU SUMATERA
GUNUNG SELINDUNG DI KOTA JAWA
DI SITU TEMPAT KU MENCARI ILMU
SERIBU DAYA NAK MEMIKAT DIRMU

AKU TAK PEDULI, TAK MENGIRA RUGI
SELAGI AKU TAK BERPUAS HATI 
BIAR AKU BERKIKIS BULU KAKI (BERHABIS-HABISAN)
SELAGI KAU BELUM JADI MILIKKU

NANTI KAU MENGENALI DIRIKU
DUDUK SETIA MENANTI DIDEPAN PINTUMU
TAPI BILA KAU MENYEDARI
SANGGUP KAU IKUTKU KEMANA SAJA

(Terjemahan senikata lagu Iban "Biar Bekikis Bulu Betis" yang dipopularkan oleh Andrewson Ngalai mengesahkan kesetiaan, kesungguhan, ketabahan dan kesabaran seorang lelaki memikat hati wanita pujaannya. Mohon maaf daripada rakan-rakan saya yang berbangsa Iban sekiranya terdapat kesilapan dalam terjemahan saya, terimakasih.)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga ke tahap 'bekikis bulu betis' sekiranya diberi mandat baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Utusan Malaysia Online melaporkan Najib menggunakan perumpamaan 'bekikis bulu betis' itu dengan mengambil semangat daripada lagu yang cukup popular di Sarawak iaitu Biar Bekikis Bulu Betis.

Lagu itu merupakan gubahan penyanyi Iban terkenal, Andrewson Ngalai dan liriknya digubah semula Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tajuk Wawasan Bekikis Bulu Betis.

Lirik versi asal lagu yang mempunyai irama seakan-akan lagu poco-poco itu menceritakan perihal seorang lelaki yang sanggup bergadai nyawa untuk mendapatkan kekasih pilihan hati manakala lirik baharu pula menyentuh mengenai pengorbanan dan kesungguhan dalam mencapai kemajuan.

"Mandat lima tahun ini untuk kita selesaikan agenda rakyat di Sarawak, dalam tempoh itu banyak yang boleh dilakukan, dengan kerjasama padu Pehin Sri (Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud), maka banyak perubahan boleh berlaku di Sarawak.

"Berilah kita peluang dan saya akan bekerja kuat sebagaimana mengikis bulu betis saya, ini lagu kegemaran saya, tolong nyanyi sekali lagi sebelum saya balik," katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama, di sini hari ini.

Sejurus lagu itu dimainkan sekali lagi, sekumpulan wanita dilihat tidak melepaskan peluang menari poco-poco dengan iringan lagu tersebut.

Najib mendengar lagu berkenaan buat kali pertama dalam majlis sempena sambutan Hari Gawai di Betong pada 3 Jun tahun lalu.

Dalam majlis itu, Najib memberitahu, lagu terbabit layak dijadikan lagu peringkat kebangsaan kerana liriknya diibaratkan seperti semangat pantang menyerah kalah.

Katanya, semangat seperti itu diperlukan untuk meraih lebih banyak pencapaian dan pembangunan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List