Wednesday, 28 August 2013

GUAN ENG KOMPOM AKAN TEWAS DALAM CEC DAP?

-TERKINI: DUA PESANAN RINGKAS DEDAHKAN PLOT YANG DIRANCANG UNTUK MENJATUHKAN GUAN ENG DI CEC DAP! ORANG-ORANG DAP SENDIRI PUN BECI DENGAN GUAN ENG, LU BOLEH BALIK MELAKA LAH! KEKEKE!!!-

Akhbar Kwong Wah telah mendedahkan plot untuk menjatuhkan Lim Guan Eng semasa pemilihan semula CEC DAP yang bakal di adakan pada di Kuala Lumpur pada 10 November ini.

Menurut laporan Kwong Wah, wakil-wakil dari beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor didakwa merancang untuk menjatuhkan Lim Guan Eng. Akhbar bahasa Cina itu juga mendakwa bahawa ahli DAP Pulau Pinang telah menunjukkan dua SMS yang beliau terima dari Perak dan Johor terhadap Lim kepada wartawan baru-baru ini.

SMS yang menuduh DAP mengadakan pemilihan baru supaya Lim boleh mendapatkan orang beliau ke dalam CEC dan menggesa para perwakilan untuk "menjatuhkan beliau dan menyelamatkan parti".

"Parti itu hanya boleh ada demokrasi tanpa Lim, mari Ubah!" menurut SMS itu.

"Ubah" adalah slogan DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN negeri Sarawak pada pilihan raya negeri pada tahun 2011 tetapi DAP gagal. Slogan itu sekali lagi digunakan pada pilihanraya 5 Mei.

SMS juga menanyakan sama ada Lim yang bayar pengangkutan para perwakilan untuk pergi ke pemilihan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Nov.

Perwakilan telah diberitahu untuk tidak mengundi Lim atau orang-orangnya untuk faedah parti itu, mendakwa, "rakan-rakan Johor kami sedang marah."

Kwong Wah juga memetik sumber anti-Lim yang mendakwa bahawa walaupun tidak ada petunjuk yang jelas, DAP Melaka seolah-olah sentiasa anti-Lim, manakala DAP Kedah yang mempunyai masalah kepimpinan dalaman, sebab itu rasa tidak puas hati terhadap parti semakin meningkat.

Untuk rekod, Lim Guan Eng mempunyai rekod politik yang sangat memalukan di Melaka apabila media melaporkan Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.

Tambah media lagi, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada 19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang ‘memapah’ beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik anaknya itu.

Dan sekarang, Lim berdepan dengan perwakilan dan hanya satu keputusan yang mampu menaikkan imej yang sudah tercalar teruk dek sarkas CEC DAP yang lepas iaitu mengekalkan kemenangannya tanpa kekurangan undi jika dibandingkan dengan yang lepas.

MiM musykhil, jika perwakilan DAP berjaya mengurangkan undi Guan Eng atau kedudukannya jatuh di CEC, apakah beliau masih berani menawarkan dirinya sebagai Setiausaha Agung DAP?

MiM jangka akan ada pihak yang menjawab dan menafikan isu ini 'bagi pihak' Guan Eng DAP. Standard Of Procedure untuk menjaga boss.

MiM juga tidak terkejut jika pengerusi-pengerusi DAP negeri-negeri yang didakwa 'anti-Lim' itu akan mengadakan sidang akhbar bersama dan kemudian 'berpegang tangan menunjukkan sokongan penuh' mereka kepada Guan Eng DAP.

Apakah Lim Guan Eng akan menangis atau apa sahaja tektik untuk menagih simpati daripada perwakilan supaya menyokong beliau? 

Bapanya, Lim Kit Siang DAP pernah melakukannya sebelum ini semasa PRU13 yang lepas!

Menangis sebab DAP guna simbol PAS tapi kantoi bila ROS dedahkan DAP boleh guna simbol parti sendiri!

Tapi bagus juga jika Lim Guan Eng tidak lagi dipilih dan 'ini kali' lah dikalahkan.  Pengerusi DAP Pulau Pinang dapat merasa jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sepatutnya milik beliau sejak PRU12 lagi.

Dan caranya sangat mudah iaitu Pengerusi DAP Pulau Pinang hanya perlu meminta semua perwakilan dari Pulau Pinang untuk tidak mengundi Guan Eng pada 10 November nanti.

Dengan sokongan dari negeri-negeri lain, undi Guan Eng akan jatuh. Begitu juga kedudukan beliau. Ketika itu, jawatan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP akan terancam. Guan Eng terpaksa melepaskan jawatan beliau dan Pengerusi DAP Pulau Pinang dapat melangsaikan 'hajat' beliau untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Persepsi dan kemungkinan di atas tidak boleh dielakkan. Tetapi jika benar pun, Pengerusi DAP Pulau Pinang akan bermati-matian menafikan plot tersebut. - Dr MiM 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List