Saturday 20 July 2013

PAS DAH TAK “MERAJUK” LAGI & SEDIA ME“MAAF”KAN UMNO?

-YE LER, DAH PAS BERIA-IA SANGAT MEMOHON UMAT ISLAM AGAR AL-KAFIRUN LAKNATUL YANG TERANG-TERANGAN MENGHINA ISLAM DIMAAFKAN, TAKKAN SESAMA ISLAM BERSENGKETAAN SEKIAN LAMA KERANA POLITIK TAK BOLEH MEMOHON MAAF ATAUPUN BERMAAF-MAAFAN? KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!-

Ayam sabung PAS yang baru, Hanipa Maidin cuba berkepak dan jadi jaguh dengan kenyataan meminta umat Islam memaafkan pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang terang-terang menghina kesucian ibadah Ramadhan menerusi aksi bak kut teh dengan logo halal mereka.

Ahli Parlimen kawasan Sepang,Selangor dan juga peguam PAS itu berkata Islam adalah agama rahmah di mana Allah telah menulis diriNya rahmah yakni belas kasihan.

“Maka oleh itu saya rasa tidak salah bagi umat Islam menerima kemaafan kedua pasangan remaja itu dan memberi mereka peluang untuk tidak mengulangi perbuatan biadap mereka itu,” kata Hanipa dalam satu kenyataan.

Tentu beliau tahu kenyataan tersebut akan mengundang pelbagai reaksi kerana ketika ini umat Islam di negara ini masih terperanjat dan rasa marah ekoran penghinaan pasangan yang mengucapkan Selamat berbuka puasa dengan ‘bak kut teh’ –wangi, enak dan menyelerakan serta memaparkan logo Halal.

Hairan...apakah ini lambang sikap bercabang orang PAS.

Bukankah dalam bab merajuk politik dengan UMNO...tiada maaf bagimu.

Hanipa sepatutnya menuju kenyataannya itu kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sehingga kini terus dengan dendam kesumat terhadap UMNO semata-mata parti tersebut menggunakan sebutan Kebangsaan yang pada fikiran bekas Menteri Besar Kelantan itu UMNO bukanlah parti orang Islam.

Beliau patut tanya Tok Guru Nik Aziz kenapa tidak ada kemaafannya kepada UMNO sekalipun isu antara kedua parti sudah bertahun-tahun berlalu.

Juga kenapa tidak beri peluang kedua kepada UMNO untuk sama-sama berjuang demi Islam dan nasib orang Melayu yang kian terancam dan berpecah akibat fahaman politik serta adu dumba parti pembangkang lain.

Tentu Hanipa tidak berani ajukan perkara itu kepada Nik Aziz mahupun kepada pemimpin PAS lain kerana ramai rakyat tahu, Islam sudah lama jadi alat politik parti itu.

Dengan kenyataan yang dilihat mahu membela pasangan bak kut teh itu, jelaslah apa yang keluar dari mulut Hanipa berbau politik bukannya roh Islam sebenar.

Sebab itu Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan PAS tidak mencerminkan sikap sebenar mereka dalam isu pasangan "bak kut teh" Alvin Tan dan Vivian Lee.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu menegaskan, kenyataan Hanipa menggesa pasangan itu dimaafkan adalah kenyataan politik, bertentangan dengan pendirian parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

"Saya tidak fikir PAS parti perjuangkan Islam, dia mesti tahu siapa Vivian dengan Alvin ini, adakah itu secocok dengan perjungan PAS yag kata mereka perjuangkan Islam," kata Syed Hamid ketika ditemui selepas majlis dialog bersama persatuan kereta sewa Kuala Besut di Kuala Besut.

Katanya, kenyataan Hanipa berdasarkan  politik, bukan keagamaan.

Mengulas lanjut, mantan Menteri Dalam Negeri itu menegaskan, tindakan mahkamah yang dikenakan terhadap kedua mereka adalah kerana tindakan sendiri yang memandng remeh sensitiviti umat Islam.

“Mereka sendiri yang tidak melihat perkara ini serius. Akhirnya mereka akan berdepan undang-undang,” ujarnya.

Beliau berpendapat, jika mahu memaafkan mereka sekalipun, mestilah setelah dikenakan tindakan undang-undang.

“Bukan soal kita tak nak beri kemaafan. Biar ikut undang-undang supaya tahu kebebasan ada sekatan. Ini akan jadi pengajaran,” tegasnya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List