Saturday 20 July 2013

MANA POLIS DALAM TANGAN MUN TAT? KPN TEGAS KES ADA KAITAN HINA ISLAM!

-KPN BERTEGAS PENCULIKAN ADA KAITAN DENGAN MENGHINA ISLAM & SATU TINDAK BALAS TERHADAP AVIVI NAMUN KELUARGA NG MENAFIKAN SEBALIKNYA SERTA MENDAKWA IA BERMOTIFKAN POLITIK SEPENUHNYA! BANYAK ENGKO PUNYA POLITIK MUN TAT! KEKEKE!!!-

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertegas bahawa kes penculikan seorang remaja di Klang merupakan tindak balas terhadap pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan Islam.

Katanya, tindak balas itu adalah sebahagian daripada motif jenayah selain daripada dilakukan untuk mendapatkan wang.

"Saya kata hari itu (penculikan berlaku) antaranya (kerana) sebab tindak balas (terhadap pasangan Alvivi), tapi wang juga salah satu sebab lain.

"Kita tahu dia (penculik) arahkan saudara mangsa itu memasukkan wang RM3,000 ke dalam akaunnya.

"Jadi saya katakan dua-duanya (adalah motif), bukan sebab wang semata-mata," katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka Polis Diraja Malaysia dan menteri dalam negeri di Bukit Aman malam ini.

Beliau seterusnya menjelaskan yang penculik itu mengambil kesempatan menggunakan agama susulan tindakan pasangan penulis blog seks itu.

"Sebab itu saya katakan jangan bagi orang peluang untuk ambil kesempatan daripada kes ini," jelasnya lagi.

Khalid bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana beliau membuat kesimpulan yang penculikan itu dibuat secara khusus sebagai tindak balas terhadap pasangan Alvin dan Vivian.

Ng Mun Tatt, 21, dibebaskan penculiknya dalam keadaan bogel dengan tulisan "Saya menghina Islam" pada tubuhnya.

Keluarga Ng bagaimanapun menafikan penculikan itu ada kena mengena dengan penghinaan terhadap agama lain dan ia bermotifkan politik sepenuhnya.

Pasangan Alvin dan Vivian pula kini berhadapan tiga tuduhan mempersendakan Islam dan Ramadan serta memuat naik video, dan gambar lucah. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List