Monday, 10 June 2013

SIAPA ZIONIST ASIA?!

-MENGATAKAN ORANG AWAK YANG LEBEY-LEBEY! KEKEKE!!!-

Selepas PRU-13 UMNO telah pun kembali bekerja sementara MCA memilih untuk tidak bekerja. Manakala pembangkang pula seperti biasa terus berpolitik seolah-olah PRU diadakan setiap hari. Di kala kerajaan UMNO sibuk mengatur dan menyusun pentadbiran baru, pembangkang pula meneruskan serangan demi serangan terhadap kerajaan sambil menafikan keputusan PRU.

Memandangkan kerajaan kini diwakili hampir keseluruhannya oleh UMNO dan bukan lagi ‘Barisan Nasional’ dalam ertikata sebenar, maka ia semakin memudahkan pembangkang, terutamanya DAP untuk melancarkan peluru ‘rasis’nya. Jika selama ini UMNO dituduh sebagai perkauman, maka tuduhan itu kini ditingkatkan lagi sehingga ke tahap menggambarkan UMNO setaraf dengan Hitler atau Nazi.

Usaha Parti Cina DAP untuk menyamakan UMNO dengan Nazi adalah sesuatu yang menggelikan hati. Ini kerana jika kita peka kepada perkembangan dunia hari ini, kita pasti tahu bahawa dunia telah memberi satu jolokan khas kepada kaum Cina, iaitu Yahudi Asia.

Dan nampaknya, DAP ingin menggambarkan diri mereka sebagai Yahudi dan UMNO pula sebagai pelaku ‘holocaust’.

Semua ini membuktikan bahawa DAP benar-benar tidak tahu sejarah negara sendiri atau sememangnya bersifat seperti syaitan Zionis yang sanggup mengada-adakan cerita untuk menakluk dunia.

Sejarah UMNO itu sendiri membuktikan kemurnian perjuangan UMNO di mana ia ditubuhkan atas semangat cintakan tanahair sehingga sanggup bergabung dengan parti kaum Cina dan India atas dasar toleransi, setiakawan dan rasionalis. UMNO tidak pernah berlaku kejam kepada sesiapa sehinggakan ada masanya ia dipersoal oleh kaum Melayu sendiri kerana terlalu ‘lembut’ kepada kaum lain.

Sebenarnya, kita tidak perlu berdebat dan berhujah balas untuk membuktikan yang DAP berbohong apabila menuduh UMNO sekejam Nazi. Kebenaran boleh saja dilihat dengan mata kasar di mana kaum Cina kini menguasai ekonomi negara di bawah teraju UMNO.

Hakikatnya, minoriti negara ini menerima terlalu banyak keistimewaan yang tidak mungkin diterima oleh minoriti di negara-negara lain di dunia. Malah, akhbar-akhbar pro pembangkang di negara ini begitu bebas mengutuk, memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan UMNO sesuka hati tanpa ada sesiapa pun yang ‘hilang’ atau dibunuh kerananya.

Namun, perkara sebaliknya berlaku jika mengkritik DAP. DAP cukup terkenal dengan sikap menghalang kebebasan akhbar kerana sering mengajak rakyat memboikot mana-mana akhbar yang tidak menyokong mereka. Setiap kritikan diugut dengan saman. Manakala kritikan dalaman pula akan membawa kepada pemecatan. Ugutan atau ‘kilas tangan’ pula merupakan satu budaya di dalam DAP.

Selain itu, seperti Zionis yang menuduh sesiapa saja yang mengkritik mereka sebagai ‘anti-semitik’, DAP pula menuduh sesiapa yang mengkritiknya sebagai ‘rasis’.

Namun, mungkin juga pemimpin DAP sebenarnya langsung tidak tahu mengenai sejarah Hitler atau Nazi secara terperinci dan hanya menyebut-nyebut berdasarkan pengetahuan cetek dari cakap-cakap orang. Ini tidak mustahil kerana kaum Cina terkenal dengan tidak begitu berminat dengan ilmu yang lain, melainkan cara-cara mencari wang semata-mata.

UMNO dengan Nazi bagaikan langit dengan bumi, manakala yang lebih menghampiri perangai Nazi tentulah DAP sendiri yang berakar umbi dari semangat komunis tulen.

Lambang DAP yang mirip lambang parti komunis Cina sudah cukup untuk menggambarkan ‘kiblat’ mereka. Nama seperti Red Bean Army juga menyamai ‘Red Army’ iaitu tentera komunis dalam perang revolusi Russia, mengukuhkan lagi persepsi mengenai kecenderungan DAP ini.

Seperti yang kita tahu, sejarah komunis itu berkisar tentang kekejaman, terutamanya di Malaysia di mana komunis terbukti sebagai pihak yang tidak punya hati perut, kejam dan zalim. Komunis gemar menyiksa dan membunuh dengan kejam dalam perjuangan untuk menakluki negara ini.

DAP enggan mengakui bahawa mereka adalah pembawa semangat komunis tulen tetapi parti itu secara terbuka menonjolkan diri sebagai pensimpati kepada komunis malah tidak segan silu berjuang untuk membersihkan nama ‘Komunis’.

Komunisme DAP pula bersifat rasis tegar. Walaupun DAP kononnya merupakan parti yang mewakili berbagai kaum tetapi ia hanya memperjuangkan satu kaum sahaja iaitu Cina. Sementara kaum lain di dalamnya digunakan sebagai perisai, penyamaran dan juga balaci sahaja. Lebih dari itu, kaum lain langsung tidak punya hak, jauh sekali platform untuk bersuara.

Berbeza dengan UMNO yang bekerjasama dengan kaum lain melalui parti-parti komponen memberi ruang secukupnya untuk semua kaum memperjuangkan kepentingan masing-masing.

Apapun, kita tidak perlu berhujah panjang untuk menangkis tuduhan DAP, kerana kewujudan DAP itu sendiri dan hakikat bahawa Kit Siang yang menjadi pencetus 13 Mei masih lagi menjadi pemimpin DAP, sudah cukup untuk membuktikan betapa UMNO dan Nazi bagaikan langit dengan bumi. Sebaliknya, DAP dengan Zionis pula kini terbukti sebagai tidak banyak bezanya. (Sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List