Wednesday 3 February 2016

PRN11 Sarawak : Allan Siden Gramong Calon PBB/BN Di DUN Machan


KANOWIT: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencalonkan Allan Siden Gramong sebagai calon PBB/Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi semasa menghadiri Majlis Perjumpaan Khas di Kanowit semalam.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, PBB dan Datuk Gramong Juna sebulat suara bersetuju memilih Allan sebagai calon PBB/BN di DUN Machan.

“Saya sendiri telah diminta oleh Adenan untuk meng-umumkan perkara tersebut,” katanya.

Dengan keputusan tersebut Allan, 30, yang juga Ahli Parlimen Belia Malaysia akan menggantikan bapanya Datuk Gramong Juna yang menjadi wakil rakyat DUN Machan selama sembilan penggal.

Sebelum ini Gramong pernah menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada bidang politik.

Adenan semasa berkunjung ke Kanowit baru-baru ini memberitahu ia terpulang kepada Gramong untuk membuat keputusan berhubung penggantinya kelak.

Rundi memberitahu buat pertama kalinya PBB mengumumkan calon mereka bagi menghadapi PRN nanti.

“Kami berharap ahli PBB dan komponen parti BN yang lain bekerjasama memberi sokongan kepada Allan selain yakin BN dapat mempertahankan kerusi DUN Machan,” ujar beliau.

Selain DUN Machan, PBB telah memutuskan pemilihan calon mereka di kerusi DUN lain namun ia masih belum diumum secara rasmi.

“PBB sudah cukup bersedia untuk menghadapi PRN. Selain itu, kami juga percaya rakyat masih memberi mandat kepada PBB apatah lagi dengan kepimpinan baharu yang diterajui oleh Adenan,” je-las beliau lagi.

Bercakap lanjut, Rundi mengambil peluang tersebut melahirkan rasa terima kasih kepada Gramong yang telah berusaha membawa pembangunan dan pembaharuan kepada rakyat di DUN Machan.

Pada majlis yang sama seramai 72 tuai rumah menerima sijil pelantikan mereka selain penyerahan geran sebanyak RM1.5 juta kepada 205 persatuan.

Turut hadir Naib Presiden PBB yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Muda Pelancongan Datuk Gramong Juna dan ADUN Ngemah Alexander Vincent. - UB

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List