Thursday, 22 November 2012

PUSTAKA NEGERI SARAWAK AKHIRNYA "MENOLAK" PENCERAMAH PKR

-INI BARU BETUL TAPI SEBAIK-BAIKNYA PUSTAKA NEGERI SARAWAK HARUS MEMBUAT SIASATAN DALAMAN HINGGA KE AKAR UMBI BAGAIMANA "KECUAIAN" INI BERLAKU..KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!-
Team Bloggers Anak Sarawak™® ingin mengucapkan syabas kepada tindakan pantas pengurusan Pustaka Negeri Sarawak menangani isu penceramah PKR yang telah dijadualkan sebagai penceramah jemputan di Ceramah Umum dengan begitu efisyen sekali. (Nak tahu rentetan isu ini klik sini dan sini)
 
Di fahamkan, penceramah asal bagi Ceramah Umum bertajuk "Hak-hak Wanita di sisi Hukum Syarak Undang-undang Keluarga Islam" iaitu Peguam Syariee Saudara Arip Ameran yang juga merupakan bendahari AMK Sarawak telah di tukarkan dengan penceramah yang lain. Alhamdullillah.
 
Sikap pengurusan Pustaka Negeri Sarawak ini wajar di contohi kerana mereka tidak cepat melatah apabila di tegur sebaliknya bertindak pantas memperbetulkan apa yang di anggap tidak betul.
 
Berbalik, kepada "kesilapan" yang mungkin di lakukan secara tak sengaja atau "sebaliknya" iaitu menjemput penceramah yang telah di kenalpasti dari pihak pembangkang, pengurusan Pustaka Negeri Sarawak di saran agar menjalankan "internal investigation" agar ianya tak berulang lagi di masa hadapan.
 
Kepada sesiapa yang berminat untuk menimba ilmu mengenai "Hak-hak Wanita di sisi Hukum Syarak Undang-undang Keluarga Islam", mereka boleh menghubungi Razak Rambili/Geneve Vendick di talian 082-442000 ext 349/348.
 
Ceramah tersebut akan di adakan di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak pada 23hb November 2012 (Jumaat) dari jam 2:30 hingga 4:30 petang.
 
PS: Ucapan syabas juga diberi kepada ahli Bloggers Anak Sarawak™® iaitu Wira Kenyalang™ yang telah mengambil initiatif membongkar pekara ini.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List