-UMAT ISLAM DI LARANG MEMILIH PEMIMPIN YANG NYATA LEBIH CENDERUNG KEPADA KONFLIK, MENIMBULKAN MASAALAH, TIDAK MENGAMBIL KIRA ATAS KESELAMATAN RAKYAT JELATA ATAU NEGARA, LEBIH-LEBIH LAGI UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI ATAU MENCAPAI MATLAMAT MEREKA SENDIRI-
(Dari kiri) Junaidi, Asfia, Hazland dan Rashidi semasa sesi penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat majlis semalam. |
Keupayaan kerajaan mengekalkan kestabilan politik
negara secara konsisten adalah salah satu aspek utama yang dititikberatkan dalam
Islam kerana hanya dalam suasana yang aman damai tersebut yang akan membolehkan
perlaksanaan serta amalan sejajar dengan ajaran Islam secara maksima.
Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Haji
Mohamad Asfia Awang Nassar berkata bahawa oleh demikian rakyat seharunya berfikir
secara bijak dan berhati-hati lebih-lebih lagi ketika "memilih"sesebuah
kerajaan, dengan mengambilkira semua aspek, termasuk dasar polisi, wawasan dan
pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan.
"Dalam Islam, kita digesa untuk memilih pemimpin
yang membolehkan untuk membuat kita (rakyat) berasa selamat dan terjamin,
seorang pemimpin yang boleh menggerakkan ekonomi agar mendapat pendapatan untuk
negara," katanya.
Asfia mengingatkan bahawa ajaran Islam juga jelas
memperigati kita agar jangan memilih pemimpin kerajaan yang nyata menunjukan
kecenderungan menyebabkan keretakan dalam perpaduan masyarakat yang menjuruskan
kesusahan, mengakibatkan kekacauan di
kalangan rakyat dan negara secara amnya.
Mengambil contoh Andulusia (Sepanyol) yang terletak di
sebuah benua di seberang lautan yang pernah dijajah oleh empayar Islam dari Negara
Arab selama 800 tahun beberapa abad yang lalu, Asfia menjelaskan bahawa salah
satu sebab utama yang telah menyumbang kepada kejatuhan Islam empayar di
Adulusia adalah perpecahan di kalangan masyarakat Islam sendiri.
"Pelbagai persengketaan dan pertikaian di
kalangan umat Islam pada masa itu telah melemahkan salah satu daripada pasukan tentera
yang paling berkuasa di dunia pada masa itu dan di tambah lagi apabila musuh-musuh
mereka melihat peluang ini dan terus mengambil kesempatan atas situasi ini
sehingga berjaya menghalau umat Islam dari Andulusia dan kembali ke Negara mereka
sendiri di Timur Tengah."
Asfia berkata demikian dalam ucapannya pada majlis
perasmian Seminar Pengurusan Masjid dan Surau anjuran Pusat Khidmat Parlimen Santubong
yang telah diadakan di Auditorium Yayasan Sarawak di Jalan Sultan Tengah
berhampiran Bandaraya Kuching di sini petang semalam.
"Kita seharusnya mengambil iktibar dari sejarah
yang jelas menunjukkan bertapa pentingnya mengekalkan ketabilan politik dalam mana-mana
negara di dunia ini dan menjadi kuat dan
gagah, kita mesti sentiasa bersatu padu dan sentiasa berusaha mengukuhkan lagi ikatan
sirratulrahim sesama Islam jika tidak, sejarah Andulisia pasti akan berulang tapi
kali ini kita yang menjadi mangsa keadaan.”
"Kita boleh menggunakan politik untuk mengukuhkan
Islam tetapi jangan sesekali kita menggunakan Islam untuk melemahkan politik di
negara ini," beliau memperingatkan seramai 150 Imam dan ahli jawatankuasa
dari 70 Surau dan Masjid di kawasan Parlimen Santubong yang menyertai seminar
itu.
Beliau juga memuji Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr
Haji Junaidi Tuanku Jaafar yang begitu cemerlang, terutamanya mencari peruntukkan
dana dari kerajaan persekutuan sama ada untuk kos penyelenggaraan atau menaik
taraf kemudahan di hamper semua 112 Surau dan Masjid di kawasan Parlimennya.
"Seorang pemimpin yang berkemampuan seperti Datuk
Wan Junaidi juga mempunyai kriteria yang penting di mana beliau tidak pernah
meninggalkan pembangunan untuk masyarakat Islam di kawasan beliau dan saya
percaya semua rakyat dan penduduk Santubong menharapkan beliau meneruskan
perkhidmatannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kesinambungan pembangunan
di kawasan itu.”
Junaidi, yang juga Timbalan Speaker Parlimen telah
diiringi oleh isteri beliau Datin Hajah Feona Sim Abdullah dan turut hadir pada
majlis itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni
dan Pemanca Rashidi Junai .
-UnReportedNews™®
mohon tumpang berjuang di blog bro
ReplyDeletehttp://pecahpalakmikir.blogspot.com/