Cakap berapi-rapi, memperjuangkan bangsa Melayu dan Agama Islam tapi bila diberi peluang secara tidak langsung oleh Sultan Selangor untuk memimpin negeri itu, PAS bagaikan kecut telur bagaikan lelaki yang dayus lagi bacul sebaliknya menolak amanah rakyat tersebut bulat-bulat kepada PKR.
Sia-sia jer rakyat Selangor mengundi PAS sehingga menang 15 kerusi menyamai jumlah kerusi DAP berbanding dengan PKR yang hanya mendapat 14 kerusi di negeri tersebut pada PRU yang lepas hanya untuk dipelkedaikan sedemikian rupa.
Ini jelas digambarkan menerusi kenyataan terkini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang PAS tidak akan mencalonkan mana-mana wakil rakyatnya untuk jawatan menteri besar Selangor sebaliknya akan mencalonkan tiga nama wakil rakyat PKR.
"Keputusan untuk tidak menamakan mana-mana wakil rakyat PAS (untuk jawatan MB) adalah muktamad. Ini kerana jawatan itu telah dikhaskan untuk PKR. Kami menghormati perkara ini," katanya lagi selepas menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin-pemimpin PAS negeri di ibu pejabat parti itu di sini semalam.
PAS sanggup menghampakan harapan rakyat Selangor yang tidak mahukan Jijah Kipas yang bukannya anak jati Selangor menjadi MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim demi untuk memenuhi kehendak KETUM Nuar Brahim.
Kemanakah keislaman PAS? Mengapa terlalu obses dan memperdewakan KETUM sehinggakan nasib dan masadepan rakyat Selangor di pertanggungjawabkan ke tangan orang lain yang nyata tiada kelayakan dan mem punyai kepentingan peribadi sedang anda telah diberi peluang untuk memimpin?
Islam tidak pernah mengajar kita untuk lari dari tanggungjawab, lebih-lebih lagi sekiranya tanggungjawab tersebut datang dari amanah rakyat yang telah memilih kita untuk memimpin mereka namun tindakan terkini PAS membukti PAS adalah parti yang dayus dan bacul.
Takut untuk memikul tanggugjawab, takut dengan amanah rakyat, takut untuk memimpin dan takut dengan KETUM! Itu PAS sebenarnya!!!
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
(Riwayat Muslim)
Dari Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."
(Riwayat Muslim)
SYARAH AL HADIS
Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayak tidak wujud sepenuh. Abu Zar adalah seorang sahabat yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah jawatan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya. Justeru itu tidak semua sahabat layak mengendalikan urusan siyasah atau politik seperti al-Khulafa ar-Rasyidun. Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik.
Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.
Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan persoalan ini. Dengan itu umat Islam tidak sepatutnya hilang garisan dalam perlantikan dan pemberian kuasa terutamanya dalam hal politik.
Hadith ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu yang benar-benar mampu memikulnya. Justeru itu memberikannya kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®