-PR MENGAJAR RAKYAT UNTUK TIDAK MENGENANG BUDI MAKA SECARA LANGSUNG TAK MUSTAHIL PR TIDAK AKAN "MENGENANG BUDI" RAKYAT YANG TELAH MENGUNDI MEREKA DALAM PRU KE-13 NANTI-
“Jika kerajaan Barisan Nasional (BN) nak sangat sangat
bagi BR1M siri kedua..ambik sahaja duit itu tapi yang penting undi lah PR,”
kata salah seorang penceramah wanita PKR dengan bangga namun tidak tahu
implikasi kata-katanya.
“Ciss..macam ini punya pemimpin pun ada, mengajar rakyat
menipu..kalau macam lah perangai, tak mustahil sekiranya menang pilihanraya PR
tidak memperdulikan rakyat selepas meraih undi pengundi jika sikap mereka sebegini
yang hanya mempergunakan orang ramai,” dengus seorang tua berkupiah putih yang tidak
dikenali yang pada mulanya duduk di sebelah saya bangun meninggalkan majlis
berkenaan.
Dalam ceramah malam semalam, PR telah membayangkan polisi
mereka yang sebenarnya iaitu hanya mempergunakan orang..bagi mereka hanya UNDI
saja yang penting, maruah, kesetiaan serta sifat mengenang budi seolah tidak
wujud dalam pendirian PR.
PR mengajar rakyat untuk tidak mengenang budi maka secara
langsung tidak mustahil sekiranya PR tidak akan mengenang budi rakyat yang
telah mengundi mereka dalam PRU ke-13 nanti.
Terimakasih kepada “tindakan kurang bijak” PR yang mengadakan
sesi ceramah malam semalam kerana ianya membuktikan niat mereka yang hanya ingin
meraih undi rakyat namun enggan bertanggunjawab sekiranya berkuasa.
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®