-BELIAU AKAN TERCATAT & DI KENANG BUAT SELAMANYA DALAM
SEJARAH MALAYSIA SEBAGAI INDIVIDU YANG PALING KORUP, HIPOKRIT, PENTINGKAN DIRI
SENDIRI & SEORANG POLITIKUS YANG PALING KECEWA SEKALI KERANA GAGAL MEMENUHI
IMPIANNYA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA-
Dia yang didakwa meliwat sebaliknya, menuduh ianya semua adalah
“konspirasi” UMNO yang pada masa itu di ketuai mantan PM Tun
Mahathir Mohamad dan biarpun merengkok didalam penjara, kepetahannya berpidato
serta memberi alasan walaupun nyata
pembohongan mampu menpengaruhi segolongan rakyat.
Golongan-golongan mereka ini seakan begitu “obsess”
dengannya sehinggalah tertubuhnya Gerakan Reformasi, yang kemudiannnya bersama-sama
beberapa NGO menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia-GERAK kemudiannya Pergerakan
Keadilan Sosial-ADIL dan di situlah bermulanya satu trend
demostrasi jalanan begitu ekstrim yang penuh dengan keganasan.

Mantan PM Tun Abdullah Badawi membebaskan
Anwar dari penjara (tapi bukan dari tuduhan liwat menurut laporan yang
dikeluarkan oleh hakim-hakim kes tersebut) pada 2 September 2004 setelah
mengambil-alih tampuk pimpinan kerajaan namun tindakan Pak Lah hanya bagaikan “melepas
anjing tersepit”.
Bermula pada saat-saat di lucutkan jawatan Timbalan PM itulah Anwar yang keempunan menjadi PM bagaikan mendendami entiti UMNO dan Barisan Nasional (BN) setelah dipenjara lebih enam tahun, menggunakan kebebasannya dengan membuat
pencaturan dengan lebih rapi, memporak-perandakan negara dengan pelbagai cara
dan modas operandi.

Hindraf, Skandal Kapalselam Scorpene, Bersih, Lynas,
PTPTN dan bermacam-macam lagi isu-isu yang berunsur fitnah yang semuanya
bertujuan agar tercetusnys rusuhan rakyat supaya ada “campurtangan asing” yang memungkinkan cita-cita Anwar yang
begitu ingin sangat hendak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam masa yang sama, Anwar seolah-olah tidak serik akan
kesilapan lampaunya malah perlakuan beliau semakin teruk apabila dikaitkan
dengan video China Doll, hubungan dengan Shamsidar, isteri Azmin Ali-PKR dan tuduhan liwat
kedua bersama pembantu pribadinya.
Kini, Anwar yang berusia 74-tahun menyedari bukan saja
BN menjadi batu penghalang dirinya menjadi PM Malaysia malah masa dan juga rakyat yang sudah menyedari tembelang sebenar dirinya
dan beliau akan tahu penangan rakyat pada PRU ke -13 nanti!.
Sesungguhnya, manusia yang bernama Anwar Ibrahim inilah
yang telah menghitamkan sejarah Malaysia dan InsyaAllah..beginilah tertulisnya dalam
buku sejarah Malaysia pada satu masa kelak.
Apakah akan muncul istilah 'anwar' sepertimana 'boycott'? Sekarang ini pun Bahasa Melayu sudah diperkaya dengan beberapa istilah 'bidang kemanusiaan' tetapi bersumberkan 'bidang politik'.
ReplyDeleteAda siapa yang ingin buat kutipan? DBP?
hahahaha...idea yang baik..mungkin pada satu masa nanti saudara..contohnya; "Jangan terlalu 'anwarisme' kerana ianya mungkin membawa padah kepada negara". LOL
ReplyDelete