ORANG-ORANG ASING INI MERACUNI PEMIKIRAN RAKYAT DENGAN ISU-ISU YANG TAK RELEVAN MENERUSI PELBAGAI MEDIA, TERUTAMA ALIRAN MEDIA BARU
HANYA rakyat Sarawak dan Malaysia amnya, yang berhak sepenuhnya untuk menentukan hala-tuju negeri dan negara ini dan bukannya "suara orang-orang asing" yang melobi idea mereka dengan mempengaruhi pemikiran rakyat menerusi pelbagai media, lebih-lebih lagi melalui aliran media baru.
Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menegaskan perkara ini dalam ucapannya di dalam satu majlis agensi kerajaan pada malam Sabtu lepas sambil menambah, "Hanya rakyat Sarawak yang mengetahui apa yang yang mereka mahu, apa yang terbaik buat mereka dan masadepan mereka."
"Sebagai contohnya, mungkin kepada orang-orang asing ini, ianya adalah niat yang baik untuk menyelamatkan hutan serta mendesak kita jangan memotong pokok kayu kita yang telah memyumbang kepada pendapatan negeri ini namun adakah mereka tahu kita telah pun mengambil langkah-langkah yang wajar dengan menanam pokok baru untuk menggantikan pokok-pokok yang telah kita tebang?," ujarnya lagi.
"Apabila mereka tidak dapat menerima penjelasan kita, mereka mula "meracuni" pemikiran rakyat agar menentang kerajaan melalui kempen-kempen mereka dan yang lebih malangnya lagi, ada juga rakyat yang terpengaruh dengan hasutan fitnah mereka tanpa mengetahui kisah sebenarnya di sebalik dakwaan tersebut," kata Taib.
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®