Thursday 19 March 2015

Royalti Minyak: Malaysiakini Putarbelit Kenyataan Adenan?


Laporan portal berita Malaysiakini yang sentiasa bercanggah dengan laporan media arus perdana menjadikan Malaysiakini sangat menarik sebagai ‘santapan’ golongan yang dahagakan putar belit.

Segelintir berpendapat, laporan Malaysiakini sangat menepati kehendak golongan berfikiran lebih canggih serta lebih bersikap terbuka terhadap fitnah mahupun putar belit.

Semalam portal Malaysiakini melaporkan rundingan antara Kerajaan negeri Sarawak dan Petronas berkaitan permintaan royalti sebanyak 20 peratus telah menemui kegagalan.

Kononnya permintaan royalti 20 peratus oleh kerajaan negeri Sarawak telah ditolak oleh Petronas.

Ternyata laporan itu bercanggah dengan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang berkata pihak beliau dan Petronas akan terus mengadakan rundingan, meskipun setakat ini rundingan untuk mendapatkan royalti 20 peratus belum berjaya sepenuhnya.

Ketua Menteri turut menjelaskan beberapa permintaan lain oleh kerajaan negeri  telah dipersetujui oleh Petronas, antaranya projek yang bernilai RM2.1 bilion yang dikhususkan untuk usahawan Sarawak.

Beliau mengulas perkara tersebut ketika berucap di persidangan Pekebun Kecil dan Usahawan Komoditi Nasional di Kuching semalam.

Adenan turut berikrar bahawa rundingan dengan Petronas tidak akan berhenti selagi permintaan kerajaan Sarawak belum tercapai sepenuhnya.

Bukan semua pihak yang berharap Adenan atau Kerajaan negeri mencapai kejayaan, pihak pembangkang pastinya mahu melihat kegagalan Adenan seterusnya itu akan dijadikan modal politik mereka.

Begitu juga portal Malaysiakini, yakni, sebagai suara pembangkang mereka tentunya tidak sanggup melihat kejayaan kerajaan pimpinan Adenan. 

Namun yang pastinya, sebilangan besar rakyat Sarawak telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap usaha Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak untuk meneruskan apa saja rundingan yang membawa manfaat untuk negeri ini. 

Berikut adalah artikel Malaysiakini yang bertajuk - Adnan sahkan rundingan royalti minyak gagal


Ketua Menteri Sarawak Datul Adenan Satem mengesahkan hari ini bahawa rundingan antara kerajaan negeri dan Petronas berhubung permintaan Sarawak untuk menaikkan kadar bayaran royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, telah gagal.

"Rundingan kami dengan Petronas berhubung permintaan kita bagi kenaikan royalti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada 20 peratus, tidak berjaya," katanya.

Bagaimanapun, tegas Adnan (kiri), Petronas memberi jaminan ia akan memberi kontrak bernilai RM2.1 bilon kepada syarikat-syarikat berpangkalan di Sarawak.

Adenan memberitahu demikian semasa persidangan pekebun kecil dan usahawan komoditi nasional di Kuching hari ini.

"Kami akan meneruskan tuntutan kita untuk kenaikan royalti itu sehinggalah kita mendapat apa yang kita mahu," katanya.

Kerajaan persekutuan mengambil alih operasi minyak dan gas dari Sarawak dan Sabah pada tahun 1976, dan sebagai balasannya memberi royalti 5 peratus ke atas semua minyak dan gas yang dikeluarkan. - Malaysiakini

Dibawah ini pula adalah video rakaman ucapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem mengenai tuntutan royalti minyak Sarawak. Pembaca sendiri boleh membuat penilaian... - Sarawakiana


Artikel berkaitan: Royalti Minyak: Bagi Saya Sokongan - Adenan 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List