Tuesday, 13 January 2015

"Helah Kotor" DAP Sarawak Nak Menang Mudah Pada PRN Kelak Didedah


Niat sebenar di sebalik saranan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mewujudkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu melibatkan DUN Pending dan Batu Lintang adalah menambahkan bilangan kerusi pembangkang di negeri ini dengan cara yang termudah sekali.

Semalam, ADUN Pending Violet Yong pada satu sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuching berkata, DAP Sarawak akan membuat bantahan kepada SPR dan mencadangkan pengwujudan kawasan DUN yang baharu melibatkan pecahan antara Pending dan Batu Lintang.

Alasan DAP untuk berbuat demikian kononnya adalah sama seperti alasan Barisan Nasional (BN) juga iaitu untuk "penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap" sebenarnya tidak relevan langsung terhadap dua kawasan (Pending dan Baru Lintang) yang dicadangkan DAP.

Mana tidaknya, kedua kawasan tersebut berhampiran dengan Bandaraya Kuching lengkap dengan segala infrastruktur asas berbanding dengan kawasan-kawasan persempadanan yang baharu yang telah dicadangkan SPR. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List