Tuesday 6 August 2013

KUMPULAN CUBA CEROBOHI ISTANA NEGARA DISYAKI PENGAMAL AJARAN SESAT!

-KUMPULAN SERAMAI LAPAN ORANG LELAKI, SEORANG WANITA & SEORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN YANG MENAMAKAN DIRI MEREKA "PANJI HITAM LANGKASUKA", DIKETUAI SEORANG LELAKI BERUSIA 40-TAHUN YANG MENDAKWA DIRINYA SEBAGAI "YANG DIPERTUAN AGONG YANG SAH"! PULAK DAH! KEKEKE!!!-

Jelas kumpulan Panji Hitam Langkasuka yang cuba pecah masuk Istana Negara pagi Isnin adalah kumpulan ajaran sesat.

Ini berkembang dari kisah-kisah seperti 'Pemuda Bani Tamim' sehinggalah ke kisah dongeng Merong Mahawangsa.

Dan fakta pentingnya, kumpulan dengan cerita khayalan begini ada pengikut. Ini merbahaya jika tidak dicegah dari awal. Hari ini mungkin 10 orang, jika dibiarkan, silap-silap tahun depan 300 orang.

Kerana itulah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan Selasa.

Semalam, polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyai pengikut yang setia.

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini telah mencetuskan isu keselamatan, pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.

Sementara itu, mereka yang mendakwa dirinya sebagai "agong", "permaisuri agong" dan "anakanda agong" merupakan antara sekumpulan 10 individu yang ditahan kerana cuba memasuki Istana Negara di Jalan Duta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati lelaki yang berusia 40 tahun itu mendakwa sebagai "Yang di-Pertuan Agong yang sah".

"Kedua-dua wanita yang ditahan dengan kumpulan adalah isteri kepada 'pemimpin' yang berusia 52 tahun dan anak perempuan mereka berumur 11 tahun.

"Kami telah menahan kesemua mereka untuk membantu siasatan lanjut," katanya pada sidang media Selasa.

Menurutnya, polis sedang mengenal pasti dalang dan motif sebenar kumpulan tersebut berbuat demikian.

"Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini. Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok," katanya.

Kiram versi Malaysia?

Ku berkata kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau didenda.

Ku berkata, pemeriksaan ke atas dokumen-dokumen yang dirampas daripada kenderaan mereka mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang berasal dari Filipina. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List