Wednesday 31 July 2013

DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL WANITA PENAN: ROHANI AKAN MELAWAT PENEMPATAN TERSEBUT!

-SETAKAT INI, JAWATANKUASA BERTINDAK PERINGKAT KEBANGSAAN SEDANG DALAM PROSES MENYIASAT DAKWAAN TERSEBUT & LAWATAN ITU JUGA BERTUJUAN UNTUK MENGUMPUL SEGALA MAKLUMAT & INFO, TERUTAMANYA BERKAITAN DENGAN MASALAH-MASALAH LAZIM YANG DIHADAPI KAUM PENAN DI SARAWAK-

Sekadar hiasan-Di salah satu penempatan Kaum Penan di Sarawak
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan lawatan semula ke penempatan kaum Penan di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata, lawatan itu bertujuan menyemak semula serta mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini laporan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi menyiasat dakwaan penderaan seksual terhadap wanita kaum Penan di Sarawak.

“Lawatan semula ini bertujuan mendapatkan input terkini mengenai masalah yang dihadapi komuniti Penan di negeri ini dan kita akan melaksanakannya dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan mesra di pejabat akhbar Utusan Borneo dan The Borneo Post di Crown Towers di sini semalam.

Pada masa yang sama Rohani meluahkan rasa kesalnya terhadap laporan yang dikeluarkan oleh portal berita mengenai kenyataan beliau berkaitan masalah yang dihadapi kaum Penan di Sarawak pada mesyuarat ketujuh Suruhanjaya Perlindungan Hakhak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC) Peringkat ASEAN Isnin lalu.

“Saya tidak mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang dilaporkan dalam portal berita itu dan saya amat kesal terhadap laporan tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu membincangkan tentang masalah yang dihadapi kanak-kanak dan wanita secara keseluruhan di Malaysia.

“Dalam ACWC itu, saya bercakap lebih dari segi perspektif Malaysia mengenai kebajikan kanak-kanak dan wanita kerana ia peringkat ASEAN.

“Selepas itu kami mengadakan sidang media dan sebaik sahaja selesai saya tiba-tiba diaju soalan oleh seorang wartawan wanita tentang Penan.

Kenyataan beliau berkaitan masalah yang dihadapi kaum Penan di Sarawak pada mesyuarat ketujuh Suruhanjaya Perlindungan Hak-hak Wanita dan Kanak-kanak (ACWC) Peringkat ASEAN Isnin lalu.

“Saya tidak mengeluarkan kenyataan sebagaimana yang dilaporkan dalam portal berita itu dan saya amat kesal terhadap laporan tersebut,” katanya.

Beliau memberitahu, mesyuarat yang diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu membincangkan tentang masalah yang dihadapi kanakkanak dan wanita secara keseluruhan di Malaysia.

“Dalam ACWC itu, saya bercakap lebih dari segi perspektif Malaysia mengenai kebajikan kanak-kanak dan wanita kerana ia peringkat ASEAN.

“Selepas itu kami mengadakan sidang media dan sebaik sahaja selesai saya tiba-tiba diaju soalan oleh seorang wartawan wanita tentang Penan.

“Saya hanya menjawab kepadanya biar saya melakukan lawatan semula di penempatan Penan baharulah saya dapat memberi penjelasan terperinci yang anda mahukan,” jelasnya.

Namun, beliau memberitahu wartawan tersebut melaporkan yang sebaliknya dan memberi gambaran yang negatif terhadap masalah tersebut.

Justeru, Rohani berkata pihaknya sentiasa membuka pintu kepada pengamal media untuk mendapatkan fakta terperinci bagi memastikan laporan yang dihasilkan tidak bertentangan dengan fakta yang sebenar.

Dalam lawatan mesranya di pejabat The Borneo Post dan Utusan Borneo semalam, beliau turut menyampaikan buah tangan kepada kakitangan The Borneo Post dan Utusan Borneo berupa juadah berbuka puasa.

Hadir sama pada lawatan itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Noriah Ahmad. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. info anda menarik dan santai mudah difahami, harap sudi link dengan blogger baru mcm kami

    My update: WANITA ISLAM HARAM SERTAI RATU CANTIK. GIMNASTIK BOLEH KE?

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List