Wednesday, 12 June 2013

SAH! PILIHANRAYA KECIL AKAN DIADAKAN DI 89 KAWASAN PARLIMEN PAKATAN ...

-SEKIRANYA SESEORANG AHLI PARLIMEN GAGAL MENGANGKAT SUMPAH DALAM TEMPOH ENAM BULAN DARI HARI PERTAMA PEMBUKAAN DEWAN RAKYAT, JAWATAN MEREKA AKAN TERLUCUT SECARA AUTOMATIK & PILIHANRAYA KECIL AKAN DIADAKAN DI KAWASAN TERSEBUT! KECUT TAK TELOQ DEPA SEMUA? KEKEKE!!!-

Rancangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang "keras kepala" yang dikatakan ingin memboikot sesi angkat sumpah jawatan Dewan Rakyat mungkin memakan mereka sendiri kerana mengikut perlembagaan yang sedia ada, jawatan tersebut akan terlucut secara autmatik sekiranya ahli-ahli Parlimen tersebut gagal mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan dari hari pertama pembukaan Dewan Rakyat.

Perkara ini ditegaskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sambil menambah di bawah Peraturan Mesyuarat 1 Dewan Rakyat, yang bermula pada 24 Jun nanti, Ahli Parlimen mesti hadir kecuali atas sebab-sebab kesihatan atau yang tidak dapat dielakkan.

"Di bawah Artikel 59 (1) sekiranya seseorang Ahli Parlimen gagal mengangkat sumpah dalam tempoh 6 bulan dari hari pertama pembukaan Dewan Rakyat jawatan mereka akan terlucut secara automatik."

"Jika mereka tidak mengikut peraturan pertama, bagaimana mahu yang seterusnya? Alasan memboikot tidak boleh diterima sama sekali dan menurut Akta 59, mana-mana ahli Parlimen tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan, mandat sebagai ahli Parlimen akan digugurkan secara automatik." katanya lagi.

Ahli-Ahli Parlimen yang tidak hadir pada hari pertama pembukaan Parlimen untuk mengangkat sumpah jawatan juga boleh dianggap sebagai penghinaan kepada Perlembagaan dan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Semalam, semasa sesi taklimat hari ini berhubung sidang Parlimen ke-13 diadakan, hanya seorang wakil rakyat pembangkang, iaitu anggota Parlimen kawasan Bakri di Johor, Er Teck Hwa (DAP) yang hadir berbanding dengan kehadiran lebih dari orang 100 wakil rakyat Barisan Nasional (BN). (klik sini)

Pada mulanya Teck Hwa memberi alasan yang beliau memang ingin hadir ada sesi takliman tersebut namun apabila mendengar amaran DAP pusat akan mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana ahli Parlimen DAP yang hadir ke sesi berkenaan, beliau menukar kenyataan yang kononnya beliau tidak terbaca pesanan SMS mengenai arahan itu.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang diketuai oleh Ketua Umum PR Datuk Sei Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan mahu memboikot sesi Parlimen ke-13 dengan alasan kerana mereka tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya umum lepas dan mempertikaikan "ketidak-telusan" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu, di dalam posting UnReportedNews™® yang lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang pernah memegang portfolio Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada penggal Parlimen lepas menyifatkan hasrat ahli-ahli Parlimen PR untuk memboikot sesi mengangkat sumpah Parlimen ke-13 bakal berhadapan dengan pilihan raya semula di kawasan yang diwakili sekiranya enggan mengangkat sumpah. (klik sini

Namun katanya, tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak akan memberi kesan kepada sesi sidang Parlimen negara kerana walaupun mereka (pembangkang) tidak datang, ahli Parlimen lain cukup korum, dewan tetap akan bersidang seperti biasa kerana yang penting, korum itu ada.

"Tindakan sedemikian tidak akan mendatangkan kesan apa-apa. Itu hanya akan membuang masa sendiri sahaja. Kalau tujuan untuk mengadakan pilihan raya semula, tidak boleh. Ia hanya akan diadakan pilihan raya untuk kawasan (Parlimen) orang yang tidak mengangkat sumpah, itu sahaja," katanya lagi.

Junaidi menerangkan sidang Parlimen tetap akan berlangsung seperti biasa walaupun pembangkang bertindak untuk memboikot malahan, tindakan memboikot itu tidak sesekali akan mengubah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

"Sekiranya terdapat pemimpin yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU13 lalu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, mandat tersebut akan tergugur dan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan itu."

"Kalau tidak mahu angkat sumpah, berdasarkan Perlembagaan, genap hari tertentu (enam bulan) tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, dengan sendirinya pemilihannya sebagai ahli Parlimen tergugur dan pilihan raya akan diadakan di kawasan-kawasan orang tidak mahu mengangkat sumpah, itu sahaja."

"Ia tiada kena mengena dengan perkara lain. Dalam perlembagaan, kita tidak boleh ubah perlembagaan begitu sahaja untuk penuhi kehendak politik kita," ujarnya.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, BN menang 133 kerusi manakala DAP 38, PKR 30 dan PAS 21 namun PR enggan menerima keputusan tersebut dan sebaliknya, mendakwa SPR tidak telus dalam mengendali proses pilihan raya sekali gus memberikan kemenangan majoriti mudah kepada BN.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List