-TOLONG JANGAN "JAJA" NAMA PEMIMPIN SABAH & SARAWAK SEBAGAIMANA YANG ANWAR IBRAHIM TELAH LAKUKAN (916) PADA TAHUN 2008! BIARPUN KAMI TAK SEMAJU SAUDARA-SAUDARA KAMI DI SEMENANJUNG NAMUN KAMI DI BORNEO INI MEMPUNYAI MARUAH, PERASAAN BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA/DI BERI & TAHU MENGHARGAI JASA BAIK TERHADAP KAMI!-
Khabar angin mengenai pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang merayu undi sokongan terutama di kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen dan menjelang pemilihan jawatan Presiden Umno yang akan datang mula bertiup kencang.
Menurut laporan mStar sumber berkata, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li telah bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak untuk menerokai sebarang kemungkinan.
Beliau telah bertemu dengan 17 Ahli Parlimen, orang dalam dengan pengetahuan kepada isu tersebut, menurut sumber.
Mereka berkata, sekumpulan Ahli Parlimen mewakili ahli politik yang kecewa dengan Najib kerana tidak melantik mereka dalam senarai kabinet Persekutuan walaupun kebanyakan bumiputera dari Sabah dan Sarawak mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bulan lepas.
Mereka mendakwa beberapa Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak beranggapan bahawa Najib semakin lemah walaupun beliau memberikan apa saja kepada masyarakat Cina, golongan tersebut tetap menolak BN.
Mereka percaya perkara itu menyebabkan polarisasi bangsa dan negara tidak boleh maju ke hadapan dengan efektif ekoran bebanan politik dipikulnya.
Sumber berkata, mereka bimbang BN tidak dapat mentadbir dengan tegas dalam jangka masa panjang.
Pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak inginkan parti BN yang kuat dan boleh menyediakan lebih banyak dana untuk membangunkan dua negeri tersebut, kata sumber.
Ku Li dilihat sebagai 'bapa perpaduan negara' yang berpotensi kerana beliau mempunyai pengaruh untuk menyatukan BN dengan Pakatan tetapi Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang hasrat itu.
Bagaimanapun, cadangan Ku Li pada 2008 untuk menubuhkan kerajaan berasaskan perpaduan negara terus bergema dengan beberapa kumpulan politik tertentu dan pemerhati.
Antara cadangan tersebut adalah kumpulan tersebut iaitu Ahli Parlimen termasuk Ku Li yang tidak berpuas hati, menggabungkan kesemua sumber mereka dengan 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memfailkan satu usul tidak percaya terhadap kepimpinan Najib apabila Parlimen bersidang bagi penggal baru bulan ini.
Ku Li yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh paling lama di negara ini dan pembantunya enggan memberikan sebarang komen dan menyebabkan khabar angin itu terus menjadi tanda tanya.
-UnReportedNews™®
Dasar untuk membangunakan negara maju memang sedangkan diusahakan leh Najib namun pepatah ada mengatakan yang dikendong akan berciciran yang dikejar mungkin dapat tapi dapat pada orang lain, penyokong2 sendiri semakin dilupakan. Pemimpin perlulah bijak dan berfikir diluar kota kotak, untuk negara majmuk seperti Malaysia ini.
ReplyDeleteKnp pulak melobi pemimpin Sabah dan Sarawak??
ReplyDeletecuba la dia (Ku Li) pujuk DSAI agar terus berbaik-baik dgn pemimpin BN/UMNO dan tinggalkan hasratnya utk menjadi PM agar negara M'sia terus sentiasa dlm keadaan aman damai tanpa perhimpunan yg tidak memberi manfaat kpd rakyat.....