-PELBAGAI USAHA UNTUK MENGAPUNGKAN BOT EKSPRES KAWAN MAS YANG KARAM DI SUNGAI RAJANG SEJAK DUA MINGGU LEPAS NAMUN SEMUANYA MENEMUI JALAN BUNTU!-
"Nadai ekspres! Nadai ekspres ba baroh tok! Semua batu ajak!" (Tak ada ekspres! Tak ada ekspres di bawah ni! Semuannya batu saja!) jerit salah seorang dari tiga penyelam yang bertugas dalam operasi mengapungkan bot ekspres Kawan Mas yang karam di Belaga dalam Bahasa Iban sambil memberi isyarat tangan tanda "tiada" sebaik saja muncul dari permukaan air Sungai Rajang, minggu lepas.
Bahagian belakang bot tersebut (yang dalam keadaan terbalik) yang meletakkan unit enjin bot berkenaan (dalam air) "terperosok" dicelah-celah batu didasar sungai seolah-olah di"genggami" batu!
Kabel besi, yang mempunyai ketahanan mengangkat bebanan seberat puluhan ton yang pada mulanya berjaya dipautkan ke "badan" bot tersebut juga tiba-tiba terputus sewaktu operasi tersebut!
Begitu gambaran yang dinyatakan oleh seorang lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai "Abang Man" yang berada di tempat operasi mengapungkan bot ekspres Kawan Mas kepada aku.
Beliau yang aku temui di Bandaraya Kuching ini beberapa hari yng lalu menambah, "SubhanAllah!, saya dengar beberapa orang penduduk tempatan disana percaya yang bot ekspres Kawan Mas yang karam itu masih "ditahan" oleh penunggu Sungai itu!"
"Mereka juga percaya satu "upacara Miring" khas untuk "berkomunikasi" dengan penunggu sungai tersebut agar harus diadakan agar "melepaskan" genggamannya terhadap bot tersebut!," tambahnya lagi. Allahuallam!
Sementara itu, dipahamkan sepasukan pakar penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin akan tiba dalam dua hari lagi untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot ekspres Kawan Mas yang karam di Belaga.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, pasukan terbabit akan berada di tempat kejadian bagi membuat penilaian mereka dan anggaran kos operasi.
“Meraka akan ke lokasi kejadian bagi memastikan sama ada terdapat mangsa berada di dalam bot ekspres atau apa jenis situasi yang dihadapi bagi memastikan mereka dapat membawa alat kelengkapan yang diperlukan.
“Berdasarkan cadangan mereka, kita akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa untuk membuat penilaian sebelum keputusan selanjutnya diambil,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Muzium Tentera RASCOM di Kem RASCOM di sini, semalam.
Bot ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit itu karam setelah melanggar batu di Giam Bungan, Sungai Rajang di Belaga pada pagi 28 Mei lepas.
Berdasarkan laporan terbaharu, seramai 213 penumpang dilaporkan terselamat dalam kejadian itu dan seorang mangsa yang mati dikenal pasti sebagi Tujok Lah, 44, dari Rumah Sking, Nanga Merit, Kapit.
Manakala, dua mangsa lagi dilaporkan hilang dan dikenal pasti sebagai Roslin Jati, 44, yang mengandung lima bulan dan Maurice Ajan, 22.
Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, usaha mengapungkan bot berkenaan gagal sejak hari pertama SAR memandangkan arus sungai yang deras.
“Pasukan penyelam terlibat gagal mengapungkan bot ekspres ke tebing sungai. Kita memerlukan pakar penyelam. Namun, kita masih belum berputus asa.
“Saya telah mengarahkan supaya perkara ini disahkan dan mereka akan memberikan laporan dalam beberapa hari ini,” katanya.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®