-AMBOI-AMBOI-AMBOI, RAMAI YANG DAH MULA MENUNJUK MINAT NAK BERTANDING & MENJADI MP DIKAWASAN PARLIMEN SANTUBONG YANG DISANDANG OLEH TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI, APASAL YA? KEKEKE!!!-
Kawasan Parlimen Santubong dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang dijadualkan pada 5 Mei akan menyaksikan perebutan sengit empat penjuru apabila ianya merekodkan sejumlah empat calon yang tampil menyerahkan dokumentasi penamaan calon mereka di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak (CIDB) di Jalan Sultan Tengah berhampiran Bandaraya Kuching pada pagi tdi.
Penyandang Kerusi Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar PBB-BN merupakan calon yang pertama tiba di empat pernamaan calon bersama isterinya Datin Hajah Feona Sim-Abdullah berserta salah seorang anak mereka Syarifah Fariah Syed Junaidi pada kira-kira pukul 07:45 pagi.
Ketika berjalan menuju ke bangunan utama CIDB dimana urusan dokumentasi calon PRU-13 diadakan, Junaidi sekeluarganya bagaikan terpaksa menempuhi "lautan biru" penyokong-penyokong BN dengan warna tradisi -BN yang berbaris menanti disepanjang jalan masuk ke pintu utama CIDB.
Kumpulan penyokong BN yang terdiri daripada kira-kira 300 ahli-ahli PBB yag terdiri dari sayap-sayap pemuda dari hampir semua cabang dan bahagian PBB dalam Kawasan Parlimen Santubong yang datang untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Junaidi.
Dua daripada ADUN Junaidi; iaitu Dr Haji Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai) dan Dr Hazland Abang Hipni (Demak Laut) turut hadir sementara ADUN Tanjung Datu Tan Sri Datuk Sri Adenan Satem diwakili oleh Setiausaha Ketua Menteri Haji Bujang Helmi.
Semangat perjuangan yang ditunjukkan hulubalang-hulubalang serta serikandi-serikandi PBB/BN dalam PRU-13 ini biarpun hanya untuk sesi penyerahan dokumentasi penamaan calon adalah pada tahap yang amat tinggi menerusi nyanyian lagu patriotik lagu "Inilah Barisan Kita" dengan tanpa henti-henti.
Calon kedua yang menyerahkan dokumen pencalonan adalah Zulrusdi Hol PKR-PR yang telah dicadangkan oleh Bolek Maludin dan disokong oleh Sobey Daud tepat jam 09:04 pagi, sebelum diikuti Affendi Jeman (Bebas) yang dicadangkan Majid Meta dan disokong Ramlan Ismail pada 09:07 pagi manakala calon yang terakhir menyerahkan dokumen pencalonan adalah Mura Kadir (STAR) yang tiba pada di sana tepat jam 09:10 pagi lagi tepat dimana pencadangannya adalah Fatimah Deng pada 09:10ng : 7:00 dan yang terakhir untuk tiba ada ketika ditanya UnReportedNewsNew apakah yang sedang berada di dalam fikirannya sekarang, Junaidi berkata sebenarnya "terlalu-banyak" perkara yang sedang difikirnya, termasuk pelbagai program-program yang dirancangkan didalam kawasan Parlimen Santubong.
Kepercayaan tersebut sebenarnya akan memberi peluang kepadanya untuk membantu dan sebagai perantara di antara Kerajaan Negeri dan Pusat bagi pelaksanaan program-program mega seperti Pembangunan Darul Hana, Pembangunan Pelancongan Hub dan Penyusunan Tanjung Datu, Kawasan Tabuan, Muhibbah dan Binyok.
"Selain daripada menyediakan infrastruktur asas untuk penghantaran siaran seperti jalan raya dan air bersih di seluruh kawasan dan kerana penghantaran elektrik telah mencapai hanya 95 peratus daripada kampung-kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik," katanya serta yakin Santubong akan mencapai tahap 100 peratus dibekali elektrik dalam mass yang terdekat.
"Selain daripada menyediakan infrastruktur asas untuk penghantaran siaran seperti jalan raya dan air bersih di seluruh kawasan dan kerana penghantaran elektrik telah mencapai hanya 95 peratus daripada kampung-kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik," katanya serta yakin Santubong akan mencapai tahap 100 peratus dibekali elektrik dalam mass yang terdekat.
Dalam PRU ke-12, pada tahun 2008 Parlimen Santubong yang meliputi kawasan (N.03 Tanjung Datu, N.04 Pantai Damai dan N.05 Demak Laut), dengan jumlah keseluruhan 30,836 pengundi berdaftar dan memperlihatkan Junaidi menang dengan majoriti daripada 11,945 pengundi.
-UnReportedNews™®
GAMBAR-GAMBAR YANG DIRAKAM LENSA UnReportedNews™® DISEPANJANG PROSES MENYERAH BORANG CALON PRU-13 DI CIDB PAGI TADI
syabas !!! Teruskan berjuang!!! Hidup BN
ReplyDeletemy bujang senang-online