Showing posts with label Abdullah Saidol. Show all posts
Showing posts with label Abdullah Saidol. Show all posts

Saturday, 15 November 2014

YB Dakwa Ada "Tauke Besar" Kawal Kontraktor Untuk Dapatkan Projek


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol mendakwa terdapat satu 'Tauke Besar' kontraktor yang mengawal beberapa kontraktor untuk mendapatkan tender bagi projek-projek luar bandar.

"Memang benar projek-projek ini ditender secara terbuka. Kalau ada 10 kontraktor tempatan yang membida, sebenarnya semua lesen ini, 10 kontraktor yang membida ini dikawal seorang Tauke.

"Walaupun sepuluh kontraktor yang membida, asyik-asyik orang itu yang dapat dan orang itulah yang mempunyai sejarah sejak sekian lama, track record yang buruk.

"Kontraktor-kontraktor seperti ini juga saya anggap sebagai penyangak yang merompak warga desa sebuah keselesaan yang sepatutnya dinikmati hasil dari projek kecil ini," katanya ketika membahas  Belanjawan Negeri 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, Abdullah juga  mengumpamakan kontraktor-kontraktor yang gagal menyempurna projek yang diamanahkan kepada mereka sebagai 'pengkhianat' masyarakat.

"Kontraktor-kontraktor yang gagal melaksanakan Projek Bekalan Air dan Elektrik di luar bandar adalah pengkhianat kepada usaha murni kerajaan untuk memakmurkan kawasan desa.

"Hasil kerja kontraktor-kontraktor yang mengendalikan projek di luar bandar harus dipantau dengan teliti," tegasnya.

Justreru itu, Abdullah meminta agar kerajaan memantau dengan teliti dan lebih berkesan projek-projek kecil luar bandar kerana banyak yang tidak mengikut spesifikasi dan kadang-kadang dilaksanakan dengan kualiti kerja mengecewakan.

"Mungkin kerana kontraktor-kontraktor yang dilantik sebenarnya kontraktor Ali Baba. Lesen-lesen mereka dilacurkan," tegasnya.

Sekiranya benar dakwaan itu, tindakan tegas perlu diambil ke atas tauke dan kontraktor-kontraktor Ali Baba yang hanya memewahkan diri sendiri denganv'merompak'  manfaat dan kemudahan yang seharusnya dimiliki oleh anggota masyarakat terutama di luar bandar. - Bahaduri

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 November 2013

PECAT AHLI- DAP SARAWAK MEMANG "MELUCUKAN"

-DAP SARAWAK MENDABIK DADA MELANCARKAN "IMPIAN SARAWAK" YANG KONONNYA NAK MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN MASYSRAKAT NAMUN "KEBAJIKAN" DALAMAN DAP PERINGKAT PIMPINAN SENDIRI PUN TAK MAMPU DI URUSKAN, INI MACAM KAH NAK BERANGAN MENJADI KERAJAAN? KEKEKE!!!-

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak Abdullah Haji Saidol menganggap tindakan DAP memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Fong Pau Teck dari parti tersebut adalah sesuatu yang "melucukan".

"Saya difahamkan bahawa ADUN Pujut dipecat kerana gagal membayar sumbangan kewangan kepada parti yang diwajibkan keatas semua ADUN DAP Sarawak."

"Saya anggap tindakan ini suatu yang melucukan kerna baru-baru ini DAP melancarkan propaganda politik mereka yang di panggil "Impian Sarawak" dimana mereka berhajat untuk memperjuangkan kebajikan masyarakat luar bandar tapi apa yang berlaku di sini ialah seolah-olah keadaan "kebajikan" dalam DAP tidak terurus."

"Mungkin pergolakan dalaman DAP di Semenanjung sudah berlaku dalam DAP Sarawak," tambah ADUN Semop itu lagi ketika ditemuramah UnReportedNews™® pada hari kedua Mesyuarat DUN Ke-2 (Sesi Ke-3) yang Ke-17 di DUN berdekatan Bandaraya Kuching semalam.

"Semakin ketara juga ialah persefahaman politik DAP dgn PKR dan PAS yang sudah kelihatan seperti lagu yang sumbang dan tarian yang tak ikut rentak," kata Abdullah.

Fong telah di beri masa selama 14 hari untuk merayu secara bertulis kepada DAP Negeri ke atas keputusan parti tersebut.

Sementera itu, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo berkata, selama ini DAP melaung-laungkan Toleransi dan Demokrasi serta garis-panduan yang kononnya bagi menguruskan sesebuah kerajaan.

"Sekiranya urusan dalaman "Rumah Kecil" DAP sendiri tak mampu di urus, bagaimana nak menubuhkan sebuah kerajaan serta mentadbir sesebuah negeri."

Mengakui yang ADUN Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) juga ada ADUNs mengadakan akitiviti pendermaan namun ianya hanyalah isu kecil untuk kami (PBB)

Pada hari Isnin lepas, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai mengumumkan DAP Sarawak telah memecat keahlian Fong dari parti tersebut.

Tan yang juga menrupakan pengerusi jawatan kuasa disiplin DAP menyatakan tindakan tersebut diambil kerana Fong telah "melanggar dislpin parti beberapa kali" serta dikatakan enggan membayar sumbangan bulanan mandotori kepada parti.

Fong, ketika ditemui dipejabatnya di DUN semalam menegaskan beliau masih lagi ADUN Pujut dan wakil DAP serta akan membuat rayuan dalam tempoh (14 hari) yang diberikan ke atas keputrusan parti berkenaan ke atasnya.

-UnReportedNews™®

Friday, 5 July 2013

SIAPA "DALANG" YANG MAHU TAIB LEPASKAN JAWATAN KETUA MENTERI?

-KETUA SETIAUSAHA KETUA MENTERI ABDULLAH HAJI SAIDOL MENDAKWA ADA "ORANG" DALAM PASUKAN PELAPIS DI NEGERI INI YANG CUBA MEMAKSA TAIB "BERSARA"! ADUH,  DAKWAAN YB DOLLAH INI SEUMPAMA MENGATAKAN ADA "MUSUH DALAM SELIMUT" & IANYA AMAT AGAK SERIUS! SIAPA "DALANG" TU YB? ADAKAH SI DIA .. ATAU DIA .. ATAUPUN DIA .. ? KEKEKE!!!-

Pengikut setia Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud percaya wujud "dalang" di dalam negeri itu untuk memberi tekanan kepada ketua mereka supaya melepaskan jawatannya serta-merta.

Mereka tidak sabar-sabar untuk menyingkirkan Taib kerana beliau dilihat sebagai penghalang kepada agenda mereka untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri "bebas dari segi politik dan ekonomi" menurut pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang enggan menyatakan sama ada dalang tersebut datang dari Kuching atau Kuala Lumpur.

Menjawab laporan bahawa Taib mungkin hanya akan berkhidmat dalam tempoh separuh penggal, bukan tempoh penuh selama lima tahun, setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Saidol memberitahu The Star Online bahawa tuduhan yang dilemparkan kepada Taib baru-baru ini adalah satu usaha bersepadu untuk mencemarkan imej ketuanya.

"Mereka cuba untuk memburukkan imej Taib dan mewujudkan keadaan supaya beliau akan dipaksa untuk meletak jawatan serta-merta walaupun secara teknikal beliau boleh berada di situ sehingga akhir tempoh pada 2016," kata Abdullah, salah seorang daripada pemimpin muda daripada kumpulan pemimpin PBB yang sepenuhnya menyokong presiden parti mereka.

"Kadang-kadang, saya tidak dapat membantu, tetapi berfikir bahawa ada orang dalam pasukan pelapis di negeri ini cuba untuk memaksa Ketua Menteri bersara.

"Jika mereka berjaya, saya tidak akan terkejut jika mereka terus bergerak untuk mengukuhkan kepentingan mereka di Sarawak kerana mereka melihat Ketua Menteri sebagai penghalang utama yang menghalang mereka daripada merebut kekayaan sumber di negeri ini.

"Tidak sukar untuk memahami mengapa kini terdapat kempen memburuk-burukkan dan menentang Taib secara bersepadu," kata Abdullah.

Beliau berkata Taib secara konsisten telah mengekalkan polisi jangka panjang untuk melindungi kepentingan negeri demi manfaat rakyat Sarawak.

"Ambil contoh usaha kami untuk mengurus sumber hutan kita dengan pengurusan mampan yang disahkan ITTO. Namun, tuduhan yang tidak masuk akal, cukup pelik, yang dipercayai," katanya.

Abdullah berkata usaha kerajaan untuk membangunkan ladang kelapa sawit juga telah menjadi sasaran pengkritik.

"Saya percaya mereka masih fikir kita tidak mampu menguruskan negari kita sendiri," katanya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Friday, 21 June 2013

KEPENTINGAN PBB LEBIH BESAR DARI NAMA BAIK YB ABDULLAH SAIDOL!

-ADAKAH BERKEMUNGKINAN, FITNAH YANG DIDAKWA DILEMPAR KEPADA KETUA SETIAUSAHA POLITIK KM TERSEBUT BERKAITAN DENGAN KONVENSYEN PBB YANG BAKAL DIADAKAN TAK LAMA LAGI? MUNGKIN YA ATAU SEBALIKNYA, WALAU APAPUN, UnReportedNews™® TETAP AKAN MENGHORMATI APA JUA KEPUTUSAN YANG DIAMBIL BELIAU!-

Tak putus-putus handphone admin UnReportedNews™® berdering dari pelbagai pihak semenjak artikel "KETUA SETIAUSAHA POLITIK KM AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH KE ATASNYA?" telah disiarkan semalam.

Mohon maaf Datuk-Datuk, mohon maaf YB-YB dan mohon maaf teman-teman sekalian, identiti sumber yang memberitahu segala maklumat kepada UnReportedNews™® berkaitan artikel tersebut tidak mungkin akan didedahkan sampai bila-bila dan biarlah ianya dibawa sampai ke mati.

Alhamdullillah, hakikatnya semua maklumat tersebut sememangnya betul dan sahih, jikalau tidak, pasti sudah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol sudah menerpa ke pejabat atau paling tidak pun akan menalipon admin UnReportedNews™® memintakan penjelasan!

Terkini, UnReportedNews™® mendapat maklumat dari satu sumber, iaitu seseorang yang berpengaruh dalam PBB serta paling rapat dengan pucuk kepimpinan PBB mennyatakan, YB Dollah tidak mungkin akan meneruskan niat beliau untuk mengambil sebarang bentuk tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa telah memfitnahnya!

Bila ditanya mengapa pula YB Dollah tidak mahu meneruskan niatnya, sumber tersebut menerangkan biarpun bentuk tuduhan yang dikatakan ditujukan kepada YB Dollah mencabar krebilitinya sebagai Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, YB Dollah lebih mementingkan nama PBB kerana individu yang didakwa memfitnahnya adalah dari kalangan ahli PBB sendiri!


"YB Dollah telah dinasihati untuk mempertimbangkan niat beliau demi menjaga nama baik parti serta untuk tidak mengeruhkan suasana dalam menghadapi Konvensyen PBB tak lama lagi dan Alhamdullillah, saya difahamkan beliau (YB Dollah) telah menerimanya (nasihat) dengan baik," tambah sumber tersebut lagi.

"Ting"!, kata-kata sumber berkenaan tiba-tiba saja membuat UnReportedNews™® terfikir, apakah serangan ini berkemungkinan ada kaitan dengan Konvensyen PBB yang bakal akan diadakan (kalau tak silap sebelum bulan September, tahun ini).

Apakah kehadiran YB Dollah dianggap "penghalang" oleh individu yang didakwa memfitnahnya demi mencapai hasrat beliau untuk mendapat kedudukan dalam PBB?

Sekiranya andaian UnReportedNews™® betul, hebat benarkah YB Dollah ni sehinggakan beliau terpaksa "dicantas" sedemikian rupa dengan cara yang sebegitu kotor sekali! Cammonlah Bro, be a gentleman and contest fairly lah!

Dan kepada permintaan sumber agar usahlah menulis lagi perkara yang dirasakan mungkin akan "mengaibkan" PBB ataupun BN, admin UnReportedNews™® terpaksa mohon maaf kerana tidak mungkin dapat menurutinya kerana atas TIGA sebab utama:

1. (Biarpun bukan ahli PBB) Admin UnReportedNews™® tetap akan mempertahankan intergriti dan maruah PBB dan BN Sarawak atas dasar keyakinan kepada pucuk pimpinan dengan segala daya upaya yang ada menerusi penulisan.

2. (Dengan tiada niat menghina mana-mana pihak) Kurangnya penerangan kepada masyarakat umum ke atas isu-isu yang dianggap sensitif atau dianggap taboo lebih-lebih lagi berkaitan PBB atau BN didalam dunia maya apatah lagi jikalau sesuatu isu tersebut telah didedahkan dimuka-muka akhbar utama.

3. Hanya segelintir saja blogger-blogger tempatan saja yang berani mempertahankan entiti kerajaan (Sarawak) jika dihambur fitnah dan pembohongan, kerana dari pandangan masyarakat, tindakan berdiam diri itu, berkemungkinan segala yang dilemparkan itu adalah benar!

Maka itu, diharap semua pihak boleh memahami perinsip UnReportedNews™®, itu saja buat kali ini, mohon maaf jika ada terkasar bahasa, salam ikhlas.

-UnReportedNews™®

Thursday, 20 June 2013

KETUA SETIAUSAHA POLITIK KM AKAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP FITNAH KE ATASNYA?

-BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH! TAPI YANG PASTINYA KALAU DAH SAMPAI MELIBATKAN LAPORAN POLIS NI, SEMUA "KEKUSUTAN" & JUGA "RAHSIA-RAHSIA SEBENAR" PASTINYA AKAN TERHURAI NANTI KAN! KITA TUNGGUUU! KEKEKE!!!-

Panas.. panas .. UnReportedNews™® mendapat maklumat dari satu sumber yang "rapat" dengan Ketua Setiausaha Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol yang beliau sedang dalam "persiapan" untuk membuat laporan polis dan seterusnya laporan ke SKM ke atas beberapa artikel terbitan blog yang didakwanya telah "memfitnahkan" beliau. 

YB Dollah, yang juga merupakan ADUN Semop telah dikatakan telah menemui seorang rakan yang juga seorang peguam untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atas penulis-penulis blog-blog berkenaan.

UnReportedNews™® percaya artikel yang didakwa YB Dollah memfitnah beliau adalah dari dalam sebuah blog menerusi artikel yang bertajuk "UMB bosan dengan pembohongan Abdullah Saidol" (selepas terjemahan) yang "menghentam"nya beberapa hari lepas.

Dalam perkara ini, admin UnReportedNews™® sebenarnya tak hingin pun nak menyokong mana-mana pihak ataupun menjadi "batu-api" namun sebagai sudah menjadi kewajiban seorang blogger/wartawan/journalist untuk "ambil tahu" apatah lagi jika mendapat maklumat yang "sepanas" sebegini dan juga ada "public interest".

Semuanya ini berkisar dari dakwaan "UMB Sarawak tidak mendapat apa-apa peruntukkan" dan sejujurnya, isu yang begitu lama hanya berlegar-legar didalam dunia maya dan hanya diketahui oleh segelintir blogger-blogger serta pengamal-pengamal media sosial (khususnya dari Sarawak) sebelum ianya menjadi "pengetahuan umum" apabila mencecah dada akhbar beberapa hari lepas.

Seperti yang UnReportedNews™® nyatakan dalam artikel sebelum ini, isu ini adalah sesuatu perkara yang serius kerana ianya dikirakan sebagai "pecah amanah" kerana dakwaan dana yang sepatutnya sampai ke sesuatu pihak tidak kesampaian (sekiranya dana tersebut wujud sepertimana yang telah didakwa oleh beberapa pihak) dan wajarlah ada penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam hal ini.

Berbalik kepada maklumat mengenai YB Dollah yang diberi kepada UnReportedNews™® tadi, (mohon maaf YB, dengan tiada niat langsung untuk menghina) apakah tindakan beliau hanya bermotifkan "menutup mulut" ataupun untuk menegak keadilan? 

Siapakah yang sebenarnya memulakan semua kekecohan ini? Sebagai seorang wartawan, admin UnReportedNews™® menerima pelbagai maklumat mengenai senario atau "jalan cerita" yang berbeza berkaitan isu ini, yang ada diantaranya "kedengaran" agak logik, ada yang menimbulkan "sedikit keraguan" dan tak kurang juga ada yang "langsung tak boleh dipakai"!

UnReportedNews™® ingin berkongsikan segala maklumat ini semua dan berharap agar semua pembaca menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menilai kesahihan dan kebenarannya, maklumlah admin UnReportedNews™® tak mahu di saman kerana tak mampu nak bayar saman pun. 

Sumber UnReportedNews™® juga mendedahkan YB Dollah telah pun menemui Penasihat Khas Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan "bersadu" (mengadu) tentang isu yang dibangkit oleh UMB Sarawak ini dan menyatakan hasrat beliau untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang didakwanya cuba mencemar nama baik beliau tanpa asas dan bukti. 

Kalau tak silap, YB Dollah juga seorang yang berkelulusan dalam jurusan undang-undang dan mempunyai pengalaman sebagai penasihat undang-undang selama 20 tahun sebelum ini dan pastinya, beliau tahu apa yang beliau buat. 

(Klik sini)
Difahamkan juga, beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi PBB yang begitu kecewa dan marah dengan tindakan UMB Sarawak termasuk seorang blogger yang telah "memalukan" PBB menerusi penulisannya. 

Sumber juga mendedahkan, beberapa Pemimpin Pemuda SPDP dan PRS juga telah meluahkan rasa kurang senang dengan isu UMB Sarawak berkenaan yang telah mengaitkan nama kedua parti tersebut.

UnReportedNews™® bukan nak mengambil kesempatan dari isu ini untuk mempopularkan blog sendiri, cuma seperti blogger-blogger yang lain, yang setia dengan perjuangan kami di pihak Barisan Nasional, secara peribadinya, admin UnReportedNews™® serta pembaca-pembaca budiman hanya ingin tahu tentang kebenaran dalam isu ini.

Sekiranya sumber ini tepat, baguslah kalau YB Dollah sudah mahu tampil ke hadapan (dengan membuat laporan polis) untuk menjawab segala "persoalan-persoalan" ini "once and for all", bukannya apa, UnReportedNews™® hanya ingin mengetahui siapakah sebenarnya yang kaki putar belit selama ini, siapakah yang sebenarnya yang opportunis, hipokrit, diperguna dan yang memperguna, itu saja.

Sekian buat sementara waktu. Kita tunggu perkembangan selanjut nya. Mohon maaf pada siapa-siapa yang terasa ya, kekeke!!!

Artikel berkaitan:




-UnReportedNews™®

Tuesday, 12 March 2013

KETANDUSAN ISU MEMAKSA SARAWAK REPORT MENGITAR SEMULA CERITA!

-SUDAH-SUDAHLAH TU SARAWAK REPORT NAK TEBAR BIDAAH KAT SARAWAK NI .. BAIK KO BUAT TINJAUAN ORANG RAMAI TENTANG BAGAIMANA PENERIMAAN MEREKA KEPADA SESEORANG YANG MENGAMAL LGBT KER ATAU LAPORAN DI MANA LETAKNYA , KEDUDUKAN ORANG BUKAN ISLAM JIKA HUDUD DILAKSANA OLEH PAS ATAU MANA-MANA TAJUK YANG LEBIH REALISTIK DARIPADA CERITA-CERITA BOHONG KO TU! KEKEKE!!!-

Jelas sekali, Sarawak Report sedang mencuba bersungguh-sungguh dan sedaya upayanya untuk mensensasikan cerita mengenai yang kononnya wujud "satu plot yang dirancangkan oleh Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hassan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden PBB dan Pengerusi Barisan Nasional Negeri" dimana sebelum ini, cubaannya nyata gagal kerana tiada manusia normal, lebih-lebih lagi penduduk dan masyarakat di Sarawak mempercayai cereka rekaannya.

Terkini, Sarawak Report, yang begitu dikenali di seluruh dunia, terutamanya rakyat Malaysia kerana pernah membuat fitnah mengenai yang kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di serang "stroke" muncul dengan edisi pembohongan terbarunya iaitu, mengfitnah Tengah "membeli pengaruh" untuk membolehkan beliau untuk mengambil alih dari  Taib, yang telah memberi gambaran secara umum akan keinginannya untuk bersara, sebaik sahaja dia (Taib) melangkah turun.

Tiada nas atau fakta sahih yang menyokong tuduhan Sarawak Report dimana tiada perubahan dalam kepimpinan Kerajaan Negeri semenjak ianya telah dipilih semula pada Pilihan Raya Negeri dalam bulan April 2011 yang lalu dengan majoriti lebih daripada 2/3. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, sebanyak 31 kerusi kawasan parlimen yang akan dipertandingkan di Sarawak dimana, BN Sarawak dijangka akan memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi yang akan dipertandingkan manakala DAP akan menang enam kerusi, PKR dan PAS seperti biasa, akan gagal mendapat biarpun satu kerusi.

Sarawak Report jelas mereka-reka cerita dengan gambaran yang cuba diberinya mengenai, "Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Datuk Mustapa Han dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Semop yang seolah-olah "obses" sentiasa berbincang setiap masa mengenai "plot mereka" untuk menjatuhkan Taib walau dimana saja termasuk dipejabat", adalah keterlaluan, mustahil dan langsung tidak masuk akal sekali. Masakan mereka berdua ada "masa dan ruang" untuk berbuat seperti apa yang telah di "bayang"kan Sarawak Report!

Buat mereka-mereka yang mengetahui bagaimana pejabat kerajaan atau lebih tepat lagi pejabat Ketua Menteri berfungsi, kemungkinan atau peluang perkara yang dibayangkan Sarawak Report memanglah tiada langsung. Pertama, Mustapa perlu menemani Taib pada setiap lawatan rasminya di seluruh tempat dalam dan di luar Sarawak sedangkan Abdullah Saidol mempunyai jadual lawatannya sendiri di kawasan Dewan Undangan Negerinya sendiri berdekatan dengan pantai di Mukah, yang beratusan kilometer dari Kuching disamping menjalankan aktiviti-aktiviti politik di seluruh Sarawak. Langsung tak masuk akal cerita Sarawak Report ni!

Dakwaan Sarawak Report yang mengatakan bahawa mereka bertemu setiap hari, tiada langsung empunyai kelogikan dan asas seperti juga fakta-fakta pada dakwaan-dakwaan Sarawak Report yang lain. Semuanya hanya spekulasi, tekaan liar dan fitnah! Maka Sarawak Report, dinasihatkan agar tidak menulis sesuatu yang ia tidak tahu pucuk pangkal kerana anda hanya membohongi diri anda sendiri serta pembaca anda!

Pada Sabtu lepas, Tengah telah menegaskan pendirian dan kesetiaan beliau kepada Taib malah, dia menyelar sesiapa yang mempunyai niat untuk menjatuhkan Taib harus perlu "melangkah mayat"nya dulu. Sungguh jelas sekali, Sarawak Report yang bagaikan ketandusan isu (memang tiada isu di Sarawak pun) terpaksa mengitar semula ceritanya berdasarkan bora-borak kosong dikedai kopi, ceramah pembangkang, kabar-khabar angin atau mungkin juga cerita ini .telah "dijual atau diberi" oleh seorang "informer" yang kini telah dikenalpasti identitinya dan hanya menanti masa ...

Seperkara lagi yang jelas adalah, Sarawak Report juga nampaknya cenderung menggalakkan aktiviti-aktiviti kaum-kaum Bumiputera untuk merebut Tanah Negeri dan tuntutan sebagai hak milik mereka selepas 1 Januari, 1958. Sarawak Report juga seakan menggalakkan beberapa kejadian dimana melibatkan rakyat kaum Penan yang hidup separa nomad untuk mengadakan sekatan-sekatan jalanraya di atas tanah yang bukan milik mereka. Dimanakah kelogikan untuk satu komuniti kecil yang seramai lebih kurang 12,000 orang, termasuk mereka yang tinggal secara nomad untuk membuat tuntutan ke tanah yang sebesar 100,000 hektar tersebut?

Kreatiflah sikit Sarawak Report, jangan jual cerita dongeng je! 

(Disunting dari rakan blogger Sarawak Monitor dengan kebenaran)

-UnReportedNews™®

Saturday, 2 March 2013

AKU CYBER-TROOPER BN SARAWAK PALING KAYA?

-TERBATUK AKU SURFING DALAM TANDAS SEMALAM BILA TEAM Bloggers Anak Sarawak™® YANG AKU KETUAI MENJADI TAJUK POSTING DALAM BLOG PEMBANGKANG-SARAWAK REPORT .. SIAP TERPAMPANG GAMBAR AKU DENGAN GAMBAR-GAMBAR SCREEN SHOT BLOG-BLOG RAKAN-RAKAN AKU SEMUA .. TAPI YANG PALING NENARIK PERHATIAN AKU ADALAH DETAIL-DETAIL DALAM BERITA ITU YANG BEGITU "EXERGERATE" YANG MELAMPAU-LAMPAU! KALAU MEMANG DAH JENIS PENIPU TU, MENIPULAH KERJA SI PENULIS! (ESPECIALLY FOR SARAWAK REPORT; I'M RESPONDING TO THE POST THAT YOU WROTE ABOUT Bloggers Anak Sarawak™® IN MALAY, IF YOU DON'T UNDERSTAND, TRY GOOGLING OR FIND A TRANSLATOR! OH YA! ANOTHER THING, "MUKA KO DIAT!") KEKEKE!!!-

Sedap jer penulis blog Sarawak Report (SR) dalam artikelnya bertajuk "BN’s ‘Cyber-Warriors’ Exposed!" baru-baru ini membuat andaian yang semua ahli-ahli Team Bloggers Anak Sarawak™® ni sebenarnya adalah dari kalangan wartawan yang dibayar dengan lumayan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan diletakkan dibawah pengawasan Ketua Setiausaha Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol.

Sebelum aku melajakkan kata-kata aku masuk ke "gear yang lebih deras lagi", aku nak minta maaf secara terbuka kepada dari Datuk Amar Awang Tengah dan YB Abdulah Saidol, kerana "kebodohan" penulis SR ini kerana menulis buta apa yang maklumat-maklumat kononnya dari "inside informers"nya (Ye ler SR, tu Inside your A$$!) telah melibatkan nama Datuk Amar dan Yang Behormat.

Bercakap mengenai "informer", naluri aku seperti semacam tahu ya siapa yang SR maksudkan itu .. iaitu "musuh dalam selimut" yang tidak lama dulu "menjual cerpen fiksyen nya mengenai plot Awang Tengah nak menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak", (isk-isk-isk, SR, you still believe the infos given this dude even after feeding you with the ridiculous plot Awang Tengah plot? Oh ya, I nearly forgot,lies & twisting facts are your trademark, rite?)

Setahu aku, dalam team Bloggers Anak Sarawak™® yang sekarang ni dianggotai oleh tujuh blogger semuanya, aku sorang je wartawan bukan seperti mana andaian SR iaitu "di anggotai beberapa orang wartawan".

Untuk makluman pembaca terutamnya SR, kenyataan aku pada logo kami, “a fraternity of local bloggers each with their own unique and respective backgrounds” betul-betul membayangkan latarbelakang kami yang berasal dari pelbagai kaum ethnik Sarawak; UnReportedNews™® (Melayu), MELANAU BLOGGER™ (Melanau), WIRA KENYALANG™, kuchingitam, SARAWAK KOLOK MEE™, Keadilan X Sarawak™ dan ASAP-KOYAN 2U (termasuk Cina, Ulu dan sebagainya, pandai-pandailah korang meneka dikalangan mereka) tapi ya, hakikatnya semua ahli-ahli Bloggers Anak Sarawak™® adalah anak jati Sarawak.

SR juga mempertikaikan kebanyakkan artikel-artikel blog-blog team Bloggers Anak Sarawak™® langsung tidak ada sebarang komen balas, "So What? Hello Sarawak Report, I don't know from which hole that you had crawled out from but I would like to point out that Bloggers Anak Sarawak™® are not pretenders such as..maybe you, who have a trend of pretending that you have so many people reading your writings through the comments that got in your blog!)

Matlamat utama team Bloggers Anak Sarawak™® adalah menyampaikan maklumat yang TEPAT, FAKTA dan pantas. Alhamdullillah, berkat kesungguhan yang mengeluarkan artikel-artikel yang mengikuti kriteria-kriteria yag aku sebutkan tadi dan sambutan rakyat seluruh Malaysia yang inginkan maklumat yang sahih, posisi ranking ahli team Bloggers Anak Sarawak™® naik begitu mendadak biarpun ianya baru ditubuhkan selama empat bulan lalu. 

Di bawah ni adalah senarai ranking terkini (27hb Februari 2013) blog-blog di seluruh Sarawak berdasarkan maklumat Alexa. (YOU ASK FOR IT, EAT YOUR HEART OUT SR!) 


Bukan nak berlagak atau apa, semua ahli Bloggers Anak Sarawak™® disenaraikan dalam 12 blog terbaik Sarawak; MELANAU BLOGGER™ (1), UnReportedNews™® (2), WIRA KENYALANG™ (3), Keadilan X Sarawak™ (7),   SARAWAK KOLOK MEE™ (8), ASAP-KOYAN 2U (11) dan kuchingitam (12) manakala SR yang mendakwa diri "popular" kerana medapat "respon komen" yang banyak hanya ditangga ke lima (5). (Hei SR, maybe you need to hire or ask your friends to more comments, only then that you might be ranked above us all next time!)

Pada peringkat Nasional pula, tiga ahli team Bloggers Anak Sarawak™® telah mendapat pengiktirafan "100 blogger Pro-BN terbaik" seluruh Malaysia (cara dibawah ni); MELANAU BLOGGER™ (44), UnReportedNews™® (56) dan WIRA KENYALANG™ (69). Seperti contoh mudah yang aku boleh berikan, kalau aku mengejar ranking, aku tak perlu menulis artikel ini dan menulis isu yang paling hangat di Malaysia kini iaitu pencerobohan Lahad Datu tapi tapi kepentingan diberi untuk menerang secara jelas fitnah-fitnah SR ni. Jadi dimanakah asasnya kenyataan SR yang blog-blog team Bloggers Anak Sarawak™®? Secara logiknya sekiranya   blog-blog Bloggers Anak Sarawak™® tidak mendapat sambutan, bukankah ia satu advantage kepada pembangkang? Mengapa harus menguaruarkannya kan? Betul tak?


Terus terang aku nyatakan, misi utama team Bloggers Anak Sarawak™® adalah untuk menyampaikan matlumatkepada rakyat sementara aspek ranking itu kami anggapkan sebagai bonus sahaja kerana jika kami bermatlamat untuk mengejar rangking, pasti ada diantara kami sudah mengeluarkan berita berdasarkan hanya dari "hear-say, spekulasi dan agak-agak" sepertimana yang dipraktikkan oleh Sarawak Report.  

Yang paling menggelikan hati aku adalah mengenai spekulasi SR berkenaan setiap dari ahli Bloggers Anak Sarawak™® elaun RM3,000 sebulan dari Awang Tengah mahupun Abdullah Saidol (Ya Allah, kau kabulkan sangkaan Sarawak Report terhadap kami dalam hal ini! Amin) kerana kami bergerak atas initiatif kami sendiri. (But as for Sarawak Report case, i'm pretty sure that each of their fairy-tale writers are obviously paid with a fat salary each as no one in this world was faithed by God to be that inquisitive and busy-body to poke in the businesses of some other countries, not me that is!)

Satu lagi penipuan nyata Sarawak Report dalam artikelnya adalah menyatakan Zaini Busrah (ahli UMB Sarawak, penulis blog Meradong Today & berapa blog yang lain) adalah salah seorang dari ahli team Bloggers Anak Sarawak™® tapi kalau kau nak join kami Zaini, bila-bila masa je kau bole call aku! Kekeke!!!

Blog aku, UnReportedNews™® secara tidak sengaja dicipta semasa aku berkursus IT di Kuching, Sarawak pada tanggal 20hb Oktober 2011 dan aku tidak menyembunyikan identiti aku kerana pengelaman lebih sepuluh tahun berkerja sebagai wartawan mengajar aku untuk yakin dan percaya kepada penulisanku sendiri, tambahan aku berpegang pada perinsip berani kerana benar dan hidup matiku kerana ALLAh!

Penubuhan team Bloggers Anak Sarawak™® adalah hasil usaha penat lelah aku bersama rakan blogger WIRA KENYALANG™ tanpa bantuan sesiapa dan ianya didorong oleh beberapa sebab yakni kami menyedari jika bergerak sendirian agak payah untuk memberi impak ataupun mendapat maklumat dalam sekala yang besar maka aku mula merapati blogger-blogger yang menampakkan potensi sehingga bilangannya ahli Bloggers Anak Sarawak™® yang ada kini.

Namun, sebab yang paling utama aku menubuhkan team Bloggers Anak Sarawak™® adalah dek kerana blog-blog penipu yang dibiayai oleh pembangkang seperti Sarawak Report ni, dimana untuk merungkai, menepis dan menerangkan perkara sebenar mana-mana fakta yang telah diputar mahupun fitnah-fitnah yang mereka telah lemparkan kepada kerajaan.

Aku dan semua rakan ahli Bloggers Anak Sarawak™® menulis berkaitan negeri kami sendiri, demi sesuatu entiti yang kami yakini dan percaya agar masadepan negeri Bumi Kenyalang ini terjamin. Sarawak Report pula bagaimana?

PS: Bottom lime is , the establishment of Bloggers Anak Sarawak™® is to serve as a medium for the people in explaining the truth or whatever facts or information that had been twisted by he oppositions particularly one as Sarawak Report. Why is our existence is being questioned? Truth hurts, rite?

-UnReportedNews™®


Wednesday, 13 February 2013

LAGI-LAGI CUBAAN FITNAH KEATAS PBB

-TIADA SEBESAR HAMA PUN MAKLUMAT MAHUPUN FAKTA DIPOSTING BLOG "MESRA-PEMBANGKANG" TERSEBUT YANG MAMPU MENYOKONG DAKWAANNYA KE ATAS KETUA SETIAUSAHA POLITIK KETUA MENTERI & JUGA ADUN SEMOP YB ABDULLAH HAJI SAIDOL .. WALAUBAGAIMANAPUN, SERANGAN PERIBADI ATAUPUN LEBIH TEPAT LAGI FITNAH MURAHAN SEBEGINI TIDAKLAH BEGITU MENGHAIRANKAN KERANA "DALANG SERTA INDIVIDU-INDIVIDU" DISEBALIK TABIR BLOG SABANAKU SARAWAK MEMANG SUDAH LAMA DIKENALPASTI DARI GOLONGAN MEREKA YANG BETUL-BETUL "DESPERADO"! KEKEKE!!!-

Aku sebenarnya malas nak masuk campur dalam hal ni kerana budak tahap tadika pun tahu ianya satu pembohongan tapi difikir-fikirkan balik kalau aku tak menulis apa-apa, ada kemungkinan sesetengah orang  akan beranggapan ianya betul belaka pula. 

Okay, aku mulakan dengan tajuk posting bertarikh 13hb Februari 2013 "YB Datuk Norah Tun Rahman mendapat sokongan bertammbah di Parlimen Tanjung Manis" (bukan salah eja ya, memang pun di tulis di blog begitu!)

Dimana intipatinya: 

"Kebelakangan ini ada YB DUN dalam kawasan parlimen Tanjung Manis banyak menyebarkan khabar angin bahawa YB Datuk Norah Tun Rahman mahu membawa kembali Parti PERMAS.  Namun fitnah yang disebarkan oleh YB DUN dalam kawasan parlimen Tanjung Manis itu tidak diterima oleh penduduk Tanjung Manis.

YB DUN itu didapati telah banyak 'menyalahgunakan' jawatan setiausaha politik untuk menyerang beberapa ahli Parlimen PBB."

Selebihnya dalam posting tersebut adalah petikan yang jelas diambil dari akhbar mengenai sokongan PNK Belawai terhadap pencalonan semula Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman yang tiada kaitan langsung dengan tajuk dan intipati di atas. 

Jelas disini, penulis ingin meng"hi-lightkan" tajuk serta dua perenggan yang diatas sementara petikan akhbar dibawah adalah sekadar "filler" atau "bahan pengisi" (istilah yang sering kami-pemberita gunakan) namun dalam penulisan ini, artikel dibawah sedikitpun tidak menyokong dua perenggan pertama yang ingin dihi-lightkan oleh penulis.

Di sini juga dapat digambarkan yang penulis tidak mengenali tugas-tugas Abdullah Saidol semasa persediaan PRU 13, aku tak berapa mengenalinya secara peribadi namun sebagai wartawan aku TAHU akan apa tanggungjawabnya dan kepercayaan yang telah diberikan kepadanya oleh pucuk pimpinan tertinggi, kalau tidak, masakan dia diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan yang sebegitu penting tersebut!

Aku juga difahamkan semasa ketiadaan YB Datuk Norah (bercuti), YB (Abdullah Saidol) yang penulis cuba fitnahkan memburuk-burukkan Datuk Norah telah diberikan kepercayaan oleh Datuk Norah sendiri untuk mewakilinya dalam hampir semua majlis-majlis rasmi di kawasannya! Ahhh.. maklumat ini juga tidak diketahui oleh penulis ataupun "orang yang mengarah" penulis itu untuk menulis kan?

Jadi, apa sebenarnya niat penulis menerusi artikel beliau? Senang saja jawapannya, lihat saja semua posting-posting yang sebelum ini didalam blognya, semuanya berunsurkan memburukkan parti-parti kerajaan..aahhh malaslah aku nak menulis ni lagi..Kekeke!!! Peace!

-UnReportedNews™®

Sunday, 10 February 2013

PKR SARAWAK CUBA TIPU DIRI SENDIRI ADA PELUANG MENANG PRU 13?

-TINDAKAN KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI AHLI-AHLI PKR SARAWAK CAWANGAN KABONG/SARATOK BARU-BARU INI MEMBUKTIKAN SEMAKIN RAMAI YANG SUDAH HILANG KEYAKINAN TERHADAP KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM & WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI TERTINGGINYA CUBA MENAFIKAN, SECARA UMUMNYA, RAKYAT KIAN SEDAR PERJUANGAN PKR SEBENARNYA YANG HANYA NAK MEMENUHI HASRAT ANWAR UNTUK DINOBATKAN MENJADI PM! KEKEKE!!!-

Berbuih-buih mulut Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian membuat penafian mengenai satu insiden dimana 65 ahli PKR dikatakan meninggalkan parti dan menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) beberapa hari yang lepas.

Sebaliknya beliau berdalih menegaskan kumpulan tersebut bukan ahli PKR seperti yang dilaporkanakhbar-akbar tempatan kerana mereka yang ‘keluar parti’ itu tidak pernah berdaftar sebagai ahli PKR Cawangan Kabong atau Saratok.

“Saya mengesyaki ada beberapa pihak yang cuba mengalihkan gambaran sebenar tentang PKR di Saratok,” katanya ketika dihubungi pemberita bekenaan kumpulan yang mendakwa daripada PKR Kabong diketuai pengerusinya menyerahkan borang keahlian kepada Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom.

Betul atau tidak, Baru Bian menegaskan PKR di Saratok, aatu-satunya cawangan yang mengemukakan pendaftaran ahli baharu pada Januari 2013 telah mencatatkan jumlah penyertaan ahli baharu yang tinggi di mana pada bulan lepas misalnya seramai lebih 100 lorang.

Baru Bian
Sehubungan itu, Bekas Pengerusi PKR Cabang Kabong Ismail Hussain, 65, yang telah mewakili kumpulan berkenaan mendedahkan mereka nekad meninggalkan PKR ekoran tindakan pemimpin PKR yang langsung tidak menghiraukan kebajikan mereka malah seringkali memburukkan pemimpin BN walaupun mereka bekerja untuk rakyat.

"PKR telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan ahlinya biarpun sebelum ini banyak janji manis ditaburkan," kata Ismail sambil menambah salah satu daripada ketidak adilan PKR adalah walaupun dirinya mendapat majoriti untuk bertanding di kawasan Kabong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, pengurusan PKR tindak mengendahkan suara majoriti.

"Tindakan penguruSan PKR tersebut benar-benar memalukan dirinya dan ahli-ahli PKR Cabang Kabong secara keseluruhannya ditambahkan lagi kecenderungan PKR Sarawak yang seakan hanya mahu "orang mereka" mereka yang mengetuainya setiap cabang PKR supaya senang diarahkan dalam kerja-kerja politik."

"Bagi kami, tada lagi PKR dalam hati kami kerana perjuangan mereka hanya untuk Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat dan kerana sebab tersebutlah kami, bekas ahli-ahli PKR Cabang Kabong keluar parti dan memilih SPDP-BN sebagai wadah politik mereka untuk selamanya," jelasnya lagi. 

Nyata berang dipermainkan PKR seama ini, Ismail menggesa semua ahli-ahli PKR di seluruh Sarawak supaya sedar mereka selama ini sebenarnya ini telah diperbodohkan dengan memperjuangkan satu matlamat iaitu hendak menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tiada sebab selain dari itu.

"Segala janji-janji Anwar Ibrahim di Sarawak hanyalah gula-gula politik untuk menarik sokongan rakyat terhadap perjuangannya, begitu jugalah pemimpin PKR lain di Sarawak yang seolah-olah sudah termakan pembohongan Anwar Ibrahim sehingga sanggup memfitnah pemimpin BN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," luah Ismail lagi.

Dalam masa yang sama, Presiden SPDP Tan Sri Datuk Sri William Mawan amat mengalu-alukan penyertaan bekas-bekas ahli PKR Cabang Kabong untuk menyertai SPDP kerana ianya sudah pasti akan mengukuhkan BN dalam menghadapi PRU-13 yang akan dijadualkan bila-bila masa saja lagi.

Abdul Karim Hamzah
Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Belia Haji Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan kumpulan yang bekas ahli-ahli PKR yang diketuai oleh Ismail keluar dari PKR dan menyertai Barisan Nasional (BN) mengukuhkan fakta parti tersebut sekadar berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil mengalu-alukan penyertaan itu, Karim merasai golongan tersebut kini sedar perjuangan PKR bukan demi kesejahteraan rakyat dan penghijrahan beramai-ramai penyokong PKR dari kawasan Saratok ke dalam BN menunjukkan kekecewaan ahli-ahli itu terhadap PKR.

“Saya tidak hairan terhadap tindakan mereka kerana mereka tahu PKR hanya tahu memberi janji kosong tapi tidak dapat menepati janji malah sebelum ini kekecewaan terhadap perjuangan PKR yang tidak ikhlas turut dilihat dengan keluarnya beberapa pemimpin parti dari seluruh negara."

"Terlalu ramai pemimpin dan ahli PKR telah meninggalkan parti tersebut malah bekas rakan-rakan baik Anwar Ibrahim sendiri seperti bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakrishnan dan bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim telah sedar akan niat sebenar Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Abdullah Haji Saidol
Pada pendangan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol pula terhadap perkara yang sama adalah ianya begitu jelas mencerminkan kecelaruan dalam hala tuju perjuangan parti itu dan saban hari semakin ramai ahli dan penyokong PKR menyedari berada dalam parti tersebut tidak berupaya menjaga kesejahteraan rakyat seperti dilakukan BN selama ini.

“Mereka lebih banyak melolong dari menolong rakyat dan lebih banyak merapu daripada membantu,” katannya lagi sambil menambah amalan budaya dan falsafah politik pembangkang tidak sedikit langsung pun menjurus ke arah pembangunan dan kesejahteraan.

“Maka tidak keterlaluan jika saya labelkan segelintir pemimpin-pemimpin PKRlah yang bertanggungjawab memulakan politik kasar serta lemparan pembohongan serta fitnah melampau yang menimbulkan prasangka buruk dan memecahbelahkan perpaduan kaum,” kata Abdullah.

-UnReportedNews™®

Friday, 30 November 2012

IKRAR KELAB PENYOKONG BN SARAWAK

-AHLI KELAB PENYOKONG BARISAN NASIONAL (BNBBC) SARAWAK AKAN MELIPAT GANDAKAN USAHA MEMBANTU AHLI PARLIMEN DI KAWASAN MASING-MASING UNTUK MENDAPAT MANDAT DAN SOKONGAN RAKYAT DALAM PRU KE 13 YANG AKAN DATANG!!! PERGHHH...CAYALAH BN SARAWAK! KEKEKE!!!-
Pengerusi BNBBC Sarawak Abdullah Haji Saidol memberi jaminan kata sepakat yang telah dicapai oleh semua ahli-ahli BNBBC yang mereka akan berkerja keras dan bersungguh-sungguh membantu semua Ahli Parlimen BN "menang besar" dalam PRU nanti demi untuk mengekalkan kerajaan BN yang sedia ada.

Demikianlah "ikrar" yang dilafaz secara spontan oleh Abdullah, yang juga merupakan ADUN SEMOP dalam ucapan kata-kata aluannya pada Majlis makan Malam BNBBC 2012 di sebuah hotel yang terkemuka di Bandaraya Kuching ini malam semalam.

Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud yang ditemani isterinya, Puan Ragad Kurdi-Taib sebagai tetamu jemputan terhormat majlis tersebut pada malam itu kelihatan dilihat tersenyum dan menepuk tangan sebagai tanda sokongannya kepada ikrar BNBBC.

BNBBC juga berikrar akan berusaha menguatkan lagi rasa sayang dan setia kepada BN ke tahap yang mantap dan lebih meyakinkan, di samping menumpukan perhatian untuk memupukkan semangat mempertingkatkan dan memperbaiki prestasi BN dari semua sudut.

Terlebih dahulu, Abdullah, yang juga merangkap Ketua Setiausaha kepada Pejabat Ketua Menteri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap ahli-ahli BNBBC yang telah menjalankan tugasan yang baik dalam Persidangan DUN Sarawak ke-17 ini.

Dengan nada hormat, Abdullah turut memohon maaf dari Speaker Dewan DUN Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar yang juga hadir sama sekiranya ada kesalahan atau ketelanjuran bahasa yang dilakukan oleh mana-mana ahli BNBBC di sepanjang masa sesi sidang DUN Sarawak yang di langsungkan selama tujuh hari (bekerja) bermula dari 19hb hingga (28th November 2012) lalu.
 
 
Sesi persidangan DUN ini telah mempamirkan peningkatan kualiti perbahasan telah membanggakan dan ianya dijangka akan terus meningkat dengan beberapa pendekatan terbaru, termasuk aspek kematangan dan pengalaman, terutamanya kepada ADUN-ADUN yang baru yang telah memegang jawatan tersebut selama 19 bulan setelah PRN yang lepas.
 
Difahamkan, peningkatan yang begitu drastik adalah kerana initiatif dan sikap pro-aktif ahli-ahli BNBBC yang sentiasa memperkasakan diri, baik dengan pengetahuan am, socio, economi mahupun politik domestic atau luar negara yang terkini dalam persediaan mereka menghadapi sesi sidang DUN kali ini.
 
Rata-rata mereka berkebolehan, baik sewaktu mempertahankan usul-usul yang dibangkit oleh rakan mereka atau membidas segala tohmahan dengan kenyataan yang berfakta dan  relevan dengan segala isu yang dilemparkan.
 
ADUN Pakatan Pembangkang Sarawak yang selama ini berani bersuara lantang dan bagaikan memperolokan barisan ADUN BN kerana rata-rata pembangkang adalah dari golongan (peguam) yang memahami seluk beluk undang-undang telah mengeksploitasikan kemahiran mereka secara maxima  sehingga situasi sidang DUN di "transformasi"kan menjadi kamar mahkamah pula.
 
Namun era Ketua DAP Sarawak Wong Ho Leng (ADUN Bukit Assek-DAP) mahupun Chong Chen Jen (ADUN Kota Sentosa-DAP) yang sebelum ini, suaranya (yang berteriak) sering berkumandangan menganggu-gugat perjalanan persidangan bagaikan  telah di "nuetralisasi"kan ke tahap minima pada sidang DUN kali ini dengan meningkatnya penglibatan ahli-ahli BNBBC terutamanya sewaktu sesi debat.
 
Berbalik kepada majlis tersebut, pemenang bagi beberapa acara sukan anjuran BNBBC baru-baru ini juga menerima hadiah namun ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi telah mempamirkan kemahirannya bersukan apabila menjuarai acara menembak dan sukan boling.
 
-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List