Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Monday, 25 April 2016

PKR Tipu DAP - Lim Guan Eng

 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa DAP telah ditipu oleh PKR dalam pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.
 
"Saya amat kecewa dengan keputusan PKR untuk bertanding menentang parti itu di lima kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak .. jika satu kerusi, kita boleh memahami, kita boleh cuba untuk ketepikannya,
 
"Tetapi lima kerusi, bagaimana kita boleh ketepikannya? Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.
 
Lim, yang dipetik di MalaysiaKini sebagai berkata, PKR tidak memberi komitmen ntuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.
 
Tindakan DAP dan PKR berebut kerusi sama akan mengelirukan rakyat dimana kedua parti pembangkang itu akan menghadapi satu sama lain di Mulu, Kedap, Bukit Simunja, Batu Kitang, Senadin, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum. -UnReportedNews™®

Monday, 1 September 2014

GUAN ENG CABAR KPN DEBAT ISU PPS PULAK?


Apek ni macam takde keje lain ker? Apekebenda faedahnya nak berdebat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdebat berhubung penahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

"Bagaimana beliau (Khalid) ingin beri penjelasan berhubung kenyataannya (dengan melabel mereka sebagai samseng ... saya cabar beliau untuk berdebat mengenai isu ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah George Town pagi tadi.

Pada hari Ahad, polis menahan 154 anggota PPS Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Khalid dilaporkan berkata kesemua anggota PPS termasuk tujuh wanita itu ditahan pada pukul 10.15 pagi Ahad di kawasan Padang Kota, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan ROS.

PS: Memang tidak relevannya kalo Gyuan Eng nak menyamakan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dengan PPS kerana JKKK atau mana-mana entiti yang berkaitan dengan keselamatan adalah perlantikan dari kerajaan persekutuan. Benda sebegini pun Ketua Menteri Pulau Pinang tak taw ker? Nak berdebat dengan KPN konon!!! KahKahKah!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 31 August 2014

RUMAH GUAN ENG DIBALING BOM, DI MANA PPS?


Kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan telah dibaling dengan bom botol ‘molotov cocktail’ pada kejadian kira-kira jam 11.48 malam di ambang Hari Merdeka semalam.

Koknya beberapa hari sebelum ni, Guan Eng dengan bongkak dan lantang mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berdepan dengannya didalam isu pertubuhan haram PPS, bila dah kena hal, pandai lak apek ni memanggil polis.

Bak kata apek tu, "Saya boleh tunggu... mana mana saya tunggu"..


Apasal panggil polis plak? Ngape tak panggil PPS? Mana pegi PPS? Oh ya, lupa plak aku, kebanyakkannya telah ditahan polis pagi tadi sebab terlalu gedik nak mencabar polis dan mengambil bahagian dalam perarakan sambutan Hari Merdeka di Penang .. Ambik kaw...Kahkahkah!!!


-UnReportedNews™®

Saturday, 30 August 2014

VIDEO: PPS MAHU PERANG SAMA POLIS?


Selepas menggelar Ketua Polis Negara Sebagai tidak waras kerana mengeluarkan arahan menyiasat pertubuhan haram PPS , DAP hari ini berkeras akan mempertahankan PPS walaupun ianya jelas menyalahi undang-undang sedia ada.

Setiausaha Agung DAP , Lim Guan Eng juga secara angkuh menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak takut kepada Ketua Polis Negara dan PDRM serta memberi amaran supaya jangan main-main dengan PPS.

Persoalannya kini mengapa Guan Eng selaku Ketua Menteri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tahu bahawa apa yang dipertikaikan adalah disebabkan oleh tindakan keterlaluan anggota PPS yang dilihat bukan menjurus kepada mengawal keselamatan orang awam.

Insiden memukul ala mafia melibatkan anggota PPS yang berlaku di Pulau Pinang sejak pasukan itu ditubuhkan sudah cukup untuk menimbulkan kesangsian banyak pihak.

Insiden ini berlaku setelah seorang anggota PPS dilaporkan telah menyerang seorang lelaki cina sehingga menyebabkan kecederaan serius.Disebabkan tindakan sedemikian maka banyak pihak tampil mempertikaikan PPS dan setelah disiasat pasukan itu tidak didaftarkan secara sah.

Memandangkan anggota pasukan ini terlibat dalam mengawal keselamatan orang awam maka kegagalan pasukan ini didaftarkan dengan pihak yang sepatutnya mengundang kerisauan banyak pihak memandangkan sudah terdapat insiden rakyat dibelasah oleh anggota PPS.



Persoalan timbul siapakah yang memantau para anggota pasukan PPS ?

Siapakah yang memberikan latihan kepada anggota PPS ?

Dalam masa yang sama anggota PPS turut dikesan melakukan tugas-tugas parti DAP dengan memakai pakaian seragam mereka. Adakah ini merupakan sebahagian daripada tugas-tugas PPS ?

Guan Eng ternyata cuba untuk menutup kelemahan sendiri dengan membuat kenyataan secara terbuka bahawa kerajaan negeri DAP tidak takut dengan pihak PDRM seolah-olah satu cabaran dibuat kepada pihak Polis supaya jangan sesekali mengganggu apa sahaja urusan yang dibuat oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Bukankah itu juga merupakan satu ugutan yang boleh diklasifikasikan sebagai ancaman kepada pihak PDRM sendiri dan apakah DAP kini mahu "berperang" dengan PDRM ? (sumber



-UnReportedNews™®

Tuesday, 28 January 2014

LAKONAN PR MENGENAI ANWAR IBRAHIM, CALON PRK KAJANG BERMULA?

-BENARKAH PAS ADE TELUR NAK MENGHANTAR SENARAI CALON PAS SEBAGAI MB SELANGOR NANTI? BENARKAH SI APEK GUAN ENG TIDAK TAHU MENAHU PERKEMBANGAN TERKINI POLITIK NEGERI SELANGOR ATAUPUN DIA SENGAJA MEMBIAR MELAYU BERENTAKAN SESAMA SENDIRI? KEKEKE!!!-

PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.

Pada PRU-13, PAS dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi DUN manakala PKR 14.

Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.

"Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya.

Sementara iti, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa dia tidak mahu mencampuri isu politik di Selangor kerana tidak mengetahui mengenai situasi sebenar yang berlaku di negeri itu.

Menurutnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan perkembangan berkenaan kepadanya.

"Oleh kerana saya tidak diberitahu sama sekali dan tidak tahu apa yang berlaku, adalah lebih baik jika soalan berkaitan dengannya tidak diajukan kepada saya.

"Adalah tidak baik bagi saya untuk memberi komen atau pandangan mengenai perkara yang saya tidak dimaklumkan," katanya pada sidang media di George Town siang tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekosongan kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara mengejut pada Isnin.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secata tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari.


-UnReportedNews™®

Wednesday, 30 October 2013

TAKUT HADAPI DAP KEDAH, GUAN ENG HANTAR "ANJING" UNTUK BERDAMAI?

-AH GUAN, MAKIN RAMAI AHLI DAP PUNYA PEMIMPIN SUDAH BENCI SAMA LU & INI KALI DIA OLANG CAKAP LU MANYAK TAKUT OO! BETULKAH LU PUNYA "ANGRY-BIRD" SUDAH "MENGULUP" SAMPAI TAHAP MAKSIMA? KEKEKE!!!-


Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik membidas tindakan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menubuhkan jawatankuasa pendamai yang diketuai oleh Ketua Publisitinya, Tony Pua bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

Guan Aik mendakwa, tindakan Guan Eng itu tidak berhemah dan seolah-olah mahu menutup air mukanya sendiri terutama dengan melantik Tony Pua yang dianggapnya cuma ‘orang suruhan’ Guan Eng.

Katanya, Guan Eng pada Ahad lalu telah mengumumkan penubuhan jawatankuasa pendamai bagi menyelesaikan masalah dalaman parti tersebut di seluruh negara termasuk yang berlaku di Kedah.

“Tindakan Guan Eng itu tidak berhemah kerana beliau yang mengeluarkan arahan terdahulu berhubung pelantikan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai pengerusi sementara DAP Kedah.

Lee Guan Aik
“Sepatutnya Guan Eng yang datang menyelesaikan kemelut itu dan berdepan dengan kami semua, Tony cuma orang suruhan politik beliau yang akan mengikut sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri oleh beberapa ketua cawangan DAP Kedah.

Konflik DAP Kedah dan pemimpin pusatnya bermula apabila Zairil dilantik sebagai pengerusi sementara DAP Kedah oleh parti itu yang kemudian dianggap Guan Aik sebagai tidak sah kerana didakwa tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak berganjak daripada keputusan untuk menyerahkan perkara tersebut kepada ROS bagi menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah memandangkan laporan telah dibuat.

“Saya sudah hantar dua surat kepada ROS dan tidak payahlah Guan Eng hantar jawatan kuasa itu kepada kami,” tegasnya. -(sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 9 October 2013

DAP BUAT PERSEMBAHAN MAGIK?

-KE MANA PERGINYA 851 PERWAKILAN DAP? MANA? KEKEKE!!!-


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851 perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selain Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.

(sumber

-UnReportedNews™®

DAP RASUAH ROS SETENGAH JUTA RINGGIT?

-DAP BONGKAR! DAP & DINASTI LIM MERASUAH ROS SEBANYAK RM500 RIBU? KOKAK PUNYA OLANG! KEKEKE!!!-

Ia adalah sukar untuk mempercayai bahawa Dinasti Lim kini berusaha keras untuk mengharamkan DAP. Malangnya,itu adalah hakikat bahawa kita perlu menelan.DAP semakin dekat ke akhir selepas 29 September 2013 CEC pilihan raya.

Menurut perlembagaan,DAP untuk mengadakan pilihan raya semula sebagaimana dikehendaki oleh perlembagaan DAP. Maknanya,untuk mengulangi Disember lepas pilihan raya 2012.

Calon yang sama dan wakil-wakil yang sama dengan 10 minggu notis akan dikeluarkan kepada wakil-wakil semua ini. Tetapi DAP telah melanggar kedua-dua peraturan di atas. 

Mereka hanya mengikuti 2012 calon-calon.Mereka mengeluarkan notis kepada perwakilan adalah tidak berperlembagaan. Rakyat sahaja yang diberikan notis 4 minggu.

Pelanggaran lain adalah untuk menukar status cawangan dengan B perakuan untuk perakuan.Ini adalah untuk membolehkan mereka menjadi wakil CEC pilihan raya semula. 

Sebanyak 120 cawangan telah dinaik taraf dari sijil B kepada A sijil dan ini melibatkan 450 perwakilan. Kerja jahat Lim Guan Eng dengan bantuan daripada kedua-dua hamba Tony Pua dan beliau Anthony Loke telah diketahui oleh 5 Harimau.

Berita ini telah merebak walaupun kepada ahli-ahli pembangkang.Ini akan menjadi bencana baru kepada Dinasti Lim. Masalah demi masalah kehidupan membuat Lim Guan Eng,Lim Kit Siang, Anthony Loke dan Tony Pua neraka hidup. 

Sehari selepas pilihan raya semula,mereka dipanggil Karpal Singh untuk membincangkan perkara ini. RSN Rayer turut hadir pada mesyuarat itu. 

Pada mesyuarat itu sepakat telah dicapai sebulat suara bahawa cara terbaik untuk menjimatkan adalah dengan DAP diharamkan oleh ROS dan mereka akan mendaftar semula parti.

Mereka mahu ROS untuk mengharamkan DAP tanpa melakukan siasatan yang lebih menyeluruh kerana apabila ROS mula menggali, mereka akan mendedahkan banyak perkara yang kotor menyembunyikan di bawah karpet DAP yang secara langsung menunjuk kepada Lim Guan Eng. 

Untuk membolehkan semua strategi ini,yang mengharamkan tanpa siasatan lanjut, mereka memerlukan bantuan daripada ROS.Ini adalah di mana RSN Rayer datang ke dalam gambar.

Beliau diminta untuk berurusan dengan ROS dan menawarkan jumlah rasuah RM 500,000.00 kepada ROS DAP diharamkan serta-merta. Larangan DAP bukan sahaja akan menutup Lim Dynasty pai busuk, tetapi boleh menimbulkan keuntungan yang lebih besar kepada mereka.

Dengan pengharaman DAP, Malaysia akan menjadi kuasa untuk mempercayai dan menuduh BN untuk menggunakan ROS untuk mengharamkan DAP. Tindakan akan mencerminkan perasaan masyarakat Cina tersinggung dan menentang BN.

Apabila DAP diharamkan dan didaftarkan semula,adalah peluang yang baik untuk Dinasti Lim untuk menendang keluar semua musuhnya termasuk 5 Harimau. Kemudian mereka akan membuat perlembagaan baru dan menetapkan kedudukan seorang Setiausaha Agung memegang tiada had panjang.

Ini akan membolehkan Lim Guan Eng kekal di kerusi itu selama-lamanya.Kesimpulan daripada ini,DAP yang diharamkan serta-merta akan memberi millage politik dan keuntungan bagi Dinasti Lim supaya mereka terus mengukuhkan kuasa dan pemerintahan dalam DAP mereka.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI 

(sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 1 October 2013

"KALAH" PEMILIHAN SEMULA CEC DAP, GUAN ENG MASIH NAK BANYAK CAKAP?

-APEK NI SEBENARNYA CUBA DIVERT "KEKALAHAN DIA & BAPAKNYA" DALAM PEMILIHAN SEMULA CEC DAP BARU-BARU NI DENGAN MENGECAM ROS USAH "MENGGANGGU" DAP LAGI! HOI APEK! APASAL JUMLAH UNDI LU SAMA BAPAK LU MERUNDUM JATUH MACAM NANGKA BUSUK GUGUR SEHINGGA KURANG MELEBIHI 100 UNDI BERBANDING JUMLAH YANG KORANG ANAK BERANAK PUNGUT PADA CEC DAP 2012 DULU? OLANG SUDAH TIDAK MAU "KOWTIM" SAMA LUA DUA KAH? KEKEKE!!!-


DAP pada Isnin meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya berhenti mencampuri urusan parti itu selepas berakhirnya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Ahad.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan perwakilan mengekalkan senarai 20 calon yang sama seperti pemilihan yang lalu membuktikan proses pemilihan semula itu diadakan secara telus dan bersih.

"Saya sebagai Setiausaha Agung DAP mendesak ROS hentikanlah sebarang usaha untuk terus mengganggu DAP. Apa jua keputusan pemilihan itu, ROS tidak harus menyalahgunakan kuasa mereka.

"Jika mahu melawan DAP, lakukannya pada pilihan raya, bukannya menggunakan ROS untuk mensabatoj kami (DAP)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan perwakilan pada pemilihan semula Ahad lalu menunjukkan mereka juga menolak tindakan ROS mencampuri urusan parti.

Ketika ditanya mengenai kemerosotan undi di kalangan perwakilan yang mengundi beliau, Lim berkata: "Kita menghormati apa jua keputusan perwakilan. Kita hormati suara mereka kerana ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi."

Pada pemilihan semula Ahad lalu, Guan Eng menduduki tempat kelima dengan 1,304 undi, kurang 272 undi daripada pemilihan tahun lalu. (sumber

Keputusan 20 tempat teratas Pemilihan Semula CEC Kongres Khas DAP 2013
1.  Liew Chin Tong –1,438
2.  Lim Kit Siang –1,436
3.  Karpal Singh –1,421
4.  Gobind Singh Deo –1,409
5.  Lim Guan Eng –1,304
6.  Chong Chieng Jen –1,294
7.  Loke Siew Fook –1,263
8.  Chow Kon Yeow –1,203
9.  Fong Kui Lun –1,193
10. Teng Chang Khim –1,164
11. Tony Pua –1,158
12. Zairil Khir Johari –1,132 *satu-satunya individu disenarai ini yang namanya "macam" Melayu
13. Teresa Kok –1,127
14. Chong Eng –1,111
15. M. Kulasegaran –1,088
16. Tan Kok Wai –1,088
17. Teo Nie Ching -1,081
18. Boo Cheng Hau -961
19. Nga Kor Ming -956
20. Ngeh Koo Ham -809

Cuba bandingkan dengan keputusan 20 tempat teratas Pemilihan Semula CEC Kongres Khas DAP 2012 (sebelum "kesilapan kiraan" disedari!)
1.  Lim Kit Siang (1,607) baru -1,436-turun
2.  Lim Guan Eng (1,576) baru -1,304-turun
3.  Karpal Singh (1,411) baru -1,421-naik
4.  Chong Chieng Jen (1,211) baru -1,294-naik
5.  Loke Siew Fook (1,202) baru -1,263-naik
6.  Vincent Vu (1,202) Langsung tiada dalam senarai!
7.  Tan Kok Wai (1,199) baru -1,088-turun
8.  Gobind Singh Deo (1,197) baru -1,409-naik
9.  Tony Pua (1,162) baru -1,158-turun
10. Teng Chang Khim (1,152) baru -1,164-naik
11. Fong Kui Lun (1,137) baru -1,193-naik
12. Nga Kor Ming (1,075) baru -956-turun
13. Chong Eng (1,006) baru -1,111-naik
14. Chow Kon Yeow (986) baru -1,203-naik
15. Liew Chin Tong (984) baru -1,438-naik
16. M Kulasegaran (984) baru -1,088-naik
17. Boo Cheng Hau (958) baru -961-naik
18. Teresa Kok (925) baru -1,127-naik
19. Teo Nie Ching (903) baru -1,081-naik
20. Ngeh Koo Ham (824) baru -809-turun

-UnReportedNews™®

Monday, 30 September 2013

AH GUAN TIDAK SEPOPULAR YANG DISANGKA!

-GUAN ENG KINI HARUS BERFIKIR DUA KALI SAMAADA IANYA SATU LANGKAH YANG BIJAK JIKA BELIAU TERUS BERSIKAP "SOMBONG-BODOH" SEPERTI DULU-DULU KERANA POPULARITINYA DALAM DAP TIDAKLAH SEHEBAT MANA YANG DISANGKA! KEKEKE!!!-

Guan Eng (duduk lima, kanan), Karpal Singh (duduk empat, kanan) dan Kit Siang (duduk tiga, kanan) bergambar bersama anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baru pada Kongres Khas DAP di Petaling Jaya, Ahad.
Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tetap menyaksikan calon Melayu tiada tempat dalam parti itu apabila hanya seorang wakil dipilih menyertai kepimpinan tertinggi DAP pada pemilihan semula pada Ahad.

Keputusan pemilihan menyaksikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari menduduki tempat ke-12 dengan memperoleh 1,132 undi.

Zairil berjaya meningkatkan kedudukannya kali ini berbanding pemilihan parti itu Disember lalu apabila beliau hanya berada pada tangga ke-20.

Selain itu keputusan pemilihan semula ini yang diumumkan kira-kira pukul 8.15 malam Ahad turut tidak menunjukkan sebarang kejutan apabila perwakilan mengekalkan senarai 20 calon yang sama seperti pemilihan yang lalu.

Bagaimanapun keputusan hanya menyaksikan perubahan dari segi jumlah undi yang diperoleh pemimpin-pemimpin berkenaan.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berjaya menafikan penguasaan keluarga Lim Kit Siang apabila beliau berada di kedudukan pertama dengan memperoleh undi tertinggi iaitu 1,438 undi.

Sebaliknya Kit Siang hanya berada pada tangga kedua dengan undi sebanyak 1,436.

Guan Eng bagaimanapun hanya berada di tangga kelima apabila mendapat 1,304 undi dibelakang Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dengan 1,409 undi.

Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mendahului Gobind apabila berada di tangga ketiga dengan memperoleh 1,421 undi.

Berikut adalah keputusan pemilihan semula CEC yang diadakan di One World Hotel di sini pada Ahad:

1. Liew Chin Tong - 1,438

2. Lim Kit Siang - 1,436

3. Karpal Singh - 1,421

4. Gobind Singh - 1,409

5. Lim Guan Eng - 1,304

6. Chong Chieng Jen - 1,294

7. Anthony Loke Siew Fook - 1,263

8. Chow Kon Yeow - 1,203

9. Fong Kui Lun - 1,193

10. Teng Chang Khim - 1,164

11. Tony Pua - 1,158

12. Zairil Khir Johari - 1,132

13. Teresa Kok - 1,127

14. Chong Eng - 1,111

15. M. Kulasegaran - 1,088

16. Tan Kok Wai - 1,088

17. Teo Nie Ching - 1,081

18. Boo Cheng Hau - 961

19. Nga Kor Ming - 956

20. Ngeh Koo Ham - 809 (sumber)


Kesemua jawatan ini dipilih tanpa bantahan.

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan):

1) Chow Kon Yeow

2) Dr Senator Ariffin SM Omar

3) Chong Chieng Jen

4) M. Kulasegaran

5) Teresa Kok

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan):

1) Chong Eng

2) Ngeh Koo Ham

3) Dr P. Ramasamy

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:

1) Vincent Wu Him Ven

2) Thomas Su Keong Siong

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:

1) Teo Nie Ching

2) Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Liew Chin Tong

Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat parti seumur hidup: Dr Chen Man Hin

Ketua Ahli Parlimen DAP: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai Wai

Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran

Biro Buruh: A.Sivanesan

Sepuluh anggota CEC dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw

2. Dr P. Ramasamy

3. Senator Dr Ariffin SM Omar

4. Vincent Wu

5. Jimmy Wong Sze Phin

6. Dr John Brian Anthony

7. Dr Edwin Bosi

8. Leong Ngah Ngah

9. V. Sivakumar

10. Thomas Su Keong Siong

-UnReportedNews™®

Saturday, 28 September 2013

PERLANTIKAN GUAN ENG & KRONI-KRONI DAPNYA SEBENARNYA TAK SAH?!

-INI DIDEDAHKAN OLEH DAP INSIDER SECARA TERPERINCI MENGENAI SETIAP LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL OLEH BARUA-BARUA DINASTI LIM; TONY PUA & ANTHONY LOKE YANG SEBALIKNYA TELAH MEMBAWAKAN BAYANG-BAYANG KEMUSNAHAN DALAM DAP! KEKEKE!!!-

Salah seorang ahli falsafah dan general peperangan terkenal dengan kepakaran strateginya; Sun Tzu, dipetik sebagai berkata, "Untuk memenangi seratus kemenangan dalam seratus pertempuran bukanlah bukti kemahiran namun menundukkan musuh tanpa sebarang pertempuran merupakan kemahiran terunggul". Ianya sangat benar. Seorang diktator tidak pernah mencipta peluang untuk mereka sendiri. Berdiri dan membuat pilihan sebagai salah satu hukuman kerana enggan melibatkan diri dalam politik adalah bahawa anda diperintah oleh mereka yang lebih berkuasa ke atas anda.

Dalam bab ini, saya akan terus menulis tentang pembohongan dan penipuan selepas mereka membuat pengumuman mengenai hasil mesyuarat itu. 

Di samping itu, selain dari mengumumkan kesilapan keputusan disebabkan salak kiraan komputer, kemenangan Zairil dan terkeluarnya Vincent Wu dalam satu sidang akhbar yang sama pada 4hb Januari 2013, Tony Pua juga telah mengumumkan bahawa mesyuarat pertama CEC pada 16hb September 2012 adalah sah. Dalam politik, tiada apa yang berlaku secara tidak sengaja. Jikalah ianya berlaku, anda boleh bertaruh ianya sebenarnya telah dirancang agar ianya menjadi begitu.

Apa yang saya maksudkan tersebut adalah tindakan Tony Pua tersebut sebenarnya mengundang bencana besar yang kemudiannya akan membawa kemusnahan kepada DAP. Tindakan berkenaan samalah seakan menyuntik virus HIV ke dalam badan (DAP); dan kini badan (DAP) telah dijebak dengan penyakit AIDS dan akan mati bila-bila masa saja tidak lama lagi. Pemikiran dialektik adalah suatu percubaan untuk memecahkan melalui paksaan logik dengan cara sendiri.

Mesyuarat CEC pertama kali yang diadakan pada 16hb Disember 2012 yang dihadiri oleh Vincent Wu di mana, dalam pertemuan itu, ahli-ahli mesyuarat CEC membuat keputusan untuk melantik Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung, Pengerusi Disiplin dan jawatan-jawatan yang lain dalam DAP.

Dengan Vincent Wu digugurkan dari senarai, mesyuarat CEC pertama adalah tidak sah kerana Vincent Wu juga terlibat dalam membuat sesuatu keputusan dalam mesyuarat. Apabila mesyuarat tersebut tidak sah, semua pelantikan jawatan pemimpin tertinggi parti juga tidak sah. Sehingga kini, jawatan Ketua Setiausaha Lim Guan Eng  adalah tidak sah. Dengan status jawatan yang dipegang Lim Guan Eng secara tidak sah, ini adalah apa yang saya maksudkan dengan ia akan membawa kepada kemusnahan DAP. Ia amat jelas apabila matlamat tidak boleh dicapai, jangan melaras matlamat, mereka sebaliknya harus melaraskan langkah-langkah tindakan.

Seramai 40 orang ahli DAP yang telah hilang sabar oleh pembohongan demi pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng, Tony Pua dan Anthony Loke telah bertindak untuk membuat aduan rasmi kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 14hb Januari 2013. Aduan berkenaan berkaitan dengan kegagalan DAP memberi masa yang mencukupi kepada notis mesyuarat selaras dengan perlembagaan, perwakilan-pewakilan haram dan kejadian memanipulasi undi. Apabila ditulis dalam bahasa Cina , perkataan "krisis" adalah terdiri daripada dua pengertian. Satu mewakili bahaya dan lain-lain merupakan peluang.

Berdasarkan kepada Akta Organisasi 1966, semua pertubuhan yang berdaftar dikehendaki mengemukakan laporan tahunan mereka kepada ROS dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat tahunan. Apabila 40 ahli DAP membuat aduan kepada ROS pada 14hb Januari 2013, DAP masih belum mengemukakan laporan itu kepada ROS.

DAP akhirnya menghantar laporan mereka kepada ROS seminggu sebelum tempoh 60 hari yang diberikan berakhir iaitu pada 8hb Februari 2013. Laporan yang dikemukakan adalah tidak lengkap dan tidak disertakan dengan minit mesyuarat CEC pertama yang dihadiri oleh Vincent Wu. Didalam dalam mesyuarat itu, Vincent Wu telah terlibat secara langsung dalam memilih pucuk pimpinan parti itu, termasuk memilih Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Di manakah ketelusan dan integriti yang sering dilaungkan oleh Dinasti Lim selama ini sepanjang berkuasa memerajui DAP namun sebaliknya pula mengemukakan laporan palsu kepada ROS? Demokrasi tidak akan berjaya melainkan ada pihak yang menyatakan kesedian mereka membuat pilihan dengan bijak. Perwatakan ini melebihi kecerdikan. Jiwa yang besar akan menjadi lebih kuat untuk hidup disamping untuk berfikir.

Mengapa mereka bertindak secara begitu dan apakah yang Lim Guan Eng cuba lakukan? Saya akan terangkan pada bab seterusnya. -DAP INSIDER

PS: Penulis Peter Chan tidak pula menyediakan penulisan dalam versi Bahasa Malaysia kali ini kerana ketiadaan kerana rakannya maka admin UnReportedNews™® telah menterjemahkan dengan pefahamannya sendiri. Harap maklum.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List