Showing posts with label Harun Din. Show all posts
Showing posts with label Harun Din. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

ADUH ANWAR-ANWAR, KAU MENIPU LAGI?

-KANTOI! DONGENG DENDANGAN BLOG-BLOG PEMBANGKANG MENGGAMBARKAN DR HAROUN DIN PERGI BERJUMPA ANWAR IBRAHIM TIDAK TEPAT KERANA SI ANWAR LAH YANG SEBENARNYA MERANGKAK & MELUTUT BERJUMPA HAROUN DIN, HMM .. MENGAPA NAK MENGGAMBARKAN SEBALIKNYA YE? MUNGKIN PEMBACA-PEMBACA BERAGAMA ISLAM DAH DAPAT AGAK-AGAK APA YANG SEDANG BERLAKU KAN? PAKATAN SEBENARNYA SUDAH GOYANG DEK ISU KALIMAH ALLAH MAINAN CIPTAAN MEREKA SENDIRI! BETUL TAK? KEKEKE!!!-

Nampaknya tak habis habis lagi sandiwara murahan yang mahu dimainkan oleh spesis  mahluk paling bangsat Bapak Segala Pembohongan Negara ini, siapa lagi kalau bukan Anwar Bin Ibrahim…

Sejak kelmarin berita dibeberapa laman web dan portal menyiarkan kisah kunuuunnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din telah pergi menemui Anwar Ibrahim, tetapi tidak pula dinyatakan secara tepat dimanakah tempat pertemuan.

Cara cerita itu digarap, diadun, dan ditumis mahu menampakkan seolah-olah Anwar yang menerima kunjungan Haron Din. Tetapi cara penceritaan seolah-olah tergantung..., kerana tukang karut yang membawa cerita ini tidak berjaya merumuskan apakah tujuan kunjungan tersebut..!

Secara logik akal, kalau saya mahu bertemu, mahu berkunjung kerumah anda maka sudah pasti sayalah yang membawa hajat, ada tujuan...

Lihat print screen dibawah ini. Begitulah kantoinya tukang karut seorang penulis blog pro Pakatan yang kerjanya mencari makan dengan menulis mengikut skrip yang disediakan….

Anwar Ibrahim sudah terbukti seorang Tokoh Pembohongan paling unggul dalam negara ini. Setiap kali beliau membuka mulut, maka berbohonglah dia, itu sudah pasti.

Teringat kisah yang diceritakan oleh Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip kisahnya sewaktu nenda beliau iaitu Allahyarham Tun Ghaffar Baba masih hidup. Peristiwa berlaku tak lama selepas Anwar dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh.

Anwar telah menalipon Zahid minta diaturkan pertemuan dengan Tun Ghaffar bertujuan mahu  bermaaf-maafan, melupai segala sengketa, apatah lagi mereka sudah dimamah usia… Satu niat yang baik, memperelokkan siratulrahim sesama ummah.

Zahid memyambut baik cadangan tersebut dan memujuk Allahyarham nendanya Tun Ghaffar agar bersangka baik dan berlapang dada untuk menerima kunjungan Anwar itu. Maka setelah dipertimbangkan dan mengambil sikap keterbukaan, maka Tun Ghaffar pun bersetujulah untuk pertemuan tersebut. Tarikh dan waktu ditetapkan untuk acara itu…

Ditakdirkan Allah swt belum sempat pertemuan itu berlangsung, pada suatu petang sedang Zahid pergi membeli belah dibandar Kuala Lumpur, beliau telah bertembung dengan Haji Abdul Rahman Osman, ketika itu Rahman adalah Timbalan Presiden sebelum penggabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia.

Seraya Rahman pun bertanya kepada Zahid “Jadikah Tun Ghaffar hendak datang bertemu dengan Anwar dan memohon maaf…? 

Zahid pun terkejut dan terus menjelaskan kepada Haji Rahman Osman bahawa Anwar yang menaliponnya mahu bertemu dengan Tun Ghaffar dan bermaaf-maafan bukan sebaliknya...

Lihatlah…! Hebatnya bakat berbohong Anwar yang sekaligus berjaya memperlihatkan wataknya itu seperti dewa dimana beliau disegani, disanjung, dan menggambarkan keadaan seolah-olah sesiapa sahaja akan tunduk hormat kepadanya.

Berbalik kepada kisah pertemuan yang berlangsung kelmarin….  Sebenarnya, Anwar yang pergi melutut dan menyembah Dr Haron Din. Itulah hakikat sebenarnya…!

Pertemuan pada malam 4hb Februari dirumah Dr Haron Din di Bangi. Anwar bergegas kesana untuk mintak nyawa dengan Timbalan Mursyidul Am itu.

Mesyuarat Majlis Syura menetapkan bahawa mereka tidak akan terima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan Berjaya menawan Putrajaya. Majlis Syura berpendirian bahawa calon yang lebih layak adalah Presiden PAS sendiri, Haji Hadi Awang.

Demikianlah kisah yang sebenarnya berlaku....

Sumber: MIK

-UnReportedNews™®

Friday, 11 January 2013

HURAIAN ISU "SYAITAN" OLEH TUN M

-MUNGKIN PEMIMPIN PAS MENG"GOOGLE-TRANSLATE" SECARA TERUS PERKATAAN "BETTER THE DEVIL YOU KNOW THAN THE ANGEL YOU DON'T" MAKA PERGERTIAN BERLAINAN .. DOK DALAM MENGEJAR ILMU AKHIRAT JANGAN LUPA JUGA MEMPERLENGKAP DIRI DENGAN ILMU DUNIAWI! KEKEKE!!!-
Tun Dr Mahathir – 1. Harun Din, pemimpin PAS menyuruh saya bertaubat kerana saya telah berkata dalam bahasa Inggeris "Better the devil you know than the angel you don’t".


2. Mungkin kerana Harun Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama dengan syaitan. Makna sebenarnya pepatah ini ialah "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali".
3. Kalau Harun Din fikir saya bermaksud lebih baik saya bersama syaitan yang saya kenal daripada malaikat yang saya tidak kenal dan ini salah di sisi agama, maka dia bolehlah suruh saya bertaubat. Tak apalah.
4. Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Harun Din tentu faham yang berbunyi seperti berikut, "siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima".
5. Amat jelas dengan ini Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk Kerajaan Islamnya. Demikian pendirian Nik Aziz kerana kononnya begitu kuat perjuangannya untuk mendirikan Kerajaan Islam? Apakah jenis Kerajaan Islam hasil dari pertolongan syaitan sama-samalah kita fikir.
6. Harun Din nampaknya terima Kerajaan Islam yang didirikan dengan pertolongan syaitan. Sebab itu Harun Din tidak menegur Nik Aziz jauh sekali dari menuntut supaya ia bertaubat.
7. Saya tidak akan bertaubat kerana salahfaham Harun Din berkenaan dengan apa yang telah saya katakan. Sepatutnya Harun Din meminta maaf dari saya kerana salah fahamnya tentang apa yang saya perkatakan dalam Bahasa Inggeris. Dan saya akan maafkannya kerana manusia memang lemah dan tidak pernah bebas dari membuat kesalahan.
8. Orang Islam di Malaysia sebenarnya bernasib baik kerana kita semua menganggotai mazhab yang sama, iaitu kita dari mazhab Sunni yang berimam dengan Imam Shafie. Kita tidak sepatutnya berpecah seperti orang Islam di sesetengah negara Islam lain yang berpecah kepada Sunni dan Syiah dan sering bermusuh dan membunuh sesama mereka.
9. Malangnya persahabatan dan perpaduan orang Melayu Islam di Malaysia ini ditamatkan apabila Parti PAS ditubuh. Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka.

10. Tuduhan yang pertama ialah orang UMNO kafir kerana mereka bekerjasama dengan orang kafir. Saya tidak percaya ada orang Melayu yang terima dakwaan ini. Ia tidak dibuat dengan cara yang mengikuti kehendak agama Islam. Tetapi rupa-rupanya tuduhan ini begitu berkesan sehingga berlaku sembahyang dua imam kerana kononnya imam orang yang tidak sokong PAS kafir, perkahwinan semula orang Melayu yang berkahwin sebelum PAS ditubuh, perkuburan berasingan bagi orang PAS kerana ibu bapa mereka sendiri yang dikebumikan di kubur lama dan orang UMNO tidak Islam, penolakan sembahyang jenazah orang UMNO dan penceraian serta perpecahan dalam keluarga kerana fahaman politik yang berbeza.
11. Kemudian Hj Hadi menokoktambah kepada perpecahan orang Melayu Islam dengan amanatnya. Hj Hadi mendakwa bahawa PAS menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO tetapi kerana kononnya mengekalkan perlembagaan penjajah, kerana kononnya UMNO mengatakan politik suku agama suku.
12. Sesungguhnya perlembagaan itulah yang memberi kebebasan bersuara, berparti dan berpolitik kepada PAS. Dikebanyakkan negara yang diakui negara Islam tidak ada kebebasan seperti ini. Sepatutnya PAS menolak semua kebebasan ini. Tetapi sebaliknya PAS menggunakannya untuk memfitnah dan mengkafirkan orang UMNO. Islam menyuruh orang Islam setia kepada Allah, Rasul dan ulil amri, iaitu pemerintah. PAS sebenarnya tidak setia kepada ulil amri.
13. UMNO tidak pernah berkata politik suku agama suku. UMNO berpegang kepada ajaran bahawa Islam adalah Ad-deen, cara hidup. Cara hidup memang termasuk politik. Sebab itu UMNO berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air. Habbul watan minnal iman.
14. Sebaliknya PAS sekarang menerima pemimpin orang kafir yang secara terbuka menolak negara Islam PAS serta pemimpin Pakatan yang percaya kepada kebebasan tanpa had serta pluralisme dalam agama dan kebebasan keluar dari agama Islam.
15. Tetapi UMNO tidak akan tuduh orang PAS sudah menjadi kafir. Selagi tidak ada dakwaan oleh tokoh-tokoh Islam yang tidak berkepentingan UMNO akan terima orang PAS sebagai orang Islam. Kita dalam UMNO masih ingin bersaudara dengan orang PAS seperti ditegaskan oleh agama Islam bahawa orang Islam itu adalah bersaudara. Perbezaan politik antara PAS dengan UMNO tidak bermakna pengasingan politik dari agama, atau agama suku politik suku. Perbezaan politik dikalangan orang Islam berlaku di mana-mana sahaja. Namun mereka semua masih Islam.
16. Tanpa bertaubat kerana berbagai kesalahannya disisi Islam, Nik Aziz telah memurtadkan tiga juta orang UMNO. Dakwaan ini dibuat olehnya tanpa usul periksa. Tidak ada kajian yang dibuat, samada secara ilmiah atau tidak. Ketidakadilan Nik Aziz jauh berbeza dari ajaran Islam yang menegas bahawa apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Hakim tidak boleh terdiri dari orang yang teribat dan berpentingan. Memurtadkan orang UMNO adalah satu ketidakadilan disisi agama Islam.
17. Tetapi, Alhamdulillah, sudah ramai pemimpin dan ahli PAS yang sedar tentang kesalahan PAS dan pemimpinnya dari segi Islam.Mereka telah tidak lagi taksub dengan nama Islam yang diberi kepada Parti PAS. Mereka sedar PAS bukan berjuang untuk Islam. PAS hanya ingin memperalatkan Islam untuk kepentingan politik duniawi pemimpin-pemimpinnya.
18. Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan ajaran Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai.
19. Saya tidak akan suruh Harun Din bertaubat. Tetapi Harun Din harus tanya hati kecilnya samada dia didorong oleh agama atau politik duniawi apabila menyuruh saya bertaubat dan tidak Nik Aziz.
Sumber: Pisau.Net

-UnReportedNews™®

Wednesday, 26 December 2012

HARUN DIN & HADI AWANG TIDAK "SEBULU" DENGAN ANWAR IBRAHIM & LIM GUAN ENG ATAS ISU KALIMAH ALLAH?

-POK NIK BUAT APA? MASIH TIDOR DIBUAI MIMPI-MIMPI INDAH? KEKEKE!!!-

Ketika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkempen kalimah Allah patut diberi kepada penganut Kristian, Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din pada tahun 2010 pernah ‘mufarakah’ daripada PAS semata-mata untuk mempertahankannya.

Walaupun Abdul Hadi Awang didakwa menyokong kenyataan Ketua Pakatan, Anwar, namun Presiden PAS itu tidak turun padang melobi penggunaan kalimah Allah itu kepada Kristian sebagaimana yang dilakukan secara agresif oleh Ketua Umum PKR.

Sebaliknya, sebagai menentang hujah Anwar, Haron Din turun padang atas kapasiti individu.
Haron Din ketika dirakamkan ucapannya oleh Mahaguru58 bertegas mengatakan menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

Sambil memetik surah Al-Maidah ayat 73 yang bermaksud,
"Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ada tiga, tidak ada Tuhan yang kamu nak sembah melainkan Allah Yang Tunggal," Haron berkata sepatutnya perkara ini sudah selesai kerana menjadi milik Islam.
"Orang Islam sepatutnya tidak ada keraguan dalam dirinya, inilah Allah yang kita sembah dan tidak boleh kita benarkan atau kita katakan boleh digunakan oleh mana-mana agama untuk menggunakan perkataan Allah."

"Soalan yang saya nak tujukan kepada orang yang merasakan bebas berfikir, bebas bersuara, bebas menyokong apa sahaja..kalau kita sokong..sokong maknanya bersetuju, sokong juga maknanya menolong..," katanya.

Menurutnya, Islam mempunyai kaedah dalam konsep tolong-menolong, iaitu tolong-menolong kearah perkara yang mendatangkan kebajikan dan ketakwaan kepada Allah swt serta menghindari perbuatan dosa.

"Kalau kita sokong Allah ini untuk orang-orang Kristian, Katolik, mereka nak buat apa dengan Allah Taala ini ? Nak Mengesakan Allah atau nak mensyirikkan Allah swt ?

"Saya kata syirik dan syirik ini, satu kezaliman yang cukup besar," katanya.

Menurutnya lagi, jika seseorang itu terjatuh dalam amalan syirik, semua kebaikan yang pernah dilakukan sebelum ini sebelum ini, semuanya terhapus.

"Mahukah perkara syirik seperti ini, kita terlibat ? Nauzubillah. Jadi saya tak nampak kalau orang Islam yang faham ini, dia nak buat perkara syirik,"
tegasnya.
Dalam satu lagi rakaman kepada TV PAS Haron secara konsisten menegaskan beliau amat terkilan dan tidak bersetuju kalimah Allah dikongsi dengan penganut lain.

Sambil merujuk Bible, Haron berkata, "Daripada halaman awalnya, chapter satu lagi, saya lihat.. diguna perkataan ‘God’

"Di dalam ini sahaja, ada tidak kurang 30 kali perkataan ‘god’. Halaman dua, tiga, penuh dengan perkataan ‘Lord’..sterusnya, ‘Jesus’.

"Sampai sepanjang Bible ini, saya tidak bertemu perkataan Allah."

Sumber: AIDC

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List