Showing posts with label Aziz Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Aziz Ibrahim. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

ANWAR BOLEH, ORANG LAIN TAK BOLEH!

-BILA ANWAR MEMBUKA PEKUNG KERAJAAN, "TONGKANG KARAM" BOLEH TERSENGIH, BILA KENA DENGAN DIA SENDIRI, DEPA TERUS MEROYAN SIAP UGUT BAWAK MASUK MAHKAMAH LAGI TU! KEKEKE!!!-

Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.

"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti," Karpal dipetik mStar sebagai berkata. 

"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.

"Dia bukan sahaja tidak bersyukur tetapi oportunis," katanya pada sidang media di Jalan Gangsa di Green Lane pada Ahad di Georgetown, Pulau Pinang di sini.

Tunku Aziz mengumumkan keluar daripada DAP pada Mei tahun lepas.

Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.


Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.

"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.

-UnReportedNews™®

Saturday, 16 February 2013

PAS & DAP TAKKAN BERSATU!

-BAGAIMANA NAK BERSATU? MASAALAH MELIBATKAN KEDUA-DUA PARTI TERSEBUT TIDAK PERNAH MENDAPAT JALAN PENYELESAIAN TERUTAMANYA DALAM MENERIMA PERSEFAHAMAN IDEOLOGI MASING-MASING! PENAT-PENAT LE KARPAL SINGH & NIK AJIS BERLAKON "MEREKA MESRA" SEWAKTU BESSDAY NIKKY TEROMPAH ARI TU! KEKEKE!!!-

Karpal: Happy Bessday Nikky!
DAP dan PAS merupakan 2 parti politik yang tidak mungkin dapat bersatu dalam meneruskan kerjasama bagi tempoh jangka panjang.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz di petik oleh KL Pos sebagai berkata, masalah melibatkan kedua-dua parti tersebut tidak pernah mendapat jalan penyelesaian terutamanya dalam menerima persefahaman ideologi masing-masing.

"Bagaimana mereka boleh bekerja sama apabila mereka menghadapi masalah setiap hari.

"Ia adalah jelas hubungan mereka gagal, tetapi mereka masih berkeras untuk bersama di bawah satu bumbung," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Gerakan Sahabat Sayangi Malaysia (GASSM) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Sepang .

Turut hadir ialah Penyelaras Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamad, dan Pengerusi GASSM Dahalan Mar Sono.

Tunku Aziz menjelaskan, ancaman dari Pengerusi DAP Karpal Singh terhadap PAS dalam melaksanakan sebuah Negara Islam menggambarkan situasi sebenar hubungan dingin pimpinan kerjasama politik kedua-dua pimpinan tersebut.

"Bagaimana DAP boleh mengikut perjuangan PAS untuk Hudud adakah ini falsafah mereka (PAS)," katanya.

Katanya, isu hudud bukan saja DAP dan PAS tetapi kdua-dua parti juga tidak bersetuju untuk mengangkat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

"Ia adalah satu wayang kulit dalam pakatan, mana-mana pihak belum memutuskan siapa akan menjadi Perdana Menteri.

"Inilah sebabnya mengapa mereka berlumba-lumba untuk ke Putrajaya dimana setiap ideologi mereka tidak serupa, PAS dan DAP bermain permainan berbahaya kerana mereka berjuang atas nama agama ini satu pekara yang serius," jelasnya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya berfikir untuk mengundi supaya tidak mengikut hati mereka apabila mengundi pada Pilihan Raya Umum ke13 akan datang.

-UnReportedNews™®.



Monday, 17 December 2012

TENGKU AZIZ BELASAH DAP!!!

 -ORANG LAMA BEKAS AHLI MAJLIS TERTINGGI DAP MENGINGATKAN ORANG MELAYU .. "DAP TIDAK BOLEH DIHARAPKAN UNTUK MEMBELA ORANG MELAYU!!" .. TAK PERCAYAKAH? TANYA DENGAN ORANG MELAYU DI PULAU PINANG!! KEKEKE!!!-
Orang Melayu harus sedar bahawa DAP tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan mereka walaupun parti itu berdegar-degar melaungkan ia memperjuangkan masyarakat berbilang kaum.
 
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata masih terlalu awal untuk mengharapkan parti itu membela orang Melayu atau menerima kaum itu.
 
"Mereka (orang Melayu) harus sedar dari awal bahawa walaupun (DAP) cakap berdegar-degar sebagai sebuah parti berbilang kaum, ia masih terlalu jauh untuk menerima orang Melayu khususnya. Bagi orang Melayu untuk mempercayai DAP boleh melindungi kepentingan mereka, saya rasa terlalu awal," katanya ketika dihubungi Antarapos bagi mengulas kekalahan semua lapan calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
 
Ditanya sama ada beliau terkejut dengan keputusan pemilihan, Tunku Aziz berkata: "Saya rasa keputusannya seperti dijangka,dua keluarga utama diwakili, keluarga Lim (Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng) dan keluarga Karpal (Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh).
 
Tunku Aziz turut menasihatkan pemimpin Melayu di dalam DAP supaya berwaspada dan jangan menaruh kepercayaan sehingga terbukti jelas mereka mempunyai tempat di dalam parti itu.dalam kata lain,jangan letak 100 peratus kepercayaan (kepada DAP)," ujarnya.
 
Mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hendak meletakkan calon-calon Melayu dalam PRU13, Tunku Aziz berkata: "Kita kena tunggu dan lihat.Dia sudah buat banyak ikrar untuk buat itu dan ini… ujiannya pada bukti yang akan dihasilkan."
 
Tunku Aziz juga menyatakan sukar bagi beliau untuk mempercayai slogan Malaysian Malaysia DAP akan berjaya. "…sokongan kepada DAP datang khususnya daripada masyarakat Cina Bandar,jadi takda bezanya.
 
Saya tak yakin masyarakat Melayu akan berebut-rebut hendak mengundi DAP. Ini kerana tidak ada kepercayaan, apabila anda undi sesebuah parti, kepercayaan adalah satu elemen penting."
 
Tunku Aziz adalah pengasas Transparency International Malaysia dan aktivis anti-rasuah yang menyertai DAP 2008. Beliau diangkat sebagai bukti bahawa DAP makin disokong masyarakat Melayu.
 
Bagaimanapun tokoh itu keluar parti pertengahan tahun ini kerana tidak bersetuju dengan tindakan DAP merestui tunjuk perasaan jalanan Bersih 3.0 dan sifat tidak amanah di kalangan pemimpin parti.
 
Walaupun disogok dengan gaji lumayan dan jawatan kanan lain oleh DAP, Tunku Aziz berpegang kepada keputusannya untuk keluar daripada parti itu.
 
(klik sini)
 
Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®

Friday, 18 May 2012

THE "TRUE COLOURS" OF DAP


-AT LAST, DAP SHOWS WHO THEY REALLY ARE, ALL THIS WHILE, BOASTING & CLAIMING THE PRESENT GOVERNMENT PRACTICES MONEY-POLITICS & YET DAP WAS CAUGHT "WITH THEIR PANTS DOWN" OFFERING FORMER DAP PRESIDENT TENGKU AZIZ IBRAHIM A 50K JOB PER YEAR TO JOIN THEM BACK!-


Let the Chinese Community in Sarawak themselves be the judge of the policy practiced by the Democratic Action Party (DAP) shown recently by Pulau Pinang Chief Minister Lim Guan Eng by offering  a new position inclusive of RM50,000 salary per year to former DAP Deputy President Tengku Aziz Ibrahim joining back DAP. 


Minister of Housing and Tourism Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg said this to reporters yesterday when asked to comment on the claims by Tengku Aziz Ibrahim recently regarding on what had been offered to him by Lim Guan Eng.


"Personally, I really admire and respect Tengku Aziz for his high intrigrity and stands although we had our political differences," he said.


DAP's recent action really reflects the opposite to their claims of a "good governmence" (when not renewing Aziz's senatorship) due to Aziz's recent display against the Bersih 3.0 rally.


"It was a surprise that Tengku Aziz was treated that way where after he made the announcement of quitting DAP and imediatelly was offered a job which carries a RM50,000 financial humaniration per year, I personally felt that the offer was made "in bad taste"."


"I really hope that our brothers and sisters, particularly from the Chinese Community in Sarawak can evaluate themselves the DAP's standing by their recent antic..what we need is a civil society and our Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is  trying his movin towards that."


Johari, also exampled by the "disturbance" caused by two pro-Bersih Rally during Najib's visit in London which turned out to be orchestrated by the opposition, another example of actions beyong the the civil society level.


Meanwhile, Assistant Minister of Islamic Affair Datuk Haji Daud Abdul Rahman said that the incident serves as a reminder to DAP not to simply accuse other people are "dirty" but yet they themselves are "even dirtier".


He (Aziz) is known for his sincerity when giving out a remark so I believe in there are some thruth to his claims that DAP/Pakatan Rakyat (PR) actually is not sincere and would do whatever they needed to do just for the sake to capture Putrajaya (to be the government).


"We also know that in each of the Elections that they (PR) are not as "so-clean" as they had claimed," he that that PR only "talks but never walks" whatever they had promises or proclaims on their stands.


"This is just Tengku Aziz in DAP, we don't know they might be more coming out from PR as right now they re fighting among themselves," predicted Daud.


Responding onto the same matter, Assistant Minister of Community Development Datuk Peter Nansian said that DAP's actions showed what they are and what type of party they are really are.


"If it is true and known (to Tengku Aziz's claims), it is proven that they (DAP) always condemned others (Barisan Nasional) of doing bad things and yet the themselves are even worser."


"That really shows and reflects DAP's true colours of saying one thing but doing another thing so let the rakyat know what type of party DAP are..DAP says they are democratic but yet their recent actions showed that the otherwise..DAP says that they are free of money-politics and yet they are not so free of money politics."


Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu meanwhile, pointed out that there is obviously some wrong with that politicial party (DAP) when one of the senior leader of that party suddenly quits.


"In principal, it shows that DAP have some problems which "pressured" him to bail out from the party, telling the people that there's something wrong with the parti inspite of all the so-called inducement DAP had been boasting to the people all this while."


Second Minister of Finance Datuk Seri Wong Soong Koh meanwhile, said that DAP's action of offering a post with a 50K salary per year as claimed by Tengku Aziz actually potrays the "true-colour" of the party.


"Let the rakyat themselves decides and be the judge of what sort of Chief Minister (Guan Eng and DAP) really are," he said but devlined to elaborate more on the matter.


All the ministers and assistant ministers were met by reporters at at the DUN lobby on the fourth-day of the First Meeting of the Second Term of the 17th State Assembly Hall Sitting ceremony yesterday morning.

-UnReportedNews™®

Thursday, 17 May 2012

DAP KINI TERDESAK, SYABAS TENGKU AZIZ IBRAHIM


-TENGKU AZIZ MENINGGALKAN DAP SETELAH MENYEDARI DAP ADALAH SEBUAH ORGANISASI POLITIK YANG ANTI-MELAYU MENGAMALKAN SISTEM DIKTATOR-


Keputusan mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim meninggalkan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjagi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementingkan chauvinisme Cina.


Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas diberi beliau satu jawatan tinggi dan tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.


Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggalkan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.


Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan Bersih 3.0.


Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu yang membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.


Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terperdaya dengan DAP akan meninggalkan parti itu.


DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua muka dan hipokritnya.


Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.


Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalan Bersih 3.0.


Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.


Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.


Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.


Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz, selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.


Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.


Terus mereka lupa jasa Umno menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, dhaif dan seba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.


Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.


Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.


Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.


Bagi Tunku Aziz dan orang Melayu yang lain, bak kata pepatah, sekali kena sudah beringat, kali kedua tidak mungkin disengat lagi.


Sumber: Cik Zah

-UnReportedNews™®

DAP-RASIS, RASUAH & ...

-YANG PENTINGNYA KINI RAKYAT SUDAH TAHU LIM GUAN ENG ADALAH SEORANG DIKTAKTOR YANG DILAHIRKAN UNTUK MENJADI CHAUVAIS DAN JUGA RASIS SERTA DIA MENGAMALKAN RASUAH!-

Tahniah penulis ucapkan kepada Tunku Abdul Aziz dalam membuat keputusan yang tepat untuk keluar dari DAP. Tunku Abdul Aziz dikenali sebagai seorang yang bermaruah, bijaksana dan memegang kepada prinsip yang kuat, sesuatu yang tidak dapat dilihat dalam kalangan pemimpin-pemimpin lain.

Keadaan sekarang seperti duit mampu membeli segala-galanya. Namun, Tunku Aziz telah membuktikan bahawa ia adalah tidak benar sama sekali. 

Diatas reputasinya yang kuat, adalah agak sukar bagi kita untuk percaya jika Tunku Aziz mudah terpedaya dengan taktik kotor DAP. Mungkin terdapat kebenaran disebalik kata dimana seorang yang bijaksana tidak mungkin akan jatuh begitu sahaja, tetapi jika mereka jatuh, mereka akan jatuh teruk. 

Mereka tidak selalu membuat kesalahan, tetapi mereka mungkin selalu membuat kesalahan yang amat besar. Tun Dr. Mahathir contohnya, beliau telah banyak berjasa kepada negara dan juga dunia. 

Namun, kesilapan beliau dalam memilih Anwar dan kemudiannya Pak Lah sudah cukup untuk memusnahkan segala kejayaan yang dikecapi. Keputusan Tengku Aziz untuk keluar dari DAP bukanlah soal kesalahan seseorang dalam politik. 

Tetapi, ia merupakan satu peluang buat rakyat untuk memahami budaya DAP dan juga pimpinannya. DAP mungkin menggelar parti mereka sebagai Democratic Action Party, tetapi sebenarnya mereka patut digelar Dictatorial Action Party. 

Mereka telah dilabel sebagai chauvinis, rasis, angkuh dan juga komunis terutamanya kepada kaum Melayu namun, mereka mengabaikan segala fakta tersebut dan menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang adil dan terbuka untuk semua. 

Jadi, tidak sukar bagi kita untuk melihat kebenaran terhadap setiap label yang diberikan kepada mereka. DAP telah terang-terang menyatakan bahawa mereka membangkang apa jua perkara yang melibatkan Melayu. 

Mereka membantah terhadap penggunaan perkataan jawi di papan-papan tanda, mereka enggan memakai pakaian rasmi di Dewan Rakyat, mereka berkeras untuk melepaskan seorang kanak-kanak yang ditahan polis kerana dia diajar untuk menjadi Cina tetapi mereka terus mendiamkan diri apabila mengetahui bahawa kanak-kanak tersebut adalah Melayu. 

DAP adalah parti yang membuat kecoh terhadap azan subuh, dan mereka sering tidak menghormati raja-raja Melayu seperti mereka tidak berkuasa. 

Bagi rakyat, DAP sering berkerja keras dalam memastikan setiap sekolah dibahagikan mengikut bangsa masing-masing. Tunku Aziz pada mulanya menyertai DAP dengan harapan untuk membasmi budaya rasuah, untuk membina sistem pentadbiran di Malaysia yang seimbang dan untuk membawa budaya integriti. 

Tetapi setelah beberapa tahun bergelumang dalam dunia DAP, beliau berkata,"Saya rasakan bahawa saya naif dalam mengharapkan bahawa DAP mempraktikkan apa yang saya mahukan." 

"Memang tidak boleh dinafikan bahawa ada antara mereka yang baik dimana mereka menjalankan tugas dengan penuh beretika namun, ada juga antara mereka yang sering melanggar undang-undang. 

Jika keadaan ini perterusan, rakyat akan mula mempersoalkan keadaan ini, adakah mereka boleh dipercayai dalam memegang tanggungjawab yang besar?" 

BN mungkin tidak sebersih mana kerana ada juga orang-orang yang jahat namun, BN telah membuktikan bahawa parti ini cukup terbuka dan mereka mampu membawa Malaysia dalam arus kemajuan. 

Jika BN mengamalkan rasuah sepertimana yang dituduh oleh DAP, Malaysia tidak mungkin akan menjadi negara yang aman. Dalam satu temuramah bersama akhbar Star hari ini, Tunku Abdul Aziz mendedahkan segala kerja kotor yang diamalkan oleh DAP. 

Beliau juga sempat memberitahu bagaimana DAP mengamalkan sikap 'double standard' terhadap penjaja-penjaja dimana penyokong DAP tidak langsung disentuh. 

Jadi, secara kesimpulannya, tindakan BERSIH yang melanggar undang-undang adalah antara sebab mengapa Tunku Aziz menjadi tidak selesa dengan DAP, selain daripada keadaan dimana DAP tidak pernah mengamalkan integriti. 

Tetapi, keadaan yang paling teruk adalah apabila Guan Eng menawarkan beliau kedudukan di DAP dan juga RM50,000. 

Keadaan tersebut menunjukkan bahawa DAP adalah parti yang mengamalkan rasuah dan mereka rasakan bahawa mereka mampu memberi memberi rasuah kepada sesiapa saja termasuk Tengku Aziz. 

Jadi, tindakan untuk keluar parti adalah keputusan yang terbaik boleh dilakukan oleh Tengku Aziz walaupun Guan Eng mungkin masih boleh cuba untuk menyelesaikan masalah ini namun, dia agak terlambat. 

Yang pentingnya, kini rakyat sudah tahu bahawa Guan adalah seorang diktator yang dilahirkan untuk menjadi chauvinis dan juga rasis serta dia mencuba untuk memberi rasuah kepada Tengku Aziz. Itulah Guan Eng!

Sumber: Cik Zah 

-UnReportedNews™®

Wednesday, 9 May 2012

JAWATAN TUNKU AZIZ TAK DILANJUTKAN AKIBAT KRITIK BERSIH?



-KRITIK SIKIT PUN TAK BOLEH? APA NI?-


DAP dikatakan tidak akan melanjutkan tempoh jawatan Senator pada Tunku Aziz Ibrahim yang akan tamat pada 30 Mei ini. Aziz, yang juga naib penerusi DAP itu mengesahkannya sebentar tadi.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List