Showing posts with label Wilfred Bumburing. Show all posts
Showing posts with label Wilfred Bumburing. Show all posts

Wednesday, 15 August 2012

AWAS! SERANGAN GANG DESPERADO

KUCHING, SARAWAK PADA DUA MALAM LEPAS DI GEGARKAN DENGAN LAUNGAN REFORMASI .. BIARPUN LAJIM & WILFRED TIDAK MENYERTAI PKR, BANG ANU SUDI BERKOMPROMI WALAU DENGAN IBLIS ATAU SYAITAN SEKALI PUN ASAL MELAWAN BN .. BAK KATA DIER, LAWAN TETAP LAWAN! KEKEKE-

Satu persamaan yang nyata yang terdapat dalam kumpulan kecil pembangkang; Anwar Ibrahim, Sheikh Kadir Fadzil, Lajim Ukim dan Wifred Bumburing-mereka ini semuanya orang-orang yang “kecewa’ yang tiada tempat dalam pesada kerajaan.

Kekecewaan mereka boleh dikatakan sama dengan perasaan kecewa lebih kurang 300 penyokong tegar yang sangup mengharungi bau busuk selama berjam-jam di belakang sebuah lorong di Satok di mana ceramah tersebut di adakan.

Rakyat Sabah mungkin sudah mengetahui langkah seekor ‘katak’ yang namanya Lajim Ukim keluar BN, tetapi tidak bagi rakyat di Semenanjung dan Sarawak. Sehingga Anwar al-Juburi sendiri dalam ucapannya di hadapan kira-kira 300 orang penyokong tegar Pakatan Pembangkang di Sarawak berasa ‘terkejut’ dengan keputusan Lajim dan Wilfred Bumburing yang mengumumkan keluar BN.

Ramai di kalangan rakyat termasuk di Sarawak percaya bahawa kedua-dua bekas pemimpin UMNO-BN itu menyertai PKR. Namun, hakikatnya kedua-dua mereka itu sebenarnya telah menubuhkan dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebuah parti baru yang diasaskan Wilfred Bumburing. Alasan yang diberikan terhadap penubuhan parti itu ialah kegagalan sistem penyampaian BN di Sabah.

Atas kesudian Lajim dan Wilfred Bumburing berkrompomi dengan Pakatan Pembangkang di Sabah hanya menjelang PRU-13 menyebabkan Anwar al-Juburi begitu yakin bahawa Sabah bukan lagi deposit tetap BN dan sekarang ini sudah menular ke Sarawak. Atas alasan itu, Anwar al-Juburi telah datang ke Sarawak tidak sampai dua (2) bulan dalam menyampaikan ceramahnya di Satok atas tema Merdeka Rakyat.

Difahamkan selepas mengadakan ceramah di Sarawak, Anwar al-Juburi beserta rombongannya yang juga disertai Sheikh Kadir Fadzil dan Lajim Ukim akan mengadakan lawatannya ke Sabah bagi membawa angin perubahan yang telah dicetuskan Lajim dan Wilfred Bumburing.

Pada malam itu, Anwar al-Juburi yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping seperti biasa menampakkan kewarakkan dalam menyampaikan ceramahnya. Ketika masyarakat Islam sedang bersembahyang terawih di surau dan masjid, pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Anwar al-Juburi pula menyampaikan ceramahnya yang bermula jam 8.00 sehingga 11.00 malam. Pada ketika itu, kesesakan di Satok sangat luar biasa bukan kerana Ceramah Merdeka Rakyat di Satok, tetapi disebabkan kemeriahan penduduk Kuching membeli-belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Malah, lebih memburukkan keadaan, ceramahyang diadakan di kawasan awam di Satok itu telah menyebabkan kesesakkan jalan raya dan mengambil banyak kawasan tempat letak kereta. Ada di kalangan rakyat yang tujuannya datang ke Satok untuk membeli-belah, tetapi tersangkut di jalan raya akibat tindakan penganjur menggunakan kawasan awam. Ini menyebabkan rakyat marah kepada penganjur kerana tidak menghormati bulan Ramadhan dan ini bukan musim pilihan raya.

Hakikatnya, Pakatan Pembangkang tidak menghormati bulan Ramadhan ini seharusnya mereka menggunakan waktu ini untuk bertaubat kepada Allah swt.

Rakyat Sabah mungkin sudah mengetahui langkah seekor ‘katak’ yang namanya Lajim Ukim keluar BN, tetapi tidak bagi rakyat di Semenanjung dan Sarawak. Sehingga Anwar al-Juburi sendiri dalam ucapannya di hadapan kira-kira 300 orang penyokong tegar Pakatan Pembangkang di Sarawak berasa ‘terkejut’ dengan keputusan Lajim dan Wilfred Bumburing yang mengumumkan keluar BN.

Ramai di kalangan rakyat termasuk di Sarawak percaya bahawa kedua-dua bekas pemimpin UMNO-BN itu menyertai PKR. Namun, hakikatnya kedua-dua mereka itu sebenarnya telah menubuhkan dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS) sebuah parti baru yang diasaskan Wilfred Bumburing. Alasan yang diberikan terhadap penubuhan parti itu ialah kegagalan sistem penyampaian BN di Sabah.

Atas kesudian Lajim dan Wilfred Bumburing berkrompomi dengan Pakatan Pembangkang di Sabah hanya menjelang PRU-13 menyebabkan Anwar al-Juburi begitu yakin bahawa Sabah bukan lagi deposit tetap BN dan sekarang ini sudah menular ke Sarawak. Atas alasan itu, Anwar al-Juburi telah datang ke Sarawak tidak sampai dua (2) bulan dalam menyampaikan ceramahnya di Satok atas tema Merdeka Rakyat.

Difahamkan selepas mengadakan ceramah di Sarawak, Anwar al-Juburi beserta rombongannya yang juga disertai Sheikh Kadir Fadzil dan Lajim Ukim akan mengadakan lawatannya ke Sabah bagi membawa angin perubahan yang telah dicetuskan Lajim dan Wilfred Bumburing.

Pada malam itu, Anwar al-Juburi yang lengkap berbaju Melayu dan bersamping seperti biasa menampakkan kewarakkan dalam menyampaikan ceramahnya. Ketika masyarakat Islam sedang bersembahyang terawih di surau dan masjid, pemimpin Pakatan Pembangkang termasuk Anwar al-Juburi pula menyampaikan ceramahnya yang bermula jam 8.00 sehingga 11.00 malam. Pada ketika itu, kesesakan di Satok sangat luar biasa bukan kerana Ceramah Merdeka Rakyat di Satok, tetapi disebabkan kemeriahan penduduk Kuching membeli-belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Malah, lebih memburukkan keadaan, ceramah yang diadakan di kawasan awam di Satok itu telah menyebabkan kesesakkan jalan raya dan mengambil banyak kawasan tempat letak kereta. Ada di kalangan rakyat yang tujuannya datang ke Satok untuk membeli-belah, tetapi tersangkut di jalan raya akibat tindakan penganjur menggunakan kawasan awam. Ini menyebabkan rakyat marah kepada penganjur kerana tidak menghormati bulan Ramadhan dan ini bukan musim pilihan raya. 

Hakikatnya, Pakatan Pembangkang tidak menghormati bulan Ramadhan ini seharusnya mereka menggunakan waktu ini untuk bertaubat kepada Allah swt.

Sumber: Wira Kenyalang

PS: Dengar-dengar cerita, Lajim & Wifred tak tersenarai sebagai calon PRU ke 13 klak, patut ler melompat yer..Toiiink!

-UnReportedNews™®



Monday, 6 August 2012

KELUAR PARTI KERANA AGENDA TERSENDIRI

-BN SABAH ADALAH LANDASAN & PLATFORM YANG TERBAIK UNTUK MENYAMPAIKAN PEMBANGUNAN & BANTUAN KEPADA RAKYAT .. BETUL3, PENDEKATA, PEMBANGKANG NI PANDAI MENYALAK JE, GIGI TARAK! KEKEKE!-

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata tindakan dua pemimpin berhenti parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) baru-baru ini mungkin disebabkan mereka mempunyai agenda mereka sendiri.

"Jika mereka mempunyai agenda peribadi (dalam berhenti BN), ia adalah hak mereka dan sekiranya orang yang tidak bersedia untuk bersama kami dalam BN lagi, 'kita Biarkan saja si Luncai terjun dengan labunya' (kami hanya membiarkan Luncai terjun ke dalam sungai dengan labu)," katanya, merujuk kepada cerita dongeng Melayu lama.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka-puasa-dengan pemimpin Umno dan ahli-ahli dari Zon 5 yang terdiri daripada Kinabatangan, Beluran, Libaran, Batu Sapi dan bahagian Sandakan, di sini, semalam.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Lajim Ukin meletakkan semua jawatan dalam Umno dan BN, manakala Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bumburing juga meletak jawatan daripada jawatannya di United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKMO).

Musa yang juga ketua perhubungan Umno Sabah, berkata beliau menerima perletakkan jawatan kedua pemimpin terbabit dari aspek mereka berdua tidak mahu lagi menjadi sebahagian daripada BN.

Beliau berkata tindakan mereka tidak akan menjejaskan BN Sabah, terutama dalam persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.


"Ini adalah kerana BN Sabah pada landasan yang betul dalam perjuangan, terutamanya dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan membawa pembangunan ke negeri itu. Ini dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai program seperti Rakyat Bantuan 1Malaysia untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat."

Musa berkata kerajaan BN tidak ikhlas dalam perjuangan untuk rakyat dengan memenuhi janji yang dibuat kepada mereka.


-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List