Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts

Saturday, 6 December 2014

KM Janji Wakil Rakyat SPDP Baru Dalam Kabinet Sarawak Selepas Rombakan


Satu rombakan Kabinet negeri akan dibuat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 nanti dan beberapa orang wakil rakyat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang baru dijangka akan disenaraikan di dalam Kabinet negeri.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Haji Adenan Satem dalam ucapannya berjanji akan menyenaraikan beberapa orang wakil rakyat di dalam Kabinet Negeri setelah mengadakan rombakan kabinet selepas PRN Sarawak ke-11 nanti.

Adenan, yang juga Pengerusi BN Negeri berkatan demikian dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali SPDP di Bintulu hari ini.

"Jawatan Kabinet tidak boleh diberikan kepada wakil-wakil SPDP sekarang kerana wakil rakyat yang bersama-sama dengan SPDP telah meninggalkan untuk menyertai parti lain."

Dalam PRN Sarawak ke-10 yang lepas, SPDP bertanding lapan kerusi dan memenangi enam, iaitu Bekenu, Tasik Biru, Marudi, Batu Danau, Pakan dan Meluan sementara tewas dalam pertandingan di Ba'Kelalan dan Krian.

Lima daripada wakil rakyat, iaitu Hajah Rosey Yunus (Bekenu), Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Gumbang (Batu Danau) dan Tan Sri Datuk Seri William Mawan (Pakan), yang juga bekas Presiden SPDP telah menyertai parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) manakala Wong Judat (Meluan) menyertai parti Pekerja Sarawak (SWP). 

Hampir semua bekas wakil rakyat SPDP (kini Teras) memegang jawatan dalam Kabinet Sarawak sekarang.

Baru-baru ini, Presiden Teras Tan Sri Datuk Seri William Mawan telah membuat permohonan agar Teras menyertai BN pusat.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden BN dan Pemangku Presiden SPDP Datuk Seri Tiong King Sing.

-UnReportedNews™®

Wednesday, 13 August 2014

TERKINI: PAS SELANGOR JANGAN TERPERDAYA DENGAN PROPAGANDA TENTANG ADANYA EXCO UMNO


Perkuatkan Melayu Islam di Selangor, jaga kebajikan rakyat, itulah yang harus diberi tumpuan kini dan jangan terpedaya dengan muslihat PKR dab DAP yang mengingini kerjasama PAS-BN membentukkan kerajaan perpaduan di Selangor tidak berjaya.

Kenyataan Exco PAS Sallehin Mukhyi kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam iaitu "PAS akan keluar daripada barisan exco sekiranya kerajaan Selangor memilih ADUN daripada Umno untuk menjadi exco" mungkin kerana kekhuatirannya disebabkan propaganda mengenai ADUN UMNO juga bakal di lantik sebagai EXCO-EXCO Selangor oleh pihak-pihak tertentu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lepas telah memberi jaminan yakni Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tanpa sebarang syarat.

"Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor," katanya.

Dalam perkara ini, BN nyata memberi keutamaan kepada kebajikan dan masa depan rakyat Selangor maka PAS harus mengenepikan sifat ego, lupakanlah sejenak ketidaksamaan fahaman politik untuk kebaikan rakyat negeri Selangor.

"BN ikhlas memberi sokongan kepada Khalid demi memastikan kebajikan rakyat di negeri Selangor terus terbela dan 12 Adun Selangor daripada BN akan memberi sokongan kepada Khalid jika satu usul undi tidak percaya terhadap Khalid dibentangkan di DUN Selangor," Muhyiddin memberi jaminan.

"Sokongan kita tidak bersyarat. Kita pun tak tahu apa yang kita dapat. Kita cuma nak melihat kerajaan negeri stabil dan bagi kerajaan BN peringkat pusat, Adun kita yang 12 akan menyokong jika ada undi percaya dan sebagainya untuk Khalid kekal sebagai MB,” katanya lagi.

Dalam ertikata lain, soal agar ada EXCO dari kalangan ADUN UMNO dilantikkan sebagai balasan sokongan BN tidak timbul dan PAS harus bijak menilaikan siapa kawan dan siapakah sebenarnya lawan dalam isu MB Selangor! Janganlah terperdaya lagi dengan mereka-mereka yang telah nyata acap kali memperdayakan anda sebelum ini!!!

-UnReportedNews™®

Wednesday, 25 June 2014

BN SERAH KEPADA KETUA MENTERI SELESAIKAN ISU TERAS


KUCHING: Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat menyerahkan kepada Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem menyelesaikan isu berkaitan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata demikian menambah, formula penyelesaian itu kelak hendaklah tidak menjejaskan kekuatan BN di Sarawak.

“Kita serahkan atas kebijaksanaan Ketua Menteri selaku pengerusi BN Negeri dengan mengambil kira situasi dan keadaan yang kita tahu agak sensitif.

“Apapun keputusan (kelak) tidak akan menjejaskan kedudukan BN, sebaliknya ia memperkuatkan BN,” katanya pada sidang media selepas bermesyuarat dengan barisan kepimpinan BN Negeri di sini, semalam.

Isu TERAS yang ingin menyertai BN merupakan antara topik dibincangkan Muhyiddin menerusi mesyuarat yang dihadiri Adenan, Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing, Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin dan Setiausaha Agung SPDP Datuk Nelson Balang Rining.

Menurut Muhyiddin, Adenan dalam mesyuarat itu meminta sedikit masa untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Apa formula dan apa keputusan (dicapai kelak) kita yakin ia akan kita selesaikan dalam semangat atau kerjasama dalam BN,” katanya.

TERAS merupakan parti yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Ogos 2013 dan dijadikan platform baharu bagi beberapa wakil-wakil rakyat daripada SPDP dan SUPP yang mengalami krisis dalaman.

Susulan penyertaan itu pemimpin-pemimpin SPDP, SUPP dan PRS menyatakan bantahan mereka terhadap permohonan TERAS yang ingin menyertai BN.

Antara yang menyertai TERAS ialah bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom (Ahli Parlimen Saratok dan ADUN Pakan) dan bekas Pengerusi SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan).

Selain dua pemimpin kanan itu, TERAS juga dianggotai wakil rakyat daripada SPDP merangkumi Datuk Peter Nansian Ngusie (ADUN Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie Muran (ADUN Marudi), Paulus Palu Gumbang (ADUN Batu Danau) dan Rosey Yunus (ADUN Bekenu).

SUPP terdiri daripada Datuk Dr Jerip Susil (ADUN Bengoh), Ranum Mina (ADUN Opar) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (ADUN Engkilili.

Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang juga ADUN Pelagus George Lagong turut menyertai parti itu.

Bagaimanapun, pemimpin SUPP, SPDP dan PRS menentang cubaan TERAS untuk menyertai BN.

Kumpulan wakil rakyat tersebut mengumumkan keluar daripada parti masing-masing dan menyertai TERAS pada 15 Mei lalu. (sumber)

-UnReportedNews™®

Tuesday, 24 June 2014

JENTERA BN SARAWAK SUDAH SIAP SEDIA UNTUK PILIHAN RAYA NEGERI!


KUCHING: Jentera Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi apa jua perubahan politik dan juga pilihan raya negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya pelbagai isu berkaitan pilihan raya negeri dibincangkan pada sesi taklimat beliau dengan jentera BN Sarawak pada Selasa, antaranya soal berkaitan projek-projek pembangunan yang dijanjikan buat negeri, pendaftaran pemilih, dan juga tanah adat pribumi (NCR).

Beliau berkata sejak berlalunya pilihan raya negeri Sarawak yang lepas pada 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri telah mengumumkan peruntukan yang menjangkau lebih RM3 bilion bagi pelbagai projek pembangunan untuk dilaksanakan di Sarawak.

"...arahan hari ini adalah supaya segala projek yang diumumkan akan kita laksanakan selaras dengan (konsep) janji ditepati. Kalau ada isu-isu berkaitan tapak, kontraktor dan hal-hal tertentu peringkat negeri, ia akan diselesaikan sebelum pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam sidang media selepas menghadiri taklimat berkenaan di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Timbalan Perdana Menteri berkata selain itu beberapa jadual lawatan beliau dan juga Perdana Menteri sudahpun disusun oleh kepimpinan BN Sarawak, bagi membolehkan mereka memantau sendiri masalah-masalah yang dihadapi penduduk kawasan tertentu.

Mengulas prestasi BN dalam menunaikan janji- janjinya di Sarawak, Muhyiddin berkata melihat kepada keadaan sekarang, prestasinya cukup baik, namun apa yang penting adalah segala yang diumumkan itu mesti disempurnakan dalam tempoh sekitar dua tahun akan datang.

Menurutnya banyak projek diumumkan secara berperingkat, pada skala yang pelbagai, dan ia perlu diteliti satu persatu.

Muhyiddin berkata selain itu pada 30 Julai ini, Petronas akan memberikan taklimat terperinci kepada kerajaan negeri berhubung pelbagai projek yang dilaksanakan syarikat berkenaan, termasuk tentang hasil minyak negara, perbelanjaannya dan isu berkaitan.

Merujuk kepada isu parti baharu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) yang ditubuhkan beberapa wakil rakyat Sarawak daripada BN, Muhyiddin berkata perkara itu sudah dibincangkan beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Perdana Menteri sendiri sudah mengambil maklum mengenainya.

"Setakat ini kita serahkan kepada kebijaksanaan Ketua Menteri (Sarawak) selaku Pengerusi BN Sarawak (untuk menanganinya), dengan mengambil kira situasi yang sensitif mengenainya.

"Tapi yang penting adalah memastikan bahawa apapun yang timbul nanti tidak akan menjejaskan kedudukan BN," katanya dan menambah Adenan memerlukan sedikit masa lagi untuk menangani isu berkenaan. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Friday, 20 June 2014

NAJIB ANGGAP LAPORAN MUHYIDDIN BERUNDUR SEBAGAI "REKAAN POLITIK"


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata laporan media sosial bahawa timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur daripada kabinet hanyalah 'rekaan politik' pihak tertentu.

Najib berkata ini kerana beliau mempunyai hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan timbalannya itu.

"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa mendukung dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa saya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Najib berkata sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) pula, Muhyiddin sentiasa bersama-sama dalam segala usaha memperkukuh dan memantapkan perjuangan Umno dan BN dan ini merupakan satu usaha berterusan dan masih banyak perlu dilakukan antara beliau dan Muhyiddin.

"Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN," katanya.

Laman blog dan media sosial melaporkan kemungkinan Muhyiddin berundur bagi memberi perhatian kepada usaha memulihkan Umno.

Ia juga timbul berikutan desas-desus rombakan Kabinet yang mungkin dilakukan Perdana Menteri khususnya untuk membawa masuk pemimpin daripada parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.

Bagaimanapun semalam, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmatnya diperlukan dan memberitahu setakat ini tidak ada apa-apa perkara dibangkitkan berhubung kedudukannya itu. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Saturday, 15 March 2014

PENGUMUMAN CALON BN PADA #PRKBALINGIAN

Barisan Nasional (BN) telah menyandarkan harapan kepada Yussibnosh Balo sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada 29 Mac ini.

Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam di satu majlis yang di adakan di Dewan Suarah Mukah sebentar tadi.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bekas Pegawai Daerah Dalat, Yussibnosh Balo, 47, dalah anak tempatan yang berasal dari Kampung Tellian Tengah, Mukah.

Pemilihan Yussibnosh yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di ranting kampung kelahirannya dilihat memenuhi 'Konsensus 1963' yang menentukan hala tuju politik etnik Melanau di Parlimen Mukah, selain DUN Balingian dan DUN Dalat.

"Pemilihan calon berkretiria beragama Kristian ini adalah juga telah ditekankan oleh pemimpin agung Sarawak, mantan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib mahmud sebelum beliau mengundur diri dan di lantik sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak."

"Pehin Sri menunjukan keperihatinan dan berpesan agar kerajaan negeri memenuhi janji yang sekurang-kurang seorang pemimpin di kawasan tersebut mesti dari golongan mereka yang beragama Kristian."


Dengan perkembangan ini, Muhyiddin yakin pemilihan Yussibnosh sekali gus menamatkan ketidakpuasan hati banyak pihak berikutan wujudnya cadangan nama-nama dari luar kerangka politik PBB Cawangan Balingian.

Pemilihan Yussibnosh sekaligus mengakhiri teka-teki mengenai calon pengganti bagi kerusi DUN Balingian sejak dikosongkan penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 28 Februari lalu berikutan keputusannya berundur dari arena politik dan pentadbiran kerajaan sebelum dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7.

Muhyiddin sebelum itu, yang turut diiringi Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem merangkap Pengerusi BN Sarawak: Setiausaha Agung BN Pusat, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengikuti taklimat ringkas persiapan jentera pilihan raya BN negeri, juga di lokasi sama.

Yossibnosh dalam ucapan ringkasnya berterimakasih kepada pucuk pimpinan serta merasa berbangga kerana dipilih sebagai calon BN pada PRK Balingian.

"Saya selama ini berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat (sebagai Pegawai Daerah) namun kini (sekiranya memenangi PRK Balingian nanti) akan berkhidmat di atas platform yang lain (sebagai wakil rakyat) dan sudah pastinya saya akan meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat."  

Turut kelihatan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Muhammad Leo Toyad sebagai Pengarah Pilihan Raya BN DUN Balingian atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Mukah.

Pada minggu lepas, SPR telah memutuskan tarikh penamaan calon yang akan bertanding di PRK Balingian ditetapkan pada 17 Mac sementara pengundian awal dijadual akan diadakan pada 29 Mac.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 pada April 2011 telah menyaksikan Pehin Sri Taib menang bergaya dalam pertandingan tiga-penjuru dengan mengalahkan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah (PKR) dengan majoriti 5,154 undi (Salleh-1,056 undi dan Suriati-871 undi).

Fakta-fakta berkaitan dengan Balingian:

-terdapat 21 Daerah mengundi (39 saluran)
-berkeluasan 1,384 kilometer persegi
-majoriti bumiputera (Melanau & Iban)
-rangkuman projek SCORE
-jalanraya meliputi 90 peratus
-terkenal dengan perusahaan sagu
-terdapat sebanyak 68 buah rumah panjang
-63 kawasan perumahan dan kampung
-terdapat Melanau melayu, Melanau Kristian dan Melanau Liko

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 July 2013

PRK KUALA BESUT: CALON BN HANYA ORANG BIASA!

-TENGKU ZAIHAN, ANAK KELAHIRAN KAMPUNG NAIL, KUALA BESUT BERKELULUSAN IJAZAH SARJANA MUDA KEJUTERAAN AWAM, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA NEKAD AKAN MEMBELA NASIB RAKYAT SEKIRANYA TERPILIH MENJADI WAKIL DUN KUALA BESUT NANTI. INSYAALLAH.-

Calon BN untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berazam berkhidmat penuh dedikasi dan meneruskan khidmat bakti Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar sekiranya diberikan mandat oleh penduduk Kuala Besut.

"Walaupun nama saya bermula dengan Tengku, saya pun orang biasa juga...saya sudah biasa bersama penduduk di Kuala Besut," kata Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas diumumkan sebagai calon BN, Selasa.

Selepas lebih lima tahun berkhidmat di Kuala Besut sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Besut dan kemudiannya 10 tahun di JPS Putrajaya, katanya beliau sudah biasa berhadapan dengan masyarakat khasnya penduduk kampung di Kuala Besut.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon BN, beliau menyifatkan pilihan raya kecil itu sebagai "pilihan raya kecil yang besar".

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya (dipilih menjadi calon) demi rakyat Kuala Besut," katanya.

Bernama melaporkan Tengku Zaihan, 37, anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut dan anggota Umno Cawangan Seri Seratus diumumkan sebagai calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah PRK Kuala Besut di hadapan kira-kira 5,000 anggota jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Dataran Kuala Besut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh mengundi untuk PRK Kuala Besut yang mempunyai 17,683 pengundi dan 12 Julai sebagai tarikh penamaan calon.

Kekosongan DUN Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

Tengku Zaihan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata beliau akan berusaha membela nasib rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat DUN itu nanti.

Anak veteran Umno Kuala Besut itu dikatakan mempunyai ciri pemimpin berwibawa dan telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan Kuala Besut ketika berkhidmat sebagai jurutera JPS Daerah Besut. (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 15 April 2013

PRU-13 TERKINI: EMPAT PRESIDEN PARTI KOMPONEN BN SAH TIDAK AKAN BERTANDING!

-KESEMUA MEREKA MENYATAKAN PENDIRIAN TIDAK AKAN BERTANDING DALAM PRU-13 KERANA INGIN MEMBERI LALUAN KEPADA MUKA BARU! POK NIK, KIT SIANG & MEREKA-MEREKA YANG "SEUSIA-SEBAYA" TAHAP NYANYUK PATUT MENCONTOHI AMALAN MULIA SEBEGINI DARI MERAPU MEROYAN TAK TENTU PASAL! KEKEKE!!!-

Empat presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) sah tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

Tiga daripadanya iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)Datuk Seri Peter Chin Fah Kui masing-masing terlebih dahulu menyatakan pendirian tidak bertanding bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Chua Soi Lek -MCA
Peter Chin - SUPP
Terkini, Bernama melaporkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas juga tidak akan bertanding berdasarkan senarai calon PRU13 parti itu yang diumum pada Isnin.

Pada pilihan raya umum kali ini, PPP akan bertanding di satu kerusi Parlimen iaitu di Kepong (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

M. Kayveas -PPP
Koh Su Kun -Gerakan
Kayveas yang ditemui pemberita kemudiannya berkata, kerusi Parlimen Kepong akan ditandingi Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan, Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai (DUN Kota Laksamana), Bendahari PPP Perak Kerk Guan Chuan (DUN Pasir Bedamar) dan Naib Presiden PPP Datuk Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff di DUN Manik Urai.

DUN Kota Alam Shah akan ditandingi sama ada Datuk Maglin Dennis D'Cruz atau seorang lagi calon yang sudah dikenal pasti. Barisan Nasional terdiri daripada 13 parti komponen. 

PENGUMUMAN SENARAI CALON PRU-13 PARTI KOMPONEN BN MULAI ESOK!

Dalam perkara berkaitan, Pengerusi Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan Umno akan mengumumkan senarai calonnya untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) esok, sementara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, mulai hari ini.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata pengerusi BN negeri-negeri akan menyampaikan surat watikah pencalonan kepada calon-calon BN di negeri masing-masing pada Selasa.

Beliau berkata pemilihan calon telah melalui proses yang panjang, meliputi banyak rundingan dengan parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri, selain mengambil kira sentimen dan jangkaan pengundi untuk melihat perubahan dalam barisan calon BN.

"Senarai calon BN ini merupakan barisan yang pada hemat saya terbaik yang mampu kita sediakan," katanya yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas menyerahkan surat watikah Pencalonan dan Aku Janji BN kepada presidenparti-parti komponen dan pengerusi BN negeri-negeri di sini hari ini. 

Sementara itu, pengerusi BN negeri-negeri yang ditemui selepas majlis itu enggan mendedahkan apa-apa sebaliknya memaklumkan senarai calon BN untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) akan diumumkan pada Selasa di setiap negeri. 

Sebelum itu Najib telah memberi bayangan iaitu 31 peratus calon BN pada PRU-13 adalah mereka yang daripada kumpulan profesional dan ulama.

"BN cuba melakukan secara inklusif dan yakin barisan yang ditampilkan mampu memberi saingan hebat pada parti lawan dan kita cuba lakukan secara inklusif di peringkat Parlimen yang mana sebanyak 91 peratus calon memiliki Diploma ke atas."

"Kita punya pelbagai kategori penyertaan calon, 31 peratus datang daripada golongan profesional seperti profesor, Pegawai Tadbir Diplomatik dari agensi kerajaan, doktor, peguam dan ulama," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen dan pengerusi BN negeri di Menara Dato Onn siang tadi.

"Selain daripada kumpulan itu, pihaknya turut membariskan calon yang popular di peringkat akar umbi dan bukan semua akan sertai kabinet jadi penentuannya adalah kebolehan untuk jadi calon pemimpin akar umbi," katanya lagi.

Ketika ditanya adakah itu senarai yang telah dimuktamadkan, beliau berkata, ini senarai (calon) yang terakhir, saya harap tiada yang berubah, daripada mereka yang tercalon, kami cuba berikan yang terbaik.

"Umumnya, saya yakin ini pasukan BN yang terkuat kita tampilkan. Inilah pasukan yang boleh penuhi aku janji manifesto BN. Saya juga berusaha tampilkan inklusif sebanyak mungkin," katanya.

-UnReportedNews™®

SURAT TAULIAH CALON-CALON BN DALAM PRU-13 SUDAH DISERAH!

-SATU PERTIGA DARIPADA BARISAN CALON-CALON AHLI PARLIMEN BN YANG AKAN BERTANDING ADALAH MUKABARU SEMENTARA HAMPIR SEPARUH DARI CALON-CALON PERINGKAT DUN JUGA AKAN DIBARISI OLEH MUKA-MUKA BARU YANG DIPERCAYAI DAPAT MEMENUHI KEHENDAK & ASPIRASI RAKYAT MASAKINI!-

Najib menyerahkan surat watikah dan aku janji calon BN kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebelum penamaan calon PRU-13.-TheStar
Barisan Nasional (BN) akan menampilkan 33% muka baru di kerusi Parlimen manakala 49% di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik mStar sebagai berkata calon yang tersenarai adalah mereka yang dapat memenuhi akujanji yang terdapat dalam manifesto BN.

"Senarai calon BN ini pada hemat saya adalah barisan terbaik yang mampu kita sediakan untuk memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

"Pemilihan calon kali ini telah melalui proses yang panjang kerana banyak rundingan dengan parti kompenan dan pengerusi BN negeri," katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah dan senarai calon kepada pemimpin parti komponen BN dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri di Menara Dato Onn di sini pada Isnin.

Beliau berkata mengikut jadual senarai calon parti komponen BN akan diumumkan oleh pimpinan masing-masing pada Isnin atau Selasa.

Sementara itu, menurut Najib, calon Umno akan dirangkum dan diumumkan secara serentak oleh Pengerusi BN negeri masing-masing.

Mengulas lanjut Najjb yang juga Presiden Umno berkata pemilihan senarai calon kali ini dibuat dengan mengambil kira sentimen dan aspirasi pengundi.

Najib dijangka akan menyerahkan surat tauliah calon parti itu yang mengandungi nama setiap calon bagi 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam PRU-13 kepada pengarah pilihan raya BN negeri pada satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada hari ini.

Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman calon-calon itu sama ada pada Isnin atau Selasa ini.

Najib menyerahkan surat watikah dan aku janji calon BN PRU-13 kepada Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.-TheStar
Sementara itu, semua mata kini tertumpu kepada senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan diumumkan serentak di 14 negeri pada Selasa di mana perhatian lebih diberikan kepada calon di Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Bagi Selangor dan Kedah yang cuba dirampas kembali BN selepas tewas kepada Pakatan Rakyat pada 2008, senarai itu akan mengenal pasti calon Menteri Besar negeri tersebut sekiranya BN menang.

"Selangor akan menyaksikan perubahan besar. Pada perkiraan terakhir, bilangan calon baru adalah kira-kira 70%. Itu hanya melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Untuk senarai calon kerusi Parlimen di Selangor, perubahan boleh jadi 60% atau lebih besar," kata sumber dalaman parti pada Ahad.

Sumber berkata, jika BN menawan semula Selangor, sudah pasti calon Menteri Besar adalah seseorang yang baru dan tidak dikenali ramai.

Tiga calon pilihan untuk jawatan itu adalah Naib Ketua Umno Bahagian Tanjung Karang, Datuk Shamsuddin Rais, Ketua Umno Bahagian Subang Dr Bushro Mat Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Seri Subahan Kamal.

Bagi Kedah, sumber BN yakin terhadap prestasi parti itu di negeri tersebut kerana kerajaan PAS yang menerajui negeri itu dilihat dalam keadaan kucar-kacir ekoran masalah dalaman parti.

Sementara itu, tiga calon pilihan bagi jawatan Menteri Besar Kedah adalah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Latt Shariman Abdullah yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah.

"Malah di Kedah, bilangan muka-muka baru adalah kira-kira 50% tetapi kebanyakan mereka akan bertanding di kerusi Parlimen," kata seorang pemimpin BN.

Tidak ketinggalan, Johor turut akan mempunyai Menteri Besar baru tanpa mengira apa jua keputusan pertemuan di antara Datuk Abdul Ghani Othman dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walaupun Pakatan Rakyat menyatakan hasrat untuk merampas kubu kuat BN di Johor, BN dijangka akan mempertaruhkan senarai calon hebat untuk kekal berkuasa di negeri itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dikatakan sebagai calon pilihan untuk menggantikan tempat Ghani.

Sumber berkata, kira-kira 300 calon BN pada pilihan raya umum 2008 akan digugurkan kali ini.

Najib yang juga Pengerusi BN akan menyerahkan surat tauliah calon parti itu kepada Pengarah Pilihan Raya BN negeri dalam satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Isnin.

Pengarah setiap negeri kemudiannya akan menyerahkan surat tersebut kepada calon-calon untuk kerusi Parlimen dan DUN di negeri masing-masing.

-UnReportedNews™®

Saturday, 16 March 2013

PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU DI LAHAD DATU DIKAITKAN DENGAN TOKOH PEMBANGKANG FILIPINA

-SETIAUASAHA PERTAHANAN FILIPINA MENDAKWA TELAH MENDAPAT BEBERAPA BUKTI BERHUBUNG INSIDEN TERSEBUT & MALAYSIA  AKAN MENGGUNAKAN SALURAN DIPLOMATIK UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG SAMA NAMUN YANG LEBIH PENTING ADALAH JIKA IANYA ADA HUBUNGKAIT DENGAN PIHAK NEGARA INI!-

Muhyiddin ketika lawatannya ke Lahad Datu, Sabah tempoh hari
Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lalu. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipetik Berita Harian Online sebagai berkata beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina menemui beberapa bukti berhubung insiden itu. 

"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana. 

"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media di Kompleks Sukan Pagoh di Muar Johor, sebentar tadi. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Voltaire semasa pertemuannya bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, Khamis lalu. 

Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit mengikut peruntukan undang-undang di negara itu. 

"Namun yang penting kita juga hendak tahu jika ia ada hubung kait dengan orang di sini (Malaysia)... itu saya tidak pasti. Tetapi jika kita sudah ada laporan itu, kita akan tahu kedudukan sebenar. 

"Ini kerana kita tahu kumpulan yang menceroboh itu bukan ada keupayaan tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, dia guna senjata moden," katanya.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan ada pihak yang membiayai dan mendalangi pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina itu. 

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, jika benar terdapat pihak di negara ini yang turut sama mendalangi kejadian pencerobohan itu, kerajaan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada. 

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

Saturday, 9 February 2013

GABUNGAN PSY & LIM GUAN ENG DALAM PERSEMBAHAN SAMBUTAN CNY PULAU PINANG?

-DIKHABARKAN PSY DAH BERSETUJU NAK MELANGSUNGKAN PERSEMBAHAN SAMBUTAN CNY DI PULAU PINANG HARI ISNIN NI, SYABAS BN PULAU PINANG TAPI LAIN HAL PULAK SI APEK TUA NI YANG MEMBUAT "PERSEMBAHAN LAKONAN DRAMA KING"NYA .. TAK LAKU LAH APEK OI! KEKEKE!!!-


Ketua Menteri Lim Guan Eng meluahkan perasaan dukacita dengan kenyataan Timbalan Pendana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan saranannya supaya rakyat memakai baju warna tertentu untuk menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) pada 11 Februari ini adalah satu kerja bodoh. 

Kononnya kesal dengan serangan peribadi Muhyiddin yang didakwanya menggunakan bahasa kurang sopan dan "tidak senonoh", Guan Eng dengan rendah diri pada sidang media di pejabatnya mengakui yang dia enggan membuat serangan peribadi (seperti) dibuat Timbalan Perdana Menteri khususnya berkaitan persembahan artis porpular Korea, Psy pada hari Isnin ini. 

Beberapa hari sebelum itu, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan menyifatkan gesaan Guan Eng  meminta rakyat memakai baju mengikut warna dalam maksud tertentu pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang, dijadualkan diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang diakibatkan dorongan keghairahan politiknyayang melampau dan sengaja menyusahkan rakyat.

“Saya tidak pernah mendengar perkataan bodoh dilemparkan Muhyiddin ketika membuat lawatan negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Kedah, Kelantan dan Selangor," katanya lag sambil menambah biarlah rakyat sendiri menilaisendiri "serangan peribadi" dan pengunaan perkataan "bodoh" oleh Timbalan Perdana Menteri itu.

Kekeke! Empat perenggan di atas ini aku ambil dan edit dari petikan akhbar mengenai "keluhan" si Apek Guan Eng beberapa hari lepasso Pandai betul si Apek rasis ni berdrama nak mintak simpati kan? Manalah orang nak percaya manusia sebongkak dan sesombong engko ni boleh "merasa sedih" dek di tegur sikit macam tu jer. Sebenarnya si Apek tua ni merasa hiba sebab Psy setuju nak mengadakan persembahan Sambutan CNY di Pulau Pinang Isnin ni kan?

Menurut laporan BERNAMA, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan gesaan Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri, adalah satu perbuatan 'bodoh'.

Katanya Guan Eng seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.

Beliau berkata sebagai pemimpin negeri,Guan Eng seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.

"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan...mungkin niat dia (Guan Eng) tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang yang mengunjungi majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN negeri pada 11 Feb nanti yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.

Kata Guan Eng kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata majlis Tahun Baharu Cina adalah untuk menyambut semangat tahun baharu serta menekankan keriangan dan perpaduan, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang hanya berminat untuk berpolitik sahaja.

Katanya begitu juga jika DAP menganjurkan majlis rumah terbuka, ia tidak akan diganggu oleh penyokong BN kerana mereka ada hak untuk menganjurkannya.

"Kalau itu tak boleh, ini tak boleh apa maknanya CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus)...tak ada makna bagi kita," katanya.

Mengenai perbelanjaan membawa artis dari luar negara bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan ia adalah tajaan pihak swasta.

Majlis sambutan itu di padang Sekolah Han Chiang akan dimeriahkan dengan persembahan PSY, artis Korea Selatan yang popular dengan Gangnam Style.

PS: Memang bodoh pun kerja suruh rakyat pakai baju tiga kaler! Sengaja nak bagi "syarat tambahan" menyusahkan rakyat je tu! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Monday, 28 January 2013

JAMINAN KEMENANGAN MAJORITI DUA PERTIGA DI SARAWAK PADA PRU-13

-KEYAKINAN TERSEBUT ADALAH HASIL KOMITMEN DITUNJUKKAN OLEH AHLI-AHLI PARLIMEN BN SARAWAK YANG BEKERJA KERAS MEMBAWA PELBAGAI PEMBANGUNAN, KEMUDAHAN & PROJEK-PROJEK "MESRA-MASYARAKAT" DISEPANJANG PENGGAL INI! PASTINYA PEMBANGKANG KINI MENGIGIT JARI KERANA SELAMA INI MEREKA HANYA MENJAJA AIR LIUR KE SANA SINI BERPOLITIK! KEKEKE!!!-

 
Perlaksanaan pembangunan, penyediaan infrastruktor dan kemudahan, pengagihan bantuan dan pelbagai variasi program khususnya buat rakyat negeri ini yang telah diimplimentasikan secara konsisten oleh kerajaan BN, baik pada peringkat negeri mahupun pusat selama ini diyakini mampu menjadi pemampan memberi kemenangan majoriti dua pertiga di Sarawak dalam PRU ke-13 nanti.
 
Keyakinan untuk mempertahan dan mengekalkan BN Sarawak sebagai kerajaan negeri digambarkan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadiri sesi mesyuarat peringkat BN Sarawak yang telah diadakan di ibupejabat PBB di Jalan Bako di sini semalam.
 
Menurut sumber dalaman, antara topik-topik panas dan menarik yang telah dibincangkan sewaktu mesyuarat tersebut yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kanan ketiga-tiga parti komponen BN Sarawak; PRS, SUPP dan SPDP adalah memastikan "kemenangan bergaya" dengan memastikan, "Tiada masaalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga!"
 
Terdahulu, Muhyiddin, yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia yang sedang dalam lawatan jangkakerja selama tiga hari di sini bermula dari semalam nyata amat berpuashati dengan sesi "briefing" mengenai perkembangan terkini di Sarawak yang juga turut dihadiri kabinet menteri negeri.
 
Berbanding dengan PRU ke-12 (2008), ternyata, BN Sarawak kali ini bersungguh-sungguh serta komited dengan begitu nekad dalam usaha mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU ke-13 nanti untuk mendapatkan kemenangan mutlak. Ianya jelas dilihat dari perlaksanaan projek-projek pembangunan dan socio-ekonomi diimplimentasikan menerusi perancangan ang begitu teliti secara intensif.
 
Tahniah buat BN Sarawak diatas kesungguhan yang ditunjukkan dan semoga semangat tersebut akan dapat disinambungankan secara berpanjangan untuk Sarawak terus kekal menjadi fix-deposit" BN pada setiap musim Pilihanraya, baik diperingkat negeri mahupun Umum.
 
Pandangan peribadi UnReportedNews™® ke atas keikhlasan yang diperlihatkan oleh kerajaan BN Sarawak dibawah pimpinan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk menempah kemenangan agar terus menerajui Kerajaan Malaysia seharusnya dihargai oleh Kerajaan BN Pusat dengan menunjuk keikhlasan mereka dengan melantik lebih ramai lagi pemimpin atau Ahli Parlimen dari Sarawak memegang portfolio Menteri mahupun Timbalan Menteri dalam penubuhan kabinet Kerajaan Malaysia kelak.
 
Kerajaan BN Pusat seharusnya peka dengan keadaan negeri Sarawak dan permasalahan yang dihadapi kerajaan negeri dari semua aspek sebagai contohnya untuk mentakbirkan sebuah negeri yang mempunyai keluasan seluas Sarawak serta keadaan landskapnya yang "tidak-mesra-logistik-darat" dan taburan penduduk dihampir seluruh pelusuk negeri, Sarawak seharusnya juga mendapat peruntukan yang lebih besar lagi untuk segala urusan pentadbiran untuk memastikan sokongan rakyat Sarawak kepada BN berterusan.

-UnReportedNews™®

Tuesday, 8 January 2013

BR1M AKAN DIJADIKAN PROGRAM TAHUNAN KERAJAAN?

-SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH, RAKYAT AKAN TERUS MENIKMATI BR1M & JIKA KEADAAN MENGIZINKAN, TIDAK MUSTAHIL NILAI BR1M (RM500)AKAN DINAIKKAN KE RM1,000! WOW!-

A photo on Flickr


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan terus dinikmati oleh rakyat selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jumlah bantuan RM500 sekarang yang diberikan kepada setiap ketua isi keluarga berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan juga mungkin akan ditambah sekiranya negara mempunyai pendapatan yang amat baik.

"Kalau kita doakan BN menang lagi. BRIM 3, BR1M 4, BR1M 5, BR1M 6 dan selama-lamanya. Mungkin kalau kerajaan BN berkuasa lagi semula dengan pendapatan yang baik hasil pungutan cukai kita sampai RM125 bilion melimpah ruah dalam tabung Perdana Menteri, kalau kita minta naik pun, saya fikir boleh dipertimbangkan kalau tidak banyak pun dari RM500 ke RM1,000.

"Kemungkinan ini tidak mustahil kerana siapa pernah menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberikan rakyat BR1M sebelum ini," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri lebih 10,000 orang di padang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini semalam.

Dalam ucapannya, Muhyiddin juga berkata, tiada sebab untuk rakyat menyokong pakatan pembangkang kerana kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan BN telah melakukan pelbagai perkara untuk membela nasib rakyat dan menentukan negara terus maju serta membangun.

Beliau berkata, kerajaan BN bukan sekadar membela rakyat dengan kata-kata tetapi melaksanakannya melalui pelbagai inisiatif termasuk subsidi yang besar untuk barang keperluan, bantuan sara hidup dan kawalan harga barang serta menetapkan gaji minimum.

Katanya, tiada negara di dunia ini yang melakukan seperti apa yang dibuat oleh kerajaan BN bagi membela nasib rakyat negara ini.

"Sebab itu, kalau semua sudah elok, sudah tersusun dan terancang. Ekonomi berkembang baik sedangkan banyak negara kaya lain sudah bankrap tetapi kita ada pertumbuhan lima peratus.

"Kalau ekonomi sudah elok, perniagaan terus berjalan, tidak ada pergaduhan, rakyat berpendapatan baik dan tidak ada isu serta masalah besar, apa hal kita hendak menyokong pembangkang," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List