Showing posts with label James Masing. Show all posts
Showing posts with label James Masing. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

PRS, SPDP & SUPP MENENTANG TERAS SERTAI BN, PBB?!


Impian Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) untuk menyertai Barisan Nasional (BN) pasti menemui ‘jalan mati’.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing yang memberitahu, tiga daripada empat parti komponen BN di negeri ini tidak menyokong parti itu menyertai BN.

“PRS, SPDP dan SUPP menentang TERAS menyertai komponen BN dan hanya PBB yang belum membuat kenyataan secara umum mengenai perkara ini.

“Bagaimanapun, untuk menjadi komponen BN ia memerlukan 100 peratus persetujuan semua pihak (parti komponen lain), namun permohonan TERAS untuk menyertai BN hanya menemui jalan mati,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kelmarin.

Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata TERAS akan menjadi tentangan kepada SUPP dan SPDP pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“TERAS akan menentang SUPP (19 kerusi DUN) dan SPDP (lapan kerusi) menggunakan simbol masing-masing dan parti yang menang akan menyertai BN.

“Itulah formula yang diguna pakai untuk BN Plus 1983 lalu seperti PBDS menentang SNAP dahulu,” jelasnya.

Namun, beliau memberitahu bahawa pemenang yang sebenar adalah pembangkang kerana berjaya menghuru-harakan BN sendiri. (sumber)  

-UnReportedNews™®

Friday, 8 November 2013

KARPAL CAKAP TAK SERUPA BIKIN

-JANGAN BANYAK PUSING-PUSING LAH, ITU DEPAN ADA, BELAKANG JUA MAU PUSING! NAK MANSUHKAN PARTI/PERSATUAN BERASASKAN AGAMA ATAU KAUM? KARPAL DICABAR MANSUHKAN DEWAN PERNIAGAAN CINA PULAU PINANG TERLEBIH DULU! KEKEKE!!!-

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing tidak bersetuju sama sekali dengan saranan memansuhkan parti-parti politik berasaskan kaum atau organisasi profesional.

Semalam, Masing, yang juga ADUN Baleh, mencabar Pengerusi Democratic Action Parti (DAP) Karpal Singh yang membuat saranan tersebut untuk memulakannya dengan membubarkan Dewan Perniagaan Cina dan Industri dan Persatuan Cina Pulau Pinang terlebih dahulu.

Menteri Kemajuan Tanah itu berkata MP Bukit Gelugor Karpal sememangnya "cakap tak serupa bikin" dengan saranannya dengan bermula di Pulau Pinang sekiranya beliau serious dengan gesaannnya tersebut.

"Jika beliau (Karpal) benar-benar percaya dengan saranannya membubarkan parti-parti politik berasaskan kaum dan organisasi profesional maka dia harus mengambil tindakan terlebih dahulu dengan membubarkan Dewan Perniagaan Cina dan Industri dan Persatuan Cina Pulau Pinang di Pulau Pinang," kata Masing, mempertahankan status semasa UMNO, MCA, MIC, SDNU, Dubs, SCCI dan pelbagai parti dan persatuan berasaskan kaum lain.


-UnReportedNews™®

Tuesday, 18 June 2013

ANTI-KERAJAAN TAPI BEKERJA DENGAN KERAJAAN?

-GURU ADALAH PROFESSION YANG MULIA, ARTIKEL INI TIADA BERNIAT LANGSUNG UNTUK MENGHINA PROFESSION GURU CUMA SEBAGAI RENUNGAN ATAU TEGURAN KEPADA GURU-GURU KHUSUSNYA YANG BERTUGAS DI SARAWAK, YANG MUNGKIN MENYOKONG IDEOLOGI PEMBANGKANG & SECARA TAK LANGSUNG "BERKEMPEN" UNTUK MEREKA!-

UnReportedNews™® sebenarnya telah lama mendengar desas-desus dimana segelintir besar guru-guru, (dengan tiada niat menghina) khususnya dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak yang berfahaman "tidak mesra kerajaan berkempen" di tempat mereka bertugas.

Sekali lagi UnReportedNews™® memohon maaf akan artikel ini yang tiada berniat langsung untuk menghina profession guru (tambahan kedua ibubapa admin UnReportedNews™® sendiri adalah bekas guru) namun sekadar buat renungan atau teguran kepada mana-mana guru yang mungkin "terlajak langkah", terkeluar dari "job-scope" asal mereka.

Syabas kepada Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing yang tegas dengan pendiriannya dimana beliau menyatakan yang dia tidak menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menegur sikap segelintir guru di negeri ini yang antikerajaan.

Beliau yang dilaporkan Utusan Borneo menegaskan pendiriannya itu walaupun laporan berita semalam memetik Setiausaha Agung Kesatuan Guru Sarawak (STU) Yong Ing Thung sebagai berkata kenyataan Masing itu merupakan gambaran buruk terhadap guru di negeri ini.

Menurut Yong lagi untuk mengatakan guru antikerajaan adalah suatu yang amat tidak pernah dijangkakan oleh rata-rata guru yang berkhidmat dengan penuh setia di bawah kerajaan memerintah hari ini.

Bagaimanapun bagi Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah itu menegaskan bahawa wujud keadaan guru didapati tidak berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Segelintir guru bukan dari Sarawak mengajar di pedalaman tidak mesra BN atau memihak kepada BN.

“Mereka tidak perlu berkongsi pandangan-pandangan politik dengan kita (BN) tetapi jangan diluahkan secara terbuka.

“Jika apa yang dikatakan Yong benar, maka kerajaan (seharusnya) tidak berdepan masalah untuk melaksanakan program-program pembangunannya. Saya sedia ditegur jika saya salah,” ujar Masing.

Jumaat lepas, Masing menegur segelintir penjawat awam terutama guru yang bersikap antikerajaan dan seolah-olah mereka tahu segalanya dengan hanya melihat fail serta dokumen tertentu dan memberitahu orang ramai mereka tahu semua perkara.

Yong dalam kenyataannya kepada The Borneo Post kelmarin berkata STU tidak bersetuju dan tidak senang hati dengan dakwaan Masing itu.

Beliau menambah, ramai guru terlibat membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum baru-baru ini.

“Kita tidak boleh menafikan beberapa guru terlibat dengan beberapa parti politik.

“Kita percaya dalam negara yang mengamalkan sistem demokratik, guru juga mempunyai hak demokrasi untuk melibatkan diri dengan parti-parti politik tertentu,” ujar Yong.

Terdahulu kenyataan Masing itu mendapat maklum balas daripada Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) yang juga Setiausaha CUEPACS Sarawak Ahmad Malie dan Presiden STU Jisin Nyud yang disiarkan dalam Utusan Borneo Sabtu lepas sehari selepas kenyataan Masing disiarkan dalam akhbar sama.

Ahmad menyarankan agar pihak yang telah mengenal pasti golongan guru bersikap antikerajaan bersemuka dengan guru-guru terbabit bukannya mengambil pendekatan berkonfrontasi kerana ia tindakan tidak wajar.

Beliau menambah, tuduhan seumpama itu tidak boleh dilakukan secara umum semata-mata kerana tidak semua guru atau penjawat awam bersikap demikian malah masih ramai guru mahupun penjawat awam lain setia kepada kerajaan.

Jisin turut memberi jaminan bahawa guru-guru di Sarawak menyokong kerajaan sekarang dan ia tidak wajar dipersoalkan.

-UnReportedNews™®

Thursday, 7 February 2013

RAKYAT SUDAH TAHU "SIAPA" ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA

-RAKYAT SUDAH TAHU APA BENTUK "PERMAINAN" ANWAR, PAKAR DALAM "SENI MANIPULASI", BIJAK MEMPERMAINKAN PERASAAN & HARAPAN RAKYAT JELATA BIARPUN TERPAKSA MENEBAR DUSTA, MENGABURI AGENDA SEBENAR DISEBALIK SETIAP TINDAKANNYA, AGAR RAKYAT BERPIHAK & MEMUNGKINKANNYA MENCAPAI APA YANG DIINGININYA & DISAAT ITULAH JANJI, PERASAAN, HARAPAN RAKYAT TIADA BERMAKNA LAGI BAGINYA! KEKEKE!!!-

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing menyerahkan kepada rakyat di negeri ini untuk menilai siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya.

Katanya ketua pembangkang itu bebas berkata tentang apa yang mahu dilakukan olehnya ataupun pembangkang jika mereka memerintah, kerana hakikatnya rakyat sudah tahu bahawa Anwar tidak ‘mampu’ melakukan apa-apa pun.

“Buktinya, beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan beliau pernah menjadi Menteri Kewangan, tetapi kenapa beliau tidak melakukan apa yang diperkatakannya ketika itu?

“Lainlah kalau saya yang berkata, mungkin rakyat boleh mempertimbangkan kerana saya tidak pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan,” ujar Masing.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Tanah Sarawak berkata, jika apa yang diperkatakan oleh Anwar dapat dilaksanakannya maka ia sepatutnya sudah dilaksanakan ketika beliau masih ada kuasa melakukannya dengan kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Oleh sebab itu saya mahu rakyat menilai sendiri siapa dia (Anwar) kerana saya yakin rakyat semakin sedar sumbangan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan berbanding apa yang diomongkan oleh Anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Anwar yang dilihat semakin giat berkempen di kawasan Parlimen Sibuti dan Baram sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua Parlimen Sibuti dan Baram dijangka akan mengekalkan penyandang-nya iaitu Ahmad Lai Bujang (Sibuti) dan Datuk Jacob Dungau Sagan (Baram) sambil PKR dijangka akan bertanding di Baram manakala Sibuti dijangka diberikan kepada PAS.

Mengenai persiapan PRS pula, Masing berkata jentera parti itu sudah berada pada tahap tertinggi dan hanya menunggu sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman.

“Kami sudah bersiap sedia sepenuhnya dan hanya menunggu sahaja Perdana Menteri melepaskan ‘tembakan’, maka kami akan terus memecut (melancarkan kempen pilihan raya),” tambahnya.

PRS yang diperuntukkan enam kerusi Parlimen, mengekalkan lima muka lama dan hanya seorang muka baharu iaitu Wilson Ugak di kerusi Parlimen Hulu Rajang.

Lima kerusi lain iaitu Parlimen Julau (Datuk Joseph Salang Gandum), Selangau (Datuk Joseph Entulu Belaun), Kanowit (Datuk Aaron Ago Dagang), Lubok Antu (William Nyalau Badak) dan Sri Aman (Masir Kujat).

Sumber: Utusan Borneo

-UnReportedNews™®

Monday, 4 February 2013

ANWAR IBRAHIM, KARBON DIOKSIDA & POCO-POCO!

-HANYA UNTUK MENJADI POPULAR, ANWAR SANGGUP MENARI "POCO-POCO" DENDANGAN NGO-NGO YANG NYATA ADA KEPENTINGAN SENDIRI DISEBALIK BANTAHAN PENANAMAN TANAMAN KELAPA SAWIT BESAR-BESARAN DITANAH GAMBUT DI SARAWAK! ANWAR BOLEH TAHAN NAFAS DIA SENDIRI SEHINGGA MUKANYA BIRU! KEKEKE!!!-

Moratorium terkini yang cuba dilobi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar  menghentikan penanaman kelapa sawit di atas tanah gambut, sementara menunggu kajian mengenai pelepasan karbon sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 adalah tidak boleh diterima sama sekali dan benar-benar meminta-penanam minyak sawit "untuk berhenti makan" atau "menahan nafas mereka seberapa lama ".

Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Datuk Sri James Jemut Masing berkata demikian sambil menambah dengan sinis yang Anwar Ibrahim sendiri boleh mencuba dan melihat berapa lama dia boleh "menahan nafas beliau sehingga mukanya bertukar menjadi biru".

"Jangan hanya demi untuk menjadi popular, beliau (Anwar) dengan rela menari" lagu poco-poco "yang dinyanyikan oleh NGO yang mempunyai sebab tertentu mereka terhadap industri minyak sawit di atas tanah gambut menggunakan satu sebab yang tidak relevan yang berkaitan dengan alam sekitar, " katanya sambil menambah Anwar sebaliknya memahami keseluruhan senario tersebt sebelum membuka mulut.

"Beribu-ribu orang dan keluarga mereka bergantung kepada industri kelapa sawit yang berkaitan, bagaimana anda mengharapkan mereka untuk "meninggal"kan kerja mereka hanya hanya kerana "andaian" anda mengenai pengeluaran karbon dioksida berlebihan daripada tanah gambut di Sarawak dek industri kelapa sawit yang menyebabkan pemanasan global."

Minggu lepas, Anwar Ibrahim menggariskan dasar Pakatan Rakyat itu dalam menjaga kepentingan minyak penanam sawit itu dan dalam usaha untuk memenangi hati penanam kelapa sawit,dia membayangkan akan melobi Malaysia untuk menghentikan penanaman kelapa sawit di atas tanah gambut, sementara menunggu kajian mengenai pelepasan karbon dan pemencilan.

Masing berkata demikian kepada pemberita semasa Taklimat Media pada Gambut Tropika Makmal Penyelidikan (TPRL) oleh Gambut Tropika Kuching berasaskan Makmal Penyelidikan pengarah Dr Lulie Melling di Jabatan Tanah dan Ukur di Jalan Badruddin berhampiran bandar Kuching di sini pagi semalam.

Menteri Perusahaan Perladangan dan komoditi Menteri dan juga  Ahli Parlimen Penampang Tan Sri Bernard Dompok, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Linggi dan Ahli Parlimen Johor Bahru dan juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan nada yang seirama dengan seperti Masing yang moratorium Anwar terhadap industri kelapa sawit adalah gimik politik semata-mata tanpa disokong oleh apa-apa keterangan yang terbukti secara saintifik untuk menyokong dakwaan mereka.

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List