Showing posts with label Baru Bian. Show all posts
Showing posts with label Baru Bian. Show all posts

Monday, 11 August 2014

PANAS: MAHUKAH PEMIMPIN PKR SARAWAK MENJADI "LAMPIN PAKAI-BUANG" SEPERTI KHALID?


Pemecatan keahlian Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti PKR sepatutnya "membuka mata" Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian serta barisan pemimpin-pemimpin  PKR negeri ini siapa sebenarnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim itu.

Khalid, yang telah banyak berjasa dan berkorban untuk PKR mengetuai kerajaan Negeri Selangor selama dua penggal pun boleh diperbuat sebegini rupa bagai "lampin pakai-buang", apatah kedudukan pemimpin-pemimpin PKR peringkat Negeri Sarawak ini?

"Tiada yang boleh merasa selamat dari kerakusan gila kuasa Anwar Ibrahim, baik kenalan yang sebagaimana rapat pun atau sesiapa yang mati-mati menyokongnya apa lagi rakan politik biasa seperti Khalid. 

Sebab itu kita boleh lihat, ramai kenalan atau rakan-rakan seperjuangan Anwar telah menjauhkan diri mereka dan meninggalkan Anwar dan PKR seorang demi seorang.

Bila tiba saatnya, seseorang itu sudah tidak lagi bersependapat atau tidak mengikuti arahan Anwar, segala jasa dan budi terhadap dirinya (Anwar) mahupun kepada Parti PKR tidak akan dipandang langsung malah akan disingkirkan dengan apa jua cara serta diperhina dengan sehina-hinanya."

Ungkapan ini dinyatakan oleh seorang veteran politik Sarawak kepada UnReportedNews™® apabila ditanya pandangannya ke atas perkembangan terkini isu MB Selangor dan parti PKR sebentar tadi.

"Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat di Sarawak, terutamanya Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan rakan-rakannya harus mengambil ikhtibar dari apa yang telah berlaku kepada Khalid."

"Khalid telah terlalu banyak berjasa kepada PKR boleh diperbuat sedemikian rupa, di hina, kredibiliti beliau di cemar malah di pecat dari PKR .. apa lagi Baru Bian dan rakan-rakannya dari PKR Sarawak yang sehingga kini belum ada terserlah "apa-apa jasa yang begitu menyakinkan" kepada PKR?"

Ditanya pandangannya apa agaknya kesudahan senario isu tersebut, beliau menjawab, "Khalid adalah seorang ahli koperat yang bijak, beliau pasti dapat menyelesaikannya (masalah tersebut), paling tidak pun beliau akan menyertai PAS untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama BN di peringkat Negeri Selangor dengan syarat majoriti ADUN menyelebelahinya untuk beliau terus kekal menjadi MB Selangor."

Tambahnya lagi, "Namun perkara yang terpenting disini buat PKR Sarawak adalah agar Baru Bian jangan merasa alpa dan harus berhati-hati dengan permainan Anwar Ibrahim kerana jika tidak, pemimpin PKR Sarawak juga akan mendapat nasib yang sama seperti Khalid."

-UnReportedNews™®

Monday, 21 July 2014

DAP SARAWAK TIBA-TIBA "GABRA" DENGAN HUKUM HUDUD APAHAL?


Ugutan DAP Sarawak untuk keluar dari Pakatan Rakyat diatas isu Hukum Hudud (klik sini) bagaikan ada "udang disebalik batu" kerana ianya dilakukan dengan secara tiba-tiba sehingga menghairankan rakan-rakan DAP sendiri; PAS & PKR. 

Apa yang menjurus DAP untuk mengambil tindakan yang dianggap sebegitu drastik? 

Sumber dalaman DAP memaklumkan kepada UnReportedNews™® tindakan tersebut terpaksa diambil kerana menyedari SUPP kini sedang dalam proses memperkasakan parti dengan membuka beberapa ranting yang baru.

DAP terpaksa "mengangkat dirinya" sebagai wira buat komuniti Cina di Sarawak dan satu-satu isu yang pasti akan menarik perhatian masyarakat Cina di Sarawak adalah perlaksanaan Hukum Hudud di negeri ini.

Walhal, Hukum Hudud tidak pernah sesekali dibincang bagi perlaksanaannya di Sarawak, seperti yang dijelaskan oleh Pesuruhjaya PAS Sarawak Haji Adam Ahid dalam kenyataan medianya di bawah ini.

Kenyataan Media PAS SARAWAK Terhadap Resolusi DAP SARAWAK

PAS Sarawak ingin merujuk dan memberi maklumbalas berkenaan dengan resolusi yang dibuat oleh DAP Sarawak semalam dan mengapa mereka perlu bersama dalam Pakatan Rakyat serta tidak menggunakan isu hangat pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 (Hudud di Kelantan) yang boleh mengelirukan orang awam.

Seperti yang semua sedia maklum, Hudud di Kelantan telah diluluskan sebelum kewujudan Pakatan Rakyat (PR).

Hudud di Kelantan hanya akan dilaksanakan di Kelantan, bukannya di Sarawak seperti mana yang dimaklumkan menerusi Resolusi oleh DAP Sarawak semalam, maka semua isu yang dibangkit oleh DAP Sarawak tiada kaitan langsung dengan pemakaian dan perlaksanaannya di Sarawak.

Dari segi demokrasi untuk mewujudkan suatu undang-undang sebagai contohnya Enakmen Hudud dalam Sarawak memerlukan pindaan Perlembagaan Sarawak di mana 2/3 undi dari kalangan ADUN di Sarawak adalah diperlukan.

Kelantan termaktub kepada keputusan Kerajaan Negerinya untuk melaksanakan Hudud di Kelantan dan Dap Sarawak tidak berhak menyoal keputusan tersebut dan ini adalah termaktub dalam kuasa sesebuah kerajaan Negeri.

PAS juga tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama di Malaysia untuk mengaplikasikan cara hidup beragama masing-masing kerana itu adalah hak dan peruntukan di dalam perlembagaan. Namun, ianya hendaklah melalui proses demokrasi dan sistem berperlembagaan Malaysia.

Berkenaan dengan "ugutan" untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (Sarawak) oleh DAP Sarawak, maka pihak PAS Sarawak ingin memaklumkan bahawa PAS sama sekali tidak mengkhianati perjanjian dan agenda bersama Pakatan Rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Buku Jingga. PAS adalah sebuah parti yang dikenali dengan semangat Setiakawan dengan rakan-rakan Pakatannya sejak Barisan Alternatif lagi. PAS tidak pernah keluar atau mengugut rakan-rakan sealternatif pada masa itu dan ianya kekal menjadi fakta dan sejarah politik di Malaysia.

PAS Sarawak ingin menegaskan bahawa setiap langkah yang tidak bijak akan membinasa sesebuah organisasi. PAS tetap akan memberi kerjasama dengan rakan PR lain sekiranya mereka masih memerlukan.

PAS tetap konsisten di dalam memperjuangkan hak untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Sarawak berharap dan berdoa sempena bulan Ramadhan yang mulia ini agar isu ini dapat diselesaikan dan dibincang secara dalaman agar hubungan dalam PR terus kukuh dan tetap menjadi pilihan rakyat setiap masa. Akhir kata, ketahuilah fokus utama kita adalah untuk menumbang dan mengalahkan BN/PBB di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti. Untukmu Sarawak, Mansang Ngelaban!

Hj ADAM AHID
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Manakala, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian membuahkan  rasa kesalan diatas tindakan terburu-buru DAP Sarawak mengeluarkan ugutan sedemikian seperti yang beliau luahkan dalan kenyataan medianya di bawah ini.

PRESS STATEMENT
21 JULY 2014

DAP SARAWAK’S ULTIMATUM 

I refer to the article in today’s Star on DAP Sarawak’s threat to withdraw from the PR coalition in Sarawak.

PKR Sarawak is surprised and shocked that DAP Sarawak has seen fit to issue an ultimatum to our common partner PAS over their stand on hudud without prior consultation with or notification to us. On my part, I feel a deep regret that DAP Sarawak should feel that we in the state PKR have been non-committal about the issue, even after the statements I have made about this matter.

In order to refresh their memories, I wish to invite them to read my statements “Sarawak under no obligation to follow PM on Hudud Law” dated 30 April 2014 and “Sarawak agreed to the formation of a Secular Malaysia,” dated 18 June 2014 which were published in the local papers and shared widely on social media. Our stand could not be clearer or any more unequivocal, if they would care to read the reports. We have never faltered from holding firm to the guarantees of the Sarawak Constitution and the terms of the Malaysia Agreement.

I must say that I am rather puzzled that DAP Sarawak has taken this step independently of DAP at the national level, when the national DAP has not given any indication of their position regarding this move. Perhaps there are internal factors and extraneous considerations at play here but far be it from me to speculate on such matters. Suffice to say that I am deeply disappointed that DAP Sarawak should take such a drastic step at this time when the State Election is imminent.

Baru Bian
Chairman, PKR Sarawak

Satu rumusan yang boleh UnReportedNews™® buat adalah DAP Sarawak sudah ketandusan isu sehinggakan terpaksa "membangkitkan" isu yang memudaratkan rakan-rakan mereka sendiri.

Isu Hukum Hudud di Sarawak sebenarnya tidak relevan di bangkitkan kerana memang tidak pernah ada perancangannya untuk ianya dilaksanakan di negeri ini namun DAP.

Maka, UnReportedNews™® menjangka DAP Sarawak akan tampil lagi sekali membangkitkan sesuatu isu hanya kerana ingin menjadi populis dan menarik perhatian masyarakat Cina di Sarawak.. tungguuuuu...

-UnReportedNews™®

Saturday, 15 March 2014

#PRKBALINGIAN: PAS KEEMPUNAN LAGI

-NI ADA TEKA TEKI, DALAM BANYAK-BANYAK PARTI PEMBANGKANG SARAWAK, PARTI MANA YANG LANGSUNG TAK ADA KERUSI? YA BETUL, PAS! KEKEKE!!!-

Umum tahu hanya PAS Sarawak adalah parti pembangkang yang berasa amat terasing dan rasa rendah diri disebabkan kegagalan mereka untuk memenangi sebarang kerusi baik di peringkat DUN ataupun Parlimen di negeri ini berbanding dengan rakan "subahat" mereka; PKR dan DAP.

Susulan perletakan semua jawatan termasuk jawatan ADUN Balingian oleh bekas Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, PAS nampaknya sudah memasang angan-angan untuk mewakili PR dengan meletakkan calon mereka sendiri dalan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian.

Ianya terbukti ketika Presiden PAS Datuk Sri Hadi Awang ketika dalam lawatannya ke Sarawak baru-baru ini, PAS tanpa segan dan silu, meluahkan hasrat yakni PAS berminat dan akan meletakkan calonnya di pada PRK tersebut.

Namun malangnya, sehari kemudian Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian bagaikan tidak "memberi muka" kepada PAS mengumumkan kerusi DUN Balingian itu tetap akan diberikan kepada calon PKR dengan alasan memandangkan majoriti pengundinya terdiri daripada Melanau-Kristian.


Sekali lagi nampaknya hilang peluang untuk menonjolkan diri mereka dengan keputusan Baru Bian berkeras untuk meletakkan calon PKR bertanding di PRK Balingian.

Difahamkan, kekecewaan PAS jelas terlihat dengan tindakan Hadi Awang yang terus kembali ke Semenanjung pada hari yang sama sejurus sahaja Baru Bian membuat pengumuman tersebut.

-UnReportedNews™®

Thursday, 25 July 2013

PENGERUSI DAP SARAWAK GILA KUASA?!

-BUKAN AKU YANG CAKAP INI YA TAPI IANYA DIKATAKAN SEBAGAI SEBAHAGIAN DARI KANDUNGAN SEPUCUK SURAT PERIBADI PEMIMPIN PKR SARAWAK BARU BIAN KEPADA KETUA UMUM ANWAR IBRAHIM (KLIK SINI)! BENARKAH PENGERUSI DAP SARAWAK CHONG CHIENG JEN GILA KUASA? KEKEKE!!!-

Antara isikandungan dalam surat yang dikata daripada Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim menyatakan Pengerusi DAP Sarawak (Chong Chieng Jen) adalah seorang anak muda yang gila kuasa.

Baru Bian, yang telah diwar-warkan akan menjadi Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan menawan negeri ini dalam Pilihanraya Negeri 2011 dahulu juga dikatakan telah melabelkan Chong "tidak mempedulikan perasaan rakan-rakan PR yang lain."

Ini berikutan dengan langkah DAP mewujudkan 21 cawangan baru (bertindih dengan persetujuan politik asal) yang dirangka oleh PR.

Surat tersebut juga menggambarkan kekecewaan Baru Bian semakin berganda dek kecenderungan Anwar Ibrahim yang gemar membawa isu DAP Sarawak di peringkat lebih tinggi tanpa memberi perhatian sama adil dengan PKR Sarawak.

Menurut surat itu lagi, jika DAP Sarawak dibenarkan untuk meneruskan usaha pengukuhan kuasa di Sarawak, PKR akan hilang punca kekuatan.

Haa.. sedar pun Baru Bian ya.

Hakikatnya, Anwar sebenarnya di "kawal" oleh DAP maka apa saja agenda DAP hendaklah didahului tanpa mengambil kira sensitiviti rakan-rakan PR mereka yang lain termasuk PKR Sarawak.

Ini belum lagi berkuasa, DAP dah tunjuk belang, sekurang-kurangnya kerajaan Negeri Barisan Nasional, tanah-tranah adat Bumiputera masih dilindungi namun jika keadaan sebaliknya, tuhan saja yang tahu bagaimana tanah-tanah itu diekploitasikan!

Apakah PKR Sarawak ingat DAP akan memberi sebarang peluang kepada PKR Sarawak? Tak mungkin beb! Puak ni takkan berpuashati sehingga mereka berjaya memijak semua kepala orang lain termasuk rakan PR mereka sendiri.

Pendekata, Bumiputera dan Melayu, baik dalam PKR, PAS dan DAP Sarawak semuanya akan "makan kerak nasi" sahaja di bumi sendiri seandainya DAP berkuasa!

Anehnya, sekiranya YB Baru Bian tahu DAP gila kuasa, mengapa masih mahu bersekongkol dengannya? Adakah Baru Bian ingat beliau dapat "mengawal" DAP Sarawak sedangkan "boss"nya si Anwar pula dikawal oleh DAP pusat! Kelakarkan? Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

SURAT RAHSIA PENGAKUAN BARU BIAN PKR SARAWAK AKAN BERKUBUR?

-SURAT RAHSIA BARU BIAN KEPADA ANWAR IBRAHIM MENYATAKAN KETIDAKPUASAN HATI PKR SARAWAK TIDAK DIBERI PERHATIAN SEPERTI PKR NEGERI LAIN! PANJANG & SEDIH JUGAK KANDUNGAN SURAT ITU YANG MENGGAMBARKAN PKR SARAWAK BAGAIKAN NAK BERKUBUR TIDAK LAMA LAGI! KEKEKE!!!- 

Seorang kakitangan HQ PKR memaklumkan kepada blog ini bahawa semalam suasana sedikit kecoh di pejabat apabila sepucuk surat peribadi Baru Bian singgah di meja Ketua Umum.

Percaya dengan kakitangan di ibupejabat, surat tersebut sudahpun dibuka dan mengandungi perkara-perkara yang agak sensitif. Menurut teman tersebut, secara ringkasnya disebutkan:-

Kekecewaan Baru Bian kerana PKR Sarawak tidak diberikan perhatian sama adil seperti PKR negeri lain.

Kegagalan PKR membuat impak besar di Sarawak tidak boleh disalahkan kepada pemimpin PKR negeri sahaja, komitmen pemimpin PKR di Pusat juga sangat lemah.

Bantuan kewangan yang terlalu sedikit.

Mahu Ketua Umum membawa isu DAP Sarawak di peringkat lebih tinggi.

Jika DAP Sarawak dibenarkan untuk meneruskan usaha pengukuhan kuasa di Sarawak, PKR akan hilang punca kekuatan.

Pengerusi DAP Sarawak adalah seorang anak muda yang gila kuasa – tidak mempedulikan perasaan rakan-rakan PR yang lain.

Langkah DAP mewujudkan 21 cawangan baru (bertindih dengan persetujuan politik asal) yang dirangka oleh PR.

DAP mempunyai bantuan dana dari Pulau Pinang, sedangkan Selangor tidak membantu PKR Sarawak dalam bentuk yang signifikan.

Surat yang dihantar kepada Pejabat MB Selangor tidak pernah dibalas. Membantu dana jauh sekali.

Kehadiran Pas Sarawak tidak sedikitpun membantu malah menakutkan pengundi bukan Islam. Imej pakai serban dan berjanggut panjang tidak sesuai dengan PR.

PKR perlu terus bekerjasama dengan mubaligh bagi memastikan penetration politik yang lebih baik.

Menambah dana untuk membantu PKR Sarawak – dengan memberikan fokus kepada perbelanjaan penceramah/mubaligh

Isu Taib tidak mampu menggoncang politik di negeri itu.

Panjang sungguh surat Baru Bian. Cukup sedih bunyinya. Ibarat kata, menanti masa untuk dikuburkan di Sarawak.

Kita tahu, kerisauan Baru Bian ini ada asas.

Kita rujuk laporan Borneo Post:-

Sarawak DAP aims to set up branches in 21 rural constituencies within the next two months to strengthen its rural reach.

Its chairman Chong Chieng Jen said their rural drive would complement the  efforts of all component parties of Pakatan Rakyat (PR).

The  targeted constituencies are Tasik Biru, Kedup, Bengoh, Tarat, Balai  Ringin, Simanggang, Engkilili, Bukit Saban, Pakan, Meluan, Ngemah, Katibas, Pelagus, Belaga, Kakus, Kemena, Marudi, Bekenu, Bukit Kota and  Batu Danau.

PKR Sarawak nampaknya akan ditelan oleh Burung Ubah DAP. (sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 4 July 2013

PENULIS SARAWAK REPORT DIUSIR KELUAR!

-KEDATANGAN BROWN YANG "DISAMBUT" OLEH PEMIMPIN PKR SARAWAK DI LTAK SECARA TIDAK LANGSUNG MEMBONGKARKAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR SARAWAK SELAMA INI YANG BERSELINDUNG DISEBALIK PROPAGANDA SARAWAK REPORT! KANTOI! BROWN KEMUDIANNYA DIUSIR PULANG MENGGUNAKAN PENERBANGAN KE SINGAPURA! PADAN MUKA ENGKO! SEDAP TAK "MAKAN ANGIN" KAT SINI? KEKEKE!!!-


Pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dilarang daripada memasuki negeri Sarawak.

Menurut laporan mStar Brown, yang datang dari Britain, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Singapura pada pukul 1.15 petang Rabu dan dikeluarkan notis penolakan masuk oleh jabatan imigresen.

Beliau diusir pulang menggunakan penerbangan ke Singapura yang berikutnya pada pukul 3.40 petang.

Brown berkata, beliau mahu memasuki negeri itu untuk berjumpa dengan peguamnya berhubung tindakan saman yang difailkan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Mei.

What's the "rush" Brown? Kekeke!!!
“Saya datang dalam usaha untuk melindungi diri saya dalam kes ini. Tetapi saya diberitahu bahawa saya telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak,” katanya dalam satu video temu ramah yang dirakamkan oleh Naib Pengerusi PKR negeri, See Chee How yang menemuinya di lapangan terbang.

Beliau menambah, ia merupakan salah guna kuasa dan proses mahkamah kerana menyekat kemasukannya ke negeri itu.

PS: Boleh tahan YB SCH mengambil video, nak tukar profession ker? Congratulation for listed in the world record by making "the shortest trip ever in Sarawak after travelling for thousand of kilometres"! How the weather down there dear? By the way Brown, your presence here in Sarawak is unwanted so stay away and keep away, understand? Like I always said, "Muka ko diat!" Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Sunday, 10 February 2013

PKR SARAWAK CUBA TIPU DIRI SENDIRI ADA PELUANG MENANG PRU 13?

-TINDAKAN KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI AHLI-AHLI PKR SARAWAK CAWANGAN KABONG/SARATOK BARU-BARU INI MEMBUKTIKAN SEMAKIN RAMAI YANG SUDAH HILANG KEYAKINAN TERHADAP KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM & WALAUPUN PEMIMPIN NEGERI TERTINGGINYA CUBA MENAFIKAN, SECARA UMUMNYA, RAKYAT KIAN SEDAR PERJUANGAN PKR SEBENARNYA YANG HANYA NAK MEMENUHI HASRAT ANWAR UNTUK DINOBATKAN MENJADI PM! KEKEKE!!!-

Berbuih-buih mulut Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian membuat penafian mengenai satu insiden dimana 65 ahli PKR dikatakan meninggalkan parti dan menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) beberapa hari yang lepas.

Sebaliknya beliau berdalih menegaskan kumpulan tersebut bukan ahli PKR seperti yang dilaporkanakhbar-akbar tempatan kerana mereka yang ‘keluar parti’ itu tidak pernah berdaftar sebagai ahli PKR Cawangan Kabong atau Saratok.

“Saya mengesyaki ada beberapa pihak yang cuba mengalihkan gambaran sebenar tentang PKR di Saratok,” katanya ketika dihubungi pemberita bekenaan kumpulan yang mendakwa daripada PKR Kabong diketuai pengerusinya menyerahkan borang keahlian kepada Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom.

Betul atau tidak, Baru Bian menegaskan PKR di Saratok, aatu-satunya cawangan yang mengemukakan pendaftaran ahli baharu pada Januari 2013 telah mencatatkan jumlah penyertaan ahli baharu yang tinggi di mana pada bulan lepas misalnya seramai lebih 100 lorang.

Baru Bian
Sehubungan itu, Bekas Pengerusi PKR Cabang Kabong Ismail Hussain, 65, yang telah mewakili kumpulan berkenaan mendedahkan mereka nekad meninggalkan PKR ekoran tindakan pemimpin PKR yang langsung tidak menghiraukan kebajikan mereka malah seringkali memburukkan pemimpin BN walaupun mereka bekerja untuk rakyat.

"PKR telah mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan ahlinya biarpun sebelum ini banyak janji manis ditaburkan," kata Ismail sambil menambah salah satu daripada ketidak adilan PKR adalah walaupun dirinya mendapat majoriti untuk bertanding di kawasan Kabong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, pengurusan PKR tindak mengendahkan suara majoriti.

"Tindakan penguruSan PKR tersebut benar-benar memalukan dirinya dan ahli-ahli PKR Cabang Kabong secara keseluruhannya ditambahkan lagi kecenderungan PKR Sarawak yang seakan hanya mahu "orang mereka" mereka yang mengetuainya setiap cabang PKR supaya senang diarahkan dalam kerja-kerja politik."

"Bagi kami, tada lagi PKR dalam hati kami kerana perjuangan mereka hanya untuk Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat dan kerana sebab tersebutlah kami, bekas ahli-ahli PKR Cabang Kabong keluar parti dan memilih SPDP-BN sebagai wadah politik mereka untuk selamanya," jelasnya lagi. 

Nyata berang dipermainkan PKR seama ini, Ismail menggesa semua ahli-ahli PKR di seluruh Sarawak supaya sedar mereka selama ini sebenarnya ini telah diperbodohkan dengan memperjuangkan satu matlamat iaitu hendak menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan tiada sebab selain dari itu.

"Segala janji-janji Anwar Ibrahim di Sarawak hanyalah gula-gula politik untuk menarik sokongan rakyat terhadap perjuangannya, begitu jugalah pemimpin PKR lain di Sarawak yang seolah-olah sudah termakan pembohongan Anwar Ibrahim sehingga sanggup memfitnah pemimpin BN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," luah Ismail lagi.

Dalam masa yang sama, Presiden SPDP Tan Sri Datuk Sri William Mawan amat mengalu-alukan penyertaan bekas-bekas ahli PKR Cabang Kabong untuk menyertai SPDP kerana ianya sudah pasti akan mengukuhkan BN dalam menghadapi PRU-13 yang akan dijadualkan bila-bila masa saja lagi.

Abdul Karim Hamzah
Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Belia Haji Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan tindakan kumpulan yang bekas ahli-ahli PKR yang diketuai oleh Ismail keluar dari PKR dan menyertai Barisan Nasional (BN) mengukuhkan fakta parti tersebut sekadar berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sambil mengalu-alukan penyertaan itu, Karim merasai golongan tersebut kini sedar perjuangan PKR bukan demi kesejahteraan rakyat dan penghijrahan beramai-ramai penyokong PKR dari kawasan Saratok ke dalam BN menunjukkan kekecewaan ahli-ahli itu terhadap PKR.

“Saya tidak hairan terhadap tindakan mereka kerana mereka tahu PKR hanya tahu memberi janji kosong tapi tidak dapat menepati janji malah sebelum ini kekecewaan terhadap perjuangan PKR yang tidak ikhlas turut dilihat dengan keluarnya beberapa pemimpin parti dari seluruh negara."

"Terlalu ramai pemimpin dan ahli PKR telah meninggalkan parti tersebut malah bekas rakan-rakan baik Anwar Ibrahim sendiri seperti bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor, Ahli Parlimen PKR Padang Serai N. Gobalakrishnan dan bekas Ketua PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim telah sedar akan niat sebenar Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Abdullah Haji Saidol
Pada pendangan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Haji Saidol pula terhadap perkara yang sama adalah ianya begitu jelas mencerminkan kecelaruan dalam hala tuju perjuangan parti itu dan saban hari semakin ramai ahli dan penyokong PKR menyedari berada dalam parti tersebut tidak berupaya menjaga kesejahteraan rakyat seperti dilakukan BN selama ini.

“Mereka lebih banyak melolong dari menolong rakyat dan lebih banyak merapu daripada membantu,” katannya lagi sambil menambah amalan budaya dan falsafah politik pembangkang tidak sedikit langsung pun menjurus ke arah pembangunan dan kesejahteraan.

“Maka tidak keterlaluan jika saya labelkan segelintir pemimpin-pemimpin PKRlah yang bertanggungjawab memulakan politik kasar serta lemparan pembohongan serta fitnah melampau yang menimbulkan prasangka buruk dan memecahbelahkan perpaduan kaum,” kata Abdullah.

-UnReportedNews™®

Monday, 21 January 2013

ROYALTI MINYAK SARAWAK 20 PERATUS? PAKATAN JANGAN NAK MEMANDAI!

-PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT SARAWAK, JADI RAKYAT SARAWAK DISARAN JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN HASUTAN PAKATAN! DENGAR TU? DENGAN ERTI KATA LAIN, JANGANLAH NAK MENYIBUK! KEKEKE!!!-
 
Kerajaan Negeri Sarawak kini masih dalam proses rundingan dengan pihak yang berkaitan, berbincang mengenai "pembahagian keuntungan" berikutan penemuan terbaru minyak dan gas di Miri, Sarawak baru-baru ini.
 
Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Haji Abang Johari Tun Abang Haji Openg berkata demikian sambil menambah sekiranya rundingan tersebut mencapai kata sepakat, Sarawak akan mendapat "lebih banyak manfaat" daripada 20 peratus royalti minyak yang patut dituntut oleh kerajaan sepertimana gesaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
"Rakyat diminta janganlah mudah terpengaruh oleh hasutan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, terutama pihak pembangkang yang menggesa Sarawak sepatutnya mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus berbanding dengan lima peratus yang diterima kini, lebih-lebih lagi dengan penubuhan minyak dan gas baru-baru ini di Miri."
 
Mengingatkan rakyat bahawa objektif utama pembangkang dengan memainkan isu royalti minyak adalah hanya untuk mewujudkan rasa tidak puas hati dan kebencian rakyat terhadap kerajaan, Johari menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak tahu apa yang terbaik untuk rakyat Sarawak.
 
"Pemimpin-pemimpin Negeri kini masih dalam proses perbincangan dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan satu "formula" dimana situasinya akan memberi kebaikan kepada semua pihak dan sekiranya mendapat kata persetujuan, Sarawak akan mendapat lebih banyak lagi manfaat berbanding jika hanya diberi 20 peratus royalti minyak."
 
"Apa yang Petronas lakukan kini adalah amalan korprat biasa, walaubagaimanapun, buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan butiran mendalam mengenainya kerana seperti yang saya katakan tadi, perkara ini masih dalam proses rundingan," katanya lagi sambil menambah bahawa beliau juga tidak dapat menentukan tempoh masa apabila rundingan tersebut kerana sesetengah proses rundingan mengambil masa yang lama hingga berbulan-bulan, malah ada juga yang sampai bertahun-tahun.
 
Terdahulu pada sebelah pagi, ADUN Ba'kalalan dan juga Ketua PKR Negeri Baru Bian semasa satu sidang akhbar yang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menyaran agar Kerajaan Negeri sepatutnya menuntut 20 peratus royalti minyak dari Petronas berikutan perkembangan penemuan gas dan minyak terbaru di Miri.
 
Johari, yang juga ADUN Satok berkata ini pada sidang akhbar selepas merasmikan dewan serba guna SK Rakyat yang bernilai RM350,000 di Jalan Haji Bolhassan berhampiran bandar di sini petang semalam.
 
-UnReportedNews™®

Thursday, 16 August 2012

PKR SARAWAK KEHABISAN MODAL-JALANRAYA KUCHING-MIRI PULA DIJADIKAN ISU

-SATU LAGI ISU HAPRAK & TAK RELEVAN DIPERTENGAHKAN KETUA AMK SARAWAK AHMAD NAZIB DI SATOK BARU-BARU INI .. (BUKAN MENGATA, TAPI REALITI) CUBA BANDING KELANTAN (PAS) & SARAWAK (BN)? KESELURUHAN JALANRAYA DISARAWAK JIKA DIGABUNGKAN BOLEH “MENGELILINGI” KELANTAN BEBERAPA KALI, KAN? KEKEKE-
Jarak dari Bandaraya Kuching ke bandar Miri adalah 795 km ataupun lebih kurang 11 1/2 jam perjalanan darat
Nazib agaknya tak buat kajian menyeluruh
Disebabkan tiada lagi modal isu yang hendak diutarakan pemimpin Pakatan Pembangkang, Ahmad Nazib telah memainkan isu jalan raya di Sarawak. Secara terus, Ahmad Nazib mempersoalkan bentuk dan keadaan jalan raya di Sarawak khususnya dari Kuching hingga Miri.

Agaknya sebagai seorang peguam, beliau hanya melihat dari segi dokumentasi dan atas kertas tanpa melaluinya sendiri.

Umum mengetahui bahawa bentuk muka bumi Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung Malaysia yang mana Sarawak mempunyai banyak sungai dan tanahnya yang lembut. Ini menyukarkan pembinaan jalan raya yang baik kerana memerlukan kos yang tinggi. Sewajarnya kos ini boleh digunakan juga untuk mempertingkatkan pembangunan di kawasan lain yang dirasakan perlu disegerakan.

Highway Utara-Selatan yang ada di Semenanjung Malaysia dibina oleh syarikat swasta dengan kos yang banyak. Melihat kepada faktor tanah, ternyata di Semenanjung Malaysia itu mempunyai banyak banjaran ini membuatkan tanahnya kuat.

Di Sarawak, selain tanahnya lembut, beberapa faktor lain menyebabkan keadaan jalan raya yang kurang baik seperti bergunung-ganang, lori balak dan sebagainya. Apakah jika Pakatan Pembangkang memerintah Sarawak, mereka akan membuat jalan raya dari Kuching hingga ke Miri seperti Hinghway Utara Selatan?

Apa Baru Bian dah capai di kawasannya?

Adalah lebih baik Baru Bian dan Ali Biju yang menang di DUN Ba’kelalan dan DUN Krian membaiki jalan raya di kawasan itu menjadi seperti Highway. Jika kedua-dua kawasan itu sudah mempunyai Highway, baharulah boleh bercakap mengenai Jalan Kuching-Miri.

Sumber: Wira Kenyalang

PS: Setau aku, salah satu daripada aspek dalam konsep yang di ambilkira dalan sesuatu projek pembangunan Negara ini adalah kepentingan serta keperluan masyarakat maka memadailah dengan jalanraya double-carriage Pan-Borneo yang wujud sekarang. Pembinaan jalanraya bertahap highway (empat lorong/dua lorong satu arah) adalah satu pembaziran jika jalanraya sekarang masih boleh menampung kuantiti penggunanya. Sememangnya pembangkang memang menyedari akan realiti ini namun seakan buat-buat tidak tahu dan sengaja menimbulkan isu yang nyata tak relevan.

-UnReportedNews™®



Friday, 13 July 2012

BN TAK "MAIN-BELAKANG" MACAM PR!

-PEMBANGKANG YANG NYATA MENGAMALKAN AMALAN "MAIN-BELAKANG" NI .. BN TIDAK MENGAMAL "PERMAINAN KEJI" ITU .. KEKEKE!-


DATUK LEN-BN TAK "MAIN-BELAKANG"
Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak mempraktikkan sebarang bentuk amalan “main-belakang” yang sepertimana sering diamalkan oleh pembangkang.

Menteri Muda di Pejabat Menteri Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datuk Haji Len Talif Salleh berkata bahawa kita (orang BN Sarawak) tidak mengamalkan amalan politik sebegini (melompat parti).

“Ahli Parlimen BN Sarawak berprinsip dan tidak ada seorang pun dengan mudah mempengaruhi atau mengajak  mereka untuk melompat ke sebelah pembangkang .. kita pasti tidak akan berbuat demikian sepertimana yang telah didakwa oleh pembangkang.”

Len, yang adalah juga Menteri Muda bagi Kementerian Alam Sekitar Perancangan Sumber telah diminta oleh UnReportedNews™® untuk mengulas mengenai kenyataan ketua Parti Keadilan Rakyat negeri Baru Bian yang mendakwa segelintir Ahli Parlimen BN Sarawak tidak lama lagi akan menyertai pihak pembangkang.

Beliau ditemui pemberita pada sidang akhbar selepas pelancaran rasmi baru Chevrolet Colorado yang telah diadakan di kawasan kapalterbang kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) berhampiran bandar pagi tadi.

“Pihak pembangkang boleh mengatakan atau menuntut apa sahaja yang mereka mahu (ia adalah ciri-ciri mereka), mereka sentiasa mahu mencipta isu walaupun tidak ada isu tetapi apa yang penting sekali, BN adalah selesa di mana kita berada kini dan tidak ada drama melompat-parti seperti yang didakwa akan berlaku.”

BARU BIAN-DAKWA ADA "MAIN-BELAKANG"?
“Sudah tentu pembangkang mahu membuat kacau kerana mereka ingin mengambil kesempatan daripada kekecohan itu mencapai kepenting mereka sendiri,” kata Len menasihati pengundi akar umbi tidak mendengar pembohongan dan percaya fitnah yang disebarkan oleh pembangkang.

“Anda tahu siapa itu pembangkang,bagaimana perangai mereka .. (saya akui), mereka petah berbicara (terutamanya beberapa pemimpin pembangkang) namun mereka tidak mempunyai kredibiliti terutamanya dalam perkara menunaikan semua janji-janji mereka.”

“Sebaliknya BN mempunyai rekod yang terbukti berusia 50 tahun menyampaikan pembangunan dan menunaikan  janji-janji dan di samping itu, ini pasti bukan masa untuk kita eksperimentasi ke atas sesuatu yang tidak ketentuan terutamanya kepada mereka yang ketara kekurangan kredibiliti.”

"MAIN BELAKANG"? MANA? SLURP!
Mengingatkan bahawa dunia semakin sengit dari segi persaingan ekonomi, Len menggesa rakyat untuk menjadi lebih proaktif dan berkesan ke atas cara mereka melakukan perkara-perkara dan bukannya bergantung kepada janji-janji retorik.

Pada gesaan pembangkang itu untuk BN untuk segera menjalankan yang Pilihan Raya Umum ke-13 Am, Len mempersoalkan motif pembangkang berbuat demikian kerana mereka sendiri (pembangkang) sengaja melambatkan Pilihan Raya Negeri itu di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran mereka.

“Jika mereka begitu berminat untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin mengapa tidak mereka sendiri tidak menjalankan di peringkat negeri masing-masing .. begitu jelas, mereka cakap tidak serupa bikin,” katanya lagi.

-UnReportedNews™®


Thursday, 12 July 2012

BARU BIAN BERJANGKIT PENYAKIT ANWAR IBRAHIM?

-BUKAN PENYAKIT YANG SATU TU .. PENYAKIT BERBOHONG-KELENTONG LAH! BARU-BARU NI BARU (KEKEKE!) MEMBERI GAMBARAN BEBERAPA ORANG MP BN SARAWAK AKAN MENYERTAI PR (MACAM PERNAH KU DENGAR YA .. TAPI DI MANA YA? .. OHH SI BANG ANU DULU!) KEKEKE!-




Dedahkan nama jika benar ada wakil rakyat BN yang akan menyertai parti-parti pembangkang.


Itu cabaran oleh Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof yang ditujukan kepada Ketua PKR Sarawak Baru Bian yang mendakwa demikian.

Sambil membayangkan itu satu penipuan PKR, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika dihubungi semalam berkata:“Berulang lagi siri drama 16 September bila mana mereka mengumumkan akan mengambil alih kerajaan persekutuan. Kalau benar dedahkan nama mereka.”

Jika tidak didedahkan nama katanya dakwaan itu bermakna semata-mata strategi PKR untuk meraih keyakinan rakyat agar menyokong serta mengundi parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Sementara itu, Menteri Muda Pembangunan Belia Abdul Karim Rahman Hamzah berkata wakil rakyat BN tidak semurah itu untuk menyertai pakatan pembangkang.

“Kalau Baru Bian dan pakatan pembangkang fikir ada YB BN Sarawak yang nak lompat parti atau bertanding guna tiket PR, beliau hanya mimpi pada siang hari,” katanya.

Pakatan pembangkang umpama kapal yang tidak diketahui siapa juragan yang sebenar, katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

“Ia belayar separuh karam dan tanpa arah tuju. Semua juragan ada agenda sendiri,” katanya.

Sambil menegaskan bahawa wakil rakyat BN tidak semudah itu hendak dibeli, beliau berkata Baru tidak usah terlalu angkuh.

“Beliau (Baru) sendiri belum tentu menang dalam PRU akan datang,” katanya.

Semalam Baru mendedahkan beberapa wakil rakyat BN menunjukkan minat untuk menyertai parti pembangkang pada PRU kelak.

Sambil enggan mendedahkan nama dan jumlah, beliau mendakwa tindakan wakil rakyat tersebut mencerminkan mereka tidak setuju dengan dasar-dasar BN.

“Saya dengar khabar angin yang kencang (wakil rakyat BN akan menyertai pembangkang) dan mereka ada berjumpa saya. Ini akan berlaku,” katanya.

Sumber: The Borneo Post



-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List