Showing posts with label Taiwan. Show all posts
Showing posts with label Taiwan. Show all posts

Saturday, 16 November 2013

ABU SAYYAF DISYAKI DALANGI INSIDEN BUNUH, CULIK PELANCONG TAIWAN DI SABAH

-KUMPULAN PENGGANAS ABU SAYYAF DISYAKI BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KES PENCULIKAN WANITA YANG SUAMINYA DITEMBAK MATI DI SEBUAH PULAU DI SEMPORNA, SABAH!-

Polis percaya rangkaian Al-Qaeda iaitu pengganas Abu Sayyaf merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden pembunuhan dan penculikan sepasang pelancong suami isteri warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Sabtu berkata, kumpulan tersebut melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan tetapi tiada tuntutan dibuat bagi membebaskan warga Taiwan, Chang An Wei, 58.

"Maklumat awal yang kami perolehi menunjukkan penculik itu terdiri daripada lapan orang.

"Mereka merupakan kumpulan yang mengambil peluang melepaskan diri daripada kawalan keselamatan pihak berkuasa di sempadan Filipina yang kini memberikan bantuan kepada mangsa tragedi taufan Haiyan," katanya.

Khalid juga tidak menolak penglibatan rakyat tempatan dalam penculikan itu tetapo berkata polis sedang menyiasat sekiranya individu-individu tersebut merupakan rakyat Sabah atau Filipina yang menyelinap masuk menerusi sempadan.

"Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) masih baharu. Orang ramai perlu memahami bahawa kawasan tersebut berkeluasan 1,400km untuk dipantau dan kami tidak boleh berada di mana-mana pada satu masa.

"Kumpulan tersebut merancang 'serang dan lari' dengan penduduk tempatan yang menyukarkan kita untuk menjejaki mereka," katanya.

Khalid turut mencadangkan larangan penggunaan bot pam di perairan cetek di Timur Sabah.

"Selepas insiden Lahad Datu, kami mengumumkan penggunaan bot pam adalah haram di sekitar perairan cetek.

"Ini mungkin sukar bagi penduduk tempatan yang menggunakan ia setiap hari tetapi tiada sebarang kompromi dalam soal keselamatan. Pihak berkuasa Sabah perlu mengambil tindakan drastik ke atas mereka yang menggunakan bot pam kerana ia merupakan kemudahan pengangkutan yang digunakan oleh rakyat asing untuk memasuki negara ini," katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

Friday, 15 November 2013

TERKINI: PELANCONG TAIWAN MATI DITEMBAK, ISTERI DILARI PENJENAYAH

-NASIB WANITA YANG DILARIKAN PENJENAYAH SELEPAS MENEMBAK MATI SUAMINYA DI SEBUAH PULAU DI SEMPORNA, SABAH MASIH BELUM DIKETAHUI!-


Seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak, manakala isterinya dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, awal pagi Jumaat.

Lelaki berusia 57 tahun itu yang dikenali sebagai Lim Min Hsu ditemui mati dengan dua kesan tembakan di koridor sebuah resort di sini kira-kira pukul 1 pagi Jumaat.

Isterinya, An Wei Chang, 58, juga warganegara Taiwan dilaporkan hilang susulan insiden itu.

Pasangan suami-isteri itu tiba di resort tersebut pada Selasa dan dijadualkan meninggalkan resort berkenaan pada 20 November ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan insiden itu tetapi tidak mendedahkan maklumat lanjut. (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List