Showing posts with label ROS. Show all posts
Showing posts with label ROS. Show all posts

Friday, 25 October 2013

ADA ORANG MAIN TIPU LAGI DALAM CEC DAP KER?

-PUNYER LE BENCI AHLI-AHLI DAP SENDIRI DENGAN GUAN ENG SEHINGGA MEMBUAT LAPORAN KEPADA ROS BERKAITAN MENGENAI CEC DAP BARU! KEKEKE!!!-

Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Khamis menerima satu lagi aduan berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang baharu.

Timbalan Ketua Pengarah ROS, Alias Mamat berkata, semua aduan yang diterima akan disiasat secepat mungkin namun hasilnya tidak boleh didedahkan kepada umum.

"Kita khuatir jika hasil laporan didedahkan kepada umum akan menjejaskan mana-mana individu atau pertubuhan," katanya kepada pemberita selepas menerima aduan itu daripada Goh Swee Huat, anggota DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang di pejabatnya di sini.

Alias berkata, pihaknya juga masih belum menerima sebarang dokumen daripada DAP mengenai pemilihan baharu itu.

Sementara itu, Goh ketika ditemui pemberita, berkata beliau mahu ROS menyiasat berhubung ketidaktelusan pemilihan baharu CEC pada 29 September lepaskerana dipercayai ada anggota yang dipecat turut mengundi dalam pemilihan itu.

"Pemilihan CEC juga harus dibuat menerusi kongres kebangsaan bukan kongres khas atau kongres khas kebangsaan. Ini sudah melanggar undang-undang parti," katanya. -BERNAMA

-UnReportedNews™®

Tuesday, 3 September 2013

STATUS PAKATAN RAKYAT MASIH LAGI "HARAM"!

-SAMAADA BERSIKAP LEWA ATAUPUN SENGAJA TAK AMBIK ENDAH, KEGAGALAN MEMAKLUM ROS TERDAPAT PERUBAHAN PUCUK PIMPINAN PR ADALAH PUNCA PERMOHONAN MEREKA TIDAK DAPAT DI PROSES! YE LER, SIBOK BERPOLITIK SEPANJANG WAKTU, MANA ADA MASA NAK BUAT SEMUA TU LAGIPUN CAKAP-CAKAP NAK BERGABUNG DIA ORANG NI SEKADAR HANGAT-HANGAT TAIK AYAM JE KAN? KEKEKE!!!-

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak dapat memproses permohonan Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah parti politik kerana parti itu tidak pernah memaklumkan mengenai penukaran pucuk pimpinan mereka sejak 2009.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, hanya sekali PR mengemukakan permohonan kepada ROS untuk mendaftarkan pertubuhan berkenaan sebagai sebuah parti politik.

"PR hanya mohon sekali pada 2009, mereka sepatutnya maklum kepada kita berhubung pucuk pimpinan parti.

"Tapi mereka tak maklum kepada kita. Kita hanya dengar daripada media," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 parti politik yang baru diluluskan di ibu pejabat ROS, di sini, Isnin.

Beliau berkata, permohonan PR tidak dapat diproses kerana maklumat mengenai perubahan pucuk pimpinan tidak dimaklumkan kepada ROS.

"Paling elok, maklumkan pada kita. Kita akan pertimbangkan. Ini kita tidak tahu mereka masih berminat atau tidak," katanya.

Pada 2009, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP telah bergabung sebagai sebuah pakatan.

Namun sehingga kini status Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan yang sah tidak diluluskan oleh ROS.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, ROS tidak menerima sebarang makluman daripada DAP berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Datuk Abdul Rahman Othman
Beliau berkata, ROS hanya mendapat maklumat melalui media massa namun tiada sebarang surat diserahkan kepada pihaknya.

Abdul Rahman berkata, senarai 500 perwakilan juga tidak diterima ROS.

"Sepatutnya dia mesti buat cepat-cepat sebab CEC sudah tidak sah.

"Sampai hari ini belum dapat apa-apa. Dia cakap sahaja nak buat pada September. Kata nak kemukakan 500 nama. Sampai sekarang tiada lagi," katanya.

DAP telah pun mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan pemilihan semula CEC pada 29 September ini.

Menurut DAP, senarai calon untuk pemilihan semula itu adalah sama dengan yang digunakan pada kongres DAP 2012. (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 2 September 2013

SENARAI 20 NAMA PARTI POLITIK BARU

-BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA 20 PARTI POLITIK YANG TELAH DULULUSKAN OLEH ROS PADA HARI INI .. SEMAKIN "MERIAH"LAH ARENA POLITIK KITA NI YER! KEKEKE!!!-

Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Isnin mengumumkan nama 20 parti politik baru yang diluluskan pertubuhan itu berkuatkuasa 28 Ogos lalu.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada jumlah itu, 11 parti politik dari Sabah, Sarawak (5) dan Semenanjung Malaysia (4).

Beliau berkata, pihaknya meluluskannya setelah meneliti dan berpuas hati dengan permohonan selaras dengan kehendak Akta Pertubuhan 1966 dan telah menjalanitapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Ini merupakan 'hadiah' daripada pihak kerajaan untuk hak berpersatuan.

"Kita harap mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil pendaftaran kepada 20 parti politik baru yang diluluskan ROS di ibu pejabatnya di sini, Isnin.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman
Beliau menjelaskan, masa yang lama diambil untuk meluluskan permohonan mereka yang tertangguh sejak tahun 2008 kerana mahu memperhalusi dan meneliti keupayaan sesebuah pertubuhan parti.

Katanya, ada juga permohonan yang tidak diluluskan dan perlu ditolak kerana dasar perlembagaan yang tidak teratur dan permohonan tak lengkap.

"Masa depan sesebuah negara bergantung kepada pertubuhan parti ini. Oleh itu, kita kena betul-betul menilai sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab," katanya.

Parti politik daripada Semenanjung:

1) Parti Keadilan India Malaysia (MIJP).

2) Parti Generasi Baru (NewGen Party).

3) Parti Nasional Malaysia (MNP).

4) Parti Nasional Penduduk Malaysia (People's National Party of Malaysia).

Parti politik Sabah:

5) Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

6) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Baru.

7) Parti Gagasan Bersama Rakyat Sabah (Parti BERSAMA).

8) Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah (PERPADUAN).

9) Parti Kebenaran Sabah (KEBENARAN).

10) Parti Bersatu Bugis Sabah.

11) Parti Ekonomi Rakyat Sabah (PERS).

12) Parti Pembangunan Warisan Sabah / Sabah Heritage Development Party.

13) Parti Cinta Sabah (PCS).

14) Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (SAPU).

15) Parti Damai Sabah (PARTI SPP).

Parti politik Sarawak:

16) Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

17) Parti Bumi Kenyalang (PBK).

18) Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS BARU).

19) Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB).

20) Parti Rakyat Gabungan Jaksa Pendamai / People's Alliance For Justice of Peace (Peace Party-Sarawak).

(sumber

-UnReportedNews™®

Thursday, 15 August 2013

BOLEHKAH GUAN ENG & THE GENG MENANG PEMILIHAN CEC DAP SECARA ADIL?

-AIYA AH GUAN, RAMAI ITU OLANG DAP SENDILI TIDAK SUKA SAMA LU DENGAN BAPAK LU LAGI LAH! DIA OLANG SULUH UBAH! UBAH! UBAH! BOLEH KAH LU ORANG MENANG MACAM HARI TU LAGI? KEKEKE!!!-

DAP akan mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelakkan pendaftaran parti itu batalkan, kata Pengerusinya Karpal Singh.

Karpal dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata perkara itu diputuskan malam Selasa dan CEC bagi penggal 2008-2011 akan bermesyuarat Khamis depan untuk melakukanpersiapan bagi pemilihan semula.

Pada 30 Julai lepas, ROS memutuskan DAP mengadakan pemilihan semula CECnya selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan yang diadakan 15 Disember lepas.

Keputusan DAP mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat(CEC) sebagai tanda pengakuan pucuk pimpinan parti itu bahawa mereka telah melakukan kesilapan.

DAP bukanlah parti yang sempurna dan pengamal demokrasi yang telus sebagaimana diuar-uar mereka sebelum ini dan tanpa pendedahan oleh anggota mereka sendiri, DAP akan terus dipimpin melalui proses manipulasi dalam kalangan mereka yang berkuasa di dalam parti. 

Alasan lain yang diberikan oleh pucuk pimpinan (DAP) hanyalah sekadar menutup aib sendiri dan keengganan DAP membawa perkara itu ke mahkamah juga adalah bukti bahawa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berada di pihak yang benar.

Berikutan adalah keputusan CEC DAP yang asal:

Lim Kit Siang - 1607
Lim Guan Eng - 1576
Karpal - 1411
Chong Chieng Jen - 1211
Anthony Loke - 1202
Wu Him Ven - 1202
Tan Kok Wai - 1199
Gobind Singh - 1197
Tony Pua - 1162
Teng Chang Khim - 1152
Fong Kui Lun - 1137
Nya Kor Ming - 1075
Chong Eng - 1006
Chow Kon Yeow - 986
Liew Chin Tong - 984
M.Kula - 984
Boo Cheng Hau - 958
Teresa Kok - 925
Teo Nie Ching - 903
Ngeh Koo Ham - 824

Enam orang calon melayu iaitu Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.Kesemuanya kalah teruk dan amat memalukan. (sebelum di "modify"kan dan Zairil Khir Johari "diletakkan" di tempat yang ke-20 serta secara automatik menjadi ahli CEC DAP!).

Keputusan pemilihan CEC mencerminkan realiti sebenar dimana sebenarnya kedudukan melayu didalam DAP. 

Lucu Oh Lucu! Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

Thursday, 1 August 2013

GUAN ENG & DAP PENGECUT?!

-BAGAIKAN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI, DAP MENOLAK PERMINTAAN ROS UNTUK MENGADAKAN PEMILIHAN BARU & SEBALIKNYA PULA MENUNTUT ROS MENGEMUKAKAN PERUNTUKAN MANA YANG DIGUNAPAKAI MEMINTA DAP BERBUAT DEMIKIAN! APASAL? TAKUT KRONI TAK KENA LANTIK SEMULA KER? KEKEKE!!!-

DAP menolak keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang meminta supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Sehubungan itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut penjelasan ROS berhubung pertikaian yang ditimbulkan terhadap pemilihan parti itu Disember tahun lalu.

"ROS perlu nyatakan peruntukan undang-undang mana yang digunapakai bagi meminta DAP mengadakan pemilihan baru," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu di sini, Rabu malam.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi di dalam pemilihan tersebut.

Ahli- ahli DAP sendiri tidak berpuashati dengan pemilihan CEC DAP yang lepas! Kekeke!!
Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih, tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 31 July 2013

HAIYA! CEC DAP YANG LEPAS TAK BOLEH PAKAILAH, MANYAK TIPU O!

-DIFAHAMKAN AKIBAT BERLAKUNYA PENGIRAAN UNDI YANG BEGITU "BOMBASTIK & AKROBATIK" PADA PEMILIHAN CEC DAP TERSEBUT, ROS MEMUTUSKAN IANYA HARUS DIADAKAN SEKALI LAGI! UNDANG-UNDANG PERLU DIPATUHILAH AH GUAN, IANYA TAK SESEKALI BERUNSURKAN "DENDAM ATAU SALAHGUNA KUASA"! APAHAL LU "GEGAR" SANGAT NI? LU TAK KONFIDEN KRONI-KRONI LU BOLEH MENANG KALAU BERTANDING SECARA ADILKAH? KEKEKE!!!-

DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tergempar pada Rabu malam khusus bagi membincangkan tindakan susulan berikutan pengumuman Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa parti itu perlu menjalankan pemilihan baharu.

Sambil menyeru agar semua ahli dan penyokong parti itu bertenang, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menegaskan bahawa parti itu belum dimaklumkan secara rasmi sama ada melalui lisan, bertulis atau arahan untuk mengadakan pemilihan baru.

"Memandangkan ini adalah satu tindakan yang jelas mempunyai dendam politik serta satu bentuk penyalahgunaan kuasa, CEC DAP akan menimbangkan segala pilihan yang ada seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pertubuhan selepas menerima arahan bertulis daripada ROS," kata Lim menerusi kenyataan pada Selasa.

ROS sebelum ini menyiasat aduan penipuan dalam pemilihan DAP pada Disember lalu.

Isu itu timbul apabila pengiraan semula yang mendedahkan bahawa Setiausaha Politik, Lim, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi, meraih 803 undi.

Pada Isnin malam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata bahawa DAP perlu mengadakan semula pemilihan parti. (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 17 June 2013

DAP, DIMANA SILAPNYA?

-JENG-JENG-JENG! ROS MINTA DAP KEMUKAKAN BUKTI DIMANA BERLAKUNYA KESILAPAN SEMASA PEMILIHAN PARTI! DIMANA SILAPNYA PAK? DIMANA? KEKEKE!!!-

Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti mengenai berlakunya silap kira undi yang didakwa berlaku semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, Disember lalu.

Pendaftar ROS Datuk Abdul Rahman Othman dilaporkan Bernama berkata ia bertujuan untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab ‘computer glitch‘ atau satu penyelewengan.

“Pihak ROS sedang menjalankan siasatan dan salah satu isu utama yang masih disiasat ialah mengenai undi yang diperoleh calon yang bertanding,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

DAP sebelum ini dilaporkan mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan CEC parti itu pada Disember lepas dan ia dikaitkan dengan kesilapan teknikal.

Abdul Rahman dalam pada itu berkata ROS perlu membuat kenyataan untuk pengetahuan umum tentang kemajuan proses siasatan ROS terhadap parti itu untuk mengelakkan manipulasi fakta seperti kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 yang jelas telah dimanipulasi.

“Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak beretika.

“ROS perlu menjalankan siasatan dengan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang manipulasi fakta,” katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 18 April lalu mendakwa menerima surat daripada ROS bertarikh 17 April yang menyatakan ROS tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan CEC DAP.

Abdul Rahman juga berkata semua anggota parti yang ditemu bual dalam proses siasatan meminta DAP mengadakan semula pemilihan CEC.

Beliau juga menjelaskan ROS tidak mempunyai niat untuk membatalkan pandaftaran DAP.

Dalam pemilihan CEC semasa Kongres DAP ke-16 yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) pada 15 Disember tahun lepas, tiga pemimpin utama parti itu memperoleh undi paling tertinggi.

Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi dengan 1, 607 undi, diikuti anak beliau Lim Guan Eng 1, 576 dan Karpal Singh dengan 1, 411 undi.

Namun keenam-enam calon Melayu yang turut bertanding dalam pemilihan itu tidak terpilih langsung.

Mereka adalah Ariffin SM Omar, Ahmad Ton, Zairil Khir Johari, Zulkifli Mohd Noor, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

“Ya, ia sangat mengecewakan tiada orang Melayu yang terpilih, tapi perkara ini akan kami bincang esok.

“Kami akan melantik beberapa calon untuk mewakili kaum-kaum tertentu,” kata setiausaha agung DAP dilaporkan Malaysian Insider.

Menurut laporan Utusan Malaysia, calon Melayu, Senator Ariffin S. M. Omar memperolehi undi sebanyak 348 undi, berada di tempat ke-37 daripada 63 calon yang bertanding.

Seramai 1,823 perwakilan mengundi bagi memilih 20 orang barisan kepimpinan DAP bagi tempoh 2012-2015.

Veteran DAP Melayu, Ahmad Ton yang sebelum ini merupakan Ahli CEC bagi penggal 2008-2012 juga turut tewas. Ahmad juga Naib Pengerusi DAP Johor hanya mendapat 327 undi untuk berada di tangga ke-38.

Zairil Khir Johari, yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga kalah apabila hanya memperoleh 305 undi.

Calon lain yang disingkir ialah Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd. Noor (216 undi), Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121), Pengerusi DAP Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim (98), Roseli Abdul Ghani (39) dan Harun Ahmad (28).

Namun, lebih kurang 20 hari selepas itu pada 3 Januari 2013, organ DAP, Roketkini melaporkan berlaku ‘kesilapan teknikal’ sewaktu pembentangan keputusan pemilihan parti semasa Kongres ke-16.

Pegawai Pilihanraya yang bertanggungjawab membuat kiraan undi, Pooi Weng Keong dalam sidang media di ibu pejabat kebangsaan DAP berkata kesilapan tersebut berpunca daripada kecuaian ketika memindahkan kiraan keputusan menggunakan program komputer Microsoft Excel.

“Akibat daripada kesilapan tersebut, bilangan undi untuk calon-calon nombor 31 ke 38 adalah sama dengan calon-calon bernombor 61 ke 68,” kata beliau yang menjelaskan berlaku perubahan kecil terhadap 20 kedudukan teratas CEC.

Hasil daripada keputusan yang telah dibetulkan menunjukkan calon nombor 63, Wu Him Ven (Vincent) sepatutnya hanya mendapat 669 undi dan bukan 1202 undi; yang kini meletakkannya di tangga ke 26.

Calon nombor 65, Zairil Khir Johari yang pada mulanya dilaporkan menerima bilangan undi sebanyak 305 undi sama seperti calon nombor 35, Manogaran a/l Marimuthu, sebenarnya telah menerima 803 undi, kata Pooi Weng Keong yang secara automatik meletakkan beliau ke tangga ke-20 dan terlantik ke dalam CEC.

“Keputusan yang telah diaudit ini memperlihatkan bahawa delegasi Kongres ke-16 DAP adalah sebenarnya tidak anti-Melayu seperti yang difitnahkan oleh media arus perdana milik UMNO dan Barisan Nasional apabila pada mulanya dilaporkan tidak ada calon Melayu yang terpilih ke CEC,”lapor roketkini.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata CEC telah bermesyuarat dan memperbetulkan kesilapan keputusan pemilihan parti tersebut dengan mengesahkan saudara Zairil adalah ahli yang dipilih melalui undi delegasi; manakala saudara Vincent menjadi ahli lantikan.

“Selain hakikat bahawa kini saudara Zairil secara rasminya adalah ahli CEC melalui pemilihan, komposisi CEC tidaklah berubah,” ujar Tony.

Blogger Helen Ang menyenaraikan keputusan lengkap pemilihan DAP selepas ‘pembetulan’ kesilapan adalah seperti berikut.

1. Lim Kit Siang (1,607)
2. Lim Guan Eng (1,576)
3. Karpal Singh (1,411)
4. Chong Chieng Jen (1,211)
5. Anthony Loke (1,202)
6. Tan Kok Wai (1,199)
7. Gobind Singh Deo (1,197)
8. Tony Pua (1,162)
9. Teng Chang Khim (1,152)
10. Fong Kui Lun (1,137)
11. Nga Kor Ming (1,075)
12. Chong Eng (1,006)
13. Chow Kon Yeow (986)
14. Liew Chin Tong (984)
15. M. Kulasegaran (984)
16. Boo Cheng Hau (958)
17. Teresa Kok (925)
18. Teo Nie Ching (903)
19. Ngeh Koo Ham (824)
20. Zairil Khir Johari (803)
21. Tan Seng Giaw (802)
22. Sivakumar a/l Varatharaju (792)
23. Ronnie Liu (761)
24. Wong Sze Phin @ Jimmy (761)
25. P. Ramasamy (746)
26. Vincent Wu Him Ven (669)
27. Ean Yong Hian Wah (644)
28. Thomas Su (585)
29. Leong Ngah Ngah (571)
30. Jeff Ooi (460)
31. Lim Lip Eng (448)
32. Ganabatirau a/l Veraman (411)
33. Ng Wei Aik (407)
34. Khoo Poay Tiong (353)
35. Sivasubramaniam a/l Athinarayanan (353)
36. Ariffin S M Omar (348)
37. Ahmad Bin Ton (347)
38. Manogaran a/l Marimuthu (305)
39. Zulkifli Mohd Noor (249)
40. Jagdeep Singh Deo (227)
41. Manoharan Malayalam (216)
42. Apalasamy a/l Jataliah (212)
43. Teh Yee Cheu (197)
44. John Fernandez (187)
45. Hiew King Cheu (171)
46. Tanasekharan s/o Autherapady (171)
47. R. S. N. Rayer (169)
48. Soh Boon Hong (158)
49. Letchimanan a/l Thatharan (150)
50. Tan Lee Koon (131)
51. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (121)
52. Sivanesan s/o Achalingam (112)
53. Lee Guan Aik (103)
54. Kamache a/p Doray Rajoo (102)
55. Leon Jimat Donald (99)
56. Solaiman Syed Ibrahim (98)
57. Siow Kim Leong (74)
58. Gnanaguru a/l Ganisan (69)
59. Roseli Abdul Gani (69)
60. Tan Boon Peng (40)
61. Ng Chin Tsai (39)
62. Harun Ahmad (28)
63. Wong Sai Hoong (23)


-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List