Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Saturday, 19 November 2016

Rakyat Sarawak Matang, Perhimpunan Bersih 5 Kuching Hambar


Biarpun promosi secara besar-besaran diadakan sejak beberapa minggu lepas, Himpunan Bersih 5 Kuching ternyata mendapat sambutan yang hambar apabila cuma kurang dari 500 peserta yang muncul pada perhimpunan Bersih 5 perhimpunan tersebut di Panggung Udara petang tadi.

Mereka yang mula berkumpul bermula jam 4.00 petang tadi di sekitar kawasan Panggung Udara berdekatan Dewan Suarah Kuching. 

Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa, Chong Chen Jen yang juga Pemgerusi DAP Sarawak juga nyata gagal menarik minat warga Kuching/Sarawak ke perhimpunan tersebut.

Pihak polis dan angota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara turut melakukan kawalan keselamatan di kawasan sekitar.


Penahanan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membolehkan beliau boleh ditahan lanjut sehingga 28 hari mungkin telah menggerunkan ramai peserta. -UnReportedNews™®

Friday, 18 November 2016

Perhimpunan BERSIH Tidak Diperlukan Di Sarawak


KUCHING: Masyarakat Sarawak yang terkenal dengan kesopanan dan hormat-menghormati di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini menolak penganjuran Perhimpunan BERSIH 5.0 yang disifatkan sebagai tidak perlu sehingga boleh menganggu ketenteraman awam dan memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Ini disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr. Hazland bin Abang Hipni yang menyifatkan Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dijadualkan diadakan Sabtu ini di Kuching, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu sebagai sangat tidak perlu dan membuang masa.

"Sejak pemimpin pembangkang mewujudkan Perhimpunan BERSIH pada 10 Oktober 2007, keadaan negara sangat huru-hara hingga menjejaskan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Malah, Perhimpunan BERSIH 5.0 yang dicanang penganjurnya sejak beberapa bulan lalu dilihat tidak lagi relevan dan telah tersasar daripada tujuan asal BERSIH iaitu mahukan pilihan raya yang adil," katanya ketika diminta mengulas mengenai kedegilan penganjur BERSIH yang tetap mahu adakan perhimpunan BERSIH 5.0 di sini.

Jelas beliau lagi, penganjuran perhimpunan haram yang tidak mendapat permit ini seolah-olah mencabar perundangan yang ada di negara kita biarpun di belakangnya disokong pemimpin politik.

Selain menyimpang daripada tujuan asal Perhimpunan BERSIH, penganjur juga yang terdiri daripada pemimpin dan ahli-ahli daripada parti-parti pembangkang dilihat mempunyai agenda politik yang menyimpang.

"Biarpun jurucakap penganjur bahawa Perhimpunan BERSIH 5.0 ini hanya melibatkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO's), tetapi di belakangnya tetap disertai pemimpin pembangkang yang mempunyai agenda politik untuk menghasut rakyat.

"Tidak pernah satu pun Perhimpunan BERSIH yang pernah diadakan bebas daripada sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan pemimpin parti pembangkang.

"Mengambil kira Perhimpunan BERSIH yang diadakan sebelum ini jelas tidak aman, biadap dan menganggu ketenteraman awam sehingga menimbulkan kontroversi besar yang menjejaskan negara," ujarnya lagi.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor ketika mengulas mengenai Perhimpunan BERSIH 5.0 memberitahu penganjuran perhimpunan itu tidak mempunyai kelulusan di lokasi yang dinyatakan mereka kerana kawasan itu sedang dalam proses baikpulih seperti yang dinyatakan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) sebelum ini.

Menurut Mazlan lagi, perhimpunan tanpa notis yang mempunyai agenda tersendiri dan tidak mendapat kelulusan, peserta harus menanggung risiko sendiri jika diambil tindakan. -UnReportedNews™®

Monday, 7 November 2016

Propaganda Jahat Guna Gambar Ketua Menteri Sarawak


Sejak kebelakangan ini, poster menggunakan gambar Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem yang kononnya menggugut Sarawak akan keluar dari Malaysia dan melabelkan UMNO sebagai membawa penyakit serta memberi kesan kepada negara dengan tersebar meluas di media sosial.

Hari ini, Pejabat Ketua Menteri Sarawak mengeluarkan kenyataan media menafikan perkara ini.

Posting asal tersebut dilaporkan dikesan berasal dari akaun Facebook "Sarawak Keluar Malaysia 2021".

Pejabat Ketua Menteri menegaskan yang Ketua Menteri tidak pernah membuat apa-apa kenyataan sepertimana yang digambarkan poster tersebut dan menyifatkan posting berkenaan sebagai satu perbuatan yang jelas cuba memberi gambaran negatif ke atas Ketua Menteri di mata Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri telah berkata berkali-kali bahawa Sarawak tidak akan menarik diri dari Malaysia namun itu tidak bermakna Sarawak tidak boleh berjuang untuk hak negeri ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara kerajaan serta cadangan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold. -UnReportedNews™®


Thursday, 3 November 2016

Tolak Stadium Negeri, Bersih 5 Sarawak Ada Tujuan Lain?


Kerajaan, khususnya kerajaan Negeri Sarawak mempunyai alasan tersendiri menolak permohonan penganjur Bersih 5 untuk mengadakan Himpunan Bersih 5 Sarawak pada 19 November ini di venue-venue asal yang diminta oleh mereka.

Penulis berasa, venue asal yang dipohon penganjur Bersih untuk mengadakan perhimpunan tersebut adalah di; Padang Merdeka dan Padang Song Kheng Hai dilihat terlalu berdekatan dengan jalanraya utama serta pusat peniagaan dan ini boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas serta sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini seperti rusuhan atau pergaduhan, peniaga yang berdekatan venue-venue berkenaan yang kelak pastinya akan menjadi mangsa keadaan.

Bukannya hendak menghalang mengadakan perhimpunan Bersih 5 atau apa, pihak berkuasa malah memberi kebenaran khas untuk menggunakan Stadium Negeri bagi tujuan berkenaan.

Ini juga diakui oleh Naib Pengerusi Bersih 5 Sarawak, Ann Teo namun beliau sebaliknya berkata,"Himpunan Bersih 5 Sarawak tidak pernah memohon untuk menggunakan stadium Negeri tersebut dan kami tolak kerana kita merasakan tidak sesuai untuk mengadakan perhimpunan."

"Jika diadakan di Stadium Negeri, ianya akan menyukarkan orang ramai untuk menyertai kerana masalah pengangkutam awam," katanya lagi.

"Objektif Bersih 5 yang akan berlangsung bermula 4 petang hingga 10 malam pada hari itu adalah untuk menyampaikan mesej mengenai keperluan pembentukan institusi, kebebasan bersuara selain kebebasan berpersatuan dan mengadakan perhimpunan aman," kata Ann lagi sambil menambah, pelbagai aktiviti seperti ceramah, pementasan dokumentari pendek, muzik dan puisi.

Beliau yang ditemui pemberita dalam sidang media Himpunan Bersih 5 Sarawak juga menambah mereka akan menghantar notis kepada pihak polis untuk mengadakan himpunan tersebut di Panggung Udara, Kuching.

Penulis beranggapan, sekiranya itu objektif Himpunan Bersih 5 Sarawak, mengapa pula venue yang menjadi masaalah? Gunakanlah Stadium Negeri yang luas itu untuk berhimpun dengan sepuas hati. 

Logistik rasanya tidak akan menjadi masalah bagi Bersih 5 kerana umum tahu mereka mendapat dana LUAR NEGARA berjumlah jutaan dollar Amerika. Takkanlah tak mampu menyediakan pengangkutan kepada peserta?

Kesimpulannya, penganjur sebenarnya berniat untuk berarak di sekitar venue yang mereka telah pilih (seperti yang mereka lakukan semasa himpunan-himpunan Bersih sebelum ini) yang boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan gambaran chaotic di sepanjang perhimpunan tersebut.

Dan bila dihalang polis atau pihak berkuasa nanti, ini akan dijadikan modal mereka untuk menghentam kerajaan di hari kemudian. -UnReportedNews™®

Tuesday, 4 October 2016

Pasukan Tentera Nasional Indonesia Guna Kenderaan Curi Ditahan Di Sarawak


LUBOK ANTU: Polis merampas sebuah kenderaan pacuan-empat-roda yang dipercayai dicuri dan digunakan oleh sepasukan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari Markas Batalion TNI 312 Kala Hitam Indonesia) di Sarawak semalam.

Difahamkan, kenderaan itu sedang digunakan oleh anggota-anggota TNI tersebut yang berkonvoi bersama sepasukan angota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menaiki beberapa buah kenderaan lain dari Kem Penrissen Kuching ke Badau.

Pasukan anggota ATM tersebut telah ditugaskan untuk menemai pasukan TNI hingga ke sempadan Sarawak-Indonesia.

Sumber dalaman mendedahkan, konvoi tersebut kemudiannya berehat di Kem JPG Lubuk Antu namun ditahan oleh sepasukan polis yang membuat operasi berdekatan luar kem berkenaan apabila hendak menyambungkan perjalanan mereka lebih kurang jam 3:15 petang.

Siasatan awal polis mendapati, salah seorang anggota TNI mendakwa mereka telah menyewa kenderaan tersebut dari seorang lelaki di sebuah rumah di Jaoi Babang, Indonesia pada hari Ahad lepas.

Pemeriksaan lanjut polis juga mendapati kenderaan pacuan-empat-roda jenis Toyota Hilux telah menggunakan plat Indonesia KB9826LL (nombor palsu) dan nombor pendaftaran sebenarnya adalah QKW2061 yang telah dilaporkan hilang di Kota Samarahan baru-baru ini.

Kenderaan itu juga telah dipasang dengan peralatan pengesan GPS yang membolehkan pihak polis mengenalpasti lokasinya.

Kenderaan tersebut telah diserahkan kepada pihak Balai Polis Lubuk Antu untuk siasatan lanjut.-UnReportedNews™®

Tertekan, Chong Label Bekas Rakan DAP Sabahnya "Katak Mengejar Kekayaan"


Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan ADUN Likas Junz Wong (DAP) dan timbalan Pengerusi DAP Sabah Joan Goh Penn Nee meninggalkan DAP untuk menganggotai sebuah parti tempatan baharu sebagai "katak yang mengejar kekayaan".

Chong menganggap, alasan mereka masuk ke parti tersebut untuk memperjuangkan hak rakyat tempatan (Sabah) hanyalah satu alasan namun hakikatnya, mereka sebenarnya mengejarkan kekayaan bekas Naib Presdien Umno Datuk Safie Afdal, yang dikatakan akan menubuh dan menerajui parti baru berkenaan.

Beliau yang dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata, ramai politikus yang telah "kabur" dengan kekayaan Shafie, sehinggakan mereka terlupa akan matlamat asal serta agenda perjuangan mereka.

"Ini menggambarkan karekter katak politik," katanya didalam sebuah kenyataan versi bahasa Cina namun pada kenyataan media bahasa Inggeris tidak pula menyentuh langsung mengenai "katak atau Shafie".

Kelmarin, Wong dan Goh bersama beberapa orang wakil rakyat PKR Sabah mengumumkan keluar dari parti masing-masing untuk menyertai parti yang mereka belum umumkan secara rasmi lagi.

Hakikatnya, Chong sebenarnya gerun akan tsunami DAP Sabah yang kini baru menyedari perjuangan menerusi platform parti pembangkang berasaskan parti-Semenanjung tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat Sabah.

Chong khuatir mungkin fenomena keluar parti seumpama ini (biarpun tidak melibatkan barisan pemimpin DAP Sarawak), berkemungkinan besar sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan kepada penyokong DAP, khususnya dari golongan Bumiputera di Sarawak.

Beliau juga sedar, parti tempatan yang memperjuangkan hak rakyat tempatan kini mendapat sokongan padu dari rakyat sepertimana PBB selama ini, yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

PBB mempunyai opsyen bersuara kepada Kerajaan BN Pusat, tidak seperti DAP Sarawak, yang hanya menjadi Pak Turut mengikut apa saja arahan kepada DAP Pusat.

Inilah yang paling ditakuti oleh Chong dan DAP Sarawak! -UnReportedNews™®

Sunday, 2 October 2016

Komplot Melawan Ahli Parlimen BN "Dari Dalam" Terbongkar...?


Dengan jangkaan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dilangsungkan pada tahun hadapan, terdengar desas-desus terdapat gerakan yang dilancarkan oleh seorang individu di dalam parti komponen BN Sarawak berniat dan sudah memasang langkah untuk menentang Ahli Parlimennya sendiri pada PRU14 tersebut.

Individu tersebut juga dikatakan telah mula "mengambil hati" beberapa orang pemimpin di bahagian ranting dan bahagian parti berkenaan.

Sumber dalaman juga mendedahkan, bahkan beberapa orang dari mereka telah pun dibawa melancung ke luar negara dan beberapa siri sesi melancung ke luar negara seumpama itu juga dalam masa yang terdekat sedang dalam perancangan individu tersebut.

"Saya percaya, mereka yang dibawa melancung ke luar negara ini sedang dipujuk oleh individu tersebut agar memberi sokongan terhadapnya pada PRU14 nanti."

Ditanya samaada ADUN atau Ahli Parlimen tersebut mengetahui akan "komplot" tersebut, sumber tersebut menyatakan, "kita orang parti telah memaklumkan perkara tersebut kepada mereka (ADUN dan Ahli Parlimen) tapi tak tahulah samaada ianya diambil serius atau sebaliknya."

"Sebenarnya individu ini telah lama bergerak dan memasang niat untuk menjadi wakil rakyat, baik di peringkat DUN atau Parlimen," dedahnya lagi.

Sumber tersebut mendakwa, "Bahkan terdapat satu ranting (dari peringkat pemimpin hinggalah ke akar umbi) yang sudah bersetuju menyokong individu tersebut sementara yang lain-lainnya (pada masa ini) hanyalah pada peringkat pemimpin."

"Saya juga percaya individu ini sanggup keluar parti dan bertanding atas tiket bebas pada PRU14 nanti," katanya di akhir perbualan kami. -UnReportedNews™®

Saturday, 1 October 2016

Isteri ADUN Sarawak Hilang Sejak Khamis, Laporan Polis Dibuat


KUCHING: Isteri kepada seorang wakil rakyat di tengah Sarawak dilaporkan hilang Khamis lalu, selepas gagal menghadirkan diri di Lapangan Terbang Mukah, pada tengah hari tersebut.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku sekitar jam 12 tengah hari, dengan isteri wakil rakyat tersebut sepatutnya menaiki pesawat Maswings dan mendarat di Lapangan Terbang Mukah.

“Bagaimanapun sehingga jam 1.30 petang, isteri wakil rakyat tersebut tidak muncul dan cubaan menghubungi telefon bimbitnya gagal.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya masalah keluarga menjadi punca insiden tersebut berlaku dan pihaknya percaya isteri wakil rakyat yang tinggal di Kuching itu dilarikan oleh orang yang dikenali.

Dua laporan polis telah dibuat berhubung kes tersebut.


Wakil rakyat terbabit gagal dihubungi untuk sebarang penjelasan lanjut. – Sarawakvoice

-UnReportedNews™®

Friday, 19 August 2016

Seorang Suspek Bunuh Billy Kayong Serah Diri


Seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki polis yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati Setiausaha Cawangan PKR Miri, Bill Kayong pada Jun lalu menyerah diri Pejabat Polis Miri petang semalam.

Difahamkan, suspek, yang dikenal pasti identitinya sebagai Chin Wui Chung, 50, telah menyerah diri lebih kurang jam 4.50 petang ditemani seorang peguam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Miri hari ini dan telah direman lima hari bagi membantu siasatan pihak polis.

Tambah beliau, pihak polis akan terus menggerakkan usaha bagi memburu dua lagi suspek yang masih lagi bebas.

Terdahulu, pihak polis sudah mengenal pasti dua suspek iaitu Chin Wui Chung, 50, dan Kong Sien Ming, 35.


Wui Chung merupakan pembantu peribadi kepada dalang utama kes itu iaitu, Datuk Lee Chee Kiang, 45, atau Stephen Lee, manakala Sien Ming merupakan pengusaha sebuah pusat karaoke di sini. -UnReportedNews™®

Wednesday, 17 August 2016

Anak Sarawak Akan Terajui Sarawak Energy Gantikan Torstein


Anak Sarawak, Sharbini Suhaili akan menggantikan tempat Datuk Torstein Dale Sjotveit sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sarawak Energy Berhad (SEB) berkuat kuasa 1 November 2016.

Sharbini yang berasal dari Kuching yang kini merupakan Naib Presiden Kumpulan Petronas (Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar) akan menggalas tanggungjawab Torstein selepas tamat kontrak pada hujung Oktober.

Torstein bercadang kembali ke negara asalnya Norway selepas direkrut kerajaan negeri mengetuai syarikat milik kerajaan sepenuhnya itu pada 2009.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika diminta mengulas mengenai perkembangan itu pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia semalam berkata keputusan Torstein itu dilakukan beliau sendiri.

“Kontrak dia sudah tamat dan tidak mahu diperbaharui. Kita telah memutuskan siapa yang akan menggantikannya. Lebih bagus kita mempunyai CEO dari Sarawak,” katanya ringkas.

Sementara itu, Pengerusi SEB Datuk Amar Hamed Sepawi berkata apabila Torstein memaklumkan kepada mereka tentang keputusannya pada 2015, mereka berasa sedih tetapi ia adalah satu keputusan yang mesti dihormati.

“Saya turut memaklumkan kerajaan negeri dan Ketua Menteri Sarawak yang terkejut dan sedih mendengar bahawa Torstein tidak mahu memperbaharui kontraknya tetapi menghormati hasratnya untuk meninggalkan syarikat,” jelasnya dalam laman web SEB semalam.

Menurutnya, sejak tujuh tahun lalu, Torstein telah menyelia tempoh pertumbuhan yang pesat dan menukar SEB menjadi organisasi dinamik dengan kredibiliti dan pandangan antarabangsa.

“Kita akan sentiasa berterima kasih atas sumbangan beliau kepada pertumbuhan dan kemajuan syarikat serta rakyat, baik di dalam mahupun di luar Sarawak.

“Perkara yang khususnya wajar diberi perhatian adalah fokus beliau kepada kemajuan bakat dan pembangunan kapasiti – SEB sudah berkembang daripada 2,800 kepada 4,500 kakitangan, kebanyakannya dalam jawatan profesional yang mahir,” kata Hamed.

Fokus kepada penjanaan kuasa hidro diperbaharui di bawah SCORE dan penurunan kos hasil daripadanya telah membolehkan pelanggan di Sarawak menikmati tarif domestik, komersil dan perindustrian yang terendah di negara ini disebabkan kos penjanaan yang lebih rendah.

Selain terus memenuhi komitmennya untuk membekalkan tenaga kepada pengguna domestik, SEB turut menjual tenaga secara pukal kepada SCORE dan pelanggan eksport sebagai sebahagian daripada transformasinya.

Pelabur tempatan dan asing yang memerlukan tenaga yang intensif sudah membina loji-loji di Sarawak, kerana tertarik dengan harga kompetitif bagi tenaga yang dipasarkan oleh syarikat tenaga ini.

Ia dianggarkan kira-kira 20,000 pekerjaan langsung dan tidak langsung sudah diwujudkan hasil daripadanya.

SEB juga merupakan pengeksport perintis bagi tenaga elektrik di Malaysia, dengan eksport pertama ke Kalimantan Barat pada awal tahun ini, dan sedang mengusahakan persetujuan untuk membekalkan tenaga ke Brunei dan Sabah.

Syarikat itu menandatangani perjanjian pada tahun ini bagi menyediakan kepakaran teknikal dan khidmat perundingan untuk memajukan sektor tenaga di Kalimantan Utara.

Keputusannya untuk meninggalkan syarikat telah disampaikan kepada lembaga pengarah syarikat dan kerajaan negeri pada tahun lepas.

Sejak itu beliau telah membantu mencari pengganti yang sesuai.

Torstein berkata keputusan meninggalkan syarikat dibuat selepas membuat pertimbangan yang lama dan teliti bersama keluarga di Norway.

“Ia adalah satu penghormatan yang sangat tinggi bagi saya untuk memimpin 4,500 anak Sarawak di SEB sejak tujuh tahun lalu,” katanya.

“Semua kita bangga dengan apa yang sudah dicapai dan teruja mengenai masa depan. Saya mengucapkan terima kasih kepada lembaga syarikat dan kerajaan negeri kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin SEB selama tujuh tahun bersama syarikat.

“Saya juga berterima kasih kepada pasukan saya dalam SEB atas kepercayaan, ketekunan dan dedikasi pada setiap peringkat,” katanya.

Atas sumbangannya yang begitu banyak kepada negeri ini, Torstein dianugerahkan Pingat Panglima Bintang Kenyalang dengan gelaran Datuk oleh  Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 2013.

Lagi mengenai Sharbini, beliau merupakan seorang yang mempunyai pengalaman luas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam industri minyak dan gas bersama Shell dan Petronas.

Beliau memulakan karier bersama Royal Dutch Shell pada 1986 sebagai jurutera saluran paip dan memegang pelbagai jawatan dalam syarikat tersebut di Malaysia dan seberang laut, termasuk jawatan kanan dalam komersil, perancangan, strategi dan pembangunan perniagaan.

Beliau pernah menjadi pengurus besar operasi huluan Shell Malaysia di Sabah dan mengetuai usaha sama ‘non-operated’ mereka sebelum menyertai Petronas pada 2010 sebagai naib presiden pengeluaran antarabangsa bagi sayap huluan mereka.

Menerusi jawatannya sebelum ini sebagai Naib Presiden Huluan Antarabangsa, beliau bertanggungjawab bagi pertumbuhan perniagaan antarabangsa syarikat petroleum itu sebelum mengambil alih jawatan HSSE. - UB

-UnReportedNews™®

Saturday, 13 August 2016

Adenan Beri Amaran Akan Batal Permit Kerja Jika Petronas Degil


JOHOR BAHARU : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberi amaran lebih tegas akan membatalkan semua permit kerja petugas Petronas dari luar Sarawak, jika arahan moratorium yang dilaksanakan kini gagal.

Beliau bercakap demikian di hadapan kira-kira lebih 400 anak-anak Sarawak di dalam program Ngabas@Johor anjuran Persatuan Anak Sarawak Semenanjung di sini, malam tadi.

Adenan turut menegaskan anak-anak Sarawak sendiri akan mengambil alih tugas tersebut sekiranya Petronas masih berdegil dengan memberhentikan anak Sarawak yang menjadi kakitangan syarikat itu dan menggantikannya dengan petugas dari luar Sarawak.

“Kita sentiasa mahukan rakyat Sarawak diberikan keutamaan. Dan, jika anda gagal berbuat demikian, kami akan bekukan permit kerja anda (Petronas),” katanya dengan nada tegas.

Ketika ini kebanyakan sumber petroleum dan gas Petronas di negara ini datangnya dari Bumi Kenyalang, terutamanya dari Miri dan Bintulu.

“Kita tidak lakukan tindakan ini serentak sekali gus. Kita laksanakannya satu per satu, dengan tindakan awal adalah melaksanakan arahan moratorium.

“Selepas ini kita akan meminta royalti kepada negeri Sarawak sebanyak lima peratus hari ini, ditingkatkan melebihi jumlah itu,” tegasnya.

Adenan sebelum ini melaksanakan serta-merta arahan moratorium terhadap permit kerja warga Petronas dari luar Sarawak berikutan tindakan syarikat minyak dan gas utama itu memberhentikan sekurang-kurangnya 13 pekerja anak Sarawak di negeri ini, lanjutan penstrukturan semula syarikat tersebut.

Biarpun mendapat kecaman sesetengah pengamal dan pengkaji ekonomi termasuk dari negeri itu senditi, namun majoriti rakyat Sarawak menganggap tindakan Ketua Menteri itu sebagai patriotik, demi melindungi masa depan rakyatnya.

Dalam ucapan sekitar 15 minit itu, Adenan turut menerangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh kerajaan pimpinannya sebelum ini dalam menegakkan kebajikan rakyat.

“Yang paling penting adalah untuk menuntut autonomi daripada kerajaan Pusat berhubung kuasa-kuasa yang terhakis daripada kita, walhal ia telah dipersetujui dalam perjanjian Malaysia, Akta Malaysia 1963 dan dimeterai dalam cadangan dan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan pada 1963,” tegasnya.

Adenan berada di Johor selama sehari atas tugasan rasmi, termasuk merasmikan penutupan Bengkel High Performance Team penjawat kanan Kerajaan Negeri Sarawak, selain mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin.


Turut hadir sama Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Masing dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof. - KLXpress

-UnReportedNews™®

Thursday, 11 August 2016

Sarawak Masih Kekal Dengan Pendirian Dapatkan Penjelasan Daripada Petronas


KUCHING:  Sarawak masih kekal dengan pendirian untuk mendapatkan penjelasan daripada Petronas walaupun syarikat itu telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu permohonan permit pekerjaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia hanya kenyataan yang dikeluarkan syarikat berkenaan namun mereka masih belum memberi sebarang alasan mengenai menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri ini.

“Kita masih menunggu butiran atau penjelasan alasan mereka, yang hari ini (semalam) hanya kenyataan akhbar yang dikeluarkan mereka.

“Menurut kenyataan itu keputusan (moratorium) mungkin berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula ini dan ini bermakna mereka (Petronas) harus ada alasan untuk menyatakan perkara berkenaan.

“Kita masih menunggu butiran dan selepas itu baharu kita akan membuat keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan isu Petronas,  di mana kerajaan negeri telah membekukan serta-merta permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak.

Langkah itu ekoran aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di Sarawak walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.

Sementara itu, semalam dalam kenyataan yang dikeluarkan Kumpulan Komunikasi Strategik Jabatan Perhubungan Media Petronas menyatakan, Petronas bimbang dengan keputusan kerajaan negeri melaksakanakan moratorium ke atas semua permohonan permit baharu pekerjaan untuk pekerja luar Sarawak bekerja di negeri ini.

Syarikat itu percaya keputusan yang diumumkan pada hujung minggu lepas mungkin dibuat berdasarkan tanggapan salah terhadap penstrukturan semula perniagaan kumpulan itu yang telah secara tidak adil memberi kesan kepada pekerjanya dari Sarawak.

Sementara itu berhubung penubuhan parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di bawah naugan Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi berkata, ia terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian.

“Ia terpulang kepada mereka untuk berbuat demikian dan ia tidak ada kaitan dengan Sarawak.


“Asalkan perkara itu tidak mengganggu keamanan dan ketenteraman rakyat negeri ini,” tegasnya. - UB

-UnReportedNews™®

Wednesday, 10 August 2016

Tunggu Penjelasan Berhubung Pemberhentian Pekerja Sarawak



Sarawak setakat ini masih menunggu Petronas tampil memberi penjelasan mengenai isu menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang turut menafikan mengadakan pertemuan bersama Petronas semalam (9 Ogos) menjelaskan, beliau sendiri tidak menerima sebarang jadual perjumpaan berkenaan.

“Kita masih menunggu mereka datang dan tampil memberi penjelasan, sama ada mereka datang berjumpa atau tidak, saya tidak tahu.

“Hari ini saya seharian di Lundu dan belum ada jadual mesyuarat bersama saya buat masa ini.

Tindakan kita setakat ini masih sama iaitu moratorium permit sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Tunai Elaun Sara Hidup Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sematan/Lundu di Dewan Persatuan Chung Hua di sini, semalam.

Uggah berkata demikian bagi  mengulas mengenai perkembangan isu Petronas berkenaan di mana kerajaan negeri telah membekukan serta-merta permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak.

Jelas beliau, Sarawak perlu tampil dengan strategi bagi menyelesaikan perkara itu dengan lebih baik.

“Masalah ini telah dibangkitkan dalam akhbar, maka Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merasakan kita perlu menampilkan strategi.

“Strategi itu adalah dengan moratorium bagi permohonan permit kerja baharu dan dari situ kita akan tampil ke hadapan untuk mencari bagaimana menyelesaikan masalah ini,” tegasnya.

Sebelum ini Uggah dalam satu kenyataan mengumumkan moratorium kerajaan negeri itu berkuat kuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baharu untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meminta penjelasan daripada Petronas dan syarikat minyak itu berkata pemberhentian pekerja adalah sebahagian daripada usaha mengurangkan kos. - UB

-UnReportedNews™®

Pandelela-Jun Hoong Sumbang Pingat Pertama Di Rio


MALAYSIA merangkul pingat pertama dalam Sukan Olimpik Rio apabila gandingan penerjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menang pingat perak di Pusat Akuatik Maria Lenk di sini, semalam.

Gandingan negara itu mengumpul jumlah 344.34 mata untuk menang pingat perak dalam acara 10m papan anjal serentak manakala China merangkul emas dengan 354 mata.

Kanada meraih pingat gangsa dengan mengumpul 336.18 mata. – BERNAMA

-UnReportedNews™®


Tuesday, 9 August 2016

Mieza Nawawi Anggap Tok Nan Bodoh Laksana Moratorium


KUCHING: Tindakan seorang ahli parlimen belia, Nurwynie Sharmiza Nawawi menerusi akaun facebook Mieza Nawawi memuat naik status yang mengecam keputusan kerajaan Sarawak melaksanakan arahan moratorium atau pembekuan permohonan permit kerja untuk warga Petronas dari luar Sarawak mengundang cemuhan di laman sosial sejak semalam.




Dalam catatannya semalam, Mieza menyifatkan keputusan yang diambil oleh kerajaan itu sebagai ‘tindakan bodoh’.

“Saya tidak tahu siapa yang memberikan cadangan tetapi ia sangat dangkal.

“Awak harus tahu untuk tidak menggadaikan periuk nasi orang untuk memenuhi keperluan politik awak…bodoh!” katanya, merujuk tindakan yang diambil oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semalam.

Menurutnya, jika Petronas menarik diri daripada industri itu di Sarawak, ribuan rakyat negeri ini akan kerugian dan kehilangan pekerjaan.

Malah dalam ruangan komentar, beliau mempertahankan tindakannya, sambil menyatakan sistem kuota yang dilaksanakan akan merugikan kerana industri akan mendapat kakitangan yang tidak berkualiti.

Muat naik status yang dianggap agak arogan ini mengundang rasa tidak puas hati netizen, yang menyifatkan sikap Ahli Parlimen Belia Sarawak itu sekadar memburu publisiti.

Mereka mempersoalkan tujuan beliau membuat kenyataan yang dianggap terpesong sedangkan objektif kerajaan melaksanakan moratorium itu adalah untuk memberi penyelesaian yang adil kepada isu penstrukturan Petronas, yang melibatkan anak Sarawak.

“Teramat biadap dan kurang ajar apabila merujuk pemimpin Sarawak bodoh dan tidak berfikir panjang sedangkan tindakan itu adalah untuk menjaga kepentingan anak negeri ini.

“Sikap seperti itu mencerminkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli parlimen belia, atau pemimpin suara belia di negeri ini.

“Beliau amat memalukan!,” tegas Abang Abdul Aziz Abang Draup, exco Saberkas negeri ketika dihubungi hari ini. – Sarawakvoice.com

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List