Showing posts with label Scorpene. Show all posts
Showing posts with label Scorpene. Show all posts

Friday, 23 August 2013

SEBAB-SEBAB MAHKAMAH MEMBEBASKAN AZILAH & SIRUL!

-ANTARANYA ADALAH, HAKIM PERBICARAAN TELAH TERSILAP DENGAN TIDAK MEMERIKSA SAMA ADA PERCANGGAHAN & TIDAK KONSISTEN DELAM KETERANGAN SAKSI-SAKSI PENDAKWAAN DALAM KES BUNUH ALTANTUYA ADALAH MATERIAL! AMBIK KOW! KEKEKE!!!-

Mahkamah Rayuan telah membebaskan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Panel Mahkamah terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun.

Dan sebelum lebih banyak lagi spekulasi yang bersandarkan kepada khabar angin dan pengetahuan cetek kita tentang undang-undang, MiM sertakan hujah Panel tersebut :

The panel concluded that the trial judge had erred by not examining whether the contradictions and inconsistencies in the evidence of the prosecution witnesses were material. 

In regards to the explosives, they ruled that after linking the explosives to the death of Altantuya, the trial judge should have made a further finding to connect the explosives to the appellants.

"Thus with this, we acquit and discharge the two appellants," said Justice Tengku Maimun.

Terjemahannya :

Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material. 

Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat  pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu.

"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun.

Satu lagi keputusan 'technical fault' yang membebaskan pihak dituduh. Anwar juga pernah dibebaskan kerana 'technical fault' kes liwat beliau.

Pembebasan kedua-dua orang ini sudah pasti akan menjadi topik panas untuk satu tempoh yang mungkin agak lama.

Sudah tentu akan timbul tuduhan pihak Mahkamah jadi tali barut kerajaan dan sebagainya tetapi mana mungkin pihak Mahkamah seperti yang dituduh kerana Anwar Ibrahim sendiri terlepas daripada 2 kes liwat beliau.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim pernah didedahkan menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Najib Tun Razak.

Pendedahan itu oleh bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong :

Menurut beliau, konspirasi tersebut masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang. seterusnya 

Malah, propaganda kotor jahat yang kerap digunakan pihak pembangkang berhubung pembunuhan Altantuya dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara turut dinafikan sekeras-kerasnya oleh arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl.

Dan sehingga kini, kepimpinan pembangkang terkedu diam membisu tidak dapat menafikan kenyataan Jasbir.

Antara lain, beliau mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu. 

Beliau juga bersedia bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka sedang memuktamadkan perjanjian itu.

Jasbir juga menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000. 

Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia. 

Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam Bahasa Inggeris. 

"Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis," kata Jasbir.

Selain daripada itu :

Laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Peranics dikendalikan dalam bahasa Inggeris. 

Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis, kata laporan itu. 

Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu diajalankan dalam Bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, kata laporan itu. 

Jasbir hairan kenapa tiada seorang pun mempersoal kewibawaan tokoh pembangkang yang mengaku menghasilkan gambar kononnya menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris. - Bernama 

MiM lagi hairan apabila ada rakyat yang termakan dengan pembohongan jijik pemimpin pembangkang sehingga ke hari ini!

Lihat video di bawah :

Video : Pembangkang kantoi menyebar fitnah

Kpl Sirul Adi wakili oleh Kamarul Hisham dam C/Insp Azilah oleh Datuk Hazman Ahmad. -Dr MiM 

-UnReportedNews™®

Sunday, 28 July 2013

SUARAM KANTOI DAKWAAN BERKAITAN SCORPENE!

-ALTANTUYA LANGSUNG TAK TERLIBAT DALAM URUSAN JANJI SCORPENE! DEDAH JASBIR SINGH CHAHL YANG JUGA BERANI BERSUMPAH ATAS NAMA BUKU SUCI AGAMANYA! PANAS NI! KEKEKE!!!-

Propaganda yang kerap digunakan sesetengah pihak berhubung pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan dakwaan kaitannya dengan pimpinan negara, ditangkis hari ini apabila arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl, antara lain mendedahkan model Mongolia itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan rundingan itu.

Bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, Jasbir yang dilaporkan Bernama juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.

“Saya bersedia bersumpah atas buku suci (agama) saya, Guru Granth Sahib bahawa saya tidak kenal orang ini, bahawa dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan, tak pernah jumpa dia, bahawa dia tidak pernah berada di Perancis semasa keseluruhan masa kami cuba untuk memuktamadkan urus janji itu.

“Saya hanya tahu tentang dia apabila membaca akhbar pada 2006 bahawa mereka telah menjumpai mayatnya,” katanya kepada The New Straits Times dalam laporan khas bertajuk ‘Scorpene : The Untold Story’, yang diterbitkan di sini hari ini.

Jasbir juga menjelaskan jika Altantuya bertindak sebagai penterjemah bagi Abdul Razak Baginda, seorang bekas penganalisis politik tempatan yang membantu beliau menjadi orang tengah dalam urus janji itu, dia sepatutnya hadir pada semua mesyuarat dari tahun 2000.

Sebaliknya, dalam satu dokumen rasmi Perancis yang diberikan kepada NST, polis Perancis menyebut dengan tegas bahawa Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dari 1999 hingga 2006, tahun di mana dia meninggal dunia.

Ia juga menyebut bahawa semua mesyuarat berlangsung di Perancis dengan sebahagiannya di Malaysia dan semuanya dalam Bahasa Inggeris.

“Ini apa yang saya katakan sekarang, anda faham. Inilah apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis,” kata Jasbir.

Abdul Razak, yang merupakan rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menonjol namanya pada 2006 apabila didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, 28, selepas dia cuba mengugutnya $500,000 daripada urus janji itu.

Beliau dibebaskan pada 31 Oktober, 2008 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia mendapati tiada kes prima facie ke atasnya walaupun dua anggota polis terbabit dalam pembunuhan itu didapati bersalah.

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara urus janji Scorpene yang memasuki peringkat rundingan pada 2000 selesai pada 2002.

Menjawab satu soalan berhubung keperluan melantik Altantuya sebagai penterjemah Abdul Razak, memandangkan beliau kerap dirujuk terutama melalui laman blog, Jasbir secara sinis berkata :”Anda tanya saya kenapa blog-blog ini asyik menjaja bahawa gadis ini penterjemah Razak. Anda patut ajukan soalan itu kepada blog-blog itu,”.

Laporan khas itu menimbulkan keraguan mengenai keperluan mengambil Altantuya sebagai penterjemah, apabila semua fakta menunjukkan bahawa rundingan dengan syarikat Peranics dikendalikan dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya, pasukan Perancis, pada awalnya diketuai seorang lelaki Inggeris,  Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis, kata laporan itu.

Sebagai tambahan, dalam keterangan kepada pihak berkuasa Perancis pada 2010, bekas pengurus pemasaran DCNS bagi Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu para penyiasat bahawa tiada keperluan bagi seorang penterjemah memandangkan rundingan itu diajalankan dalam Bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, kata laporan itu.

Jasbir hairan kenapa tiada seorang pun mempersoal kewibawaan tokoh pembangkang yang mengaku menghasilkan gambar kononnya menunjukkan Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, di sebuah restoran di Paris.

“Dengan pengakuannya, keseluruhan hubungan ini adalah hal peribadi antara (Abdul) Razak dan Altantuya. Perjanjian beliau dengan wanita itu tidak ada kaitan langsung dengan urus janji Scorpene.

“Agak malang kerana ia berlaku serentak dengan tercetusnya isu urus janji kapal selam. Razak satu-satunya orang yang ada kaitan dalam perkara ini,” katanya.

Jasbir adalah bekas kakitangan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, anak syarikat Thomson-CSF (sekarang Thales) Malaysia, dalam projek kapal ronda pesisir pantai (OPV) Tentera Laut Diraja Malaysia, SHORAD (sistem pertahanan udara jarak dekat) dan projek lain kepada Thomson-CSF dan anak syarikatnya.

Pengalamannya yang luas dalam bidang ini menyebabkan Thales meminta beliau untuk menganalisis, menilai dan membangunkan satu cadangan bagi membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menghasilkan pembelian Scorpene, kata laporan itu. 

-UnReportedNews™®

Saturday, 27 July 2013

BILA “ARKITEK” SCORPENE BERBICARA ...

-IANYA MENYANGGAH SEGALA TUDUHAN SUARAM SEKALIGUS MEMADAM KAITAN ANTARA MENDIANG ALTANTUYA & PEMBELIAN KAPALSELAM SCORPENE! KANTOI LAGI! KEKEKE!!!-

Temuramah Muka Hadapan Akhbar New Straits Times (NST) – Terbit 27 Julai (Sabtu)

Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononnya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene.

Menyanggah Cerita Dongeng.

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.

“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.

Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.

Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.

Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.

April lalu, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.

Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan itu dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat di mana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

Semasa berkunjung ke rumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.

Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Baginda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.
Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.

Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ia adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis ,”.

Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002.

Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononnya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.

Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

Siapakah Jasbir Singh Chahl?

Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Di sana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.

Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.

Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan.  Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.

‘Semuanya telah diaudit’

SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.

Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai  dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.

“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marah.

Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.

Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT dan syarikat industri, Boustead di mana kedua-duanya juga telah diaudit.

Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat. Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.

Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.

“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan

Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.

“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”

“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”

“Scorpene merupakan kapal selam bukan nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 20 June 2012

ZIONIS-YAHUDI MEMBIAYAI SUARAM & BERSIH?

-PERMAINAN PEMBANGKANG INI BAGAIKAN "JIGSAW-PUZZLE" YANG BESAR & JIKA RAKYAT YANG PEKA AKAN KEADAAN SEBENARNYA, MEREKA DAPAT "MENYUSUNKAN" GAMBARAN TERSEBUT & KINI RAMAI DAH SEDAR AKAN TIPU MUSLIHAT PEMBANGKANG!-


Tidak sesiapa menafikan hak, Suaram sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, untuk membuat pengaduan berkaitan isu urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada pihak pengadilan Perancis.

Yang dipertikaikan ialah motif sebenar Suaram melakukan tindakan membawa satu isu yang berkaitan negara sendiri untuk diadili oleh negara luar.

Apatah lagi kini Suaram bukan lagi dilihat sebagai sebuah organisasi bebas yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tetapi telah bertindak melebihi peranan sebenarnya.

Suaram tidak lagi berpuas hati dengan fungsinya sekadar pihak pengadu tetapi mahu melebihi batas tersebut dengan cuba menjadi pendakwa dan juga hakim dalam isu tersebut.

Malah Suaram dengan beraninya telah mengatakan bahawa Perdana Menteri akan disepina di mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Belum lagi mahkamah Perancis mencapai sebarang keputusan mengetahui hasil penyiasatannya, Suaram seolah-olah telah mengetahui lebih awal.

Apabila Suaram bertindak sedemikian, sudah tentu rakyat akan terfikir apakah tujuan sebenar pertubuhan itu membuat pengadua berkenaan isu Scorpene?

Yang lebih penting pihak berkepentingan manakah yang mengarahkan Suaram berbuat demikian?

Suaram berjuang untuk agenda siapa - rakyat? pembangkang? atau lebih bahaya lagi, kuasa asing?

Suaram mengguna khidmat dua peguam Perancis untuk membantunya dalam isu Scorpene, seorang bernama Joseph Breham dan seorang lagi peguam yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia, William Bourdon.

Bourdon merupakan pengasas sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sherpa yang memperjuangkan isu-isu ketidakadilan ekonomi di negara-negara miskin seperti di Afrika.

Sherpa pula dibiayai oleh dua yayasan antarabangsa yang mempunyai dana yang cukup besar iaitu Open Society Foundations (sebelum ini dikenali sebagai Open Society Institute) dan Tides Foundation.

OSF dibiayai sepenuhnya oleh penyangak matawang, George Soros yang hampir sahaja menjahanamkan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan 1997/1998.

Ketika itulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan menunjukkan belang sebenarnya untuk menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Bank Dunia dan tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). sebelum berjaya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

OSF merupakan antara penyumbang terbesar kepada dana Tides Foundation, pembiaya Sherpa.

Tides Foundation pula pernah menyumbang sejumlah dana sebanyak AS$15,000 kepada Suaram untuk menjalankan aktivitinya beberapa tahun lalu.

Menurut keterangan laman sesawangnya, Tides Foundation adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosi agenda golongan berhaluan kiri.

Oleh kerana Suaram dilihat sebagai pertubuhan yang menggerakkan aliran pemikiran sayap kiri seperti sosialisme, maka atas dasar itu ia menerima geran dari Tides Foundation.

Antara agenda yang diperjuangkan oleh Tides Foundation ialah "radical gay, lesbian, bisexual, and transgender advocacy (LBGT)" atau perjuangan golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender yang radikal atau ekstrim.

Maka tidak hairanlah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen membuat pengakuan bahawa penganjuran Bersih menerima bantuan kewangan daripada dua pertubuhan Amerika Syarikat (baca pertubuhan didalangi Zionis-Yahudi) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan OSF.

Ambiga juga adalah pendokong kuat program tahunan Seksualiti Merdeka yang bertujuan mempromosi budaya dan gaya hidup LBGT di negara ini.

Perhimpunan Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih rakyat diberi sokongan kuat dan padu oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar.

Pada tahun 2007, Anwar pernah menjadi ahli panel pada majlis mengutip derma anjuran pertubuhan radikal neocon, National Endowment for Democracy (NED) yang juga menjadi pembiaya NDI.

Jika dikaji dengan teliti, pembabitan Suaram dalam isu Scorpene, Ambiga sebagai pejuang Bersih serta Anwar sebagai ketua pembangkang bukanlah satu perkara yang harus dilihat secara berasingan malah sebenarnya mereka saling kait mengait.

Tindakan Suaram membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis bukanlah satu kebetulan dan perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu bukan pula disengajakan.

Dalang terbesarnya ialah manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan taukenya pula ialah gerakan Zionis-Yahudi antarabangsa.


Sumber: Cik Zah

-UnReportedNews™®



Thursday, 14 June 2012

PR SPIN ISU SCORPENE KAITKAN PM?

-ISU TERGEMPAR SUPAYA KEMENTERIAN PERTAHANAN MENJAWAB DAKWAAN PENJUALAN DOKUMEN RAHSIA BERKAITAN KAPALSELAM SCORPENE KEPADA SYARIKAT PERTAHANAN PERANCIS DI TOLAK-




YB Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang.

Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak.

"Sudah saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.

Zulkifli, yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.

"Di Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.

"Ia hanyalah siasatan biasa.

Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini.

"Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009.

Selain itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.

Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri.

"Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik.

"Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut. Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang."


Sumber: Minda Hijrah


-UnReportedNews™®



Sunday, 10 June 2012

NAK PERCUTIAN FREE KE PERANCHIS KER?


-JANGAN JADIKAN SCORPENE SEBAGAI ALASAN NAK MENGIKIS WANG RAKYAT PULA-


Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009. 

Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.

” Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan. SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan malam dengan jualan meja semahal RM10,000 – pastinya, untuk menutup jejak bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.

Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.

Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang mereka. Ini kerana, sumber-sumber terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak pun dibawa ke mahkamah Perancis.

Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti.

Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan, keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN dengan parti politik Perancis.

Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop siasatan ini.

Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan disapina adalah bohong sama sekali. Isu pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan penipuan semata-mata.

Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun dibuat berkali-kali di parlimen. Selain itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian juga amat kukuh sekali.

Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya mereka-reka cerita. Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan.

Kita berkata demikian, kerana jika tujuan mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising dan menunggu sahaja perbicaraan selesai. Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun..!!!

Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini, kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja – sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.

Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Sumber: KL BOYZ

-UnReportedNews™®

Friday, 8 June 2012

REALITI & FANTASI FAKTA SCORPENE



-SCORPENE: ANTARA FANTASI, FAKTA & REALITI YANG PERLU KITA KETAHUI KERANA KEBENARAN YANG DISEDARI AWAL LAGI SENGAJA DISEMBUNYIKAN OLEH ANWAR & PEMBANGKANG..INILAH "PERMAINAN" MEREKA UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT-


1. Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam sejarah tanahair.

2. Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

3. Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah "Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut.

4. Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.

5. Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.

6. Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.

7. Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.

8. Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.

9. Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.

10. Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-

i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di Malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

11. Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.

12. Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.

13. Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.

14. Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.

15. Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.

16. Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.

17. Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu.

Sumber: Mulut Hebiaq

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List