Showing posts with label Communists. Show all posts
Showing posts with label Communists. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

CUBAAN SELUDUP ABU BANGKAI BAPAK KOMUNIS CHIN PENG?

-DUA SUSPEK DI TAHAN DI LAPANGAN ANTARABANGSA PULAU PINANG KERANA CUBA MENYELUDUP BARANGAN BERKAITAN DENGAN BAPAK KOMUNIS CHIN PENG PATUT DITARIK KEWARGANEGARAAN MEREKA! BIAR SAMA JUGAK DENGAN CHIN PENG YANG DAH MAMPOS TU TAK BERKERAKYATAN! KEKEKE!!-

Salah seekor dari babi  yang cuba menyeludup barangan bapak komunis diiringi polis 
Polis menahan dua lelaki yang baru tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dari Bangkok, Thailand kerana membawa beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) malam tadi.

Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada pukul 9.50 malam.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan Abadi Almarhum Chin Peng'.

"Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai barangan itu.

"Buat masa ini kita sedang menyiasat latar belakang dua lelaki ini. Lelaki berusia 59 itu berasal dari Hong Kong manakala yang berusia 66 tahun itu rakyat tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bayan Baru lewat malam tadi.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012.

"Kedua dua suspek tiada mempunyai hubungan persaudaraan dan polis sedang menyiasat motif mereka membawa masuk barang tersebut," katanya. -UM

-UnReportedNews™®

Sunday, 22 September 2013

SIAPA YANG BABI SANGAT NAK ABU BANGKAI CHIN PENG DIBAWA KE MALAYSIA NI?

-PART MANA LAGI KORANG LABU-LABU TAK FAHAM NI? STATUS BAPAK KOMUNIS-CHIN PENG MEMANG JELAS TAK SAMA DENGAN STATUS DR AZAHARI ATAU NOORDIN MOHAMAD TOP YANG SEMEMANGNYA WARGA NEGARA MALAYSIA! TU MASIH TAK PAHAM-FAHAM LAGI KER? KEKEKE!!!-

Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia.

Beliau berkata Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian.

“Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.

Malah katanya semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini,” katanya. – Bernama

-UnReportedNews™®

HUBUNGAN PAKATAN RAKYAT DENGAN KOMUNIS?

-PENYOKONG-PENYOKONG PAKATAN RAKYAT SEHARUSNYA MEMIKIRKAN KEWARASAN MEREKA UNTUK TERUS MENYOKONG PARTI YANG SECARA TERANG-TERANGAN MENYOKONG KOMUNIS DENGAN TINDAKAN MENGHANTAR WAKIL MEREKA UNTUK MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA BAPAK KOMUNIS; CHIN PENG! LU ORANG MEMANG DUNGU LAH! KEKEKE!!!-

Tian Chuan & menantu Pemimpn PKM Abdullah CD, Anas ketika melawat mayat Chin Peng
Naib Presiden PKR, Tian Chua dilaporkan KiniTV telah menghadiri penghormatan terakhir kepada Chin Peng di kuil Wat That Thong pada Sabtu.

Tian Chua berkata Chin Peng dan generasinya telah membentuk peta Asia Tenggara hari ini dan dia perlu diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia.

“Tiada siapa yang harus memanipulasi sejarah untuk mendapatkan kepentingan politik,” kata Tian Chua.

Sebelum ini, Tian Chua dalam laman Twitternya menyifatkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai pejuang kemerdekaan dan pemergiannya adalah satu kehilangan kepada negara.

“Pada hari Malaysia ke-50 tahun, kita kehilangan seorang patriot yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Bersemadi dengan aman Chin Peng),” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun disambut dengan kemarahan pengikutnya di laman sosial tersebut.

“Sampah. Anda (Tian Chua) beritahu LKS (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) berhenti buat kenyataan gila,” respon A. Chandrakumanan, salah seorang pengikut Tian Chua di Twitter.

MrAlip pula sinis merujuk Tian Chua dengan berkata: “Lagi dalang pengganas.”

Chin Peng merupakan ketua gerila PKM yang berjuang menentang British dan angkatan Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara komunis.

Pemberontakan komunis bagaimanapun gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali dalam Malaysia. - AIDCNews 22/09/13 

-UnReportedNews™®

TIADA PREJUDIS KAUM HALANG ABU CHIN PENG MASUK MALAYSIA!

-TIMBALAN MENTERI KDN DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI YANG JUGA BEKAS PEGAWAI POLIS MENEGASKAN SECARA PERIBADI MENYOKONG PENDIRIAN KERAJAAN MENGHALANG KEMASUKAN ABU MAYAT CHIN PENG KE MALAYSIA KERANA RAKYAT TETAP TIDAK DAPAT MEMAAFKAN PERBUATAN KETUA KOMUNIS MALAYA DI MASA LAMPAU! STEADY DATUK WAN! KEKEKE!!!-

Tindakan kerajaan menghalang pembawaan masuk abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini bukan kerana persoalan sesebuah bangsa tetapi sebagai menghormati perasaan perajurit dan keluarga mangsa yang terkorban ketika menentang komunis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, isu bangsa bukan persoalan utama namun fahaman yang dibawanya serta penentangan terhadap kerajaan dahulu perlu dijadikan titik rujukan sebelum menyokong usaha pembawaan masuk abu mendiang.

"Saya pernah ditanya sebelum ini, adakah layanan yang sama akan diberikan sekiranya Chin Peng itu berbangsa Melayu, Iban, Kadazan mahupun Dayak?"

"Hakikatnya sekarang adalah kekejaman yang beliau lakukan bersama dengan pengganas komunis terhadap rakyat suatu ketika dahulu merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Penangguhan Karnival Kerjaya di Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam  Shah (Komplek Islam Sarawak).

Jelasnya, sejarah mungkin akan berbeza sekiranya perjuangan Chin Peng berhenti sehingga Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, namun Ketua Komunis itu masih memperjuangkan idea beliau meskipun negara telah mencapai kemerdekaan sehingga tahun 1989.

"Jesteru walau apapun alasan yang diberikan, perbuatan beliau dahulu tetap tidak dapat diterima dan saya secara peribadi menyokong pendirian kerajaan yang menghalang kemasukan beliau ke negara ini," katanya.

"Persemadian mendiang Chin Peng di negara ini dikhuatiri akan menyemarakkan semula fahaman komunis sekali gus memberi idea bahawa perjuangan ketua komunis ini dapat diteruskan."

"Kita takut ia akan membangkitkan sentimen kepada penyokong Chin Peng untuk membina sebuah tugu peringkatan yang akan dijadikan sebagai pusat perjuangan beliau yang belum berakhir".

-UnReportedNews™®

APA LER, TARIKH MAMPUS BAPAK KOMUNIS PUN NAK DITIPU?

-GEMPAR! TARIKH KEMATIAN CHIN PENG SEBENARNYA BUKAN 16 SEPTEMBER TAPI SEHARI SEBELUM ITU! RANCANGAN MENUKAR TARIKH TERSEBUT AGAR SAMA DENGAN HARI MALAYSIA ADALAH SEBAGAI SATU PROPAGANDA JAHAT KOMUNIS & MEREKA-MEREKA YANG SEWAKTU DENGANNYA! MUKA PUAK TAK MALU NAK KAITKAN KOMUNIS DENGAN MALAYSIA! KALAU DAH MAMPUS, MAMPUSLAH! KEKEKE!!!-

Kematian bekas Setiausaha Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang sebelum ini dilaporkan pada 16 September menimbulkan keraguan berikutan desas-desus mengatakan tarikh kematian itu sebenarnya telah dirancang.

Dipercayai pemimpin PKM itu meninggal dunia di Hospital Bangkok di Thailand pada petang Ahad (15 September).

Bagaimana pun menurut sumber, kematiannya telah dilaporkan pada awal pagi Isnin (16 September) di mana ketika rakyat negara ini menyambut Hari Malaysia pada hari tersebut.

"Dipercayai tarikh (kematian) pada hari Isnin itu dipilih supaya Chin Peng diingati oleh penyokongnya yang secara kebetulan jatuh pada hari penting buat seluruh rakyat Malaysia menyambut hari pembentukan negara Malaysia.

"Pihak kami mendapat maklumat ini merupakan agenda terancang pihak-pihak tertentu kononnya mahu mengaitkan kematian Chin Peng sebagai semangat nasionalisme," katanya kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang hidup dalam buangan di Thailand dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bangkok pada awal pagi 16 September lalu akibat sakit tua.

Sepanjang mengepalai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman telah dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya bagaimanapun akan cuba bekerjasama dengan hospital di Bangkok bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diterima mengenai tarikh sebenar kematian pemimpin kanan PKM itu.

Sumber turut memberitahu bahawa Chin Peng sempat menulis wasiat yang dipamerkan di Kuil Wat That Thong yang mengandungi hasratnya untuk diingati sebagai orang yang berani dan mahu generasi muda mengikut jejak langkahnya dalam 'memperjuangkan idealisme".

"Apa yang diwasiatkan oleh Chin Peng itu sangat berbahaya dan boleh mengundang ancaman kepada negara lebih-lebih lagi generasi muda mudah terpengaruh kononnya apa yang diperjuangkan itu adalah benar sedangkan perjuangannya amat kejam dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan," kata sumber itu.

Kuil tersebut akan menjadi lokasi persemadian terakhir bagi bekas setiausaha agung PKM itu sebelum upacara pembakaran mayatnya yang dijadualkan pada petang Isnin ini - UM 

-UnReportedNews™®

Thursday, 19 September 2013

SATU PERSAMAAN CHIN PENG & ANWAR IBRAHIM

-BAPAK KOMUNIS CHIN PENG ADA HATI NAK JADI MENTERI TAPI MATI KEEMPUNAN & BAPAK REFORMASI ANWAR IBRAHIM ADA HATI NAK JADI PERDANA MENTERI TAPI "TERGOLEK DOG" TERSUNGKUR BUAT KALI KEDUA CUBAANNYA! KEKEKE!!!-

Menyemak kembali butiran perundingan penamatan permusuhan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia pada tahun 1988, buku "Wira Tak Didendang" tulisan Zainudin Maidin (ZAM) mendedahkan bahawa tuntutan utama PKM ialah pembentukan Kerajaan Campuran.

Hal ini membayangkan yang Chin Peng berhasrat menjadi Menteri.

Selain dari itu, tuntutan besar mereka ialah penyerapan anggota PKM kedalam pasukan bersenjata dan polis, disamping diberikan tanah 10 ekar seorang serta PKM dihalalkan sebagai parti politik di Malaysia.

Namun akhirnya Chin Peng sedar bahawa PKM tidak sekuat mana dan menerima syarat penamatan permusuhan dengan perjanjian yang simple dan ditandatangani oleh KSU Kementerian Dalam Negeri, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.

Artikel 3 di atas adalah sebagai bukti yang anggota PKM diberi peluang untuk menetap di Malaysia, tetapi mengapa Chin Peng tidak memilih untuk berbuat demikian?

Chin Peng pasti mempunyai sebab tertentu dengan keputusan tidak kembali di Malaysia dan penolakan majoriti rakyat Malaysia mungkin menjadi sebab utama.

Dengan pilihan itu, bermakna beliau sendiri tidak berminat menjadi sebahagian warganegara Malaysia yang majoritinya menolak fahaman komunis.

Jika Chin Peng membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia pada 1989, apakah Mat Sabu yang berkira hendak menjadi calon PAS di Nilam Puri, Kelantan akan menyambut dengan tangan terbuka?

Jadi soal membawa kembali abu mayat Chin Peng tidak perlu diusahakan, kerana Chin Peng telah membuat pilihannya. (sumber)

-UnReportedNews™®

Wednesday, 18 September 2013

MAYAT BAPAK KOMUNIS AKAN DIBAKAR DI THAILAND!

-BANGKAI CHIN PENG AKAN DIBAKAR DI BANGKOK THAILAND MINGGU DEPAN! BIOR LE NAK BAKAR KER, SALAI KER ATAU REBUS SEKALI PUN, KAMI ORANG TAK PEDULI APA! YANG PENTINGNYA SI CHIN PENG; DATANG TAK BERJEMPUT, MAMPUS LAGI KAMI TAK KENANGI! KEKEKE!!!-

Mayat Chin Peng akan dibakar mengikut upacara agama Buddha di tokong Wat That Thong, Bangkok minggu depan.

Pembantu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Paul Chin berkata mayat akan dibawa ke tokong untuk upacara berjaga malam pada Jumaat dan upacara terakhir dijalankan pada pagi Isnin. Ia diikuti dengan pembakaran pada sebelah malam.

Pemimpin komunis itu meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pagi Isnin. Beliau berusia 89 tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mayat Chin Peng tidak akan dibenarkan dibawa pulang ke negara ini.

Paul Chin berkata, Abdullah CD adalah antara ahli-ahli parti dan bekas pemimpin-pemimpin yang akan menghadiri pengebumian.

Sementara itu, pemimpin-pemimpin pembangkang terus merayu kepada kerajaan untuk membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata: "Perkara lepas biarlah berlalu.

"Jelas sekali rakyat secara umumnya menolak ideologi komunis. Walau bagaimanapun, mendiang Chin Peng akhirnya memilih jalan keamanan selepas gagal mencapai persetujuan dalam Rundingan Baling pada tahun 1955." (sumber

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List