Showing posts with label Red Bean Army. Show all posts
Showing posts with label Red Bean Army. Show all posts

Monday, 19 August 2013

PSYWAR PR BARU, CODENAME: SEEK & KILL!

-PAKATAN RAKYAT DAH MEMULAKAN LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PRU-14! AWAS! GERAK KERJA TERBARU PSYWAR MEREKA IAITU SEEK & KILL! BN BILA LAGI? TAKKAN NAK TUNGGU SEBULAN DUA NAK PRU TU? KEKEKE!!!-

Maklumat gerak kerja cyber war team Pakatan Rakyat PRU14 .. codename SNK (seek n kill) .. Berikut maklumat gerak kerja mereka.

1. Mewujudkan pasukan disetiap DUN dengan anggota minima 5 orang (kerja tetap dengan party min gaji rm3k)

2. Mempersiap command center disetiap DUN

3. Menyediakan infrastruktur komunikasi server, handphone maxis celcom digi, laptop,digital camera, video recorder, digital line.

4. Melatih pasukan dengan kemahiran komunikasi internet, hacking, attack and defend.

5. Mendengar, mengenalpasti dan memanipulasi segala masalah dalaman parti UMNO,MCA,MIC dan lain lain secara mingguan dan bulanan.

6. Mewujudkan gerak saraf dgn memanipulasi isu bagi memporak perandakan serta menggoncang kekuatan dalaman UMNO, MIC,MCA.

7. Membangkitkan isu perkauman dan menjadikan UMNO, MIC,MCA sebagai kuda hitam- info

Berikut pula usaha gerak kerja untuk pemilihan UMNO:

PKR sedang memantau mesyuarat cawawangan2 UMNO yang sedang berlangsung untuk mencari kesilapan dalam perlaksanaan mesyuarat.

Komen serta kritikan oleh ahli UMNO sendiri yang dibuat melalui laman sosial akan diguna untuk dilapor kepada pihak ROS.Ini sebagai satu tindakbalas utk memastikan ROS mengambil tindakan terhadap UMNO sama seperti tindakannya terhadap DAP.

Tujuan mereka adalah untuk meletakkan UMNO dalam permasaalahan. 

Hal parti kita dan hal masalah kita tak usahlah nak dimasukkan dlm fb, twitter atau blog.

Harap pihak berkuasa tidak melakukan perkara dan agenda mesyuarat yang mencurigakan hingga menimbulkan ketidak puas hati ahli-ahli.

Pastikan tiada usaha untuk "bulldozer" sesuatu agenda. -The Unspinners 

-UnReportedNews™®

Saturday, 13 July 2013

KISAH DAP & RBA!

-MONUMEN PENIPUAN TERMAHAL PASCA PRU-13 BERNILAI RM60,000 ITU IAITU BURUNG UBAH SECARA LANGSUNG MENGAITKAN DAP & RBA! KEKEKE!!!-

Sabtu ini, DAP akan melancarkan satu belon gergasi yang menyerupai Burung Ubah (gambar di atas) yang berharga RM60,000 di Nautilus Bay Jelutong Promenade (IJM Promenade), Sungai Pinang, Pulau Pinang.

Bayangkan…begitu banyak wang dimiliki parti berkenaan ia apabila mampu meletakan sebuah belon berharga RM60,000 terapung di satu kawasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengetahu jumlah itu akan dipersoalkan, dengan pantas cuba menafikan wang itu datang dari DAP dengan berkata ia hadiah dari penyokong parti berkenaan.

Namun…siapa penyokong itu? Tokey rumah urut? Tokey judi haram? Kalau betul penyokong itu wujud, mesti dia ada nama.

Kalau belon plastik sahaja cecah RM60,000 …maka tidak terperanjatlah kalau ada dakwaan mengatakan parti itu membelanjakan RM100 juta lebih untuk pembangunan dan aktiviti tentera siber Red Bean Army (RBA) untuk tempoh beberapa tahun menjelang pilihan raya umum ke-13 yang lalu.

Begitu nyata duit bukan isu yang besar untuk parti berkenaan.

Dana dari tokey-tokey judi haram, bapak ayam, tokey rumah urut dan dari negara luar terutama dakwaan dari Singapura dan Taiwan memperlihatkan DAP bukan parti picisan… ia bersedia sepanjang masa untuk merampas Malaysia dan menjadikannya satu lagi mini China di Kepulauan Melayu.

Apa pun, penulis melihat apa yang DAP hendak lancarkan itu bukan sekadar sebuah belon mahal….tetapi sebagai satu monumen… bukan monumen kejayaan tetapi monumen penipuan pembangkang terutama DAP pada PRU-13 lalu.

Kenapa?

Kerana Burung Ubah itu adalah logo rasmi pasukan RBA…sebelum indentiti mereka diketahui…RBA akan meletakan gambar kecil burung itu di setiap video dan banner fitnah yang dicipta serta disebarkan mereka.

Burung Ubah itulah yang dirancang untuk dipamerkan kepada rakyat!!!

Kini, kita semua sudah tahu bahawa RBA yang dikaitkan dengan DAP selama bertahun-tahun menipu dan mengugut begitu ramai rakyat negara ini dengan begitu banyak propaganda dalam talian.

Dan kemuncak penipuan mereka dapat dilihat pada hari PRU-13 pada 5 Mei lalu apabila video-video dan gambar penuh penipuan tersebar di media-media sosial bagi mengaburi pemikiran rakyat.

Antaranya video-video kononnya ada 45,000 pengundi Bangladesh keluar mengundi (yang kemudian semuanya terbukti penipuan), Tun Mahathir lari ke Eropah pada hari pengundian kerana tahu Pakatan Rakyat akan menang, beg undi dibuang dari helikopter (ada jugak yang percaya), blackout di pusat-pusat pengiraan undi (yang terbukti kemudian hari tidak ada satu pun yang betul, malah sekeping gambar dicanang sebagai kejadian itu pun terbukti lakonan) dan macam-macam.

Sebagai manusia berakal…tidakkah kita rasa marah dan diperbodohkan oleh sekumpulan manusia dan parti yang begitu rakus mahu memegang kuasa?

Dengan begitu mudah mereka mencipta pelbagai penipuan dan kemudian tidak mahu mengaku…

Mereka telah merendahkan tahap pemikiran kita sebenarnya…

Dan mereka terus merendahkan kita apabila tergamak membina monumen penipuan menggunakan logo rasmi RBA yakni Burung Ubah berkenaan untuk dijadikan tatapan kepada masyarakat umum.

Apakah Guan Eng dan rakan-rakannya ketawa besar bila mereka melihat belon plastik itu mula-mula didirikan…? Entah kenapa imej Guan Eng sedang ketawa sambil terngaga mulut dan cermin matanya hampit terjatuh asyik muncul di pemikiran penulis.

Apa pun..pada harga RM60,000 …belon burung plastik itu nyata sekali adalah monumen penipuan termahal yang wujud selepas PRU-13!

Apa lagi yang kita akan diperbodohkan selepas ini?

(Oleh: AK-47)

Fakta Tambahan Monumen Penipuan:

- Diperbuat daripada pvc berkualiti tinggi seberat 250 kilogram.

- Ketebalan badannya adalah 0.35mm manakala pelampung di bawah setebal 0.7mm

- Seperti biasa, ia dibangunkan berasaskan kejayaan itik kuning negara China (Hong Kong).

- Disiapkan dalam masa dua bulan (sumber

-UnReportedNews™®

Tuesday, 9 July 2013

RBA DALAM PROSES MEMPERKASAKAN DIRI?

-JANGAN NAFIKAN PERANAN MEDIA SOSIAL KERANA IANYA SUDAH TERBUKTI KEBERKESANANNYA & DAP SEKALI LAGI MEMULAKAN LANGKAH DIHADAPAN? KITA BILA LAGI? JANGAN DAH KEHILANGAN SEGALANYA, BARU NAK TERHEGEH-HEGEH! WAKE-UP! KEKEKE!!!-

Pada ketika banyak pihak kini sedang bersedia untuk menghadapi PRK Kuala Besut rupa-rupanya ada pihak yang lagi satu terus konsisten dan bergerak tanpa menoleh kebelakangan lagi.

Pada ketika kerajaan sedang berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan dan menyelesaikan perkara-perkara penting bagi memastikan rakyat terus mendapat manafaat rupa-rupanya ada pihak yang lagi satu sudah pun siap merencana dan kini mereka sudah sampai ke peringkat pelaksanaan.

Apa sudah jadi kepada kita agaknya ?? Apakah yang sedang di lakukan oleh UMNO dan BN tatkala musuh politik sudah jauh melangkah malah langkahan ini jika tidak di tangani dengan betul ianya mampu menjadikan medan tempur selepas ini umpama padang pasir di gurun sahara kering kontang tanpa mampu di pertahankan lagi.

Sejak isu RBA atau Red Bean Army menjadi sebutan banyak pihak , DAP nampaknya bijak mengatur strategi apabila dalam diam-diam mereka sudah pun memulakan rentak hasil daripada penambahbaikkan pasukan tentera maya mereka.



Apa yang dinamakan sebagai Ejen Impian itu hanyalah sekadar 'camourflage" kepada gerakan tersusun yang sudah bergerak sejak 2008 yang lalu.

Sejak isu RBA menjadi perbualan , sesuatu perlu di lakukan bagi menyelamatkan pasukan elit DAP ini daripada terus-terusan menjadi sasaran musuh politik mereka.

Dengan kerja yang telah di lakukan oleh mereka sebelum ini sudah pasti RBA amat perlu di selamatkan dan sudah pasti Ejen Impian adalah perkara paling logik untuk RBA di sembunyikan.

Apa yang pasti jangan sesekali menafikan peranan media sosial kerana ia sudah membuktikan keberkesanannya.Dan kerana itulah DAP melangkah setapak lagi memperkasakan gerakan cybertroopers mereka.

Persoalan yang MMI rasa banyak pihak mahu tahu , Puak tu dah mula kita bila lagi ???? (sumber

-UnReportedNews™®

Monday, 20 May 2013

SEBARKAN: DAKYAH PALSU RED BEAN ARMY

-BERATUS-RATUS CYBERTROOPERS READ BEAN DIBAYAR SECARA BULANAN SEJAK EMPAT TAHUN YANG LALU MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP BARISAN NASIONAL (BN)! SADIS KAN? KEKEKE!!!-

Perang alam maya telah bermula sejak empat tahun yang lepas. 

DAP mempunyai tentera mereka yang diberi nama RED Bean Army. 

Modus operandi yang cukup terancang mensasarkan pengguna “IT” menggabungkan pengamal tegar medium popular di Internet seperti Facebook, Twitter, blog dan portal berita Internet yang merupakan majoritinya pengundi muda.

DAP di Georgetown akan memantau segala pergerakan kumpulan ini. 

Pusat operasi utama mereka terletak di Concorde Hotel, Kuala Lumpur dan KOMTAR, Pulau Pinang. 

Beratus-ratus cybertroopers RED BEAN dibayar secara bulanan dan tetap sejak 4 tahun lepas. 

Pulau Pinang dan Selangor bertanggungjawab membiayai sepenuhnya RED Bean Army ini. (sumber)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List