Showing posts with label SUARAM. Show all posts
Showing posts with label SUARAM. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

BILA “ARKITEK” SCORPENE BERBICARA ...

-IANYA MENYANGGAH SEGALA TUDUHAN SUARAM SEKALIGUS MEMADAM KAITAN ANTARA MENDIANG ALTANTUYA & PEMBELIAN KAPALSELAM SCORPENE! KANTOI LAGI! KEKEKE!!!-

Temuramah Muka Hadapan Akhbar New Straits Times (NST) – Terbit 27 Julai (Sabtu)

Dalam satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang kononnya penuh kontroversi itu. Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene.

Menyanggah Cerita Dongeng.

Pada tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat. Cerita tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear tercanggih pada zamannya.

“The Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya” diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat antarabangsa. Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.

Di Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering diputarkan oleh beberapa pihak.

Pada tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia untuk mendapatkan satu kontrak. Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.

Bertahun sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah dikaitkan hanya melalui teori. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood. Ini kerana dek penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.

April lalu, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh Suaram dan konco-konco mereka. Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan Malaysia.

Selepas beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian Scorpene ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu tersebut. Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.

Sebelum perjumpaan itu dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat di mana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

Semasa berkunjung ke rumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata “Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.

Salah satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah kepada Abdul Razak Baginda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan projek tersebut.
Perbincangan bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun 2002. Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.

Akan tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006. Sedangkan sebahagian perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di Malaysia.

Semua dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah sesuatu yang saya katakan, tetapi ia adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis ,”.

Mengikut keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004. Perjanjian Scorpene telah dirumuskan pada tahun 2002.

Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.

Pihak pro-pembangkang menyatakan kononnya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perantara.

Tambahan dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama Martin Hill yang juga fasih berbahasa Perancis. Sekiranya, pasukan mereka memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu.

“Ini semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.

Siapakah Jasbir Singh Chahl?

Jasbir Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam bidang pertahanan dan pembangunan. Di sana beliau diberikan tugas untuk memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh dunia. Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali di arena korporat Malaysia. Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales), Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.

Hubungan beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.

Semasa perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan apa-apa perkembangan.  Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.

‘Semuanya telah diaudit’

SATU daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan dengan perkataan “komisyen”.

Khususnya, 115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai  dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dan Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.

“Jumlah itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada geram dan marah.

Para pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara ini membuatkan Chahl merasa jelek.

Untuk makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT dan syarikat industri, Boustead di mana kedua-duanya juga telah diaudit.

Yuran tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek, menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan memantau prestasi syarikat yang terlibat. Ia juga membantu kontraktor utama mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan kontrak utama dan selaras dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara di atas.

Sebahagian besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis, dan Sepanyol untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang. Kos-kos lain termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun. Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka dirangkumi oleh yuran ini.

“Kita telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan dan goyang kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah dilakukan

Untuk makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.

“Tawaran komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”

“Berdasarkan kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab untuk kami berbuat demikian.”

“Scorpene merupakan kapal selam bukan nuklear terbaik yang telah negara kita pilih”. (sumber

-UnReportedNews™®

Sunday, 10 March 2013

SIASATAN FILIPINA TERHADAP KIRAM III BERKAITAN PENGGANAS SULU DI SABAH BERMULA

-SEPERTI YANG TELAH DINYATAKAN PRESIDEN FILIPINA BENIGNO S. AQUINO II TEMPOH HARI, MANILA MENUNJUKKAN KEIKHLASAN & KESUNGGUHAN  MEMBENTRAS MEREKA YANG TERBABIT DALAM INSIDEN PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU DI SABAH DENGAN MEMULAKAN SIASATAN KE ATAS PENASIHAT KEPADA SASPEK UTAMA JAMALUL KIRAM III .. JADI SOS TIRAM LAH KAU KIRAM! KEKEKE!!!- 



Boy Saycon


Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) pada Jumaat memulakan penyiasatan ke atas keganasan Sabah, dan memanggil penasihat Sultan Sulu 'Boy Saycon' untuk disoalsiasat Selasa hadapan.

Media di Filipina melaporkan sapina akan dikeluarkan dalam usaha NBI mencari bukti dakwaan konspirasi berlaku dalam konflik bersenjata antara pasukan keselamatan Malaysia dan “tentera diraja” Sulu di Sabah, yang terletak di timur Malaysia itu.

Sebelum itu, Benigno Aquino yang dipetik daripada Malaya - Business Inight sebagai berkata, Kiram tidak mampu untuk membayar kos rawatan penyakit buah pingangnya apatah lagi mebiayai kos pencerobohan yang memerlukan kos besar untuk membeli pelbagai kelengkapan.

"Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian ini," kata beliau dan mempersoalkan dari mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan.

Tambah Aquino, Kiram sebelum ini mendapat bantuan daripada Pejabat Kebajikan Filipina bagi membayar kos rawatan sesi dialisis bagi penyakit buah pinggang yang dialaminya.

Dalam pada itu, beliau akan mengheret penyokong bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam mencetuskan insiden pencerobohan di Sabah ke muka pengadilan kerana kerajaan tahu mengenai identiti mereka manakala yang lain masih tidak diketahui namun enggan mengulas sekiranya Arroyo dan bekas Penasihat Keselamatan Nasional Norberto Gonzales turut terlibat dalam siasatan tersebut.

Tindakan ketenteraan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah wajar dalam menangani krisis tersebut kerana sekirnya situasi terbalik dan kumpulan bersenjata menceroboh Filipina, kerajaan kita juga akan menggunakan pendekatan yang sama dalam memastikan keselamatan warganegara," katanya lagi. 

Kecurigaan Aquino mengenai Kiram dibiayi oleh "pihak asing" dalam insiden penceroohan Sabah kemudiannya diperkuatkan lagi dengan dakwaan Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong yang dipetik oleh KL Pos sebagai berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.
Ikrar Aquino untuk memberkas penjenayah

"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."

"NGO yang diberitahu itu adalah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia." katanya pada Forum Pendedahan Siapa dalang Serangan Di Lahat Datu di Bukit Antarabangsa pada hari Jumaat lepas.

Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau dan dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US). 

"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau sambil menambah namun Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus dengan mempergunakan pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu, tambahnya lagi.
Saspek utama Kiram III yang pastinya kini ketakutan

Memetik kenyataan jurucakap Sultan, Abraham Idjirani, 'The Philippine Star' berkata ini adalah permulaan tindakan oleh pihak kerajaan ke atas pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dan akan didakwa kerana mencetuskan pemberontakan di Sabah.

Akhbar itu melaporkan bahawa sapina yang ditandatangani timbalan pengarah Jabatan Risikan, Reynaldo Esmeralda, dihantar jam 4 petang Jumaat ke pejabat Saycon di Makati oleh ajen NBI.

Saycon, setiausaha agung Majlis Perhubungan Filipina (COPA), telah dikaitkan dalam plot menghancurkan kestabilan pentadbiran lalu, menurut laporan yang dipetik daripada laman sesawang ABS-CBN News.

"Saya syak kerana perkembangan terbaru dan kemasukan ke Sabah," kata Saycon kepada The Philippine Star, walaupun beliau masih belum menerima sapina tersebut.

"Sudah dijangkakan bahawa penyokong sultan akan didakwa. Mereka sekarang sedang menyediakan lebih banyak sapina, kerana ugutan terhadap kerajaan sudah mula berleluasa dalam masa dua minggu ini."

Penganalisis strategi politik juga dilaporkan berkata Sultan Sulu sudah membentuk sepasukan peguamnya bagi membantu penyokongnya yang mungkin disiasat atau dihadapkan ke mahkamah kerana keganasan di Sabah, yang didakwa pihak berkuasa Malaysia pada Khamis meragut 52 warga Filipina dan lapan rakyat Malaysia.


"Saya fikir kerajaan ada konspirasi tanpa sebarang sebab, dan mahu menuduh orang ramai dan bukannya menyelesaikan krisis yang sedang meruncing di Sabah," dakwa Saycon menurut akhbar berbahasa Inggeris itu.

Menurut laporan sebelumnya, Saycon mengaku menjadi penasihat keluarga Kiram dalam hal ehwal luar, ekonomi dan budaya selama sedekad tetapi menafikan memberi nasihat untuk tentera diraja Sulu mengambil alih Sabah.

The Philippine Star melaporkan pengarah NBI Nonnatus Rojas tidak dapat dihubungi untuk memberi komen ke atas tujuan sapina terbabit, tetapi mengatakan baru-baru ini beliau mengatakan beliau sedang menyiasat "siapa yang terlibat di belakang insiden Sabah."

Akhbar tersebut itu melaporkan bahawa kerajaan Filipina berkata semalam orang-orang Kiram di Sabah hanya menyertai tentera Sulu selepas disogok wang.

"KIta sudah melihat laporan di media, sesetengah dari mereka (tentera diraja), dibayar $600, dan dijanjikan untuk dibayar $600. Mereka juga dijanjikan tanah, dan kedudukan dalam kesultanan, ini tidak boleh dinafikan lagi," kata jurucakap presiden Edwin Lacierda.

Adik Jamalul, Agbimuddin Kiram, yang mendakwa dirinya sebagai 'putera raja' Kesultanan Sulu, sedang mengetuai 200 pemberontak bersenjata di Sabah, dimana mereka sudah berada di situ sejak 9 Februari.

Puak bersenjata itu berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat dua minggu lalu, selepas perbincangan secara aman gagal, dan pertempuran minggu lalu menyaksikan penceroboh Sulu ramai yang terbunuh, dan juga lapan orang anggota polis Malaysia.

Malaysia melancarkan serangan besar-besaran sejak Selasa lalu, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan dan artileri menghujani Kampung Tanduo, tempat penceroboh itu berlindung.

Setakat ini, jumlah kematian penceroboh Sulu mencecah 53 orang menurut laporan pihak berkuasa Malaysia, dengan 32 orang terbunuh dalam pertempuran berikutan serangan udara Selasa lalu.

-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

Friday, 8 March 2013

DAKWAAN SUARAM BIAYAI PENGGANAS ADALAH PENGKHIANATAN PADA NEGARA

-KERAJAAN WAJAR MENGADAKAN SIASAT SECARA MENYELURUH SEHINGGALAH KE AKAR UMBI AKAN PENDEDAHAN TERSEBUT KERANA IANYA MENBABITKAN KESELAMATAN NEGARA DISAMPING TELAH MENGORBANKAN RAMAI NYAWA ANGGOTA KESELAMATAN KITA DI SABAH! NGO YAHUDI INI PASTI AKAN MENCUBA PELBAGAI LAGI MUSLIHAT DALAM MASA TERDEKAT INI UNTUK MEMASTIKAN PROXY PM YAHUDI MEREKA MENDUDUKI PUTRA JAYA!-

Belakanlah pengorbanan wira-wira kita ini! 
Pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta.

Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong yang dipetik oleh KLpos sebagai berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.

"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."

"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia." katanya pada Forum Pendedahan Siapa dalang Serangan Di Lahat Datu di Bukit Antarabangsa disni hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip, Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad, Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah.

Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau.

Ng Lam Yong
"Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US)."

"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau

Tambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus," ujarnya lagi.

Dalam pada itu satu upacara simbolik membakar patung bergambar Naib Presiden PKR Tian Chua diadakan selepas forum itu selesai berikutan dakwaan beliau terhadap insiden di Lahad Datu sebagai sandiwara politik UMNO.

-UnReportedNews™®


Wednesday, 19 September 2012

JAHANAM SUARAM!

-SUDAH TERANG NAK BERSULUH PULA, TINDAKAN SUARAM MENERIMA DANA ASING MEMBAYANGKAN IANYA DIBIAYAI OLEH ANASIR LUAR UNTUK MEMBUAT HURU HARA DI MALAYSIA..SEBIJIK MACAM KOMUNIS, KALAU TAK PUN PEMBERONTAK! KEKEKE!-
Kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) yang dibiayai oleh agensi antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang berunsur subversif dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara.

Menurut Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin, kewujudan kegiatan tersebut wajar disiasat pihak berkuasa sebelum perkara-perkara yang tidak diingini seperti menggulingkan kerajaan terjadi.

Justeru katanya,kegiatan yang dijalankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ketika ini dilihat mirip dengan apa yang dilakukan Parti Komunis Malaya (PKM) sekitar tahun 60-an dahulu.
“Saya fikir ini merupakan satu perkara yang sangat merbahaya sekarang kerana kerajaan terlalu berlembut dan tidak mahu menggunakan peruntukan undang-undang untuk membanteras kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan. Dan saya lihat bahawa kegiatan Suaram itu sama dengan kegiatan PKM tahun 60-an dulu. Dan saya menggesa pihak berkuasa menggunakan segala bentuk peruntukan perundangan untuk membawa mereka yang menerima dana asing ini untuk disiasat. Kalau ianya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan demokrasi yang dipilih oleh rakyat, itu merupakan suatu kesalahan undang-undang dan mereka harus didakwa di mahkamah,” tegas beliau.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai pengakuan terbuka Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong bahawa pertubuhan itu disalurkan dana dari luar negara.

Justeru,pihak berkuasa tegas beliau perlu bertindak dengan menggunakan apa juga peruntukan undang-undang yang wujud di negara ini untuk membanterasnya daripada semakin berleluasa.

Isu berhubung penyaluran dana dari asing ini mula hangat apabila Kua baru-baru ini mengesahkan Suaram tersebut ditaja oleh beberapa organisasi luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang berbincang dengan Peguam Negara untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pertubuhan itu.

Menurut beliau, terdapat lima tuduhan yang telah dikenal pasti, namun setakat ini hanya satu yang telah diputuskan untuk disiasat iaitu Akta Syarikat 1965 di bawah seksyen 364(2). – Antarapos

Sumber: Badut Rakyat

-UnReportedNews™®



Wednesday, 20 June 2012

ZIONIS-YAHUDI MEMBIAYAI SUARAM & BERSIH?

-PERMAINAN PEMBANGKANG INI BAGAIKAN "JIGSAW-PUZZLE" YANG BESAR & JIKA RAKYAT YANG PEKA AKAN KEADAAN SEBENARNYA, MEREKA DAPAT "MENYUSUNKAN" GAMBARAN TERSEBUT & KINI RAMAI DAH SEDAR AKAN TIPU MUSLIHAT PEMBANGKANG!-


Tidak sesiapa menafikan hak, Suaram sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia, untuk membuat pengaduan berkaitan isu urusan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kepada pihak pengadilan Perancis.

Yang dipertikaikan ialah motif sebenar Suaram melakukan tindakan membawa satu isu yang berkaitan negara sendiri untuk diadili oleh negara luar.

Apatah lagi kini Suaram bukan lagi dilihat sebagai sebuah organisasi bebas yang berpegang kepada prinsip keadilan sejagat tetapi telah bertindak melebihi peranan sebenarnya.

Suaram tidak lagi berpuas hati dengan fungsinya sekadar pihak pengadu tetapi mahu melebihi batas tersebut dengan cuba menjadi pendakwa dan juga hakim dalam isu tersebut.

Malah Suaram dengan beraninya telah mengatakan bahawa Perdana Menteri akan disepina di mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Belum lagi mahkamah Perancis mencapai sebarang keputusan mengetahui hasil penyiasatannya, Suaram seolah-olah telah mengetahui lebih awal.

Apabila Suaram bertindak sedemikian, sudah tentu rakyat akan terfikir apakah tujuan sebenar pertubuhan itu membuat pengadua berkenaan isu Scorpene?

Yang lebih penting pihak berkepentingan manakah yang mengarahkan Suaram berbuat demikian?

Suaram berjuang untuk agenda siapa - rakyat? pembangkang? atau lebih bahaya lagi, kuasa asing?

Suaram mengguna khidmat dua peguam Perancis untuk membantunya dalam isu Scorpene, seorang bernama Joseph Breham dan seorang lagi peguam yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia, William Bourdon.

Bourdon merupakan pengasas sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sherpa yang memperjuangkan isu-isu ketidakadilan ekonomi di negara-negara miskin seperti di Afrika.

Sherpa pula dibiayai oleh dua yayasan antarabangsa yang mempunyai dana yang cukup besar iaitu Open Society Foundations (sebelum ini dikenali sebagai Open Society Institute) dan Tides Foundation.

OSF dibiayai sepenuhnya oleh penyangak matawang, George Soros yang hampir sahaja menjahanamkan ekonomi Malaysia semasa krisis kewangan 1997/1998.

Ketika itulah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menjadi Menteri Kewangan menunjukkan belang sebenarnya untuk menyerahkan kedaulatan Malaysia kepada Bank Dunia dan tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). sebelum berjaya dihalang oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

OSF merupakan antara penyumbang terbesar kepada dana Tides Foundation, pembiaya Sherpa.

Tides Foundation pula pernah menyumbang sejumlah dana sebanyak AS$15,000 kepada Suaram untuk menjalankan aktivitinya beberapa tahun lalu.

Menurut keterangan laman sesawangnya, Tides Foundation adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mempromosi agenda golongan berhaluan kiri.

Oleh kerana Suaram dilihat sebagai pertubuhan yang menggerakkan aliran pemikiran sayap kiri seperti sosialisme, maka atas dasar itu ia menerima geran dari Tides Foundation.

Antara agenda yang diperjuangkan oleh Tides Foundation ialah "radical gay, lesbian, bisexual, and transgender advocacy (LBGT)" atau perjuangan golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender yang radikal atau ekstrim.

Maka tidak hairanlah apabila Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasen membuat pengakuan bahawa penganjuran Bersih menerima bantuan kewangan daripada dua pertubuhan Amerika Syarikat (baca pertubuhan didalangi Zionis-Yahudi) iaitu National Democratic Institute (NDI) dan OSF.

Ambiga juga adalah pendokong kuat program tahunan Seksualiti Merdeka yang bertujuan mempromosi budaya dan gaya hidup LBGT di negara ini.

Perhimpunan Bersih yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih rakyat diberi sokongan kuat dan padu oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar.

Pada tahun 2007, Anwar pernah menjadi ahli panel pada majlis mengutip derma anjuran pertubuhan radikal neocon, National Endowment for Democracy (NED) yang juga menjadi pembiaya NDI.

Jika dikaji dengan teliti, pembabitan Suaram dalam isu Scorpene, Ambiga sebagai pejuang Bersih serta Anwar sebagai ketua pembangkang bukanlah satu perkara yang harus dilihat secara berasingan malah sebenarnya mereka saling kait mengait.

Tindakan Suaram membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis bukanlah satu kebetulan dan perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu bukan pula disengajakan.

Dalang terbesarnya ialah manusia yang bernama Anwar Ibrahim dan taukenya pula ialah gerakan Zionis-Yahudi antarabangsa.


Sumber: Cik Zah

-UnReportedNews™®



Thursday, 14 June 2012

SIAPA SEBENARNYA SUARAM...PEMBANGKANG?


-BUKTI SUARAM ADALAH PEMBANGKANG TIDAK SUKAR UNTUK DIKEMUKAKAN KERANA RAMAI ANGGOTA PKR & DAP YANG MENGANGGOTAI SUARAM..PATUTLAH!-


SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan.

Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.

Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.

Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.

SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan agama Islam dan budaya Melayu.

Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.
Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia.

Aduan ini diperbesarkan dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta sebahagian dari rasuah terbabit. 

Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan disapina oleh mahkamah Perancis.

Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau ‘air-liur’ SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti langsung.

Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’ kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak melatah dalam kes ini. Sebaliknya PM membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan secara baik di dalam Dewan Rakyat.

Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis. Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai kenyataan.

Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu ini tidak sukar untuk difahami. Memandangkan SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.

Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar untuk dikemukakan. Lihat sahaja senarai nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:

1. Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga ‘key-person’ dalam pembohongan isu scorpene. Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor.

2. Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP

3. Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR, Subang, Petaling

4. Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

5. Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan Presiden PKR.

6. Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu.

7. S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia

8. Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis Malaysia

9. Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan sekarang adalah ADUN PKR di Selangor

10. Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan Elizabeth Wong.

Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya. SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian scorpene.

Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan kerajaan.

Justeru, tidak hairanlah SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Sumber: AIDC

-UnReportedNews™®




UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List