Showing posts with label S4S. Show all posts
Showing posts with label S4S. Show all posts

Friday, 26 February 2016

Beng Kor s4S Kutip Derma PRN Atau Kumpul Duit Bayar Saman Hina KM?


Gambar aktivis Sarawak for Sarawakian, Yew Beng Kang atau lebih dikenali sebagai Beng Kor yang membawa tin mengutip derma telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Beng Kor dikatakan telah aktif memulakan gerakan mengutip derma yang didakwanya sebagai "tabung Pilihanraya" di sekitar Sibu dan Kuching.

Dengan membawa bendera Sarawak, beliau akan berjalan menghampiri setiap orang meminta derma sambil berkempen.

Rata-rata netizen, khususnya dari Sarawak menyampah melihat tindakan Beng Kor ini dan meluahkannya pada status-status mereka.


Salah seorang dari mereka; Ahmad Zaidi Bin Adenan menulis, "Orang madah kalau ngundi jangan nanga calon nya, nanga parti nya. Tapi nya tok, nanga muka ajak lalu muntah ijo urang. Berik malu nama S4S jak. Cermin muka lok, apa kerja ko lamak tok, apa background ko, apa sekolah ko, apa sumbangan ko dan berapa lamak dah pengalaman ko ya. Ingat rakyat tok mok dengar hal self determination ko jak ka ?. Patut ko berik derma ngan rakyat bukan mok nyusah rakyat ngan mintak derma. Ada ndak permit mintak derma. Bila ditanyak lalu mok nyumpah, lalu mok blok urang. Ulun siapa ko tok ?. Semperna rupa muka ya..."

Terjemahan: Kata orang nak mengundi tu jangan tengok calon tapi tengok partinya. Tapi dia ni (Beng Kor), tengok muka dia saja dah nak muntah hijau. Memberi malu nam S4S saja. Cerminkan muka sendiri dulu, apa kerja kau selama ini?, apa latar belakang kau? apa pendidikan sekolah kau? apa sumbangan kau dan berapa lama pengalaman kau tu? Ingat rakyat nak dengar hal "penentuan sendiri" (motto kempen Beng Kor)? Sepatutnya kau yang menderma membantu rakyat bukannya menyusahkan dengan meinta derma. Ade ke tak permit mengutip derma? Apabila ditanya, terus memaki, terus blok (FB) orang. Hamba siapa kau ni? Muka tak sempurna langsung.

Ada juga yang memperli yang Beng Kor sebenarnya sedang mengumpul dana untuk membayar bakal saman denda mahkamah jika didapati salah kerana menghina Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem.

Beng Kor dipercayai telah melakukan penghinaan dengan mendakwa Ketua Menteri pada dua tahun lalu sebagai seorang yang “bongok” dan “tidak ada otak”, dalam melaksanakan urusan pentadbiran di negeri ini di FBnya.

Tidak kurang juga netizen yang berpendapat Beng Kor bertindak mengumpul derma tersebut atas kepentingan peribadi.-UnReportedNews™®

Friday, 9 October 2015

S4S Akan Bertanding Semua Kerusi DUN Di Sibu


SIBU: Sarawak For Sarawakians (S4S) bakal bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sibu sebagai calon Bebas.
 
Aktivis (S4S) Yeu Bang Kor berkata, kesediaan S4S bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selepas mengambil kira keseluruhan pendapat ahli S4S.
 
Katanya terdapat lima kerusi DUN di Sibu iaitu Bawang Assan, Dudong, Pelawan, Nangka dan Bukit Assek.
 
“Matlamat S4S adalah untuk memulihkan hak mentadbir dan kedudukan Sarawak dalam Malaysia.
“Selain itu S4S turut me-nuntut supaya perjanjian 18 perkara apabila Sarawak bekerjasama dengan pihak lain untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963 di kaji semula,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pekarangan Mahkamah Sibu semalam.
 
Bang, 47, terdahulu hadir ke mahkamah untuk pendengaran kes beliau yang disiasat mengikut Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Menurut Bang, Sarawak mempunyai 71 wakil rakyat namun hanya beberapa orang sahaja yang berani bersuara bagi menuntut hak rakyat negeri ini.
 
“Antara mereka adalah Ketua Menteri Adenan Satem, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian,” katanya.
 
Bercakap lanjut, Bang berkata selain Sibu, S4S turut meletakkan calon di kerusi DUN lain di seluruh negeri.
 
Katanya nama calon yang bertanding akan diumumkan pada satu majlis yang  diada-kan dalam masa terdekat. -UB
 
-UnReportedNews™®

Saturday, 18 April 2015

S4S Tipu Akan Sokongan Ketua Menteri


Sarawak4Sarawakians nampaknya sudah begitu terdesak mencari sokongan sehingga terpaksa membuat pembohongan akan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem memberi sokongan ke atas tuntutan Akta Refrendum mereka.

Pemilik facebook Sarawak4Sarawakians semalam telah memuatnaikkan status mendakwa Adenan telah "memberi respon yang amat mengembirakan dan menyokong tuntutan Akta Refrendum" tersebut sedangkan Adenan belum lagi memberi kata putus terhadap perkara tersebut.

Ini adalah pembohongan yang nyata yang melibatkan pemimpin nombor satu Sarawak dan UnReportedNews™® difahamkan, beberapa pihak serta individu merancang akan membuat laporan polis terhadap pembohongan ini dalam masa yang terdekat ini.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem menafikan sekeras-kerasnya kenyataan pemilik facebook Sarawak4Sarawakians yang menyatakan Ketua Menteri Sarawak telah memberikan respon yang baik ke atas tuntutan Akta Referendum. 

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Sarawak4Sarawakian telah menghantar Tuntutan Akta Referendum kepada Pejabat Ketua Menteri Sarawak dan diterima wakil Ketua Menteri Sarawak.

“Ya, kami memang telah menerima Tuntutan Akta Referendum daripada kumpulan Sarawak4Sarawakians.

“Sehingga kini, kami masih belum memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan ini,” jelas sumber tersebut. (Baca sepenuhnya-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List