Showing posts with label Norah Abdul Rahman. Show all posts
Showing posts with label Norah Abdul Rahman. Show all posts

Friday, 19 April 2013

PRU-13 SARAWAK: VIDEO GLOBAL WITNESS HANYA ALAT KEMPEN PRU-13!

-SEPUPU KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD, NORAH ABDUL RAHMAN YANG JUGA PENYANDANG KERUSI PARLIMEN TANJUNG MANIS YANG DIKAITKAN DENGAN "VIDEO GLOBAL WITNESS" MEMBERI JAMINAN AKAN TUMPUANNYA UNTUK MENGHADAPI PRU-13 SEDIKIT PUN TIDAK AKAN TERJEJAS OLEH KEWUJUDAN VIDEO YANG TIDAK BERETIKA ITU!-

SRIKANDI BN SARAWAK- (dua dari kiri) Norah, (dari kiri) Hajah Nancy Syukri-Batang
Sadong, Rabiah Wang-Kota Samarahan dan Datuk Hajah Rohani Karim-Batang Lupar
yang akan berjuang dalam PRU-13 nanti
Sesudah sekian lama, penyandang kerusi Kawasan Parlimen Tanjung Manis, Norah Rahman, kakak kepada dua individu yang didakwa Global Witness dalam satu keratan rakaman videonya sebagai "bukti salahguna kuasa serta penglibatan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dalam satu urusniaga haram tanah" tidak berapa lama dahulu akhirnya memecahkan kebuntuan apabila mengeluarkan kenyataan beliau berkaitan perkara tersebut.

"Video yang"tidak beretika" itu adalah sebagai alat kempen (PRU-13) untuk terhadapnya dan ianya terpulang kepada rakyat untuk memikirkannya namun persepsi yang cuba digambarkan oleh mereka (Global Witness) secara umumnya bagaikan menunjukkan bahawa kita (BN) tidak bekerja keras ianya adalah tidak benar kerana sesungguhnya kami telah bekerja keras," kata Norah, yang juga merupakan sepupu Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud nyata enggan mengulas banyak tentang dakwaan yang terhadap adik-adiknya serta tawaran tanah sepertimana yang digembar-gemburkan oleh video berkenaan dan sebaliknya, menyuarakan yang beliau masih menaruh harapan untuk mempertahankan kerusi itu.

"Allah adalah besar, sesiapa yang cuba untuk mempermainkan secara begitu pasti akan ditangani oleh undang-undang dan dengan PRU-13 yang tidak lama dan sememangnya terdapat banyak pihak yang cuba untuk menjatuhkan BN dan saya menjangkakan mungkin lebih banyak lagi khabar angin mahupun keratan video yang tidak beretika yang tidak menunjukkan sesuatu senario yang tidak benar mengenai keadaan negeri, maka iyu, saya hanya berserah kepada Allah."

"Jika anda melihat video tersebut, terdapat banyak ... Seolah-olah tanah itu tidak bekerja, seolah-olah orang-orang di belakang, seolah-olah kerajaan tidak menjaga rakyat, yang tidak benar," Norah yang apabila ditanya mengenai tawaran tanah dan dakwaan itu, menegaskan bahawa apa yang ditunjukkan dalam video tidak mencerminkan gambaran sebenar.

"Saya tidak faham mengapa perkara ini berlaku ... saya tidak ada, saya tidak boleh komen," katanya kepada pemberita selepas menerima surat watikah calon BN Sarawak untuk mempertahankan kerusi Kawasan Parlimennya serta pelancaran Manifesto BN Sarawak untuk PRU-13 yang dirasmikan oleh Taib, yang juga merupakan Pengerusi BN Negeri bertempat di ibupejabat PBB, Jalan Bako berdekatan dengan Bandaraya Kuching di sini pada hari Selasa lepas.

Sebuah NGO Antarabangsa; Global Witness mendakwa keratan video yang telah dirakam secara rahsia ke atas dua orang adik Norah iaitu Norlia dan Fatimah yang kononnya sedang membuat urusnaga penjualan 5,000 hektar tanah yang dimiliki oleh ahli-ahli keluarga dengan seorang wartawan Global Witness yang menyamar sebagai pelabur.

Mengakui yang kedua-dua adiknya akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penerbitan video, Norah yang akan mempertahankan Kawasan Parlimen Tanjung Manis yang meliputi dua DUN; Belawai dan Semop dengan jumah keseluruhan pengundi berdaftar seramai 19267 orang pengundi berdaftar menegaskan, tumpuannya kini hanya untuk mnghadapi PRU-13 dan selama ini dia telah bekerja keras menjaga pengundi dikawasannya dan beliau ada rancangan tersendiri untuk membangunkan kawasan itu.

Norah, anak perempuan bekas Ketua Menteri Tun Abdul Rahman dan juga kini merupakan Pengerusi Eksekutif Tanjung Manis Halal Hub Pembangunan telah dipilih tanpa bertanding sebagai Ahli Parlimen Tanjung Manis yang diwartakan setelah menjalani persempadanan semula Parlimen dalam PRU-12 pada Mac 2008 dan dalam PRU-13 ini, beliau dijangka akan bertanding dengan calon PAS, Jurina Mut, seorang ahli perniagaan muda. (sumber

-UnReportedNews™®

Wednesday, 13 February 2013

LAGI-LAGI CUBAAN FITNAH KEATAS PBB

-TIADA SEBESAR HAMA PUN MAKLUMAT MAHUPUN FAKTA DIPOSTING BLOG "MESRA-PEMBANGKANG" TERSEBUT YANG MAMPU MENYOKONG DAKWAANNYA KE ATAS KETUA SETIAUSAHA POLITIK KETUA MENTERI & JUGA ADUN SEMOP YB ABDULLAH HAJI SAIDOL .. WALAUBAGAIMANAPUN, SERANGAN PERIBADI ATAUPUN LEBIH TEPAT LAGI FITNAH MURAHAN SEBEGINI TIDAKLAH BEGITU MENGHAIRANKAN KERANA "DALANG SERTA INDIVIDU-INDIVIDU" DISEBALIK TABIR BLOG SABANAKU SARAWAK MEMANG SUDAH LAMA DIKENALPASTI DARI GOLONGAN MEREKA YANG BETUL-BETUL "DESPERADO"! KEKEKE!!!-

Aku sebenarnya malas nak masuk campur dalam hal ni kerana budak tahap tadika pun tahu ianya satu pembohongan tapi difikir-fikirkan balik kalau aku tak menulis apa-apa, ada kemungkinan sesetengah orang  akan beranggapan ianya betul belaka pula. 

Okay, aku mulakan dengan tajuk posting bertarikh 13hb Februari 2013 "YB Datuk Norah Tun Rahman mendapat sokongan bertammbah di Parlimen Tanjung Manis" (bukan salah eja ya, memang pun di tulis di blog begitu!)

Dimana intipatinya: 

"Kebelakangan ini ada YB DUN dalam kawasan parlimen Tanjung Manis banyak menyebarkan khabar angin bahawa YB Datuk Norah Tun Rahman mahu membawa kembali Parti PERMAS.  Namun fitnah yang disebarkan oleh YB DUN dalam kawasan parlimen Tanjung Manis itu tidak diterima oleh penduduk Tanjung Manis.

YB DUN itu didapati telah banyak 'menyalahgunakan' jawatan setiausaha politik untuk menyerang beberapa ahli Parlimen PBB."

Selebihnya dalam posting tersebut adalah petikan yang jelas diambil dari akhbar mengenai sokongan PNK Belawai terhadap pencalonan semula Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman yang tiada kaitan langsung dengan tajuk dan intipati di atas. 

Jelas disini, penulis ingin meng"hi-lightkan" tajuk serta dua perenggan yang diatas sementara petikan akhbar dibawah adalah sekadar "filler" atau "bahan pengisi" (istilah yang sering kami-pemberita gunakan) namun dalam penulisan ini, artikel dibawah sedikitpun tidak menyokong dua perenggan pertama yang ingin dihi-lightkan oleh penulis.

Di sini juga dapat digambarkan yang penulis tidak mengenali tugas-tugas Abdullah Saidol semasa persediaan PRU 13, aku tak berapa mengenalinya secara peribadi namun sebagai wartawan aku TAHU akan apa tanggungjawabnya dan kepercayaan yang telah diberikan kepadanya oleh pucuk pimpinan tertinggi, kalau tidak, masakan dia diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan yang sebegitu penting tersebut!

Aku juga difahamkan semasa ketiadaan YB Datuk Norah (bercuti), YB (Abdullah Saidol) yang penulis cuba fitnahkan memburuk-burukkan Datuk Norah telah diberikan kepercayaan oleh Datuk Norah sendiri untuk mewakilinya dalam hampir semua majlis-majlis rasmi di kawasannya! Ahhh.. maklumat ini juga tidak diketahui oleh penulis ataupun "orang yang mengarah" penulis itu untuk menulis kan?

Jadi, apa sebenarnya niat penulis menerusi artikel beliau? Senang saja jawapannya, lihat saja semua posting-posting yang sebelum ini didalam blognya, semuanya berunsurkan memburukkan parti-parti kerajaan..aahhh malaslah aku nak menulis ni lagi..Kekeke!!! Peace!

-UnReportedNews™®

Monday, 4 February 2013

CALON PBB UNTUK PARLIMEN SAMARAHAN SARAWAK DISAHKAN SEORANG WANITA?

-MEMANG DASAR PBB & BN SARAWAK MELETAKKAN SEBERAPA RAMAI CALON-CALON WANITA DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA-

Seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengumumkannya (senarai calon PBB), jangan bimbang, pada asasnya beliau telah bersetuju mengenai perkara itu," kata Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, hari ini.

"Ia (pengumuman itu) tidak lama lagi mungkin dalam masa dua atau tiga minggu lagi," katanya mengulas ucapan terdahulu bahawa seorang calon wanita mungkin menggantikan seorang calon lelaki sedia ada dalam satu daripada 14 kerusi yang akan ditandingi PBB.

Kini, PBB mempunyai tiga anggota parlimen wanita iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, Nancy Shukri (Batang Sadong) dan Norah Abdul Rahman (Tanjong Manis).

Sementara itu, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut hadir pada majlis itu yakin rakyat Sarawak akan terus memilih dan menyokong BN pada PRU13.

Katanya, keyakinan tersebut hasil maklum balas yang diterima daripada Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Sarawak bahawa golongan wanita, yang membentuk 49.97 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi di negeri ini, akan memilih parti yang membawa kepada kestabilan dan perpaduan.

"Akan ada tohmahan, serta fitnah terhadap kerajaan daripada pembangkang, namun saya percaya mereka (wanita) tidak akan perjudikan masa hadapan anak, keluarga, serta komuniti, dan terus memilih BN," katanya.

Mengulas mengenai calon wanita baru PBB pada PRU13 nanti, Shahrizat mengucapkan terima kasih dan pengumuman itu satu peningkatan kepada kuota calon wanita di Sarawak.

"Tapi apapun yang paling mustahak, kita mesti menang pada pilihan raya, dan jentera wanita BN Sarawak saya lihat berada dalam keadaan siap siaga dan sangat komited," katanya.

Sumber: Bernama

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List