Showing posts with label Abdul Rahman Junaidi. Show all posts
Showing posts with label Abdul Rahman Junaidi. Show all posts

Saturday, 2 April 2016

Aziz Isa Jangan Nak Auta, Ahli DAP Sendiri Tak Terbantu, Inikan Pula Rakyat!


Dakwaan Abdul Aziz Isa (Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Petra Jaya) yang tidak kira dimana DAP berada, khidmat dan bantuan untuk rakyat yang memerlukan sentiasa diberikan tanpa mengira bangsa, agama, jantina, kawasan mahupun ideologi politik boleh dipam ke lubang najis.

Ye ker Ajis? Ingat tak dengan Irene Chang? Isteri bekas Pengerusi DAP Sarawak, Mendiang Wong Ho Leng. Apa yang DAP dah bantu kepada keluarga mendiang?

Irene Chang pernah meluahkan satu ketika dulu DAP langsung tidak memberi satu sen pun kepada mereka biarpun apa yang telah mereka lakukan untuk DAP.

Bahkan yang membantu keluarga Wong Ho Leng adalah Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak dengan sumbangan RM1 juta selepas ucapan penggulungan beliau ketika Persidangan DUN, 15 Mei, 2014.


Jadi penulisan Aziz pada status Facebooknya yang mendakwa nasib penduduk di Kampung Rampangi, Santubong mereka tidak dibela di bawah kepimpinan BN/PBB didalam Parlimen Santubong (Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) dan DUN Pantai Damai (Dr Haji Abdul Rahman Junaidi) amatlah janggal sekali.

Yang jelas sekali, DAP tidak termampu membantu ahli DAP dan dalam perkara ini, bukan sebarangan ahli biasa tetapi bekas PENGERUSI DAP Sarawak sendiri, inikan pula kononnya nak membantu rakyat.

Dakwa Aziz, kononnya setakat ini, Mordi Bimol banyak membantu penduduk di kawasan Sematan, Perigi dan Lundu bersama beliau telah "sedikit sebanyak" ada memberi khidmat kepada penduduk di Parlimen Santubong.

Mohon juga Aziz dan Mordi Bimol tolong senaraikan "sedikit sebanyak bantuan" yang mereka dakwa telah salurkan kepada penduduk di Santubong.

Dan sekiranya Aziz dan DAP hendak tahu apa jasa Wan Junaidi dan Abdul Rahman, pergilah bersiar-siar di DUN Pantai Damai dan Parlimen Santubong dan lihatlah dengan sendiri kerana kebanyakan pembangunan yang anda lihat dikawasan-kawasan tersebut adalah hasil keringat mereka berdua dan sudah pastinya BUKANnya DAP! -UnReportedNews™®

Sunday, 10 November 2013

GAMBAR TERKINI: KEBAKARAN DI KAMPUNG PULO HILIR (UPDATED)

-SEHINGGA ENTRI INI DIPOSTING, PIHAK BOMBA MASIH LAGI BERUSAHA MEMADAMKAN API! KITA DOAKAN IANYA TIDAK AKAN MEREBAK MENJADI KEBAKARAN YANG LEBIH BESAR!-







Satu kebakaran melibatkan beberapa buah rumah di Kampung Pulo Hilir, Petra Jaya di Bandaraya Kuching sebentar tadi.

Sehingga entri ini di tulis, pihak bomba masih lagi berusaha memadamkan api.

Butir-butir kejadian samaada ada melibatkan kecederaan mangsa massih belum dapat dipastikan.

UnReportedNews™® akan meng'update"kan sebarang perkembangan berkaitan kejadian ini. 

PS: Terimakasih kepada rakan FB (Fadlullah Abdullahyang mengirim gambar-gambar ini (di atas)




Terkini: (jam 7:30 malam), difahamkan kebakaran bermula lebih kurang jam 4 petang tadi dari sebuah rumah sebelum merebak ke rumah berdekatan.

Dua rumah yang hangus terbakar dimiliki oleh Mohamad Abdul Gafar dan "Nek Lehot". Alhamdullillah tiada kecederaan yang dilaporkan. 

Rumah-rumah di Kampung Pulo didirkan agak berdekatan dari satu dengan lain namun tahniah buat pasukan bomba yang berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke rumah-rumah yang berdekatan.

Sementara itu, ADUN Pantai Damai Haji Abdul Rahman Junaidi telah melawat tempat kejadian dan mangsa.

-UnReportedNews™®

Saturday, 17 August 2013

PENGAMBILAN AHLI PBB BARU SEBELUM HUJUNG TAHUN INI

-SYABAS! PBB DUN PANTAI DAMAI AKAN MENGAMBIL INISIATIF MENGADAKAN PROGRAM PENGAMBILAN AHLI PBB BARU BUAT DUN PANTAI DAMAI SELEPAS AGM PBB PANTAI DAMAI! PBB DUN-DUN/PARLIMEN-PARLIMEN LAIN BILA LAGI?-

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) N4 Pantai Damai akan mengadakan satu program besar-besaran untuk mendaftar ahli-ahli PBB baru dalam sebelum berakhir tahun ini.

ADUN Pantai Damai dan Pengerusi PBB N4 Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata bahawa inisiatif ini adalah untuk mengukuhkan sokongan masyarakat yang sedia ada kepada Barisan Nasional (BN).

"Buat masa ini, PBB Pantai Damai mempunyai jumlah keseluruhan sebanyak 14,240 ahli dan walaupun kita telah menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri sebelum ini dan Pilihan Raya Umum (di Pantai Damai dan Santubong) baru-baru ini, kita tidak boleh bersahaja namun sebaliknya bekerja lebih keras menarik lebih banyak sokongan."

Rahman berkata, faktor yang paling penting untuk mencapai pencapaian yang tertinggi dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, terutamanya di Pantai Damai adalah kerjasama yang erat di antara semua ahli-ahli PBB dan pemimpin-pemimpin di semua peringkat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DUN N4 Pantai Damai 2013 yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka berhampiran bandaraya Kuching di sini semalam.

"PBB Pantai Damai akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 25 Ogos ini dan selepas itu, kita akan memberi keseluruhan tumpuan selama sebulan untuk mendaftar ahli baru PBB di kawasan kita."

Menasihati mana-mana ahli yang akan mengambil bahagian dalam pemilihan itu agar bertanding dengan cara yang bersih dan sopan semasa AGM nanti, Rahman berkata mereka yang bertanding mesti mengelakkan daripada membuat serangan peribadi dan perkara-perkara yang sensitif.

"Kita, PBB di Pantai Damai adalah sebuah keluarga yang besar dan mesti beringat yang kita hanya bertanding untuk jawatan-jawatan dalam parti namun yang penting sekali adalah, menang atau kalah, kita semua perlu bekerja bersama-sama," katanya.

Lebih daripada 200 ahli PBB menghadiri majlis makan malam dan juga hadir isteri Rahman Hajah Siti Syorgayah Haji Mohamad Zaiden, Pemanca Rashidi Junai dan Pengerusi Majlis tersebut Haji Razali Mohamad.

PS: Buat member-member kat Pantai Damai yang belum mendaftar  menjadi ahli PBB, cepat-cepat mendaftar jika ada peluang yer! 

-UnReportedNews™®

Friday, 26 April 2013

PRU-13 SARAWAK: PROGRAM SEMBANG BELIA BERSAMA PEMIMPIN DI PARLIMEN SANTUBONG

-PROGRAM SEBEGINI ADALAH KEGIATAN RUTIN BULANAN BAGI PENYANDANG KERUSI PARLIMEN SANTUBONG & JUGA CALON BN SANTUBONG DATUK DR HAJI WAN JUNAIAIDI TUANKU JAAFAR BAGI MEMAHAMI ASPIRASI & KEHENDAK GENERASI MUDA & DISAMPING MELATIHKAN GOLONGAN BELIA  BERINTERAKSI DALAM MAJLIS SEUMPAMA INI-

Sokongan padu belia-belia dari Kampung Rampangi Fasa 1 & 2 kepada BN
Program Sembang Belia Bersama Pemimpin Parlimen Santubong iaitu penyandang kerusi Parlimen Santubong yang juga calon BN Santubong pa PRU-13 Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kampung Rampangi Fasa 1 & 2, Jalan Sultan Tengah, Santunbong berdekatan dengan Bandaraya Kuching di sini baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk isteri Junaidi Datin Hajah Feona Sim Abdullah, ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi dan jemputan yang lain.    





-UnReportedNews™®

PRU-13 SARAWAK: LAGI KAWASAN DI SANTUBONG TERIMA BEKALAN AIR BERSIH!

-KESABARAN PENDUDUK YANG TERDIRI DARIPADA 37 BUAH KELUARGA DI KAMPUNG TERSEBUT AKHIRNYA MEMBUAHKAN HASIL MENIKMATI BEKALAN AIR BERSIH TERAWAT! BN MEMANG MENEPATI JANJI!-

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Sungai Bedaun, Jalan Sultan Tengah, Santubong berdekatan dengan Bandaraya Kuching di sini diadakan sempena upacara Pelancaran Bekalan Air Paip oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua & Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan dan penyandang kerusi Parlimen Santubong yang juga calon BN Santubong pa PRU-13 Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam.

Penantian sekian lama serta kesabaran penduduk yang terdiri daripada 37 buah keluarga yang tinggal di kampung tersebut akhirnya membuahkan hasil menikmati bekalan air bersih terawat. 

Jelas terpancar keriangan di wajah penduduk terutama Pakcik Sebli Aris berusia 96 tahun iaitu peneroka terawal kampung ini yang terletaknya di sebelah simpang ke kiri selepas Jambatan Santubong dalam perjalanan kita menghala ke Pusat Peranginan Damai.

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuk isteri Junaidi Datin Hajah Feona Sim Abdullah, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar II Haji Julaihi Narawi, ADUN Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi serta isteri beliau Hajah Siti Shorgayah Mohd Zaidin, Timbalan Pengerusi PBB Pantai Damai PBB Drahman Jeladin dan jemputan yang lain.    




Pakcik Sebli Aris berusia 96 tahun iaitu peneroka terawal kampung ini



-UnReportedNews™®

Wednesday, 24 April 2013

PRU-13 SARAWAK: MAJLIS MEMBACA YASSIN CALON BN PARLIMEN SANTUBONG

-MAJLIS MEMBACA YASSIN ANTARA SOLAT MAGHRIB & ISYAK, CALON BN & JUGA PENYANDANG KERUSI PARLIMEN SANTUBONG DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR BERSAMA JENTERA PILIHANRARAYA P193 SANTUBONG-





Turut hadir dalam majlis tersebut adalah ketiga ADUN dalam Parlimen Santubong iaitu Tan Sri Datuk Sri Adenan Satem (Tanjung Datu), Haji Dr Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai) dan Dr Hazland Abang Hipni (Demak Laut).

-UnReportedNews™®

Sunday, 24 February 2013

GAMBAR-GAMBAR SALAM GELOMBANG BIRU DARI PARLIMEN SANTUBONG

-SALAM PEMBUKA KATA SEBELUM PILIHANRAYA KE 13 DARI PARLIMEN SANTUBONG PIMPINAN AHLI PARLIMENNYA YANG JUGA MERANGKAP TIMBALAN SPEAKER DEWAN RAKYAT DATUK DR HAJi WAN JUNAIDI TUANU JAAFAR, "JENTERA BN PARLIMEN SANTUBONG SUDAH SIAP SEDIA MENGHADAPI PRU!"-  









-UnReportedNews™®

GAMBAR-GAMBAR DIPELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PBB PANTAI DAMAI

-PBB & BN SARAWAK "ARE READY"! PEMBANGKANG DAH READY KA BELUM? GERUN TAK TENGOK GELOMBANG BIRU NI? NI BARU SIKIT TAU, ADA LAGI NANTI, TUNGGU! KEKEKE!!!-

Majlis Pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Jentera Pilihanraya DUN N4 Pantai Damai untuk PRU-13 di PDM Gersik, berdekatan Tebingan Sungai Kg Boyan oleh Timbalan Presiden Parti PBB Sarawak yang juga Menteri Perumahan & Perlancungan Datuk Amar Abang Haji Zohari Tun Abang Haji Openg. 

Suasana meriah dengan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh ahli parti PBB dari 17 PDM dan 41 buah ranting dari seluruh kawasan DUN Pantai Damai. 

Kemuncak ialah acara lafaz ikrar setia perjuangan yang menyentuh perasaan diketuai oleh Setiausaha Cawangan. 

Suasana pilu apabila nyanyian lagu Warisan/Sudirman dinyanyikan beramai-ramai hingga ada ahli-ahli wanita yang menitis airmata kesedihan dengan pemergian Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Fatimah @ Aminah Junaidi yang baru kembali ke rahmatullah enam hari yang lalu. 

Namun demikian semua pejuang parti PBB berazam untuk meneruskan perjuangan dalam PRU-13 nanti bagi menjamin kemenangan mutlak calon BN dalam P193 Santubong seperti yang disebut dalam lagu Inilah Barisan Kita. 

Majlis juga dihadiri oleh ADUN & juga Pengerusi PBB Pantai Damai Dr Hai Abdul Rahman Junaidi.

Semua teruja dengan ucapan perasmian Timbalan Presiden PBB yang menyuntik semangat juang ke sanubari ahli-ahli PBB. Hidup BN! Hidup PBB!











-UnReportedNews™®

Wednesday, 12 December 2012

IM4U DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

-SERAMAI 400 PELAJAR POLITEKNIK KUCHING MENYERTAI PROGRAM INI .. TERBAEEK!! KEKEKE!!!-
Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi melancarkan 1M4U Outreach Centre program di Politeknik Kuching pagi tadi.

Bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi, ianya disertai oleh seramai kira-kira 400 orang pelajar Politeknik Kuching.

Antara lain, Rahman menekankan betapa pentingnya pelajar IPT sebagai generasi muda untuk menyiapkan diri sebagai golongan belia serba-boleh yang mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan secara sukarela.

Mereka digalakkan untuk meningkatkan keupayaan diri bagi menempatkan diri dalam masyarakat global dan peka terhadap alam sekeliling menerusi program 1M4U, ianya akan membawa para belia untuk mendekati masyarakat dan menghulurkan bantuan.

Pelajar Politeknik juga disarankan agar bersungguh -sungguh untuk berjaya dengan cemerlang bagi memenuhi ruang lingkup pentadbiran dan pembangunan masa depan seperti terlibat dengan Projek SCORE yang memerlukan ramai tenaga mahir dan separa-mahir.

-UnReportedNews™®

Sunday, 30 September 2012

HEALTH ABOVE EVERYTHING

The services of the 1Malaysia Clinic, particularly those in the Santubong Parliament constituency will take initiatives in organising public health related programes in its effart to emphasize the awareness and importance of taking care of one's health.
Member of Parliament for Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar said that although there already one of the three 1Malaysia clinics that to be established in Santubong had started operating, he believes that more efforts should be driven especially for those staying in the far and remote areas.
"We will conduct and organise more health-related programs for the public from time to time and if possible, we will coordinate or collaborate with other government or private agencies and departments such as one we had conducted in Lundu with the military (ATM) several months ago."
Junaidi, who is also the Deputy Speaker of Parliament said this to New Sarawak Tribune after officiating the opening 1Malaysia Clinic at Bandar Baru Samariang at Jalan Sultan Tengah, Santubong near the city here yesterday morning.
He revealed that he had earlier officially applied for at least six 1Malaysia Clinics in Santubong however, due to the land tecnicalities and conditions, so far, the Ministry of Health had only three clinics had been approved while the other applications are still under revieew.
"The three clinics are located at Baru Samariang (Pantai Damai DUN) which started its operation today while the one in Tabuan (Demak Laut DUN) is still undergoing a major  renovation and the clinic at Kampung Pulo (pantai damai DUN) which currently is in the process of locating a suitable site for the establishment."
He explained that the would-be build Kampung Pulo clinic was initially planned to be build at Kampung Bintawa however, there are no existing buildings suitable for the clinic as accordingly stipulated as one of the main condition in the 1Malaysia clinic project, therefore, the venue was to the nearby village which is more centralised and strategic location.
Pointing out that he would continue on seeking allocation from the federal government for other 1Malaysia clinics in his constituency, Junaidi revealed another 1Malaysia clinic (under review) which was initially planned for Kampung Sebat (Tanjung Datu DUN) might be relocated either at Lundu or Sempadi with its a different status; "Klinik Desa".
"The approval of these 1Malaysia Clinics in Santubong and Sarawak in general, refelects the seriousnes and concern by the government led by Prime Minsiter Datuk Seri Najib Tun Razak in providing the people with medical facilities and specialities," added Junaidi.
Earlier in his speech, Junaidi who was accompanied by his wife Datin Hajah Feona Sim Abdullah reminded the people to take care of their health by being extra caution on the type of food they are consuming because if "a bit too much of one kind of food is also not too good for one's heath".
"What we eat today literally will determine the condition of our health in the future therefore, we must control the type of foods or what we eat as there is a saying, "prevention is better than cure", so to avoid untowards health problems in our old days, start controlling our foods."
Urging the people not to stop to educate their children with a healthy lifestyle, Junaidi pointed out that the people nowadays, seems to take for granted on their heath and doesn't mind consuming more than they shoud have; such as sugar, rice and others.
"We should reliased that even the people in the rural and remote areas, far away from the urban zones nowadays are also "exposed" to the "new sickness or health problems" which are usual effect the people living in the towjns or cities as their lifestyles are slowly "duplicating" the modern lifes in the urban areas.
Giving an example that people in the old days had to "sweat and excercise" by walking on foot or paddling the boats just to reach their working places, Junaidi said the situation nowadays, however is totally different where people just start their cars or motorcyles just to go to work.
"In general, the people consumes the same food as the people before us however, minus the exercises therefore, please take carer of your health by being a bit particular in the type of food you are consuming," he added.
An overwhelming number of more than 50 patients turned up at the launching ceremony of the Bandar Baru Samariang 1Malaysia Clinic which was also attended by Pantai Damai State Assemblyman Dr Haji Abdul Rahman Junaidi and his wife Hajah Siti Syorgayah Haji Muhammad Zaiden, Sarawak Health Department Deputy Director Dr Jamilah Hasyim,  Kuching Division Health Department Dr Kamarudin Lajim and other distinguished guest.

-UnReportedNews™®


UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List