-SERAMAI 400 PELAJAR POLITEKNIK KUCHING MENYERTAI PROGRAM INI .. TERBAEEK!! KEKEKE!!!-
Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai Dr Haji Abdul Rahman Junaidi melancarkan 1M4U Outreach Centre program di Politeknik Kuching pagi tadi.
Bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi, ianya disertai oleh seramai kira-kira 400 orang pelajar Politeknik Kuching.
Antara lain, Rahman menekankan betapa pentingnya pelajar IPT sebagai generasi muda untuk menyiapkan diri sebagai golongan belia serba-boleh yang mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan secara sukarela.
Mereka digalakkan untuk meningkatkan keupayaan diri bagi menempatkan diri dalam masyarakat global dan peka terhadap alam sekeliling menerusi program 1M4U, ianya akan membawa para belia untuk mendekati masyarakat dan menghulurkan bantuan.
Pelajar Politeknik juga disarankan agar bersungguh -sungguh untuk berjaya dengan cemerlang bagi memenuhi ruang lingkup pentadbiran dan pembangunan masa depan seperti terlibat dengan Projek SCORE yang memerlukan ramai tenaga mahir dan separa-mahir.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®